Showing posts with label Kota Marudu. Show all posts
Showing posts with label Kota Marudu. Show all posts

Tuesday, 21 August 2018

3 Hari 2 Malam & Rombongan Cik Kiah


Assalam...
Kami dah janji dengan rombongan cik kiah untuk berjumpa di KKIA.  Sebab urusan kereta sewa dan perjalanan mereka minta saya yang aturkan dan ramai yang baru pertama kami sampai Negeri Di Bawah Bayu ini, maka haruslah kami sambut mereka di sana.  Kami sampai dari Sandakan tengah malam dan sempat settlekan beberapa urusan sebelum mereka sampai.  Pagi tu kebetulan di balai ketibaan KKIA, ada sambutan untuk penumpang daripada Sri Langka, jadi kita tumpang lah sambut  mereka hahaha.


Di  rumah terbalik, mereka masuk berempat, nak confese kat sini saya tak pernah masuk ke dalam tu.  Kenapa? sebab tak rasa nak masuk, lebih suka tunggu di luar sambil makan ice cream. 


Jom teruskan perjalanan ker Simpang Mengayau, kena target sampai sana sebelum matahari terbenam.  Nampaknya ada tempat perlu skip daripada dalam itinerary asal sebab perlu kejar masa, kami skip singgah Kota Belud .


Sampai sini jam 5.30 petang lebih kurang, memang tepat dah waktunya untuk menunggu senja /sunset.  Tapi sayang cuaca tak mengizinkan, kami jumpa satu family pelancong dari Asutralia dah 2 hari datang menunggu tapi tak ada.  Nasib baik diorang ini pun happy saja sampai sini, siap lompat-lompat 3 orang tu nak buat pose.  Seorang lagi tak turun sebab takut semput sementara 2 orang lagi hanya menunggu di pondok dekat kawasan parkir.  Memang macam-macam karenah lah bila berjalan ramai-ramai ini, kena sabar dan bertolenrasi baru suasana tu menjadi.


Cerita tentang malam pertama, Kota Marudu dan malam kedua di Kundasang ada di entry lain, now kita cerita lompat-lompat.   Rombongan cik kiah posing maut di kawasan Hotel Heritage (nama lama Hotel Perkasa), antara hotel terlama di Kundasang.  Ada sebuah di Kenigau hotel ini sama nama dan design, rasanya dibawah satu pengurusan juga.


Mesti semua tahu, betapa cantiknya view di belakang tu apabila tiada kabus.  Tapi bila ada kabus baru real macam anda ala-ala berada di New Zeland kan, cuma hujan-hujan begini lembu pun malas nak keluar kot.


Beberapa ekor lembu tenusu melintas hormat di hadapan kami ketika kereta memasuki kawasan Desa Cattle.  Lembu seekor ini kesian saya tengok, macam keberatan betul membawa bebanan.


Mari kita nikmati susu segar dan ice cream yogurt di Desa Cattle, tak semua suka makan ice cram yogurt rupanya.  Muka cam semua suka makanan western, spaghetti carbonara, chicken chop, lasagna, tapi lebih gemar makan ice cream malaysia rupanya. 


Balik dari Desa Cattle, nak singgahkan mereka di War Memorial tapi masing-masing tak nak naik, alasan hujan.  Yang seorang bertongkat tu memang tak lah, sudahnya sebelum meninggalkan Kundasang bawah mereka melawat gerai sayur kejap.  Sekurang-kurangnya peniaga tu dapat sekupang dua dari mereka ini, lumayan juga mereka belanja beli sayur, serunding tuhau, madu dan beras.


Ok pit stop terakhir sebelum balik KK, singgah Kinabalu Park.  Bagi kenal tempat jika berminat untuk mendaki Akinabalu kemudian hari.  Hujan renyai-renyai masa tu, teringat kenangan kami mendaki 2 tahun lepas dalam keadaan hujan begini.  Sempat menikmati nasi lemak dan bihun goreng di Pondok Timpohon pagi tu dan kami jumpa beberapa pendaki yang baru turun.  Seingat saya sebelum ini pelawat tak dibenarkan sampai ke tempat ini jika hanya untuk melawat saja-saja, tapi sekarang dah boleh ya.


Kami sampai KK lebih kurang jam 1.30, masa untuk isi perut terdahulu.  Kami pilih makan di salah sebuah restoran mamak di depan pasar saja, lagi pun agak susah untuk mencari tempat letak kereta di kawasan pasar.  Sementara mereka bershopping di Pasar Kraftangan mencari mutiara dan cenderahati lainnya, kami rileks dulu di Surau belakang pasar.


Mencari kuih yang merah menyala tu, en. Abe suka kuih sallawa ini, setiap kali jumpa mesti beli, saya pula setia pada pisang goreng.


Harga di kuih di KK memang agak mahal sikit, sesuailah tarafnya sebagai bandaraya.  Tapi masih ok sebab saiz kuih itu besar.


Untuk menambah kegeraman, kami lalu pasar ikan sebelah dengan pasar malam tu saja.  Tahu yang lain tak suka bau busuk pasar, mereka ikut jalan lain ke tempat parkir kereta.

