Showing posts with label sayur. Show all posts
Showing posts with label sayur. Show all posts

Friday, 28 December 2018

Terung Bakar (Reme' Terung)

Assalam...
Terung bakar (reme' terung), menu nostalgia zaman kanak-kanak yang sangat mengamit memori.  Zaman kanak-kanak yang sangat tak boleh makan jika tidak ada lauk sedap, menurut arwah nenek untung sebab lahir selepas negara dah lama merdeka dan bukan lagi dalam zaman perang.  Ketika itu walaupun perang dah lama tamat, tetapi sebagai orang kampung, makan minum hanya seadanya saja dan kebanyakkan sumber makanan adalah hasil tanam dan ternak sendiri.  Terung bakar ini lah yang selalu jadi penyelamat untuk kanak-kanak seperti aku yang tak nak makan jika tiada lauk ikan.  Zaman kanak-kanak yang sangat naif, kena tipu kata terung bakar ini adalah ikan besar yang banyak isi, dan sangat lembut.  


Terung Bakar (Reme' Terung)
Sumber: Petta Jume

Bahan-bahan
3 biji terung panjang hijau / purple
2 biji cili besar*
3 biji cili padi*
2 ulas bawang merah*
2 biji buah keras / kemiri*
1 biji tomato*
2 sudu kacang tanah goreng (optional)
Secukupnya garam dan gula.




Cara penyediaannya
* Bakar / grill terung hingga masak.  Bersihkan / buang kulit terung.
* Sangrai / goreng tanpa minyak semua bahan bertanda "*".
* Bersihkan kulit tomato, cili besar, bawang merah dan buah keras.
*  Tumbuk halus bahan yang telah disangrai tadi dan tambahkan gula dan garam hingga sesuai rasanya.
* Susun terung bakar dalam pinggan dan ratakan sambal di atasnya.
* Siap untuk dihidang.


Jika bahan sambal dibakar dalam barah perlu hati-hati agar tidak hangus.  Hasil sambal agak kehitaman disebabkan buah keras terlebih bakar dan kehitaman.
Wassalam.

Sunday, 23 December 2018

Lao Mandre: Mohd Chan, Resto Chinese Muslim

Assalam...
Ceritanya ada orang sambut ulang tahun terakhir untuk angka bersiri 2, tahun depan dah jadi 3 siri kan semakin dewasa dan matang.  Jenis memang tak biasa sambut-sambut birthday nie, no cake, no celebration, no party at all dan kadang-kadang terlupa juga.  Selalu orang yang ulang tahun tu, didam-diam jer mereka yang di keliling tu sibuk buat suprise tak pun sebenarnya mereka yang nak tumpang.  Macam cerita inilah, orang yang birthday tak nak pergi makan mana-mana, dia request lepak mamak jer tapi orang lain yang nak pergi makan best-best kononnya.



No mamak, no tomyam, no pak kaw pau ugut orang yang tak birthday tu, jomlah kita makan yang sedap sikit kali ini.  Nak try makanan di China Muslim Restoran, Adam Lai atau Mohd Chan?.  We go for mohd chan sebab dekat dengan tempat tinggal kami lagi pun birthday orang tu jatuh pada hari bekerja.


Mula-mula memang fikir nak order ikan dan sayur saja, sebab adik beradik yang boleh join seorang saja yang lain duk jauh. 


Tebalnya floss untuk butter  prawn nie, tenggelam terus udangnya.  Sedap pula merata saja telur, kemudian baru rasa lemak dan muak.


Ikan siakap stim taucu, rasanya mild tetapi sedap.  Nak tambah urmp lagi padankan dengan cili padi potong, pekerja restoran yang offer.


Sayur nie saya panggil baby kobis, tetapi dalam menu baby kailan.


Side order kami ambil dim sum, macam kurang menarik sikit stock yang ada dim sum mereka malam itu, tetapi pekerja mereka bertanya sama ada kami boleh sebab hanya ada 3 jenis saja.  Try juga lah juga sebab dah lama tak makan.

Alhamdulillah, kenyang.  Feedback mereka sedap, ada kelainan daripada masakan siam walaupun menu hampir sama kan.
Wassalam.

