nuffnang_bid = "6d3fefaa2657f8901dfaPages

Friday, 28 June 2013

Apa Yang Istimewa di Pulau Samosir, Danau Toba.

nasamulia
Pulau Samosir

Assalam wbt....
Danau Toba merupakan tarikan utama setiap pengunjung yang berkujung ke Medan, Sumatera Utara yang mana dirasakan tidak lengkap kalau tidak menjejakkan kaki ke sini.  Proses letupan volcana beribu tahun dahulu telah menjelmakan tasik yang begitu indah dan mendamaikan untuk ikunjungi. 
nasamulia
Feri penumpang dengan tambang Rp5000 sehala

nasamulia
Keadaan dalaman feri penumpang yang berulang alik antara jeti Tigaraja, Parapat ke Tomok, Pulau Samosir.

nasamulia
Tugu Peringatan Suku Kaum Batak yang mewakili daerah penempatan mereka, Batak Karo, Batak Toba, Batak Pak Pak dan Batak Simalungun

nasamulia
Antara contoh Rumah Adat Batak yang terdapat di Pulau Samosir
Ciri-ciri Reka bentuk rumah adat batak mempunyai pengertian yang tersindiri terutama bentuk bumbung, perletakkan pintu dan tangga.  Bumbung dibina tinggi dan runcing di bahagian hadapan dan belakang.  ketinggian bumbung belakang mestilah melebihi bumbung hadapan, ini membawa maksud bahawa di hadapan mewakili orang tua atau ibu bapa dan belakang adalah anak-anak mereka.  Ini membawa maksud bahawa para ibu bapa mengharapkan agar anak2 mereka mendapat pencapaian yang tinggi daripada mereka.

Perletakkan tangga dan pintu pula akan membezakan rumah raja dan rumah orang kebanyakkan.  Tangga untuk rumah raja di letakkan agak ke dalam sedikit, yang mana pintu rumah raja tidak akan kelihatan, secara simboliknya seseiapa yang hendak memasuki rumah raja hendaklah menunduk kepada ketua mereka.

nasamulia
Pintu gerbang menuju ke kuburan Raja Sidabutar, pengunjung diperlukan untuk memakai selendang batak sebagai tanda hormat.

nasamulia
Reka bentuk rumah adat raja batak yang dijadikan sebagai Muzium Batak
nasamulia
Antara koleksi peralatan masyarakat batak yang dipamerkan

nasamulia
Terdapat gerai yang menjual cenderahati di sepanjang lalaun dari jeti ke Muzium Batak
Bagi yang gemar untuk bershopping, di sini terdapat banyak gerai yang menawarkan cenderahati untuk dibawah pulang.  Harga pula agak murah berbanding dengan gerai di Parapat, namun di mana-mana pun kemahiran untuk tawar menawar amat diperlukan.

Wassalam. 

Tuesday, 18 June 2013

Marathon Nasi Padang

nasamulia
Konsep nasi padang dengan pilihan pelbagai jenis lauk

Assalam wbt...
Memang sedap bila dapat menikmati nasi padang.  Untuk menikmati nasi padang kita perlu tahulah beberapa konsep yang agak berlainan dengan nasi campur yang biasa bagi kita di Malaysia.  Di Malaysia pun sebenarnya banyak restoran nasi padang yang ada terutama di bandar-bandar besar.  Pengusahanya terdiri orang tempatan ataupun restoran nasi padang yang dibawa masuk secara francaise dari Indonesia.  
nasamulia
Restoran nasi padang menyediakan pelbagai jenis lauk terdiri daripada ikan, ayam, daging, sayur, ulam-ulam dan sambal.  Kebanyakkan menu yang disediakan di masak mengikut cara tradisi orang minang yang terkenal seperti rendang, kari, goreng dan masak lemak.  Sekiranya pelanggan memasuki restoran dan bercadang untuk menikmati nasi padang, pelayan akan menghidangkan kesemua jenis lauk yang terdapat di restoran tersebut.  Setiap satu menu akan di letakkan di dalam pinggan kecil atau mangkuk dan diletakkan diatas meja.  Terdapat situasi sehingga meja sarat dipenuhi dengan lauk pauk.

