Showing posts with label Nasi. Show all posts
Showing posts with label Nasi. Show all posts

Friday, 2 December 2022

Lao Mandre: Pekena Nasi Beriani Johor di Beriani Hut

 

Assalamm...

Benda pertama nak buat selepas keluar dari klia, adalah mencari tempat makan.  Bukan tak nak makan di klia tadi, tapi sebab semua orang macam kalut, jemaah dan orang penghantar.  Nak pergi makan berdua apakah hal pula kan, sedangkan sedang beramai-ramai di situ.  Sedang mencari tempat makan setelah sampai di kawasan Kota Warisan, terpandang resto Beriani Batu Pahat Original ini.  Jom lah dah lama tak pekena beriani, jika tanya orang sebelah pastinya mamak lah pilihannya.  Sebab dah lapar sangatkan, tak pandang kiri kanan dah, terus cari meja, order, bayar dan tunggu mereka sediakan pesanan.  Makanan siap, ambil dan makan. 

Set nasi beriani dengan kambing, kami suka kambing memang sedap sangat lah pada kami yang ini.  Nasi beriani johor memang terpaling suka, jenis nasi beriani yang lain kurang minat.  Bagi saya nasi beriani johor makan nasi saja tanpa lauk pun dah sedap, kalau yang lain tu kuat sangat rasa rempahnya.

Yang ini pun dah lama tak makan.  Laksa johor, orang johor makan dengan tangan, kita makan guna sudu lah.  Sesudu demi sesudu masuk mulut, aik rasa dia lain sikit, ada macam rasa laksa utara pula, adakah pengaruh daripada jenis ikan?.  Warna kuah pun agak gelap sikit. Walaupun kurang rasa johornya, habis licin juga.

Alhamdulilllah perut kenyang dan ini kos makanan kami untuk petang itu.

Beriani hut ini, ada beberapa cawangan di Kajang, Cyberjaya dan Putrajaya.  Resto tempat kami makan ini terletak di Kota Warisan, Jalan Klia Evenue, Sepang.

Wassalam.

Friday, 18 December 2020

Nasi Lemuni, Kegemaran Orang Utara

Assalamm...
Pernah makan nasi lemuni? Kaedah penyediaan nasi lemuni macam nasi lemak juga cuma ada campuran air daun lemuni masa menanak nasi.  Daun lemuni tu unik, bahagian belakang daun warna ungu itu yang memberi warna gelap pada nasi yang kita masak.  Daun lemuni tu macamana? alamak google lah ye, tak sempat pula nak diphoto daun yang saya dapat hari tu.  Jauh ambil dari Sepang, umah sedara ayah mertua (baru kenal) tapi tak malu boleh minta daun lemuni dia masa nak balik.

Sudah lama kami teringin nak makan nasi lemuni, tapi tak dapat-dapat.  Asyik teringat ketika tinggal di Penang, kerja di Lebuh Pantai, boleh kata setiap hari kami beli nasi lemuni sebagai sarapan.  Beli dari seorang pakcik penjaja depan pejabat pos besar, pakcik tu pula suka menyakat.  Siapa nak sentiasa awet muda rajin-rajin lah makan nasi lemuni.  Bukanlah percaya sangat dengan ayat manis dia tu, tapi sebab memang kami suka dengan rasa nasi lemuni ini, macam juga nasi kerabu atau nasi ulam memang cukup suka.
Sebenarnya nak makan nasi ini, lauk sampingan tu cukup dengan yang sederhana seperti sambal tumis, telur atau ikan goreng berserta sedikit ulam timun atau tomato.  Tapi jika extra rajin nak gu kan dengan lauk ayam atau daging takde masalah, boleh juga.