Thursday, 29 November 2018

Acar Mentah Bugis Style

Assalam...
Acar mentah begini selalu ada sebagai menu sayuran yang wajib ada dalam hidangan pada hari utama sesuatu majlis seperti perkhawinan dan kesyukuran masyarakat Bugis.  Berlainan dengan menu sayur pada waktu rewang atau gotong royong hari sebelum majlis.  Melihat pada hidangan tu, baru saya tahu yang menu ini juga mengalami transformasi dari segi cara potongan sayuran dan bahan-bahan yang digunakan. 

Masih ingat versi acar orang Bugis yang dulo-dulo banyak menggunakan taugeh kontot (patuo bue) yang mereka buat sendiri dan kuahnya ada campuran kuning telur.  Susah nak jumpa acar yang guna taugeh kontot tu sekarang mungkin sebab kerja yang renyah.  Kena guna tenaga kerja yang ramai nak bersihkan taugeh kontot (patuo bue).  Dulo-dulo, ini semua kerja anak-anak gadis pada waktu malam sebelum majlis, atau saudara terdekat yang lama tak jumpa berkumpul sambil tu berkenalan dan bergurau senda. 


Hidangan kenduri orang bugis yang masih mengikut cara orang lama atau cara orang kampung.  Masih menggunakan dulang atau talam, jumlah orang untuk satu hidangan begini seramai 4 atau 5 orang.  Lauk pauk kenduri mereka yang biasa ayam masak lengkuas (nasu likku), ayam masak putih (nasu puteh), kari kambing, goreng-goreng, ikan bolu panggang dan acar (acara').


Acar Mentah Bugis Style
Sumber: Andi Sehang


Bahan-bahan
5 batang timun
1 batang lobak merah
3 biji bawang merah
1 biji cili merah

Cuka
Gula pasir
Garam
Sedikit serbuk lada putih (merica)

Cara Penyediaannya
* Bersihkan sayur-sayuran.
* Timun buang biji dan potong dadu atau mengikut kesukaan anda.  Jika timun muda boleh potong tanpa buang kulit dan bijinya.
* Lobak merah hiris memanjang, hiris bawang, dan cili besar.
* Sediakan kuah dalam mangkuk berasingan, campurkan cuka, serbuk lada putih, cili merah potong, gula, garam dan sedikit air.  Tiada sukatan metrik semua main agak-agak hingga dapat rasa yang seimbang antara manis, masam, pedas dan masin.
* Campurkan semua jenis sayuran dalam satu bekas dan tuangkan kuah.  Gaul hingga sebati, sebaiknya campurkan kuah dan sayuran ketika hendak dihidangkan.


Jika bukan hari kenduri pun boleh buat acar ini sebab simple dan senang disediakan.
Wassalam.

Friday, 2 November 2018

Kacang Kace' Masak Bening

Assalam...
Semalam cerita pasal pokok pigoen pea (kacang dhal/ kace'/ kacang gude) kacang yang banyak nama.  Sebelum cuti hari tu memang dah nampak beberapa kudup bunga sudah mengeluarkan buah muda.  Balik dari bercuti selama 2 minggu dapatlah menuai hasil buah kace', buah sulung sudah selamat dituai dan dijadikan sayur oleh si mat lah.  Mat lah cakap sedap, tak tahu lah dia masak macamana (masak ala bangladesh). Ada beberapa buah yang dibiarkan tua dan kering oleh si mat lah untuk dijadikan biji benih seterusnya.  





Sini saya nak sharekan masakan cara kampung untuk buah kacang kace' ini.  Sayur yang jadi kegemaran sejak kecil lagi.  Walaupun nampak kuah tu keruh-keruh jernih macam air acaq (istilah orang utara) tapi rasanya sangat segar dan berkhasiat.  Menu ini boleh dijadikan sebagai hidangan sayur atau di makan begitu saja, masa makan tu kena perisi lah isi kacang dia ya sementara kulit tu dibuang.


Kacang Kace' Masak Bening
Sumber: Kak Soda

Bahan-bahan
1 mangkuk kacang kace' (kacang gude / kacang dhal)
2 biji bawang merah*
2 biji cili padi*
1 biji buah keras*
1 liter air
Garam secukupnya

Sedikit asam keping / asam jawa

Cara Penyediaannya
* Bersihkan kacang kace', buang sedikit di kedua-dua bahagian hujung kacang dan cuci bersih.
* Didihkan air dalam periuk hingga mendidih.
* Tumbuk lumat bahan bertanda "*" dan campurkan ke dalam air didih.
* Masukkan kacang kace dan asam ke dalam air didih.
* Masak hingga kacang matang dan warna kulit bertukar. 
* Sesuaikan rasanya dan hidang.