Bagi mereka yang tidak tahu atau tidak pernah berkunjung ke restoran nasi padang, jangan panik dan terkejut dengan situasi seperti ini.  Anda tidak akan dikenakan bayaran ke atas semua yang dihidang.  Sebaliknya anda hanya akan diminta untuk membayar jumlah lauk atau pinggan yang telah anda makan.  Jadi pastikan anda pilih betul-betul lauk dan berapa pinggan yang hendak di makan.  Jangan sekali-kali menyentuh atau mencuit sedikit pun lauk dengan tujuan untuk merasa sekiranya anda tidak berhasrat untuk menghabiskannya.  Bayaran akan di kenakan.
Nasi Padang tidak lengkap sekiranya tidak disertakan sambal, sambal cili hijau atau merah seperti ini.
Ketika kami di Medan, kami telah berpesan kepada pemandu untuk singgah  ke restoran nasi padang yang menurut beliau rasanya hebat dan berpatutan dari segi harga.  Harga makanan yang kami bayar untuk 5 orang adalah antara Rp250,000 hingga Rp300,000.  Woow, kok mahal bener, sekali santap ratusan ribu....hehehe

nasamulia
Kari Ikam Emas antara menu popular rumah makan di Parapat...bekalan ikan emas diperolehi dengan banyaknya dari penternak ikan dalan sanggkar di kawasan Danau Toba
Restoran nasi padang juga ada menyediakan menu ala-carte seperti nasi goreng tetapi dah alang-alang ke tempat orang, baik kita rase makanan mereka.  Yang Mulia suka bab kebersihan kedai, memang tip top, layanan bagus dan tiada charge untuk air minum (air jarang) yang disediakan, minumlah sebanyak mana yang anda suka.
nasamulia
Lauk di rumah makan (restauran) Istana Minang yang terletak di Parapat
Ketika kembali ke Bandar Medan, kami juga sempat berkunjung ke rumah makan Garuda yang merupakan restoran nasi padang terbesar di sini.  Namun kami hanya membasahkan tekak menikmati Es Teller, minuman yang diperbuat menggunakan buah avacado (alfukat).  Sebelum berangkat balik Mulia dengan suami sempat singgah menikmati hidangan pesisir di rumah makan berdekatan dengan hotel penginapan kami.  Konsep tetap sama dengan nasi padang, cuma hidangan dan menu agak berbeza.  Menurut pelayan di situ, menu orang pesisir adalah merujuk kepada makanan masyarakat yang mendiami tepi pantai di Sumatera.
nasamulia
Es Teller di Restoran Garuda, rasanya lemak2 manis
Kepada sesiapa yang hendak berkunjung ke Medan Indonesia, jangan lepaskan peluang menikmati keenakan nasi padang.
Wassalam... 

Pasar Pagi di Stesen Jeti Tigaraja Parapat

nasamulia
Suasana pasar di Jeti Tigaraja, Parapat
Assalam wbt...
Stesen jeti Tigaraja merupakan tempat feri mengambil dan menurunkan penumpang untuk ke Pulau Samosir atau sebaliknya.  Di tepi jeti ini juga menempatkan sebuah pasar untuk kemudahan penduduknya mendapatkan barangan keperluan mereka. Sebelum feri yang kami naki pada jam 8.00 pagi berlepas, kami sempat berjalan-jalan di pasar tersebut. 

Sebenarnya tempat ini tidak jauh daripada hotel penginapan kami di tepi Danau Toba.  Dengan hanya berjalan kaki kurang dari 10 minit di laluan tepi danau akan sampai ke tempat ini.  Boleh dikatakan ianya sebuah pekan kecil yang menyediakan kemudahan seperti, money changer, tempat penginapan, kedai2 dan stesen pengangkutan darat dan air.
nasamulia
Ikan Emas yang dibiar dalam sangkar tepi danau, menunggu pembeli untuk di bawa balik
Sekiranya pelawat ingin berjalan dalam kumpulan yang kecil dan bersendirian boleh mendapatkan agen di sini.  Mereka akan membawa pelancong  untuk melawat pulau dan tempat-tempat menarik di sekeliling Danau Toba dengan bayaran serendah Rp650,000.  Namun kami memilih untuk menggunakan feri penumpang yang berulang alik dengan bayaran Rp5000 sahaja.
nasamulia
Buah Avacado, dijual dengan harga Rp6000 sekilo lebih kurang RM2.00, Kalau kat Malaysia buah ini boleh jumpa kat supermarket jer dengan harga sebiji RM4.50. Di Paparat nie, bersepah di pasar.
Wassalam..