Nasi Lemuni
Sumber: Datin Fiza Saad


Bahan-bahan
2 cawan beras
2-3 gengam daun lemuni - blend untuk dapatkan airnya
2 cawan santan
1 sudu lada hitam
2-3 biji bawang besar - kisar
4.5 cm halia - hiris halus
Garam secukupnya


Cara Penyediaannya
* Blend daun lemuni untuk dapatkan airnya
* Campurkan semua bahan ke dalam periuk (rice cooker), masak seperti masak nasi lemak atau nasi putih.
* Boleh hidangkan dengan sambal tumis, telur rebus, ikan goreng atau ikan masin dan hirisan timun.
Masa buat nasi ini, tak dapat sambutan yang menggalakkan daripada ahli rumah.  Mereka tak biasa memang sukar sikit mereka nak terima lagi satu mungkin sebab tiada lauk ayam.  Tak apalah cukup untuk melepaskan rindu dendam saya seorang akan nasi lemuni sambil mengenang kisah-kisah lama semasa tinggal di Penang dulu.
Sebenarnya daun lemuni tu memang banyak khasiatnya, pakcik tu bukan saja-saja sembang kosong tau.  Khasiat tu nanti cari lah na, dan tak rugi mencuba bagi yang tak pernah makan nasi lemuni ini.
Wassalam.

Friday, 26 June 2020

Cucur Nasi (Jemput-jemput Nasi aka Kueh Welcome-welcome)

Assalam...
Nasi walaupun makanan ruji rakyat sejak berzaman, patut semua orang dah jadi pakar dalam kendalikannya tetapi sebaliknya kadang jadi dilema pada suri rumah.  Masak banyak tak habis, sikit tak cukup pula lagi satu masak sebelah pagi tak sampai petang dah basi.  Sedih setiap kali kena buang nasi yang dah rosak atau basi.  Terima kasih pada yang rajin cipta resepi dengan menggunakan nasi sejuk ini.  Pertama kali try buat cucur nasi, terus jatuh cinta memang sedap rasanya.  Saya ambil resepi daripada blog FHA selemak santan, resepi cam kat bawah tu. 


Cucur Nasi
Sumber: FHA Selemak Santan

Bahan A
2 cawan nasi
1 1/2 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan air
1 cawan ikan bilis (35 gram) ( saya ganti dengan udang kering)
1 biji cili merah
3 biji cili padi
sedikit garam

Bahan B
1 biji  bawang besar 'holland' yang bersaiz besar (dibelah 16 dan dihiris kasar/kiub) * Bawang Holland lebih sedap untuk dimasak cucur
1 1/2 cawan hirisan daun sup
1 camca besar 'penuh' tepung gandum
udang hidup * optional (pun takde stok saya tukar udang geragau)

Bahan C
Minyak secukup nya untuk goreng tenggelam



Cara Penyediaannya.
* Satukan kesemua bahan A dalam mesin pengisar dan kisar sehingga halus dan bercampur.
Untuk memudahkan proses kisaran, guna 'batang plastis pengisar' yang  dibekalkan bersama mesin.
* Keluarkan bahan kisar dan masukkan kedalam mangkuk besar
* Tambahkan bahan B kedalam bancuhan tepung dan ratakan sehingga sebati. Tujuan tambahan tepung dalam bahan B adalah untuk memekatkan adunan kerana jika berada bersama bahan A sebelum ini, proses kisaran akan lebih sukar kerana aduanan terlalu pekat.
Adunan tepung ini memang lembut dari 'cucur bawang' biasa. Tetapi jangan risau kerana apabila digoreng ia akan kembong dengan sendiri nya.
* Panaskan minyak dalam kuali. Pastikan minyak betul-betul panas untuk mengelakkan cucur serap minyak.
* Jemput adunan dan goreng. Apabila cucur telah bertukar kekuningan baru dialihkan.
* Apabila cucur sepenuh nya bertukar kekuningan, angkat, saringkan minyak dan letak diatas 'tissu dapur' untuk menyerap lebihan minyak.
* Siap untuk dihidangkan.


