nuffnang_bid = "6d3fefaa2657f8901dfaPages

Tuesday, 31 May 2016

Harumanis Sabah


Assalam.
Betul ker di Sabah pun ada buah pelam Harumanis?  Yang saya tahu kat Perlis jer, nampaknya banyak benda saya tak tahu.  Sekarang ini memang tengah musim Pelam Harumanis, kalaulah Perlis itu dekat dah lama dah pergi beli, tak dapat harumanis pun, boleh borong pelam sala dengan rega murah, pernah dulu beli dengan harga RM1 sekilo, tapi itu dululah masa tinggal belah utara, sekarang mesti harga dah naik.  Dok berkira-kira nak order online, tapi harga boleh tahan jugak.
 

Ini Harumanis yang saya beli di pasar besar Kota Kinabalu Sabah.  Pasar searea dengan pasar malam, pasar kraftangan (pasar pilipin panggilan orang tempatan).  Kalau pergi Sabah, mana-mana pasar pilipin memang tak asing dengan jualan buah mangga sama ada mangga muda atau mangga masak. Pemandangan biasa dan sepanjang tahun ada jer orang yang berjualan mangga.
 

Ketika lalu satu gerai itu, terpandang tanda harga buah harumanis.  Langkah kaki pun jadi terberhenti sebab macam tak percaya.  Aik harumanis yang tak cukup bekalan di Perlis boleh pulak dijual sampai ke Sabah?.  Ini klon yang di import dari Thailand atau Filipina kot, kata saya pada geng kaki bertaik lalat.  Ini harumanis tempatan dari Papar, Harumanis Sabah, ramai orang semenajung beli bawa balik, jurujual tu bagi penerangan.  Oklah, saya ambil 2 biji nak try betul ke idok ini harumanis walaupun bentuk buah dah sama.  Beli 2 biji jer cam kedekut sangat tapi sebab luggage dah over weight ekoran ada penambahan last minute 3kg ikan bilis..huhuhu.  Pilih buah yang mengkal sebab tak nak jadi benyek bila sampai.  Harumanis 2 biji itu cun-cun sekilo maka bayar sajala RM15.00
 

Biar jer 2 biji tu tergolek bersama barangan lain yang tak berkemas, kokonon tuannya busy sangat lepas balik bercuti.  Nasib tak beli buah yang masak, karang kempunan tak dapat makan harumanis.  Erm sedapnya, harum, rasa dia memang sama macam harumanis yang kat Perlis.  Sama kan abang rasa dia?  Ulang-ulang tanya soalan tu kat en.Abe.  Eh tapi betul ker ada pokok harumanis kat Sabah?, orang cakap boleh tumbuh kat Perlis saja.  Ini harumanis tiruan eh, nama pun pokok mesti dah di klon banyak kali.  En.Abe sengol, tak payah banyak soal makan jer, syukur Alhamdulillah dapat jugak merasa harumanis.
Wassalam.

Wednesday, 11 May 2016

Petai Jeruk


Assalam...
Mari teruskan cerita busuk kita, dah alang-alang busuk kita sebarkan kebusukkan itu pada orang lain.  Ini projek menjeruk petai bersama bapak mertua.  Dapat tahu beliau pandai buat petai jeruk sebab beliau pernah bekalkan dahulu.  So bila jumpa orang jual petai banyak-banyak dan murah, terus teringat pada bapak mertua, ini peluang nak belajar buat petai jeruk dari beliau.


Kira pak mertua ada genglah boleh makan petai jeruk.  Isteri dan anak-anaknya tiada seorang pun yang suka makan petai jeruk, mereka lebih suka makan yang dibuat ulam mentah mahupun yang dimasak sambal.



Rebus sekejap sahaja, jangan terlalu lama untuk mengelakkan isi petai terlalu masak dan lembek.  Walaupun dijeruk, tetapi sedap sekiranya isi petai masih ranggup.
 


Sebesen petai yang telah direbus dipicit-picit untuk keluarkan isinya.  Tidak terasa lama sebab ralit dan  excited untuk menuntut ilmu, walaupun sekadar ilmu menjeruk petai.


Saya suka meleraikan isi petai daripada kulitnya ketika masih suam, seperti satu terapi.


Petai Jeruk
Sumber: En. Nazri

Bahan-bahan
Petai papan
Air masak
Garam

Cara Penyediaan;
* Sediakan petai, basuh dan asingkan tangkai.
* Susun petai dalam periuk, masukkan air dan rebus sekejap.
* Elakkan merebus terlalu lama, agak senang isi keluar apabila ditekan pada kulit.
* Keluarkan dari air panas, sejukkan seketika.
* Picitkan kulit petai untuk mengeluarkan isi petai.
* Sediakan air masak yang dicampur dengan garam, rasa masin mengikut rasa masin lidah masing-masing.
* Campurkan isi petai dengan air garam tadi.
* Letak petai dalam bekas bertutup, dan bolehlah digunakan selepas beberapa hari disimpan.
* Untuk lebih tahan lama boleh letakkan bekas petai jeruk  ke dalam peti sejuk.