Coto Makassar di Sandakan

nasamulia
Semangkuk Coto Makassar
Assalamualaikum...
Mulia harap kita semua dikurniakan kesihatan yang baik kerana memang terlalu banyak hal yang perlu diselesaikan sama ada untuk diri sendiri maupun untuk keluarga. Kalau dah tak sihat, macam mana nak menjayakan misi kita tu kan.
nasamulia
Bagi sesiapa yang pernah atau akan berkunjung ke Sandakan, jangan lepaskan peluang untuk menikmati keenakan Coto Makassar.  Dari namanya saja, kita akan tahu makanan ini berasal dari Indonesia, iaitu Makassar, Sulawesi Selatan.  Makanan ini telah dibawa masuk ke Sabah oleh imigrasi Indonesia khasnya yang berasal dari Sulawesi Selatan. Sebenarnya Coto Makassar bukan hanya terdapat di daerah Sandakan sahaja, tetapi boleh jugak didapati di tempat lain seperti Tawau dan Kota Kinabalu.
nasamulia
Pandangan biasa di kedai2 makan di Sabah, akan ada dulang atas meja yang menempat garam, cuka, sambal, kicap, lada sulah & msg.
Sebenarnya rata-rata kedai makan muslim yang terdapat di Sandakan ada menyediakan hidangan coto makassar sehingga di kedai makan Indian Muslim.  Tetapi The Best Coto Makassar in town adalah yang dijual secara menumpang di kedai Kopi Weng Seng, Jalan Satu Sandakan.  kedai terletak bersebelahan Kedai Kain Putra Jaya dan berhadapan dengan Stesen Bas Jalan Labuk.  Harga untuk semangkuk coto hanya RM4.00 sahaja. Terdapat pilihan coto daging, jantung, perut, paru, ayam mahupun coto campuran.  Dibuka seawal jam 8.00 pagi sehingga 5.00 petang.
nasamulia
Mangkuk yang ke-2, satu tak cukup
Mulia teringat ketika kecil2 dulu, coto Hj Aziz yang paling digemari di Sandakan ini, beliau jugak berjualan coto dengan menumpang di kedai kopi bersebelahan panggung Wayang Catay (kini tinggal tapak panggung wayang yang dijadikan tempat parkir). Patutlah baru-baru ini, ketika Mulia pergi makan disitu rasa dah lain, orang yang menjual pun dah lain.  Mulia cuba risik2 sama ada coto itu masih kepunyaan Hj aziz ternyata bukan. Kemana jejak dan resepi coto beliau masih belum ditemui.
nasamulia
Woww...sehingga ke titisan kuah yang terakhir
Wassalam.


Monday, 17 June 2013

Pusat Jualan T-shirt Murah di Phuket.


nasamulia
Papan tanda kilang T-shirt kurang jelas kerana terhalang dek banyaknya wayar elektrik yang berselirat.
Assalam wbt...
Pusat jualan T-shirt yang juga sebagai kilang pembuatan t-shirt, satu-satunya tempat yang kami kunjungi sebanyak 2 kali ketika di Phuket.  Tempat persinggahan pertama sebaik tiba dan terakhir dalam siri bershopping sakan (bagi kawan2 Mulia) ketika di Phuket.
nasamulia
Penerangan daripada Tuan Empunya Kilang, dalam bahasa melayu loghat Thai dan Indonesia.
T-shirt yang dijual terdapat pelbagai design T shirt terdapat di sini, design yang tak terjangka dek fikiran pun ada.  Sama ada berani atau tidak, malu atau pun tidak malu untuk memakainya.  Harga amat berpatutan dengan material yang digunakan membuat T-shirt antara baht 790 hingga baht 10000.  Terdapat jugak tawaran hebat untuk pembelian 10 helai akan dapat percuma sehelai.  Selain T-shirt terdapat juga barangan cenderahati lain seperti key-chain, fridge magnet, shawl, beg dan macam2 lagi.
nasamulia
Sempat meneropong ke dalam kilang, tempat pembuatan t-shirt yang terletak di belakang kedai.