Orang tu makan pun dia kata sedap, tapi lain kali saya kena buat adunan keras sikit untuk elakkan cucur berminyak.  Orang panggil cucur nasi jer kuih ini, di dunia lain cucur tu kan jemput-jemput nama lainnya.  Tapi sebab si jep tu dan tukar pula nama jemput-jemput jadi saja kueh welcome-welcome, saja jer buat lawak kan.
Wassalam.

Saturday, 4 April 2020

Nasi Minyak, Ayam Masak Merah & Acar Masak.

Assalamm...
Ini bukan menu mewah kami semasa PKP ya, ia dah lama dibuat.  Buat bukan nak makan saja-saja tetapi atas permintaan adik untuk dihantarkan ke sekolah dia.  Ada hamba Allah yang nak belanja budak-budak sekolah itu makan tapi tak jumpa tukang masak yang boleh masak pada hari berkenaan.  Mungkin jumpa orang nak masak tapi minta harga diluar budget mereka, jadi adik minta tolong buatkan untuk 200 orang termasuk guru-guru. 

Sudah ada kesempatan kami pun join sekali lah makan sedap-sedap begini.  Nak masak-masak begini hari biasa memang tak lah, kena tunggu hari raya lah kot.


Nasi Minyak
Sumber: Chef Nas.

Bahan-bahan
4 pot beras basmathi
1 sudu minyak sapi 
1 sudu majerin planta
Rempah 4 sekawan sedikit setiap jenis (kayu manis, cengkih, pelaga dan bunga lawang)
2 ulas bawang merah - hiris
1 inci halia - hiris halus
Sedikit garam
1 helai daun pandan - simpulkan
Sedikit pewarna kuning
Kismis dan buah gajus goreng

Cara Penyediaannya
* Panaskan minyak dan majerin, tumiskan 4 sekawan dan bawang hingga layu.
* Masukkan air yang telah disukat dengan beras (1 beras: 1.5 air).
* Tambahkan beras, halia, garam dan simpulan daun pandan.  Tanak hingga masak.
* Bila dah masak, titikkan pewarna kuning sedikit di atas nasi dan biarkan sebentar  kira-kira 5 minit.
* Kacau nasi dan tambahkan kismis dan gajus.  Hidangkan dengan pasangan lauknya.

Ayam Masak Merah
Sumber: Chef Nas

Bahan-bahan
1 ekor ayam - bersihkan dan perap dengan garam kunyit.
5 ulas bawang merah - hiris
5 ulas bawang putih - hiris
2 batang serai - ketuk
4 sekawan (kayu manis, cengkih, pelaga dan bunga lawang)
2 sudu sos cili
2 sudu sos tomato 
Air sedikit
Garam dan serbuk perasa
Minyak untuk menggoreng

Bahan kisar-
5 tangkai cili kering
4 ulas bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia.

Bahan tambahan
Bawang besar - hiris bulat
Daun ketumbar - hiris
Kacang peas
Susu cair

Cara Penyediaannya
* Goreng ayam yang telah diperap hingga setengah masak.
* Panaskan minyak (boleh guna minyak bekas goreng ayam), tumis bawang hiris, 4 sekawan dan serai hingga naik bau.
* Masukkan bahan kisar dan tumis hingga cili betul-betul masak (garing).  Tambah sedikit air, tumis dengan api perlahan hingga naik minyak.
* Tambahkan garam, gula dan serbuk perasa.  Masukkan ayam goreng tadi, biar mereneh sekejap.
* Tambahkan bawang hiris, kacang peas dan susu cair.
* Sesuaikan rasanya dan tutpkan api.  Tabur dengan hirisan daun ketumbar.


