nuffnang_bid = "6d3fefaa2657f8901dfaPages

Showing posts with label Thai Food. Show all posts
Showing posts with label Thai Food. Show all posts

Tuesday, 28 February 2017

Lao Mandre: Steamboat @ Johnny's Restaurants...


Assalam...
Ini kisah bos bawa pergi lunch makan steamboat ramai-ramai sempena ada seorang senior staff yang berhenti. Pelik kan dah berhenti baru nak raihkan, masa ada tak nak hargai, macam suka je orang berenti kerja.  Bukan begitu ya.  Orang datang kita alu-alukan, tapi kalau ada yang nak pergi sebab peluang lebih baik, selalunya bos kita buatlah farewell ajak semua staff pergi makan-makan sebagai mengenang jasa.



Kali ini suka sangat sebab makan steamboat. Di Johnny's steamboat mereka ada set pakej jadi tekde lah melantak sampai nak pecah perut macam kalau kita pergi steamboat cara buffet. Macam main masak-masak kan, dari kecil hingga ke tua kerja dok main masak-masak.  Al-maklum orangnya suka sangat makan.


Ada jugak yang ambil side order macam ini, beef noodle.  Menu ini macam sesuai sangat untuk orang yang diet garam (takde rasa masin langsung) rasanya plain sangat, atau terlupa letak tak tahu lah.  Lagi pun masa kami datang lunch tu kira full house lah restoran tu.  So terima jelah apa yang ada.


Bagi yang ada sweet tooth kata orang, red ruby and jackfruit again and again.


Yang ini pun suka, palm seed (buah kabung) with jackfruit.  Seingat dulu mereka tak guna palm seed tapi guna honey sea coconut.


Tambah dengan ini pula, ini geng budak lelaki punya kerja order banyak-banyak lepas tu tak habis tolak kat meja kita orang.  Abaikan jelah jelingan dari cik puan yang kena settlekan semua bil.


Alhamdulilllah, kenyang, licin dan yang penting jangan membazir.


Geng depa inilah yang order macam-macam.  Tak kenyang beb hanya makan steamboat set begini, kata mereka.  Sebab tu side order mereka panjang berjela.


Selepas ini, tak tahu lagi bila pula ada acara makan ramai-ramai begini.  Tunggu sehingga ada yang berenti kata mereka, baru buat makan-makan lagi.
Wassalam.

Monday, 21 November 2016

Lao Mandre: Absolute Thai


Assalam...
Datang sini bukan nak makan tomyam, tapi nak makan appetizer dia.  Dulu masa duk utara senang jumpa kat sempadan, kadang-kadang di bazar Chowrasta Penang pun ada orang jual.  Memang suka sangat makan, dapat banyangkan bagaimana nikmatnya arwah nenek saya kunyah sirih dulu-dulu.


Tujuan utama nak makan mieng kam, namun hampa sebab hari kami datang menu yang ini jadi term 86 pula.  Tau tak makna istilah term 86 tu?  Tanya budak ambil order tu kenapa mieng kam takde hari ini, katanya bekalan daun kaduk takde kak.  Ermmm sabar jelah.


Walaupun benda yang nak makan itu takde, tak kan kami nak beredar begitu saja kan.  Teruskan dengan pilihan menu yang dihajati.  En. Abe pilih makan pad thai. 


Apabila dimaklumkan mieng kam takde, mood ke laut terus nak pilih hendak makan apa.  Somebody terpaksa tolong pilihkan nasi goreng belacan untuk saya, jangan jadi kera kena belacan lepas makan sudah.


Sebagai tambahan order yang ini, thai fish cake (tod mun pla).  Teringat tempat kerja lama lah tu, selalu mereka buat menu ini.


Pilihan dessert watershetnut with coconut milk topped with jackfruits (red ruby), cantik presentation dia memikat selera.


Nampaknya kena cari tempat lain lah mieng kam tu, tak pun kalau rajin google macamana buat saucenya tu. 
Wassalam.