 
Siapa yang suka busuk-busuk petai jeruk tu, bolehlah awetkan petai yang berlebihan menggunakan resepi ini.
Wassalam.

Sunday, 8 May 2016

Big Breakfast @ Mak Jah Corner Ampang

Assalam...
Kuih mana? kuih mak jah... siapa mak jah tu, mak jah ampang, siapalah mak jah ini, semua orang kenal bila sebut kuih mak jah.  Sanggup pergi sampai ampang nak cari kuih mak jah, tu bos kamilah, selalu kami cukai dulu sekeping dua.  Dah  berapa kali juga nak pergi sini dengan kawan-kawan tapi takde rezeki.  Kebetulan hari itu kami ada aktiviti pagi ahad dekat-dekat situ, maka jadilah walaupun waktu sarapan dah masuk waktu makan tengah hari.


Konsep layan diri, air je pembantu datang ambil order.  Soalan kami pada pembantu yang datang ambil order, mana satu mak jah?.  Oh mak jah takde kat kedai, dia kurang sihat.  Terlepas peluang nak berkenalan.

Nasi lemak pilihan en.Abe, masa kami sampai dah tengahari jadi makanan dan lauk pun dah tinggal sedikit.


Sumandak pilih makan mee rebus.


Tamak kan kita orang ambil kuih, bingka ubi, bingka pisang, serimuka pulut hitam dan talam keladi.  Setiap jenis kuih 3 biji, konon seorang sebiji.  Kuih bingka pisang tu kuih kegemaran big boss tak dilupakan.


Kuih tepung gomak, keria dan ulat bulu.  Kuih ulat bulu tu memang jarang jumpa, ada yang kata kuih orang kelantan.
 

Kuih tepung pelita, yang sangat sedap.  Sebab rambang mata sangat ambil kuih, dapat makan beberapa keping saja.  Yang lain tapau bawa balik, sampai dinner makan kuih mak jah.
 

Harga makanan, mahal ke murah?.  Kalau sedap tak kisah pasal harga sebab ada tempat harga tak sepadan dengan rasa makanan.  Tapi tempat ini ramai orang kenal dan menjadi tempat pilihan orang-orang besar mahupun chef-chef terkenal datang makan.


Masa pergi makan ini, dah agak lama jugak...tapi cubalah contact kalau ada siapa-siapa nak cari kerja atau nak order kuih.
Wassalam.

Pokok Petai.


Assalam...
Orang sibuk bersilaturahim dengan manusia, dia sibuk bersilaturahim dengan pokok-pokok dan ternakan tuan rumah.  Ternampak pokok ini di belakng rumah Ayah Ngah, Felda Keratong 3, Pahang.  Pokok petai baru keluarkan...apa nama benda panjang yang di hujungnya berbentuk bujur tu (panggil bunga petai la kot).  Baru jugak sebenarnya kenal buah nie, dulu tak lalu juga nak makan busuk kan, tapi bila sudah jatuh cinta yang busuk pun rasa coklat.... 



Sebab saya pun tak tahu pokok petai itu macamana, kalau takde orang tunjukkan itu pokok petai tengah berbunga.  Mesti menyangka yang pokok itu hanya pokok biasa untuk teduhan, sebab bunga saja masih belum kelihatan bentuk buah petainya.


Kalau ada pokok dekat rumah bolehlah nak tengok bagaimana transformasi bunga bujur tu menjadi buah petai pulak.


Bunga harum, seharum buah petai pun tak tahulah,  kami yang berada di bawah pokok pun tak tercium apa-apa bau.


Inilah bunga yang bergantungan tu....buah petainya keluar dari bunga ini.


Unjuran buah petai yang sempat dirakam di kawasan parkir Lembah Bujang, Merbok Kedah beberapa tahun lepas.  Sebenarnya geram, nak petik dengan tangan tak sampai jadi petik dengan kamera jelah.


Gerai petai di tepi jalan kawasan Kuala Krai - Gua Musang.  Meriah sungguh gerai-gerai di kawasan ini menjual hasil-hasil tanaman penduduk tempatan.  Seikat besar petai boleh dapat harga kurang dari 50 ringgit.  Ayah kata itu panggil petai 50 atau 100 papan.