Sebenarnya ada beberapa variasi kacang kace' ini, saya masih ingat ada biji buahnya yang berbelang-belang kehitaman dan kuah sayur juga menjadi hitam ketika dimasak.  Tapi menurut kak Soda jenis itu sudah jarang dijumpai kini.  Ada sesiapa yang nak biji benih kacang ini tak? Mana tahu nak cuba tanam kat halaman rumah kalau tak nak makan boleh dijadikan tanaman hiasan.
Wassalam.

Friday, 28 September 2018

Kulit Rambai Masak Lemak

Assalam...
Gara-gara ramai yang bagi tahu hari tu kulit rambai boleh buat sayur, dimasak lemak saya pun nak mencuba juga.  Selalu orang masak kulit yang fresh (belum layu, masih warna cream) lepas ambil isi terus masak, tapi masa saya makan buah rambai masa tu kulit pun dah layu.  Walaupun dah bertukar warna, hentam saja lah sebab nak tahu rasa sayur kulit rambai.  Saya google ada yang campur dengan petai, kebetulan ada stock petai jeruk saya tambahkan sekali.



Kulit Rambai Masak Lemak
Sumber:  Mulia


Bahan-bahan
Kulit rambai
Santan
Ikan bilis*
Bawang merah*
Bawang putih*
Cili merah - hiris
Serbuk lada hitam
Petai (jika suka)
Sedikit air (jika perlu)
Garam, gula dan serbuk perasa



Cara penyediaannya
* Tumbuk lumat bahan bertanda '*'
* Bersihkan kulit rambai, sebaiknya guna kulit yang fresh (warna masih putih).
* Campurkan bahan tumbuk dengan santan, air dan serbuk lada hitam, jerang atas api.
* Masukkan kulit rambai, cili merah dan petai, jerang hingga masak.
* Sesuaikan rasa dan angkat.

Sedap juga rasa sayur ini, mungkin klau guna kulit yang fresh lagi umpph rasanya.
Wassalam.

Friday, 22 June 2018

Nasi Daging Utara, Air Asam Berkerisik


Assalam...
Sebelum start ramadhan, ajk sura tempat kami dah war-warkan kepada sesiapa yang nak sediakan juadah berbuka puasa kepada lebih kurang 70 orang jemaah setiap hari.  Alhamdulillah pihak ajk tahun ini mengamalkan konsep berbuka beramai-ramai dan memberi peluang kepada sesiapa yang ingin memberi sumbangan, boleh bagi bahan mentah, boleh bagi duit, boleh masak berjemaah atau masak sendiri di rumah.  Budak Yana tanya nak join tak, off course nak tapi kami pilih nak masak di rumah sendiri sebab malu nak masak kat surau.  Segala dokumentasi dan urusan dengan ajk Yana yang settlekan, kita cuma pilih hari dan fikir nak sediakan apa.  Maaf Yana, akak pilih nasi daging salah satu sebab nak lempiaskan keteringinan sendiri dan nak merasa nasi daging utara dengan ayaq asam.


Bahan tumis nasi, selalu orang tumis dalam periuk yang sama untuk digunakan memasak nasi daging.   Maksudnya tumis bahan, masuk beras, air daging dan masak.  Tetapi petang tu sebab nak masak lebih dari 2 kali guna periuk noxxa tu, saya sediakan bahan tumis berasingan dan sediakan cecair campurkannya sekali. 


Keseluruhan memasak nasi dan merebus daging saya menggunakan periuk noxxa sebab nak jimatkan masa.  Jika rebus daging atas dapur gas, takut daging tak sempat empuk saya dah jatuh tejelepuk tidur tepi dapur menunggu.  Bila dah empuk, angkat daging dan hirislah kecil-kecil nak bentuk dadu atau nipis panjang terpulang.


