Showing posts with label Sahabat. Show all posts
Showing posts with label Sahabat. Show all posts

Sunday, 16 December 2018

AKTIVITI CUTI SEKOLAH - Taman Saujana Hijau Putrajaya

Assalam...
Aktiviti cuti sekolah, takde kaitan pun dengan saya yang dah tua bangka nie.  Tapi ada kaitan dengan budak kecik yang dah tinggi tu konon nak datang kl hilangkan stress lepas jawap soalan pereksa upsr.  Budak-budak jaman sekarang kan, sebenarnya banyak wish list tempat yang dia pilih nak pergi, tapi semuanya bapak punya mahal kena keluarkan ongkos.  Saya dan umi dia pun tukar plan, kami plan pergi tempat yang murah dan sihat pergi hiking atau ke tempat macam ini.  Pandai umi dia nak buat misi nak pergi cari trail explore race ain edruce kat taman nie.  Lagi satu yang menyumbang misi ini berjaya sebab dia terlupa bawa dompet dia hahaha, punyalah teruk mak-mak ini psiko anak.


Saya tahu Putrajaya ada banyak taman rekriasi, tapi tak satu taman pun yang saya pernah kunjungi lagi.  Satu-satunya taman yang saya pernah pergi adalah taman warisan, itu pun sebab pergi makan kat situ dan nama mengamati erti taman sebenar pun tak.  Kami ke sini sebab misi si umi ini lah nak cari laluan yang dia kata cantik dan redup tu, jenuh google semua taman tapi tak jumpa.  Eermm ikutkan sajalah karenah orang yang suka ikut program tv ni. 


Waktu operasi taman 7pagi hingga 7 petang sahaja. ngeri kot kalau nak datang malam-malam sebab kawasan taman ini luas.  Pondok jaga, jangan cari jaga, dia tengah meronda taman.  Ada beberapa bahagian taman yang dikenali dengan nama-nama dan jenis-jenis pokok yang ditanam juga berbeza mewakili setiap taman seperti taman english dan taman oriental.


Baru melepasi tangga pertama Taman Saujana Hijau, kami dah start buka bekalan, berkelah depan pondok jaga.  Ada yang sudah kelaparan di situ, satu lagi alasan dapat kurangkan berat plastik yang nak dijinjit pusing-pusing taman. 


Petang kami sampai tu agak lewat juga, orang ramai dengan hal masing-masing, ada yang beriadah, ada yang buat event, ada buat photo shoot, tapi sebab kawasan tu luas jadi tak lah sesak dan merimaskan.  Sebenarnya ramai orang berjalan ke sebelah kiri tapi kami ambil haluan ke kanan, jadi tak lah bertembung dengan orang ramai.


Laluan dia memang cantik, yang warna merah tu di rekabentuk agar sesuai untuk pengunjung yang nak berlari.  Terdapat juga laluan kecil berupa anak-anak tangga untuk mendaki bukit-bukit pada setiap taman.  Laluan luas dan selamat, bagi mereka yang anak kecil takde masalah menggunakan stroller.


Kiraan mengikut panjang perjalanan di dalam taman.  Nak tahu kiraan yang betul kenalah ikut laluan yang betul pada peringkat awal.


Antara pondok rehat yang ada dalam taman, kami singgah rehat sementara berkira-kira nak pergi ke puncak di sebelah kanan atau patah balik ke sebelah kiri. 


Takut tak sempat sampai ke puncak dengan waktu ketetapan buka tutup taman.  Lagi satu jari kaki Hariz dah melecet, jadi mari kita balik ke pangkal jalan saja lah.


Cap ibu dan anak, melecet kaki pusing-pusing suku taman, sampai ke sudah spot laluan yang dicari tak dijumpai.

Bertuah orang yang duduk Putrajaya dan yang dekat-dekat tu sebab mereka ada beberapa taman yang best untuk beriadah bersama keluarga.  Lain kali boleh datang sini lagi, jiwa kacau boleh lah datang beinteraksi dengan alam.
Wassalam.