Cerita pasal petai sebab lepas ini,  nak masuk hutan mencari petai.  Tengoklah berjaya ke tidak jumpa petai.
Wassalam.

Thursday, 5 May 2016

Aneka Dodol & Wajik Ani, Sekinchan


Assalam...
Hari tu lepas berlari-lari kami sambung jalan-jalan hingga ke Sekinchan.  Mulanya nak pergi lepak-lepak di rumah kawan di Sungai Besar, tapi sebab dah lewat dan pak supir sudah keletihan kami end up di tepi bendang dan Masjid An Nur Kampung Sg. Haji Dorani kemudian kami putuskan kembali ke pangkal jalan.  Ketika melalui Sekinchan tadi en.Abe cakap nak singgah beli dodol sedap kat sini, dia pernah makan katanya. 

Dodol cik Ani inilah yang dia claim sedap dan terkenal tu, orang tempat kerja dia yang bagi info lah tu.  Iye ker, sedap? ikutkan sajalah.  Sejak dah tak boleh makan dodol pak andak (Ayob Abd Samat) saya belum jumpa lagi yang saya suka, terutama dodol durian beliau.  Semoga dicucuri rahmat roh mereka suami isteri di sana.



Lepas kami ambil dan bayar dodol yang dikehendaki, terasa ramah petang tu tanya pasal pembuatan dodol ini.  Orang yang layan kat gerai tu (lupa tanya nama) anak atau suami Cik Ani ke tu? tak tahulah, ajak we all pergi melawat tempat mereka buat dodol.  Bangunan yang berasingan terletak dibelakang rumah.  Tempat khas dan terasing daripada aktiviti rumah tangga merupakan salah satu kriteria yang melayakkan apa-apa produk makanan untuk mendapatkan sebarang sijil berkaitan penghasilan produk.



Hari itu, mereka tak buat dodol sebab mesin pemerah santan mereka rosak, jadi kami dapat meninjau saja dalam kilang tu.  Difahamkan masa untu menghasilkan dodol walaupun dengan mesin pengacau mengambil masa kira-kira 7 jam.  Kalau kacau guna tangan, minta ampun mak.



Susunan dodol yang telah siap di pek-pek, terdapat banyak pilihan dodol yang disediakan oleh Cik Ani antaranya dodol asli, dodol durian, dodol pandan, dodol jagung, dodol labu, dodol pulut hitam, dodol kacang merah dan wajik.  Saya pilih yang biasa makan saja dodol asli, pandan, dan durian.  Sesiapa yang lalu tu bolehlah singgah beli, tepi jalan jer dan ada banyak papan tanda.  Tolong support produk tempatan yang dihasilkan oleh orang kita.
Wassalam.

Tuesday, 3 May 2016

Run With Us - Tung Shin Hospital


Assalam...
Dari sejak sekolah memang kaki bangku dan tak aktif sukan, tiba-tiba boleh ikut nak masuk lumba lari.  Apa sudah jadi?  saja-saja sebenarnya, bukan lari betul-betul pun, nama pun run for fun anjuran Tung Shin Hospital.  Kasih semangat pada mereka, sambil tu boleh keluar peluh sebab nak disiplinkan diri exercise sentiasa failed.  


Larian dibahagikan mengikut kategori umur peserta.  Pertandingan dimulakan dengan kategori junior, kemudian dewasa, keluarga, veteran dan kategori belia yang paling ramai peserta.



Semangat orang tua ini, beliau yang melepaskan perlumbaan bagi setiap kategori dan menyampaikan hadiah kepada pemenang.



Sebenarnya larian hanya diadakan diperkarangan hospital.  Walaupun dalam kawasan hospital tetaplah ada cabarannya demi melengkapkan pusingan yang telah ditetapkan.  Mana tak mencabar, nak pusing satu round kawasan parking tu pun dah mengah, dek kawasan parking yang bertingkek-tingkek.  


Lepas berlari mendaki tempat parkir, kena lari secara menurun bukit pula.  Orang macam saya kalau tak balance langkah kaki mau jatuh tergolek jugak. 


 Oleh kerana tempat perlumbaan itu di kawasan situ-situ juga, maka tempat permulaan dan penamat adalah pada tempat yang sama.


Junior tempat kedua dan ketiga oleh dua sepupu (sharul & aiman), anak kawan saya.


Juara dari kategori baya-baya umur kita orang, stamina kuat brother ini.  Saya baru half way dia dah sampai garisan penamat.


Niat nak ikut bukan nak menang pun, tahu sangat kemampuan diri, orang berlari saya jalan berlenggang.  Tapi semangat kena ada, dapat habiskan semua pusingan dan sampai garisan akhir, dah cukup baik dari yang muda sampai setengah jalan dah berhenti terus.
Wassalam.