Nasi Daging Utara
Sumber: Majalah Rasa


Bahan-bahan
1/5 kg daging - rebus dan potong kecil.
6 gelas beras basmathi - basuh dan tos
8.5 gelas air campuran (bahan tumis, 1 tin susu cair, 1 tin tomato sup dan air rebusan daging)
1 sudu teh garam
1/2 sudu teh serbuk perisa
3 batang serai - ketuk
simpulan daun pandan 
Untuk hiasan - gajus, kismis dan bawang goreng


Bahan Tumis
2 inci halia
2 biji bawang besar
1 labu bawang putih
1/2 pkt kecil rempah kurma
1/2 pkt kecil rempah sup 
2 inc kayu manis
3 biji cengkih
3 biji buah pelaga
3 biji bunga lawang
Majerin / minyak sapi
Minyak masak

Cara Penyediaannya
1.  Bahan Tumis & Air Campuran.
*  Rebus daging hingga empuk.  Keluarkan daging dan tapis air rebusan tersebut.
*  Panaskan sedikit minyak dan campurkan dengan majerin atau minyak sapi.
*  Tumiskan bawang hingga layu, masukkan 4 sekawan dan rempah kurma dan rempah sup.
*  Tumis hingga naik minyak.  Tutup api.
*  Campurkan bahan tumis dengan air rebusan daging, tomato sup dan susu cair.
*  Gaul rata sebelum diguna.

2.  Memasak Nasi - Guna periuk Noxxa
*  Masukkan beras ke dalam periuk, tambahkan hirisan daging, simpulan daun pandan, serai, garam, perasa dan air campuran rebusan tadi.
Tutup periuk dan pusing nob penutup ke  hi-pressure, set timing 8 minit dan tekan butan On.
*  Bila dah selesai 8 minit, released pressure dengan memusing nop penutub ke steam.
*  Biar sehingga wap habis keluar sebelum membuka penutup periuk.
*  Keluarkan nasi dan tabur dengan gajus goreng, kismis dan bawang goreng.
*  Hidang bersama acar mentah dan air asam berkerisik.

Nota- jika tiada pressure cooker, masak nasi dalam periuk seperti memasak nasi putih.


Acar Mentah
Sumber: En. Abe

Bahan-bahan
3 biji timun - hiris
1 biji nenas - hiris
1 batang carrot - potong juleen
2 biji bawang besar - hiris
2 biji cili merah- juleen
cuka secukupnya
gula secukupnya
garam secukupnya

Cara Penyediaannya 
*  Campurkan semua sayur yang telah di potong / hiris.
*  Gaul sebatikan cuka, gula dan garam.  Tambah sedikit air jika perlu.
*  Sesuaikan rasanya sebelum dicampurkan dengan hirisan sayur.  


Air Asam Berkerisik
Sumber: En. Abe

Bahan-bahan
10 biji cili padi*
2 biji cili merah*
1 inci. belacan bakar* 
2 biji cili merah - hiris halus

2 biji limau kasturi - ambil jus dan kulitnya dihiris halus
4 biji tomato - belah, buang biji dan hiris nipis
2 biji bawang besar - hiris halus
2 sudu kerisik
Secukupnya garam dan gula
1 sudu pati asam jawa campur dengan secawan air.

Cara Penyediaannya 
*  Bahan bertanda '*' tumbuk halus.
*  Campurkan dengan hirisan tomato, bawang dan cili merah.
*  Tambahkan kerisik dan air asam jawa.
*  Masukkan perahan limau nipis dan kulitnya yang telah dihiris.

Gambar kurang menyerlah ayam asam tu sebab, sempat tangkap gambaq ayaq asam tinggal seredak.

Bungkusan nasi daging dah siap menunggu Yana and the geng, dia yang akan tolong hantarkan ke surau.


Alhamdulillah lunas sudah keinginan nak makan nasi daging bersama air asam berkerisik, nikmat juga dapat dikongsi bersama pada ramadhan ke-13.  Semoga jemaah surau turut berpuashati dengan juadah petang tu.  Yana mesej ketika tengah berbuka, awatlah nasi nie sedap nak mateeyy akak?.  ah sudah, jangan sampai ada jemaah surau yang terkorban sudah, tak pasal akak kena masuk lokap.


En. Abe yang makan nasi daging petang tu turut terkesan dengan rasanya.  Lepas tu dia dapat idea nak masak nasi ini lagi di pagi raya nanti.  Ok ok selesaikan puasa dan teraweh dulu abang, raya kira fikir kemudian.
Wassalam.