Acar Masak
Sumber: Chef Nas

Bahan-bahan
1 batang timun
1/2 batang carrot
4 ulas bawang kecil - potong 2
4 ulas bawang putih - potong 2
1/2 sudu teh biji sawi
Serbuk kunyit secukupnya
2 sudu cuka
Gula dan garam 
Sedikit minyak
Sedikit air

Cara Penyediaannya
*  Timun buang biji dan potong memanjang. Carrot juga dipotong meamnjang.
* Tumis bawang sekejap, masukkan biji sawi dan serbuk kunyit.
* Tambahkan sedikit air dan masukkan carrot.
* Tambahkan cuka, gula dan garam, sesuaikan rasanya dan didihkan sekejap sebelum masukkan timun.
* Tutup api. 


Begini lah hasil keadaan nasi minyak dan ayam masak merah berserta acar yang mereka minta buat tu.  Sebab sama-sama sibuk kami minta adik yang lain, tolong hantarkan ke sekolah di Putrajaya, tempat adik mengajar.

Petang tu adik hantar wassap, dapat good feedback dari guru-giri berserta gambar budak-budak tengah menjamu selera.  Syukur, Alhamdulillah, Allah bagi sedap dan sesuai pada citarasa mereka.
Wassalam.

Tuesday, 23 April 2019

Lao Mandre: Restoran Hatinie

Assalam...
Some where in January tak silap pergi sini selepas balik dari JTK.  Bila kes settled, bos ajak pergi makan di sini, katanya anak dia selalu bawa dia datang sini tapi tak tahu tempat.  Nasib ingat nama resto, then boleh lah google kedudukannya di mana.  Tempat makan yang seumpamanya yang saya biasa pergi di Jaring Sunway saja. Seumpama yang saya maksudkan tu, hidangan lauk pauk dan dessert makanan melayu yang pelbagai kalah buffet hotel.


Berselera sangat tengok variasi lauk pauk yang dihidangkan.  Rasa macam nak cuba semua, nasib baik nafsu serakah dah ditinggalkan di mahkamah tadi.


Stesen yang paling saya suka, stesen yang ada pelbagai jenis bubur.  Tapau siap tapau 2 mangkuk bubur sagu yang macam sagumpal.


Pilihan ulam-ulaman dan sambal rambang mata dibuatnya.  Sabar, sabar ambil yang perlu saja ok.


Ayam percik sos putih, nampak sangat mengancam.  Bos cakap sedap, ingat macam dia ambil hari tu makan dengan nasi kerabu.


Nasi kerabu yang lengkap dengan condiments sambal kelapa, sambal budu dan sambal lada.


Antara berjuta dan beribu makanan yang ada, hanya ini yang menjadi pilihan hati. 


Bubur sagu warna-warni, yang ini di panggil sagumpal juga ker?.


Jumpa miang kam, tak beli tapi sebab nampak daun kaduknya dah tak berapa fresh.


Bagi yang suka kudapan biskut, kerepek, maruku dan kekacang juga ada dijual.  Sekarang tak perlu tunggu musim raya untuk nikmati biskut raya, sepanjang masa ada.

Next time boleh datang lagi nak rasa makanan kelantan yang lain pula.  Khabarnya ada sarapan fresh yang di terbangkan dari kelantan macam nasi berlauk dan kuih akok.
Wassalam.

Friday, 29 March 2019

Nasi Ulam Utara

Assalam...
Sesuatu yang manis, apabila berjaya menyediakan makanan yang orang pinta dan selepas tu dapat pula pujian daripada mereka.  Sebenarnya bukan lah pujian tu yang ditunggu-tunggu tetapi cara mereka makan bertambah-tambah itu lebih bermakna.  Permintaan yang dah lama, dah lapok tetapi orang yang minta tu sentiasa menuntut janji, bila dah tak tahan pergi juga ke pasar malam mencari ulam.  Dua kali ke pasar baru lengkap pencarian pelbagai ulam-ulaman walaupun tak sampai bilangan 4o jenis.