 Kami semua memang tidak membeli sebarang t-shirt di tempat lain di Phuket seperti di pasar malam.  Ini kerana pemandu pelancong kami telah menasihatkan, bahawa di luar harga mereka letak adalah tinggi dan perlu kepakaran untuk menawar harga.  Jadi tidak perlu pening2 kepala melalui proses tawar menawar.  Beli saja dari sini, beli banyak boleh dapat percuma lagi.

Yang bagusnya, tuan kedai dan pekerjanya faham dan pandai berbahasa melayu.  Tuan empunya perusahaan ini merupakan orang melayu berketurunan dari Indonesia.  Sebenarnya masyarakat muslim di Phuket ini adalah mereka yang daripada keturunan melayu sama ada dari Indonesia mahupun Malaysia.
nasamulia
Design T-shirt yang boleh membuat anda tersenyum...i like it
 Wassalam..

Premium Outlet Phuket sama macam JPO ker

nasamulia
Jom cuci mata dan poket sekali
Assalam...
Berkunjung ke Phuket, salah satu tempat yang dimasukkan dalam senarai tempat-tempat yang wajib dilawati ketika di sana adalah Premium Outlet Phuket.  Mula-mula terfikir, klau singgah hanya untuk cuci mata dan ambil gambar sebagai kenangan.  Iyalah semua orang tahu, sebut jer Premium Outlet macam yang ada di Johor mahupun kat Pavillion Kuala Lumpur, tergambarlah jenama2 mewah dalam fikiran LV, Gucci, Coach, Burberry dan macam2 lagi yang Mulia tak berapa pandai nak sebut.  Mulia telan air liur jer...di luar kemampuan untuk memberi barangan yang dijual di situ.
nasamulia
Walaupun tak berhajat nak membeli di sini, tapi Mulia tetap menjelajah seluruh pelosok kawasan ini.  Bukan senang nak datang sini, so klau tak dapat bawa balik sebarang benda, just look around and get some info.  Sambil berjalan, mulut asyik mgomel dan bertanya, mana dia outlet yang sangat premium tu?.  Kawan-kawan yang tadinya berpecah, bila jumpa tanya benda yang sama.  Akhirnya semua tempat dah dijelajahi, dan kesimpulannya..."Not too premium as at Johor one"...conclusion from my colleaque.
nasamulia 
Brand yang dijual biasa2 jer seperti yang terdapat di pasaraya-pasaraya di Malaysia ini.  Masih mampu dimiliki oleh orang macam Mulia ini.  Hubby sempat beli kemeja T jenama Pierre Cardin dengan harga baht2990 (lebih kurang RM30.00) selepas diskaun...ori ker tak wallaualam.
nasamulia

Wassalam. 