Thursday, 24 May 2018

Ayam ala Phad Phed


Assalam...
Kawan-kawan dah masak ker untuk buka puasa petang ini?  Saya setakat ini belum dapat masak awal waktu, masak hanya waktu malam untuk juadah bersahur atau makan jika lapar lepas balik teraweh.  Untuk berbuka makan ala kadar dan minum air saja.  Ayam masak phad phed (pat pet) ini mak mertua selalu sediakan cuma dia tidak mencampurkan sebarang sayur.  Cari juga info bagaimana menu phad phed ini disediakan di Thailand.  Banyak video yang sangat lihat mereka menggunakan paste (Red curry paste), diletakkan sedikit sos ikan, santan dan ada yang mencampurkan dengan sayuran seperti kekacang (sweet bean), daun selasih, terung hijau bulat atau terung pipit.



Ayam ala Phad Phed
Sumber: Nang Teh


Bahan-bahan 
1/2 ekor ayam - potong kecil
1 labu bawang putih
2 biji bawang merah
2 inci. lengkuas
1 inci halia
4 batang serai - 2 batang titik, 2 batang blend
1 inci. kunyit hidup
10 biji cili padi - tambah jika suka yang lagi pedas
Daun limau purut
1 biji cili merah - hiris
Minyak untuk menumis
Garam secukupnya
Gula secukupnya
2 keping asam gelugor
Sayur - kacang panjang & terung, boleh ganti dengan sayur lain sperti lobak merah atau bunga kobis.

Cara Penyediaanya
*  Blend halus cili, halia, lengkuas, bawang merah, bawang putih, 2 batang serai, dan 2 batang lagi hanya diketuk-ketuk. 
*  Tumiskan bahan blend hingga wangi dan masukkan ayam.  Tambahkan sedikit air dan biarkan mereneh hingga masak.  Lebihkan air jika suka yang berkuah.
*  Boleh juga terus masak dengan mencampurkan ayam, bahan blend dan air seperti mak mertua selalu buat, sebab diet ayah mertua kena kontrol tak boleh lemak.
*  Bila air dah agak kering, masukkan sayur terung dan kacang panjang, asam keping, garam dan gula.
*  Masukkan cili merah dan daun limau purut.  Sesuaikan rasanya dan tutup api.
*  Siap untuk dihidangkan. 


Saya suka resepi ini sebab mudah dan ringkas tak perlu fikir nak masak dua tiga jenis lauk, sazzzz sekali jalan siap.  Yang ini sudah lengkap ada protien dan sayuran, tinggal masak nasi saja.
Wassalam.

Friday, 2 February 2018

Pucuk Paku Masak Lemak


Assalam...
Sekarang konon-kononnya dah start amalkan pengambilan makanan sihat dan kurangkan portion dari yang selalu.  Kadang ambil makanan ikut kiraan kalori juga, hari pertama dan kedua macam ada yang tak kena tapi takdelah sampai nak pitam. Kena bertabah saja bila melihat makanan tapi kadang culas juga, penangan bila dia tengok nasi putih panas-panas, tuhan saja yang tahu punya teringin tu.  Dalam proses mendidik diri makan seclean yang boleh, makan bekal yang di bawa dari rumah.  Tahu iman lebih nipis dari kulit bawang jadi kena lah hindari dari godaan tu semua, time lunch tak pergi pun pantry.  Kot tiba-tiba diorang hidangakan sayur macam nie, tak ingat dah rules tu semua.



Pucuk paku salah satu sayur kampung yang menjadi kegemaran, pucuk paku kalau diolah macamana pun tetap suka, buat kerabu, tumis, masak air atau masak lemak begini.  Setiap kali balik kampung dengan senang hatinya boleh petik di tepi sungai atau kawasan semak belakang rumah.  Kadang mertua kirim kalau lama tak balik.  Sekarang nie, lupakan dulu nak main masak-masak yang lemak-lemak nie, pandang gambar takpe.


Pucuk Paku Masak Lemak
Sumber: Mulia


Bahan-bahan
2 ikat pucuk paku - bersihkan
10 biji cili padi* (abaikan jika tak suka pedas)
2 sudu udang kering*
2 biji bawang merah*
3 biji bawang putih* 
1 batang serai - titikkan
1 kotak kecil santan
Air.
Garam secukupnya
Perasa tambahan (jika suka)

Cara Penyediaanyan
*  Tumbuk halus bahan bertanda '*'.
*  Jerang sedikit air dalam periuk, masukkan bahan tumbuk dan serai.  Kalau nak tumis dulu pun boleh, tapi sebab nak kurangkan guna minyak dalam masakkan, tak perlu tumis.
*  Masukkan pucuk paku dan santan.  Kalau suka santan agak cair guna setengah kotak cukup.
*  Tambahkan garam dan serbuk perasa.  
*  Didihkan seketika dan sesuaikan rasanya.  Tutup api dan hidangkan.