Daun ulaman harus di hiris sehabis halus, dalam gambar tu tak seberapa halus seperti hasil racikan orang pro yang buat.  Tidak mengapa untuk 1st trial dan sudah mencuba kan.


Ikan kering dan bahan bumbu lainnya yang telah ditumbuk halus.


Part terakhir, mengaul nasi putih panas-panas dengan ulaman dan bahan tumbuk.  Untuk menyediakan nasi ulam tidak lah sesukar mana, part yang paling mencabar adalah untuk mencari pelbagai ulam dan proses meracik halus pucuk-pucuk tersebut.  Untuk menyediakan nasi ulam yang ini 2 kali mencari ulam.  Pertama kali di pasar malam, beli awal 2 hari tetapi semua ulam rosak dan seterusnya cari waktu ulam di pasar sebelah pagi sebelum menyediakan nasi ulam pada waktu tengahari.


Nasi Ulam Kedah
Sumber: Fiza's Cooking

Bahan-bahan
3 cawan nasi panas
1 keping ikan tenggiri masin (digoreng dan leraikan), saya guna isi ikan talang masin
4 sudu kerisik
Ulaman-ulaman (di hiris halus) - saya guna 14 jenis ulam hari tu- ulam raja, daun gajus, daun selom, daun bebuas, daun belinjau, pucuk putat, pucuk pegaga,daun mengkudu, daun limau purut, daun cekur, daun selasih, daun kemangi, daun kesom dan ginseng vietnam
1 kuntum bunga kantan.


Bahan Untuk ditumbuk Halus
1 inci halia
1 inci lengkuas
4 batang serai
1 sudu lada hitam
5 ulas bawang merah

Cara Penyediaannya
* Gaul nasi dengan ulaman  yang telah dihiris halus, bahan tumbuk, kerisik, isi ikan masin.
* Tidak perlu menambahkan garam kerana isi ikan masin kering telah masin.
*Hidangkan nasi ulam bersama asam rebus keladi.


Cerita pasal nasi ulam sayur keladi, teringat pulak lagu dalm filem melayu lama, filem bawang putih bawang merah yang menyebut "nasi melukut sayur keladi, untuk bondaku di pagi hari".   Sesuai konsep orang makan nasi ulam dan sayur keladi sebagai sarapan di utara, walaupun sekarang orang masak nasi dengan beras bermutu bukan lagi guna beras melukut (hancur).
Wassalam.

Tuesday, 26 June 2018

Nasi Kuning Juadah berbuka.


Assalam...
Hari kedua yang kami pilih sediakan nasi kuning untuk juadah berbuka jemaah surau.  Kerja-kerja memasak nasi kuning menggunakan periuk noxxa mudah dan menyenangkan kerja.  Kalau ikut proses yang betul nasi kuning tu selepas ditanak seketika dengan santan perlu dikukus hingga masak, tetapi dah guna noxxa ini taram kaedah masak guna method hi-pressure dari awal hingga akhir dan hasilnya tetap tidak mengecewakan.


Sebenarnya Yana yang bagi idea nak sediakan juadah apa petang tu.  Dia kata elok buat nasi lemak jer, tapi akak pi sailang dia buat nasi kuning pula.  Jadinya nasi kuning tu dia panggil nasi lemak kuning, lantak pi lah, yang penting misi terlaksana.  Lauk gandingan tu masak guna dapur biasalah, kalau semua masak guna noxxa kena lah ada beberapa ketul periuk tu.  Resepi lain untuk nasi kuning boleh rujuk di sini


Nasi Kuning Noxxa
Sumber:  Mulia


Bahan-bahan
6 gelas beras basmathi
2 gelas santan pekat (saya guna santan kara)
7 gelas air
3-4 helai daun limau purut
3-4 batang serai titik
1 sudu teh garam
1/2 sudu teh serbuk perasa (ikut suka) 