Friday, 7 September 2018

Kiriman Dari Haramain

Assalam...
Bila posmen hantar barang, memang sentiasa terima saja parcel untuk rakan setugas ini.  Mereka tu rajin sangat beli online.  Tetapi ketika abam pos tu pikul kotak dan tergagap sebut nama penerima macam tak percaya pula, bila masa saya buat pembelian online ni.  Melihat dari kotaknya dah tahu mesti air Zam-zam tapi dari siapa yang kirim untuk saya nie.  Baru teringat ini mesti daripada Ana dan suaminya yang menjadi ad-Dyufof ar-Rahman tahun ini.


Alhamdulillah, kiriman dan hadiah tak ternilai  air Zam-Zam dari tanah suci Mekah, baru teringat sebelum wukup hari tu Ana ada tanya jika nak pesan apa-apa dia boleh kirimkan.  Tapi sebab tak mahu susahkan mereka yang tengah beribadah di sana lagi satu terlupa untuk reply mesej beliau, nak pesan jangan beli apa-apa untuk kami cukup doakan semoga kami juga di panggil lagi menjadi tetamu ke Baitullah.  Menurut Ana hanya musim haji, jemaah boleh beli air zam-zam berapa banyak yang mereka kehendaki tak sama ketika jemaah pergi buat umrah terhad hanya dapat sebotol seorang. 

Terima kasih banyak Ana dan suami, semoga kalian mendapat haji Mabrur dan selamat pulang ke tanah air.  Ikut jadual mereka akan balik ke Malaysia minggu depan, mungkin sekarang masih di Madinah.
Wassalam.

Tuesday, 21 August 2018

3 Hari 2 Malam & Rombongan Cik Kiah


Assalam...
Kami dah janji dengan rombongan cik kiah untuk berjumpa di KKIA.  Sebab urusan kereta sewa dan perjalanan mereka minta saya yang aturkan dan ramai yang baru pertama kami sampai Negeri Di Bawah Bayu ini, maka haruslah kami sambut mereka di sana.  Kami sampai dari Sandakan tengah malam dan sempat settlekan beberapa urusan sebelum mereka sampai.  Pagi tu kebetulan di balai ketibaan KKIA, ada sambutan untuk penumpang daripada Sri Langka, jadi kita tumpang lah sambut  mereka hahaha.


Di  rumah terbalik, mereka masuk berempat, nak confese kat sini saya tak pernah masuk ke dalam tu.  Kenapa? sebab tak rasa nak masuk, lebih suka tunggu di luar sambil makan ice cream. 


Jom teruskan perjalanan ker Simpang Mengayau, kena target sampai sana sebelum matahari terbenam.  Nampaknya ada tempat perlu skip daripada dalam itinerary asal sebab perlu kejar masa, kami skip singgah Kota Belud .


Sampai sini jam 5.30 petang lebih kurang, memang tepat dah waktunya untuk menunggu senja /sunset.  Tapi sayang cuaca tak mengizinkan, kami jumpa satu family pelancong dari Asutralia dah 2 hari datang menunggu tapi tak ada.  Nasib baik diorang ini pun happy saja sampai sini, siap lompat-lompat 3 orang tu nak buat pose.  Seorang lagi tak turun sebab takut semput sementara 2 orang lagi hanya menunggu di pondok dekat kawasan parkir.  Memang macam-macam karenah lah bila berjalan ramai-ramai ini, kena sabar dan bertolenrasi baru suasana tu menjadi.


Cerita tentang malam pertama, Kota Marudu dan malam kedua di Kundasang ada di entry lain, now kita cerita lompat-lompat.   Rombongan cik kiah posing maut di kawasan Hotel Heritage (nama lama Hotel Perkasa), antara hotel terlama di Kundasang.  Ada sebuah di Kenigau hotel ini sama nama dan design, rasanya dibawah satu pengurusan juga.


Mesti semua tahu, betapa cantiknya view di belakang tu apabila tiada kabus.  Tapi bila ada kabus baru real macam anda ala-ala berada di New Zeland kan, cuma hujan-hujan begini lembu pun malas nak keluar kot.


Beberapa ekor lembu tenusu melintas hormat di hadapan kami ketika kereta memasuki kawasan Desa Cattle.  Lembu seekor ini kesian saya tengok, macam keberatan betul membawa bebanan.