Nota;  Yang suka makan ikan masin, boleh gantikan udang kering dengan ikan masin yang dipotong kecil-kecil. 

Selamat mencuba.
Wassalam.

Monday, 4 December 2017

Masak Lemak Labu Dengan Bayam


Assalam...
Hari cuti, duduk rumah, takde plan nak keluar, memang ingat nak makan saja.  Kejap-kejap masuk dapur cari benda untuk dikunyah.  Daripada makan jajan yang kurang berkhasiat lebih baik masak nasi dan lauk.  Untuk makan sendiri lauk simple dah lah, yang penting ada sumber khabohidrat, protien, mineral dan vitamin.  Jom masak sayur lemak cair ini.


Masak Lemak Labu dengan Bayam
Sumber: Mulia

Bahan-bahan
Labu kuning - potong kecil
Bayam - siang
Santan 
2 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
Sedikit lada hitam*
Sedikit ikan bilis*
Air secukupnya
Garam
Serbuk perasa (jika suka)

Cara Penyediaannya
*  Tumbuk bahan bertanda '*' hingga lumat.
* Jerang air, masukkan bahan tumbuk tadi dan labu yang di potong dadu.  Masak hingga labu lembut.
*  Masukkan santan, letak santan terpulang pada selera sama ada nak kuah lemak pekat atau cair. Macam saya buat cair saja, so guna sikit saja santan.
*  Biar mengelegak seketika, tapi kena awasi jangan sampai santan pecah minyak.  Kemudian masukkan sayur bayam tadi.
* Gaul rata, masukkan garam dan sesuiakan rasanya.  Tutup api dan cepat-cepat angkat dari dapur.
*  Hidangkan.


Nasi panas, ada ikan goreng sayur lemak cair ini dah cukup.  Kalau extra rajin, buat tambahan sambal tumbuk atau sambal belacan. Past makan bertambah.
Wassalam.

Wednesday, 29 March 2017

Sambal Kulat Sisik Dengan Kacang Panjang


Assalam...
Kalau orang kampung kenal lah apa itu kulat sisik atau cendawan kukur.  Cendawan yang tak tumbuh pada tanah tapi melekat pada batang pokok atau kayu mati.  Batang kayu getah mati tempat febret dia nak hidup, lagi-lagi kalau lepas hujan.  Petik cendawan ini memang kena sabar sebab saiznya yang kecil dan liat, tapi bila dah diolah menjadi lauk sedapnya alahai.  Kulat sisik boleh disimpan lama dalam keadaan kering, bila nak masak hanya perlu rendamkan dalam air sejuk.  Kulat sisik kering ini pemberian Mak Itam ketika balik kampung hari tu.  


Kebiasaan buat sambal kulat sisik ini berkuah, tapi kali ini nak buat yang jenis kering.  Resepi orang kampung main agak-gak saja tiada ukuran metrik.

 
Sambal Kulat Sisik
Sumber: Mulia

Bahan-bahan
Kulat sisik - bersihkan dan rendam 
Ikan bilis - goreng dan tumbuk
Kacang panjang
Kunyit hidup - tumbuk
Cili padi - tumbuk
Cili merah - hiris
Serai - titik
Bawang merah - hiris
Bawang putih - hiris
Minyak untuk menumis
Sedikit santan
Air
garam, gula
 

Cara Penyediaannya
* Tumiskan bawang hingga layu, masukkan bahan tumbuk dan serai.  Tumis hingga naik bau.
*  Masukkan kulat sisik.  Tambahkan air, santan dan ikan bilis tumbuk.
* Masukkan kacang panjang dan cili merah masak hingga layu.
* Perasakan dengan garam dan gula.
* Jika suka berkuah lebihkan air.
 


Note - 
Kulat sisik kena bersihkan betul-betul, rendam dengan air garam.  
Potong pangkal sekiranya ada kulit-kulit kayu mati.
Wassalam.

