nuffnang_bid = "6d3fefaa2657f8901dfaPages

Showing posts with label Koleksi Literasi. Show all posts
Showing posts with label Koleksi Literasi. Show all posts

Monday, 24 October 2016

Pesta Lelong Buku Putrajaya


Assalam...
Sabtu selepas waktu kerja kami pergi sini, itu pun selepas berjaya meracun adik-adik dan kakak dalam group wassup.  Sebab tahu kalau saya seorang yang nak pergi, mesti tak akan di layan punya.  Kakak dan adik dah setuju walupun 2 orang lagi tak dapat nak join.  Bukanlah nak beli buku yang lebih utama tetapi kebersamaan dan bonding time dengan adik beradik itu lebih penting.  Bukan senang nak berkumpul sebab waktu kerja dan cuti tak sama.


Abi Aqil beli majalah Ujang, bacaan untuk hilangkan strees katanya.  Murah-murah diorang jual.


Petang tu ada talk oleh Dr Robiah K Hamzah, sempat lah luangkan masa dengar perkongsian ilmu berkenaan keibu-bapaan.  Sangat bertepatan dengan isu-isu yang selalu dianggap remeh dalam keluarga tatapi besar impaknya bila ianya tidak diambil peduli.


Budak tenit ini pun macam suka jer, tak meragam langsung aktif pulak melompat-lompat.  Banyak benda yang menarik perhatian.  Dia pun best agaknya dapat keluar bersiar-siar selalu asyik terperuk dalam rumah saja.


Ini lah hasil pancingan petang itu, sebenarnya saya mencari buku-buku lama atau novel-novel sejarah tapi tak jumpa yang berkenan di hati.


Tak perlu lah nak bandingkan pesta buku yang ini dengan pesta buku antarabangsa yang berskala besar yang tentunya lebih banyak pilihan.  Bagi yang nak mencari buku islamik memang banyak di sini, lebih mudah sebab ruang pameran pun tidak terlalu luas.
Wassalam.

Sunday, 27 December 2015

Terima Kasih Zilla....

Assalam...
Saya kenal buku ini kerana terbaca entri Zilla - mystoriesmories  berkenaan buku Bulan Terbelah di Langit Amerika.  Kebetulan masa tu dekat-dekat ketikanya kami nak pergi Bandung, jadi guna kesempatan tu untuk mencari buku ini di sana.  Jadi kalau ada orang yang bertanya saya pergi sana shopping ape? Ha inilah dia, saya beli buku jer, 2 buku tulisan Hanum Salsabiela Rais dan suaminya Rangga Almahendra bersama 2 lagi buku lain.  Ikutkan hati nak borong banyak lagi buku di Gramedia tu, tapi rupiahnya ngakk cukup, waduhhh.

Saya suka buku-buku macam ini, travel menjejaki keagungan Islam diluar bumi anbiya.  Bukan macam novel cinta biasa, anda tidak akan terbang diawangan berangan akan hero handsome, macho, bergaya dan kaya.
Wassalam.

Friday, 19 June 2015

Bumi Manusia, Pramoedaya Ananta Toer

Assalam...
Pram, satu-satunya calon sasterawan negara seberang yang banyak kali tercalon untuk anugerah Nobel Sastera.  Dalam Tetralogi Buru, buku pertama "Bumi Manusia" menceritakan latarbelakang masyarakat Indonesia pada awal abad ke-20 di mana ketika bermula terbitnya bibit-bibit pergerakan nasionalisme yang membentuk Indonesia Modern.

Petikan daripada kata-kata dalam buku ini; 
 
"Seorang terpelajar harus juga berlaku adil sudah sejak dalam pikiran, apalagi dalam perbuatan" Pramoedya Ananta Teor.


Menunggu buku seterusnya dalam Roman Tetralogi Buru;

Anak Semua Bangsa,

Jejak Langkah,

Rumah Kaca...

P/S - saya pernah terbaca artikel yang ditulis oleh Tun M, terhadap minat membaca masyarakat dan salah satu penulis yang beliau sebutkan dan sarankan dalam artikel beliau itu adalah karya penulis, Pram.

Wassalam..

Saturday, 13 June 2015

Rumpa'na Bone

Assalam...
Buku ini saya jumpa di toko buku Gramedia, Bandung ketika mencari buku yang saya senaraikan sejak dari tanahair lagi.  Masa mula-mula baca tajuk, saya terbaca "Rumpa'na" menjadi "Rupan'na" yang bermaksud wajah atau rupa dalam bahasa Bugis. 