Mari kita nikmati susu segar dan ice cream yogurt di Desa Cattle, tak semua suka makan ice cram yogurt rupanya.  Muka cam semua suka makanan western, spaghetti carbonara, chicken chop, lasagna, tapi lebih gemar makan ice cream malaysia rupanya. 


Balik dari Desa Cattle, nak singgahkan mereka di War Memorial tapi masing-masing tak nak naik, alasan hujan.  Yang seorang bertongkat tu memang tak lah, sudahnya sebelum meninggalkan Kundasang bawah mereka melawat gerai sayur kejap.  Sekurang-kurangnya peniaga tu dapat sekupang dua dari mereka ini, lumayan juga mereka belanja beli sayur, serunding tuhau, madu dan beras.


Ok pit stop terakhir sebelum balik KK, singgah Kinabalu Park.  Bagi kenal tempat jika berminat untuk mendaki Akinabalu kemudian hari.  Hujan renyai-renyai masa tu, teringat kenangan kami mendaki 2 tahun lepas dalam keadaan hujan begini.  Sempat menikmati nasi lemak dan bihun goreng di Pondok Timpohon pagi tu dan kami jumpa beberapa pendaki yang baru turun.  Seingat saya sebelum ini pelawat tak dibenarkan sampai ke tempat ini jika hanya untuk melawat saja-saja, tapi sekarang dah boleh ya.


Kami sampai KK lebih kurang jam 1.30, masa untuk isi perut terdahulu.  Kami pilih makan di salah sebuah restoran mamak di depan pasar saja, lagi pun agak susah untuk mencari tempat letak kereta di kawasan pasar.  Sementara mereka bershopping di Pasar Kraftangan mencari mutiara dan cenderahati lainnya, kami rileks dulu di Surau belakang pasar.


Mencari kuih yang merah menyala tu, en. Abe suka kuih sallawa ini, setiap kali jumpa mesti beli, saya pula setia pada pisang goreng.


Harga di kuih di KK memang agak mahal sikit, sesuailah tarafnya sebagai bandaraya.  Tapi masih ok sebab saiz kuih itu besar.


Untuk menambah kegeraman, kami lalu pasar ikan sebelah dengan pasar malam tu saja.  Tahu yang lain tak suka bau busuk pasar, mereka ikut jalan lain ke tempat parkir kereta.

Sebelum proceed ke KKIA untuk pulang kami sempat singgah sekejap di Pantai Tanjung Aru, saja bagi peluang mereka menyapa.  Petang tu pun memang tiada tanda akan nampak sunset, ombak tinggi masa dan awan tebal.



Malam kami semua balik dalam satu kapal, yang saya ingat sebelum kapal take off saya dah diawangan terlebih dahulu.  Terpisat-pisat nak buka mata ketika semua sibuk nak keluar dari kapal terbang, oh syukur rupanya dah sampai KLIA.
Wassalam.

Monday, 25 June 2018

Pokok Salak


Assalam...
Sudah puas beraya ker kawan-kawan? jom lah kenal dengan pokok berduri ni.  Pokok ini bukan saya punya, ini kebun orang lain tapi terletak depan rumah sahabat en.Abe, kita ronda-ronda dulu kawasan sebelum masuk beraya rumah cik Mimi makan mee kari.  Rindu kot kat pokok salak sebab dah lama tak bermain dengan duri salak, kita membesar dicelah pokok salak awak, mak pak biaya sekolah kita pun dengan duit hasil jual buah salak.  Semua tu tinggal memori indah dalam kotak kenangan.


Kebun salak ini dah perasan lama dah, tapi bila datang rumah cik Mimi selalu waktu malam tak boleh lah nak usha.  Hari ini datang siang boleh nak usha pokok dan buahnya.  Usha jelah nak petik tak boleh sebab bukan cik Mimi punya, kalau nak beli ada jual di kedai kat luar simpang dari buah pokok sini juga.  Buah dalam gambar bawah ini tak cukup matang lagi, buah matang boleh cam dari susunan duri dan kulit buah.  Jika susunan duri dan kulit tu rapat, maksud buah muda lagi. 


Buah macam ini dah nak matang, tunggu lagi seminggu dah sedia untuk dituai.  Jenis yang macam ini kulit nipis dan senang untuk dikupas, rasa buah pun sangat manis.