Tuesday, 1 November 2016

Gulai Nangka Ikan Masin


Assalam....
Lauk kegemaran tapi jarang-jarang nak masak sebab faktor angin yang suka bersarang dalam badan.  Masak gula ini suka buat banyak sebab makin dipanaskan makin sedap rasanya.  Tak pasal-pasal madang jer kembung perut dan keberangkalian untuk melepas angin memang tinggi.  Namun jika makan di luar, dan terjumpa sayur ini mesti ambil juga.



Gulai Nangka Ikan Masin
Sumber: Mulia


Bahan-bahan
1/2 kilo isi nangka muda
1 kotak kecil santan
4 keping ikan masin talang (guna yang ada tulang)
2 batang serai - titik
Air secukupnya atau santan cair
Sedikit serbuk kunyit
1 helai daun kunyit - carik
Garam dan serbuk perasa
Bawang goreng.


Bahan Tumis
2 biji bawang merah - hiris
4 biji bawang putih - hiris
1 biji cili merah - tumbuk lumat
sedikit halia - tumbuk lumat
2 sudu serbuk kari ikan campur sedikit air
minyak untuk menumis

Cara Penyediaannya
* Didihkan air.  Rebus isi nangka bersama ikan masin, serbuk kunyit dan serai hingga empuk.
* Tumiskan bawang putih dan merah hingga layu.  Masukkan cili dan halia tumbuk hingga wangi.
*  Masukkan serbuk kari dan tumis hingga naik minyak.
*  Tuangkan bahan tumis ke dalam periuk yang berisi nangka dan ikan masin.
*  Masukkan santan, garam, serbuk perisa dan daun kunyit. 
*  Biar mendidih seketika, susuaikan rasa sebelum tutup api.
* Hidangkan ketika panas dan taburkan bawang goreng.




Nota:- Masak menu ini ketika dapat sebiji nangka muda pemberian daripada Wak. 
Wassalam.

Rojjo' aka Sup Ubi Kayu



Assalam...
Pulun nak clearkan list dalam draf yang tak terpublish.  Maaf bila ada yang jelak atau nak termuntah sebab kebanyakkan entry adalah pasal makanan je.  Sup ubi kayu nie, antara sup orang kampung yang selalu dibuat ketika berkumpul ramai-ramai.  Masak ramai-ramai makan pun ramai-ramai lah.  Selalunya dihidangkan ketika waktu minum petang dan hidangan ini dimasak bukan untuk dijadikan lauk seperti sup lainnya.   





Alkisah jiranku yang membekalkan ubi kayu ini, bawa dari kampungnya.  Dapat-dapat tu bukan nak buat terus, sebaliknya biar dulu alih-alih ubi dah busuk dalam plastik.  Dapatlah selamatkan sikit untuk buat sup rojjo'.  Resepi asal rojjo' tak guna pun bihun, tetapi sebab ubi kayunya sikit sangat saya tambahkan bihun dalam sup.  Seeloknya guna ubi kayu yang warna putih sebab kanji asal yang terdapat dalam ubi dapat memekatkan kuah rojjo' / sup.  Puluhan tahun sebenarnya tak menjamah menu ini, itu yang teringat-ingat nak makan.



Bahan-bahan yang digunakan semua main agak-agak tiada sukatan metrik.


Rojjo' akak Sup Ubi Kayu
Sumber: Timah 


Bahan-bahan
Ubi kayu - potong dadu
Isi udang
Lobak merah - potong dadu
Ubi kentang - potong dadu
Daun sup
Daun bawang
Bawang goreng
Bawang merah*
Bawang putih*
Serbuk lada putih*
Sup bunjut
Garam dan serbuk perasa
Telur - pukul sekejap
Bihun - celur (optional)

Cara Penyediaan
* Didihkan air, masukkan ubi kayu dan sup bunjut.
* Tumbuk bahan bertanda "*" dan masukkan ke dalam sup.
*  Masukkan isi udang, lobak merah dan ubi kentang.
*  Bila ubi lembut, perasakan dengan garam.  Sesuaikan rasa.
*  Tuangkan telur yang telah dipukul sedikit ke dalam sup sambil kacau hingga habis.
*  Sesuaikan rasa sup dan tutupkan api.  Letakkan daun bawang, daun sup dan bawang goreng.
*  Hidangkan ketika panas-panas bersama sambal.





Sup tambah nikmati bila dipadankan dengan sambal tomato atau sambal kicap.
Wassalam.