nuffnang_bid = "6d3fefaa2657f8901dfaPages

Showing posts with label Gunung Kinabalu. Show all posts
Showing posts with label Gunung Kinabalu. Show all posts

Thursday, 2 March 2017

Ceaser Palace, Kundasang


Assalam..
Penat lah cerita pasal makan, moh kite cerita pasal tempat tidur pula bila travel.  Tempat tidur yang biasa-biasa saja takde bintang-bintang pun, asal selesa dan boleh tidur lena.  Ini cerita tempat tinggal selepas turun dari mendaki hari itu.  Cerita penginapan yang seram sebelum mendaki dah cerita kat sini.  Guideline untuk Rinna cari penginapan selepas mendaki mestilah ekses keluar masuk senang, buka-buka mata nak tengok gunung, tak jauh sangat dari pekan, tiada tangga, bilik dekat dengan parking dan bukan tandas cangkung.


Penginapan kami serahkan pada Rinna nak choose sebab dia yang lebih mahir keadaan di sini asal saja memenuhi ciri-ciri di atas.  Mulanya kami nak menginap di Lodge 36 yang terletak di belakang tu sebab nak tengok pemandangan gunung lagi cantik dari situ tetapi sudah fully book.   Akhirnya pilih menginap di Ceasar Palace yang terletak dekat dengan Lodge 36.


Pemandangan gunung pun cantik dari sini, dari unit chalet kami yang terletak di belakang.  Sorry takde gambar bilik sebab selepas check in semua dah tak larat nak bergerak.  Saya selepas melaksanakan apa yang patut terus tidur, bangun pada waktu malam semua dah jadi tongkang pecah.  Kami sewa 2 unit chalet yang terletak berhadapan.  Harga berpatutan dan sangat sesuai untuk group atau family yang ramai kerana setiap unit chalet ada 2 bilik tidur yang luas dan dilengkapi bilik air pada setiap bilik. 


Kaki sakit tak mematahkan semangat untuk terus memuja puncak itu, masih tak jemu-jemu nak memandangnya walaupun baru turun dari sana semalam.  Sesekali nampak jelas begini, sesekali terlindung oleh awan. 


Malam last menginap di sini, kami buat bbq.  Set bbq tu memang ada disediakan, peralatan lain seperti pinggan, sudu garfu kami pinjam daripada pekerja di Ceaser Palace.  Mencabar nak hidupkan api dalam cuaca yang sejuk.


Menu bbq malam itu grill lamb chop, chicken wing, sausage dan sayur.  Tambahan ada salad mi segera, buah-buahan tempatan dan kuih atau gorengan yang dibeli semasa di Kampung Luanti.  Cuaca kat sini sejuk, so kena makan cepat sebelum makanan jadi kejung.


Jika yang nak menginap seorang atau berdua pun boleh sebab mereka ada menyediakan bilik, daripada sekecil bilik single.  Harga bilik bermula daripada RM80.00, berbaloi kan. 
Wassalam.

Tuesday, 22 November 2016

J Residence, Kundasang


Assalam...
Cerita mendaki tak mula lagi. Kita cerita penginapan dulu lah.  Kami sebulat suara telah memilih untuk menginap di J Residence satu malam sebelum hari pendakian ke Gunung Kinabalu.  Alasan sebab dekat, kalau nak yang lebih bagus banyak lagi cuma agak jauh dari park dan yang agak merisaukan, bila menginap jauh takut terlambat sampai di Kinabalu Park.


Sebelum ini ada terbaca review mereka yang pernah menginap di unit-unit hotel di sini agak tak memuaskan.  Namun disebabkan kami nak berkumpul bersama semua ahli group dan mencari tempat tidur yang terdekat dengan park sebelum hari pendakian, makanya kami memilih menginap di sini.


Living dan dining space yang luas, tidak sempat digunakan sepenuhnya.  Ketika kami menginap itu hari hujan, sofa itu memang tidak boleh diduduki sebab dah bergenang dengan air.  Lokasi sofa itu berada tepat dengan bahagian atap chalet yang bocor.


Ini harga promo weekday yang kami dapat hari itu, kira jimatlah untuk kami yang seramai 10 orang kan.  Chalet itu amat besar, nak muatkan 20 orang pun takde masalah.  Tetapi kedudukan unit chalet ini terletak di tengah-tengah yang buat saya risau agak kurang privacy.  Dah lah langsir jarang, bahagian tingkap dapur pula tiada sebarang langsir.  Perasaan tu macam penghuni dari bilik-bilik sekeliling boleh tengok wayang free.


Hari check in tak sempat nak tengok keadaan persekitaran di sini.  Sebenarnya kami check in agak lambat hari itu, dekat waktu magrib ditambah pula hari hujan, rasa cepat-cepat nak masuk bilik dan bungkus diri dalam selimut.   


Lepas magrib kami bergegas keluar untuk mengisi perut di pekan Kundasang.  Lokasi penginapan ini berada di cerun yang agak curam, ada incident yang kurang menyenangkan ketika kami hendak keluar ke jalan utama dari kawasan penginapan ini.  Salah satu kereta kami tak mampu naik ke atas sehingga kena tukar driver dan buat pecutan beberapa kali baru berjaya naik ke atas.  Kami sebagai penumpang ini kenalah menapak mendaki anak tangga, bagus juga sebagai last warming up untuk keesokan hari.


Seawal jam 6.30 pagi kami dah bersiap untuk check out dan bergegas ke Kinabalu Park.  Ketika itu masih hujan dan keadaan berkabus, jadi pemandangan cantik nan menghijau di sekeliling J Residence tidak dapat kami nikmati.


Selain sebab kena lapor diri awal di Kinabalu Park, sebenarnya ada satu drama pagi tu yang membuatkan perut, hati, pedal, limpa, jantung ahli group menjadi senak.  Nantilah cerita.
Wassalam.

Thursday, 29 September 2016

Mokcik Sakit Kaki...

Assalam...
Mokcik masih sengal-sengal badan dan berjalan macam robot.  Mokcik sengaja cari penyakit ikut rombongan orang muda pergi sini minggu lepas. 


Dulu-dulu mokcik dah janji takmo naik dah cukuplah sekali.  Tapi angin apa entah yang menyebabkan mokcik ikut rombongan mereka ini.  Ingatkan nak sampai Laban Rata saja, tapi awal pagi sibuk jugak bangun dinihari, kuatkan jugak semangat ikut mereka melangkah ke puncak.  Padahnya rasailah kesakitan itu.


Bila sakit-sakit badan esok atau lusa dah ok, nanti mokcik sambung cerita pengalaman naik sini ya.
Wassalam.