Mungkin tengah musim salak sekarang sebab kita jumpa banyak di jual di pasar Jerantut.  Buah yang kat pokok ini pun macam banyak yang matang tak sempat dipetik oleh tuannya.  Kita pun takdelah teringin sangat nak makan sebab kat umah tadi dah makan separuh besen, ayah beli sebelum raya hari tu.


Cik Mimi hidangkan mee kari untuk tetamu petang tu, kami menunggu mana lah pasangan kami tak masuk-masuk makan ni, rupanya rancak bersembang kat kebun salak lagi.


Alahai model pokok salak, nampak macam dah kenyang je makan buah salak.  Jom balik, tak boleh berlama-lama kat sini nanti meroyan nahas pokok salak orang.
Wassalam.

Thursday, 7 September 2017

Kek Coklat Karemel


Assalam...
Seorang sahabat saya wassup nak datang rumah hari tu, masih dalam bulan syawal kiranya datang beraya lah kan.  Tapi dia pesan tak perlu masak-masak macam orang buat open house, kita buat aktiviti asa bakat yang tumpul.  Main masak-masak, dia nak tunjuk cara buat kek gula hangus cara dia dan saya kena tunjuk cara buat kuih nona manis.  Saya sentiasa on saja, orang nak bagi ilmu free pulak tu.  Cuba join kursus online pun tetap kena bayar kan.  Tapi saya dapat bonus berganda sebab selain dia tunjuk cara buat kek gula hangus, tambah satu lagi kek petang itu kek coklat karemel.


Jom tengok resepi yang telah diajarkan oleh Melati.  Dapat belajar sambil beliau buatkan kek untuk saya, sangat-sangat beruntung dikelilingi dengan sahabat yang baik hati.



Kek Coklat Karemel
Sumber: Melati


Bahan-bahan Karemel
5 biji telur
1 cawan susu cair
1 cawan susu pekat
1 sudu teh esen vanilla
3 sudu gula untuk buat karemel pada dasar loyang
*guna loyang square 8 x 8


Bahan-bahan Kek
3 biji telur
1 cawan susu cair
1 cawan susu pekat
1 cawan minyak masak
1 cawan gula
1 cawan serbuk koko*
1 cawan tepung gandum*
1 sudu teh baking powder*
1 sudu teh soda bikarbonat*




Cara Penyediaannya
*  Buatkan karemel pada dasar loyang.
*  Siapkan peralatan untuk mengukus.
*  Sediakan bahagian karemel terlebih dahulu, pukul telur hingga kembang bersama esen vanila.
* Masukkan susu cair dan susu pekat.
*  Tuangkan ke dalam loyang yang telah di buat karemel tadi.  
*  Kukus dengan api sederhana hingga lapisan karemel beku.
* Bungkus penutup kukusan dengan kain atau sering lap untuk mengelakkan wap air terjatuh ke atas kek.
* Siapkan untuk lapisan kek coklat pula.  Ayak bahan-bahan bertanda '*' bersama.
* Campur susu cair, susu pekat, minyak dan gula.  Panaskan seketika untuk cairkan gula sambil kacau hingga sebati.
*  Pukul telur hingga kembang.  Campurkan dengan tepung yang telah di ayak tadi, gaul hingga sebati.
* Masukkan pula campuran susu dan gula yang telah cair tadi.
*  Keluarkan karemel dari dalam pengukus.  Buat lorek atau garis guna garfu dipermukaan karemel.
*  Tuangkan adunan kek coklat ke atas karemel tadi.  
*  Kukus lagi hingga kek masak, lebih kurang 40 minit (atau hingga hujung penyucuk kek bersih).
*  Biarkan kek sejuk sebelum dikeluarkan, untuk hasil yang sempurna.




Sebaiknya keluarkan dari loyang setelah betul-betul sejuk.  Saya biarkan dalam suhu bilik, keesokkan baru terbalik kan.  


Sebaiknya store ke dalam peti sejuk dan nikmatinya sejuk.  Suapan demi suapan, tak sedar dah suku loyang habis.  Nanti saya share kan kek gula hangus cara beliau yang masak atas dapur jer, tak perlu guna oven.
Wassalam.