Merupakan novel sejarah yang mengisahkan serangan Belanda yang membawa kepada kejatuhan pemerintahan kerajaan beraja di Sulawesi khasnya Raja Bone dan kerajaan beraja kecil lainnya.  Kerajaan Bone ketika itu di bawah pemerintahan Raja Bone ke-31 yang digelar sebagai Arumpone La Pawawoi Kareang Sigeri Batara Tungke'na Bone atau selepas kemangkatannya digelar sebagai La Pawawoi Karaeng Sigeri, Matinroe' ri Jaraketta. 
Buku tulisan Andi Makmur Makka ini, baru diterbitkan pada Februari 2015.  Masih baru dan panas lagi dipasaran indonesia.  Harga di Gramedia Rp54,000, kalau dalam nilai RM kurang dari RM20.00.
Wassalam.

Friday, 16 January 2015

Agenda Isi Perut, Cuci Mata, Cuci Poket.

Assalam...
Semalam lepas waktu kerja, kami berempat pergi Paradigm Mall.  Agenda sekejap saja nak develop gambar banjir dan bayar bil tepon.  Mula plan pergi berdua, tahu yang ketiga dan keempat pun nak ikut, so pergi dua kereta sebab yang keempat terus nak balik lepas tu.  Makna kami kena hantar yang ketiga balik nanti.  Bila dah pergi berjemaah akan panjanglah langkahnya kurang-kurang pun setiap seorang perlu dapat apa yang mereka inginkan.
Berapa kali pusing jugaklah baru dapat parking, ketiga dengan keempat dah nak siap makan cendol & laksa diorang baru kami sampai.
Tak perlulah pergi penang kalau nak rasa cendol berdiri penang road ini.  Dah banyak cawangan di lembah klang ini.  Kali ini try cendol cempedak pulak.  Sedapp.
Must try yang ini, Penang Curry Mee selalu yang kita makan Ipoh Style.  Penang style kuah putih kena gaul dengan sambal baru tukar warna.
Pemakan pedas kena letak sambal banyak-banyak baru terasa kicknya, pedas lah tapi..
Order yang ini jugak, spring roll tak suka cicah dengan sos, cicahlah dalam kuah laksa dalam bekas bulat tu.
Cuma kalau kat sini tak dapatlah nak jumpa mr. tan.  Pekerja mereka guna khidmat sama ada paki atau bangla tak tahulah, tapi sek-sek tulah semua.
Jian Rui tu maksud cendol ker?
Ketiga yang selalu jadi model tak berbayar, sebab dia yang termuda maka selalu jadi sasaran si pembuli.
Terus ke agenda seterusnya kena berpecah, kami pergi cuci gambar ketiga dan keempat keluar masuk kedai entah apa yang dicari.  Lepas tu teringat nak cari buku pasal gst, nak lebih faham kenkononnya.  Jumpa semula ketiga dan keempat di popular rupanya diorang dah lama kat sini tengah pilih-pilih novel.
Dapat juga buku pasal GST yang saya nak tu ada off 20%.  Pastu terbeli pulak The Unsung Hero, novel terbaru dari Melur Jelita.
Settled di popular, yang keempat kena balik cepat sebab nak ambil adik di Subang.  Mesti senyum sampai teliga tu balik dengan menjinjit novel satu plastik beg, mentang-mentang brim dia baru dapat.  Kami teman yang ketiga pula pergi poh kong, sebab nak servey emas katanya.  Dapat bonus berganda kot dia ini bonus company atau bonus brim atau bonus asb. 
Ketiga beli rantai leher, puas hati katanya sambil cakap ulang-ulang.  Menyesal beli hp mahal-mahal hari itu, kalau beli emas lebih baik, lebih untung.  Saya pun dapatlah ganti buntut subang yang dah lama tercicir, sebelum ini kena pakai lain sebelah, dah rupa samseng pun ada.
Kalau ada duit lebih bolehlah beli jongkong emas sebagai pelaburan, semalam harga emas 916 RM160 per gram, jongkong tu emas 999.9 harga RM185 per gram.  Sekarang macam banyak je orang melabur jongkong emas, tapi hati-hati ye dalam memilih jenis pelaburan itu sebab akan ada saja yang suka ambil kesempatan.
Sebelum hantar yang ketiga balik rumah, kami singgah mamak dulu kopi-kopi pekena meggi goreng.  Siap kena halau dek mamak sebab diorang nak tutup kedai, yang ketiga tak habis cerita lagi.
Short outing macam ini kadang-kadang ok jugak, tetapi jangan lupa diri sebab esok bukan public holiday.
Wassalam.