Bika Ambon, Medan


nasamulia
Jalan Mojopahit, Medan sinonim dengan perusahaan pembuatan kuih Tradisional, deretan kedai menjual dan membuat kuih (yang utama bika ambon, lapis dan brownies) di kiri kanan jalan.
Assalamualaikum...
Bagi yang pernah berkujung ke Medan Indonesia, membeli ole-ole seperti Bika Ambon seperti satu kemestian untuk dihadiakan kepda teman2 mahupun sanak saudara.  Dahulu sebelum berkunjung ke Medan, Mulia hanya mengenali bika ambon jenama Zulaikha.  Kebanyakkan rakan-rakan Mulia membeli jenama ini, so Mulia terfikir, mungkin ini yang terbaik dan mungkin jugak hanya Zulaikha pembuat bika ambon tunggal di sana.
nasamulia
Bika Ambon Hajjah Lia Rp40,000
Rasa kuih yang kenyal-kenyal, manis dan beraroma daun limau purut, menjadi kegemaran Mulia.  Oleh kerana dah menjadi penggemar kuih ini, selalu juga Mulia mengirim kepada rakan-rakan yang berkunjung ke sana.  Jujur Mulia katakan bahawa sebelum berkunjung ke Jalan Majopahit Medan, Mulia hanya terfikir ada satu kedai yang menjual kuih ini, ternyata banyak pengusaha lain yang membuat bika ambon di sepanjang jalan ini seperti  Hajjah Lia, Hajjah Fatimah, Zainuddin dan ramai lagi.
nasamulia
Susunan Bika ambon yang sedia untuk dijual di Kedai Hajjah Lia
Sebelum berkunjung ke jalan ini, seorang pembantu kedai di restoran nasi padang telah memperkenalkan satu bakeri yang terletak berdekatan dengan restoran tersebut iaitu Majestic dan Nova.  Di Nova pelanggan  kami hanya diperlihatkan sample sementara bakeri bersebelahan (Majestic bakeri) menyediakan sample untuk di rasa.  Rasanya ok dan harga pun murah hanya Rp35,000 sahaja, dalam boleh beli kat sini lagi pun dekat dengan hotel dan murah, tapi menyimpan hasrat untuk berkunjung ke Jalan Majopahit keesokkan hari.   
nasamulia
Inilah toko bika ambon Zulaikha, ambil gambar dari luar jer sebab tidak dibenarkan mengambil gambar di dalam kedai ini.
Bila sampai di Jalan Majopahit, hati teruja sangat sebaik turun dari beca motor....Masya Allah kt sini lagi banyak bika ambon boleh didapati dan pelbagai perisa selain original seperi keju, coklat, pandan dan moca.  Harga pun berbeza-beza mengikut kedai antara Rp35,000 hingga Rp70,000. Pengunjung jugak turut disediakan sample untuk dicobaa..
nasamulia
Senyum dapat Bika Ambon dari Zulaikha
nasamulia
Tu dia..Troli salah seorang pelancong dari Malaysia, Bika Ambon Rika keluaran Jalan Sekip, Medan...menarik..

Wassalam...

Wednesday, 12 June 2013

Ikan Bilis Danau Toba.

nasamulia
Ikan Bilis Toba
Assalamualaikum...
Selamat petang kawan-kawan, cuaca panas terik kat luar terasa bahangnya hingga ke bilik berpenghawa dingin ini.  Nasiblah kerja Mulia jenis yang tidak mengizinkan untuk keluar-keluar, kalau tak entah apa jadi dengan kepala ini agaknya migrin tak sudah.  Ada ketika bila kena keluar sekejap pun, bila balik dah tiada daya untuk meneruskan kerja-kerja yang masih bertimbun.
Hujung minggu lepas pun duk kat rumah jer, makan pun nak yang ringkas2 disebabkan tak sedap badan dan kurang selera.  Mulia teringat ada stok ikan bilis yang di beli ketika berkunjung ke Danau Toba, Indonesia tempoh hari.  Mulia sebenarnya tak sure nama sebenar ikan ini, tetapi ketika di Medan, bila sebut ikan bilis, mereka hulur ikan bilis toba ini.  Menurut sahabat mulia yang dah mencuba ikan bilis ini, ada rasa pahit sedikit, rasanya memang berbeza dengan yang di nikmati ketika di sana, sedap dan menyelerakan tanpa sedikit pun rasa pahit.  
Rasa pahit tu berpunca dari mana pun tak tahu, sama ada dari kepala, perut ikan, atau pun rasanya telah bertukar kerana melangkaui wilayah negara.., walahualam.  Kalau goreng dan makan begitu saja memang akan sah rasa pahitnya, tapi tak kan nak buang pulak, susah payah bawa dari jauh kan.  Takpe, ikut petua orang tua-tua mungkin dalam setiap rasa pahit tu ada penawar.
Mulia teringat ketika dulu, bila rumah kekurangan lauk untuk dipenuh dalam dulang, mak selalu sediakan ikan bilis tumis asam.  Jadi untuk memotong rasa pahit ikan bilis toba ini, Mulia cuba buat seperti yang gambar di bawh ini; ikan bilis goreng dulu, kemudian tumiskan bawang putih, bawang merah, cili dan tomato, kemudian masukkan air asam jawa dan perasakan.  Biar seketika sehingga pekat sedikit atau nak hingga kering pun boleh.  Erm sedap makan dengan nasi panasssss.
nasamulia
Sambal Tumis Asam Ikan Bilis Danau Toba

Wassalam.

