Showing posts with label Haji. Show all posts
Showing posts with label Haji. Show all posts

Friday, 7 September 2018

Kiriman Dari Haramain

Assalam...
Bila posmen hantar barang, memang sentiasa terima saja parcel untuk rakan setugas ini.  Mereka tu rajin sangat beli online.  Tetapi ketika abam pos tu pikul kotak dan tergagap sebut nama penerima macam tak percaya pula, bila masa saya buat pembelian online ni.  Melihat dari kotaknya dah tahu mesti air Zam-zam tapi dari siapa yang kirim untuk saya nie.  Baru teringat ini mesti daripada Ana dan suaminya yang menjadi ad-Dyufof ar-Rahman tahun ini.


Alhamdulillah, kiriman dan hadiah tak ternilai  air Zam-Zam dari tanah suci Mekah, baru teringat sebelum wukup hari tu Ana ada tanya jika nak pesan apa-apa dia boleh kirimkan.  Tapi sebab tak mahu susahkan mereka yang tengah beribadah di sana lagi satu terlupa untuk reply mesej beliau, nak pesan jangan beli apa-apa untuk kami cukup doakan semoga kami juga di panggil lagi menjadi tetamu ke Baitullah.  Menurut Ana hanya musim haji, jemaah boleh beli air zam-zam berapa banyak yang mereka kehendaki tak sama ketika jemaah pergi buat umrah terhad hanya dapat sebotol seorang. 

Terima kasih banyak Ana dan suami, semoga kalian mendapat haji Mabrur dan selamat pulang ke tanah air.  Ikut jadual mereka akan balik ke Malaysia minggu depan, mungkin sekarang masih di Madinah.
Wassalam.