Tuesday, 6 May 2014

Cerita Dari Pesta Buku KL 2014 Yang Ke-33

Assalam...
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpurbuku yang telah berakhir minggu lepas adalah tahun yang ke-33 dianjurkan.  Saya barulah dalam 4 tahun ini dapat pergi itu pun sebab dah duduk dekat, tahun-tahun sebelum ini pendam perasaan jer sebab tak boleh nak pergi.  Kali ini saya pergi bersama sahabat baik dan hero cilik dia.  Tujuan utama sabahat saya datang sini pun semata-mata nak pergi pesta buku, pandai saya cipta alasan nak suruh dia datang kan!.
Kami berkunjung pada hari ke-9 sebab mengelak pergi pada hari cuti umum Hari Buruh.  Tak kuasa nak berebut-berebut dalam lautan manusia, nak belek-belek buku pun tak senang, siap ada yang berlaga bahu, laga bontot atau sengol-sengolan gitu. 
Hero cilik dah jumpa dah faveretnya, buku komik berinformasi.
Best katanya..

Sini lagi...
Demimu anak, ummi sanggup beli untuk bantuan pembelajaran hero cilik ini, satu pelaburan yang bijak.
Bahagian kaki novel.
Saya jatuh cinta pada yang ini,
Antara isinya.
Kalau berada di kampung Gangsa,
Jangan lupa membeli tapai,
Elakkan daripada berputus asa,
Dengan usaha kejayaan tercapai.
Alangkah bahagia bila dapat memiliki senaskah untuk koleksi peribadi.   In sha Allah akan diusahakan.
Antara koleksi bacaan wajib untuk dibaca dan dimiliki.
Tak sedar dah lepas waktu makan tengahari...patut perut lapar, layankan hero cilik makan dulu.
Walaupun dah hari-hari terakhir, kemeriahan dan jumlah penghujung terus meningkat.  Manusia tetap datang bertali arus tapi mengikut perangkaan, orang Malaysia masih kurang membaca. 
Berehat sebentar di hall yang menempatkan bahan bacaan terbitan Karangkraf.
Nak berselfie jugak makcik-makcik ini.
Ibu dan anak yang masih tak puashati, tak cukup katanya.  Tahun depan datang lagi yek.
Wassalam.

Thursday, 27 March 2014

Aduhai Isteri!!!!!!!!!!!!!

Assalam...
Isteri dari kacamata suami....wahai para isteri, silalah baca buku ini untuk anda lebih mengenali siapa suami anda.  Komen mengenai buku ini "...boleh menjadi terapi kehidupan buat memahami jiwa lelaki yang sememangnya sangat berbeza bahkan kadangkala sukar difahami atau diterima dalam dunia dan persepsi wanita..." oleh Datuk Dr. Mashitah Ibrahim.

Beli 2 buku ini yang satu untuk dihadiahkan kepada kawan yang sudahpun bergelar isteri beberapa hari lepas.
Wassalam.

Wednesday, 5 February 2014

Sejernih Sinar Matamu

Assalam...
Sudah lama bercadang nak mendapatkan buku biografi kisah hidup Prof Dr Muhaya karangan Rozninah Abd Azib ini.  Pembelian secara online pun ada dan telah mengintai-intai, hanya dengan satu klik dan tunggu posmen datang hantar pada anda.  Namun begitulah kalau sudah tertulis rezeki saya ada dan telah ditentukan walau dengan apa cara sekali pun pasti akan menjadi milik saya juah.

Saya dapatkan ini ketika menghadiri ceramah motivasi beliau di subang Permai.  Tak sangka pulak ketika itu saya dapat beli dengan harga yang cukup istimewa berbanding dengan harga asal RM80.00.  Berbaloi-baloi dapat ikut ceramah beliau dan dapat beli buku dengan harga murah.  Pada sesiapa yang masih belum dapatkan koleksi ini, segeralah dapatkannya, kerana banyak pengajaran dan ilmu yang boleh didapati didalamnya.  "Reset Minda" untuk mencelikkan mata hati dan mata akal anda.
Wassalam.