Cara Penyediaannya.
*  Basuh dan toskan beras.
*  Masukkan beras ke dalam periuk noxxa bersama bahan-bahan yang lain.
*  Gaul rata sebelum menutup periuk.
*  On periuk, tekan button dan pusing tombol atas penutup ke hi-pressure, set timing 8 minit.
*  Release pressure dengan pusing tombol ke nob steam.
*  Bila Steam released dah siap, buka tutup periuk dan keluarkan nasi.
*  Biar nasi set seketika sebelum dikacau dan ditaburkan dengan bawang goreng.
*  Hidangkan bersama lauk kegemaran.  Untuk nasi kuning gandingan lauk yang biasa adalah lauk bersambal, ayam, ikan atau telur dan sedikit sayuran.



Lauk gandingan petang itu ayam goreng kunyit, telur rebus, sambal dan sedikit ulam timun dan salad.  Syukur dapat lengkapkan tapau nasi kuning sebanyak 70 peket petang tu.


Sehidangan lebih kurang gini lah.  Resepi untuk sambal tak payah letak lah, sama macam buat sambal nasi lemak.


Ini bahagian tuan rumah berbuka petang tu,  untuk Yana and the geng tapau balik rumah dia sebagai bekalan untuk sahur sebab petang tu dia join jemaah wanita berbuka di surau.


Rasa nikmat jer petang tu, bila dapat masak semua tu.  Bila tengok kontena plastik bersusun yang lengkap terisi nasi kuning, wah rasa macam nak berniaga pun ada.
Wassalam.

Friday, 22 June 2018

Nasi Daging Utara, Air Asam Berkerisik


Assalam...
Sebelum start ramadhan, ajk sura tempat kami dah war-warkan kepada sesiapa yang nak sediakan juadah berbuka puasa kepada lebih kurang 70 orang jemaah setiap hari.  Alhamdulillah pihak ajk tahun ini mengamalkan konsep berbuka beramai-ramai dan memberi peluang kepada sesiapa yang ingin memberi sumbangan, boleh bagi bahan mentah, boleh bagi duit, boleh masak berjemaah atau masak sendiri di rumah.  Budak Yana tanya nak join tak, off course nak tapi kami pilih nak masak di rumah sendiri sebab malu nak masak kat surau.  Segala dokumentasi dan urusan dengan ajk Yana yang settlekan, kita cuma pilih hari dan fikir nak sediakan apa.  Maaf Yana, akak pilih nasi daging salah satu sebab nak lempiaskan keteringinan sendiri dan nak merasa nasi daging utara dengan ayaq asam.


Bahan tumis nasi, selalu orang tumis dalam periuk yang sama untuk digunakan memasak nasi daging.   Maksudnya tumis bahan, masuk beras, air daging dan masak.  Tetapi petang tu sebab nak masak lebih dari 2 kali guna periuk noxxa tu, saya sediakan bahan tumis berasingan dan sediakan cecair campurkannya sekali. 


Keseluruhan memasak nasi dan merebus daging saya menggunakan periuk noxxa sebab nak jimatkan masa.  Jika rebus daging atas dapur gas, takut daging tak sempat empuk saya dah jatuh tejelepuk tidur tepi dapur menunggu.  Bila dah empuk, angkat daging dan hirislah kecil-kecil nak bentuk dadu atau nipis panjang terpulang.


Nasi Daging Utara
Sumber: Majalah Rasa


Bahan-bahan
1/5 kg daging - rebus dan potong kecil.
6 gelas beras basmathi - basuh dan tos
8.5 gelas air campuran (bahan tumis, 1 tin susu cair, 1 tin tomato sup dan air rebusan daging)
1 sudu teh garam
1/2 sudu teh serbuk perisa
3 batang serai - ketuk
simpulan daun pandan 
Untuk hiasan - gajus, kismis dan bawang goreng