Tuesday, 11 June 2013

Ole-ole Wajib dari Johor

nasamulia
Nanas Sarawak namun dipetik dari ladang di Johor.
Assalamualaikum...
Pekabar kawan-kawan, sihat ker? Alhamdulillah syukur kehadrat Allah Subhana Wataala kerana masih melimpahkan rahmatNya kepada kita semua. Mulia baru recover dari demam selesema, memang musim kot kat tempat kerja ramai yang hacium sana, hacium sini.  Sebagai langkah berjaga-jaga dari menyebarkan virus pada rakan-rakan yang lain Mulia pun pakailah face mask.  
Syukur juga sebab sahabat baik Mulia dan anak-anaknya tak jadi datang dari Johor minggu lepas.  Kalau tak tak terlayan, satu lagi takut budak2 tu balik membawa penyakit pulak, lagi2 cuti persekolahan dah tamat nie.  Disebabkan yang di tunggu tak jadi datang, Mulia renung2 jelah ole-ole yang biasa di bawa dari Johor pun jadilah, lepas jugak rindu.
nasamulia
Telur Pindang
Kalau dulu-dulu Telur Pindang kita dapat sebagai bunga telur ketika kenduri orang kahwin jer.  Sekarang dah ada di jual sepanjang masa tak kira musim. Harga antara rm1.50 ke rm2.00 sebiji agak mahal berbanding dengan menggunakan telur masin atau ayam biasa. Ini kerana untuk menghasilkan telur pindang yang berkualiti dan tahan lama perlu melalui proses yang agak rumit dan memakan masa.
nasamulia
Bahulu Gulung Jem Nenas
Kuih tradisional Bahulu Gulung ini agak manis rasanya dan banyak disajikan ketika majlis perkahwinan dan hari raya.
nasamulia
Pisang Salai
Hanya di negeri Johor saja Mulia jumpa pisang salai seperti ini (sila betulkan, sekiranya fakta ini silap).  Pisang salai adalah sejenis jajan (kudapan) yang mempunyai rasa yang manis-manis dan hangit berbau asap hasil daripada proses salaian.
nasamulia
Kuih Cakar Ayam
Jajan cakar ayam, tiada kaitan langsung dengan ayam atau terhasil daripda proses yang ada kaitan dengan ayam.  Hanya nama mungkin kerana bentuk yang menyerupai tanah atau apa-apa keadaan yang agak kucar kacir setelah dicakar oleh ayam.  Gambar ini sebagai wakil kepada jajan lain yang berupa kerepek pisang yang agak terkenal (kerepek pisang tanduk).
Kopi ini pulak dimasukkan sebagai senarai baru kerana suami adalah penggemar kopi 'O'.  Kopi kebanggaan orang Johor, Kopi 434 yang dihasilkan di kilangnya di Muar, Johor.
nasamulia
Baru dalam senarai - Kopi 434
 Wassalam..

Thursday, 6 June 2013

Breakfast Dim Sum @ Eden KLIA


Assalamualaikum...
Selamat bertemu kembali setelah bercuti bagai bulan lepas, cuti sekolah pun dan nak tamat, tentu seronok semua menikmati hari percutian masing-masing....yahooo. Sebenarnya letih badan balik dari bercuti tak habis lagi dah masuk kerja, tanggunjawab terhadap kerja kena laksanakan jugak.  Kalau tak kerja macamana nak dapat duit, pergi bercuti perlukan duit melainkan semuanya mendapat tajaan..

Dalam perjalanan ke Phuket, kami singgah bersarapan di Restoran Eden KLIA menikmati dim sum....erm mestilah sedap dan yang penting halal. Restoran ini terletak di tingkat 5, balai perlepasan, terminal utama KLIA bersebelahan dengan restoran Mc Donald.

Selain Dim Sum, restoran ini menyajikan pelbagai jenis menu lain dengan speciality makasan ala chinese.  Pada sesiapa yang ingin menikmati hidangan sup sirip ikan yu (Shark's fin Soup) yang terbaik di sinilah tempatnya.
nasamulia
nasamulia
 nasamulia
Restoran ini beroperasi setiap hari dari jam 7.30 pagi hingga jam 10.00 malam. Wassalam.