Bahan Tumis
2 inci halia
2 biji bawang besar
1 labu bawang putih
1/2 pkt kecil rempah kurma
1/2 pkt kecil rempah sup 
2 inc kayu manis
3 biji cengkih
3 biji buah pelaga
3 biji bunga lawang
Majerin / minyak sapi
Minyak masak

Cara Penyediaannya
1.  Bahan Tumis & Air Campuran.
*  Rebus daging hingga empuk.  Keluarkan daging dan tapis air rebusan tersebut.
*  Panaskan sedikit minyak dan campurkan dengan majerin atau minyak sapi.
*  Tumiskan bawang hingga layu, masukkan 4 sekawan dan rempah kurma dan rempah sup.
*  Tumis hingga naik minyak.  Tutup api.
*  Campurkan bahan tumis dengan air rebusan daging, tomato sup dan susu cair.
*  Gaul rata sebelum diguna.

2.  Memasak Nasi - Guna periuk Noxxa
*  Masukkan beras ke dalam periuk, tambahkan hirisan daging, simpulan daun pandan, serai, garam, perasa dan air campuran rebusan tadi.
Tutup periuk dan pusing nob penutup ke  hi-pressure, set timing 8 minit dan tekan butan On.
*  Bila dah selesai 8 minit, released pressure dengan memusing nop penutub ke steam.
*  Biar sehingga wap habis keluar sebelum membuka penutup periuk.
*  Keluarkan nasi dan tabur dengan gajus goreng, kismis dan bawang goreng.
*  Hidang bersama acar mentah dan air asam berkerisik.

Nota- jika tiada pressure cooker, masak nasi dalam periuk seperti memasak nasi putih.


Acar Mentah
Sumber: En. Abe

Bahan-bahan
3 biji timun - hiris
1 biji nenas - hiris
1 batang carrot - potong juleen
2 biji bawang besar - hiris
2 biji cili merah- juleen
cuka secukupnya
gula secukupnya
garam secukupnya

Cara Penyediaannya 
*  Campurkan semua sayur yang telah di potong / hiris.
*  Gaul sebatikan cuka, gula dan garam.  Tambah sedikit air jika perlu.
*  Sesuaikan rasanya sebelum dicampurkan dengan hirisan sayur.  


Air Asam Berkerisik
Sumber: En. Abe

Bahan-bahan
10 biji cili padi*
2 biji cili merah*
1 inci. belacan bakar* 
2 biji cili merah - hiris halus

2 biji limau kasturi - ambil jus dan kulitnya dihiris halus
4 biji tomato - belah, buang biji dan hiris nipis
2 biji bawang besar - hiris halus
2 sudu kerisik
Secukupnya garam dan gula
1 sudu pati asam jawa campur dengan secawan air.

Cara Penyediaannya 
*  Bahan bertanda '*' tumbuk halus.
*  Campurkan dengan hirisan tomato, bawang dan cili merah.
*  Tambahkan kerisik dan air asam jawa.
*  Masukkan perahan limau nipis dan kulitnya yang telah dihiris.

Gambar kurang menyerlah ayam asam tu sebab, sempat tangkap gambaq ayaq asam tinggal seredak.

Bungkusan nasi daging dah siap menunggu Yana and the geng, dia yang akan tolong hantarkan ke surau.


Alhamdulillah lunas sudah keinginan nak makan nasi daging bersama air asam berkerisik, nikmat juga dapat dikongsi bersama pada ramadhan ke-13.  Semoga jemaah surau turut berpuashati dengan juadah petang tu.  Yana mesej ketika tengah berbuka, awatlah nasi nie sedap nak mateeyy akak?.  ah sudah, jangan sampai ada jemaah surau yang terkorban sudah, tak pasal akak kena masuk lokap.


En. Abe yang makan nasi daging petang tu turut terkesan dengan rasanya.  Lepas tu dia dapat idea nak masak nasi ini lagi di pagi raya nanti.  Ok ok selesaikan puasa dan teraweh dulu abang, raya kira fikir kemudian.
Wassalam.