Sebelum proceed ke KKIA untuk pulang kami sempat singgah sekejap di Pantai Tanjung Aru, saja bagi peluang mereka menyapa.  Petang tu pun memang tiada tanda akan nampak sunset, ombak tinggi masa dan awan tebal.



Malam kami semua balik dalam satu kapal, yang saya ingat sebelum kapal take off saya dah diawangan terlebih dahulu.  Terpisat-pisat nak buka mata ketika semua sibuk nak keluar dari kapal terbang, oh syukur rupanya dah sampai KLIA.
Wassalam.

Wednesday, 15 August 2018

Sepagi Di Pasar Kota Marudu

Assalam...
Masih terlalu awal ke rumah pengantin sedangkan majlis bermula pada jam 1 tengahari.  Selepas bersarapan dan melawat pasar gantung, kami ronda-ronda di pekan Kota Marudu.  Plan asalnya pagi-pagi nak pergi Pitas mencari ikan bilis, tapi lepas campur tolak masa perjalanan macam tak sempat balik ke Kota Marudu on time.  Jadi kita tukarlah plan dengan ada yang nak pergi bank lah, Watson lah, pergi KFC lah, pergi Speedmart lah, tapi sebelum kami melawat pasar dulu.  Macam banyak jer pasar di Kota Marudu ini, sebab kedudukan yang terpisah-pisah, hari itu pula bukan hari ada pasar tamu. 


Kami terjah pasar yang jual makanan bermasak dan pasar  kelengkapan diri lainnya.  Hanya singgah di beberapa gerai yang menjual kuih, masih terlalu kenyang tu yang macam malas nak maju lagi ke depan melihat makanan.


Harga kuih seplastik semua RM1.00 dalam tu ada 4 biji kuih, potongan pula besar.  Kakak yang jual kata klau boleh dia boleh jual ikut harga KL, cepat kaya dia boleh cepat pergi haji.  Berpeket-peket kami borong kuih terutamanya kuih cempiang, penyaram, donut, wajik dan pau.  Nak makan dalam perjalanan, sungguh makan dalam perjalanan sampai ke PJ kuih tu. 


Gerai yang menjadi tumpuan kami adalah gerai nenek yang menjual tembakau.  Berganti-ganti ahli kami ke sana, seronok mereka temuramah nenek tu.  Baik hati mereka nak bagi jualan nenek tu laris, ada yang beli tembakau, daun rokok dan kain batik.


En.Abe lah yang mulakan di gerai nenek nie, entah apa yang dibincang dengan nenek tu.  Cakap dekat-dekat rupanya saling tak memahami percakapan masing-masing.  Last kakak tu yang jadi translater.


Seronoknya perhatikan nenek cute tengah bercerita dalam logat kadazan yang pekat.


Tau tak ini apa? ini daun rokok untuk rokok daun, rokok D.I.Y.  Isi tembakau kat daun tu dan gulung.  Tak kena cara, tembakau berterabur, rokok tak menyala.  Dulu pernah kacau Wak Samad ketika sediakan daun nipah muda untuk dibuat daun rokok.


Ada yang memesan sabun dan toner papaya, borong di pasar ini juga.  Nasib tak minta kirim melalui saya, memang saya tak tahu pasal ini.


Seterusnya meranyap sampai ke pasar sayur-sayuran yang terletak di belakang pasar tadi.



Nampak tangan yang tak sabar nak gapai ikan bilis tu.  Walaupun pasar sini tak segairah pasar ikan masin di KK, tapi boleh konsider kalau nak beli ikan bilis dari pasar ini.  Ikan bilis dia lebih murah dan stok baru sebab dekat dari pitas (salah satu tempat pengeluar ikan bilis di Sabah).

Mulanya datang nak melihat keadaan pasar, sampai sini ada pula yang duk geram tengok longgokan sayur segar tu (dalam rombongan tu ada tokeh nasi bajet).  Lagi bikin geram sebab tahu harganya sangat lah murah.  Daku dan dak Jue dari tak mahu membeli, dah terbeli tembikai sebiji seorang.  Bekalan nak makan di homestay bila sampai Kundasang katanya.


Jika keadaan cuaca pagi itu mengizinkan rasanya kami terjah lagi jauh sampai ke pasar basah.  Lagi pun nak pergi kenduri pakai baju yang sama, so kita beredarlah ke tempat lain pula.
Wassalam.

Tuesday, 14 August 2018

Wedding Anylia & Micheal di Kota Marudu

Assalam...
Wedding Ann dan pasangan berlangsung di Kota Marudu, di kampung Ann.  Ann nie rakan sekerja dulu anggap macam adik dah, boleh suruh-suruh, dulu pergi mana-mana dialah yang jadi peneman setia.  Sejak dah berpindah dan kerja di Sabah, daku dah takde kawan nak berjalan-jalan sebab tu suka duk memerap kat rumah...hahaha. Tq Ann sanggup tukar tarikh majlis supaya kami dapat hadir, bukan suka-suka boleh tukar melibatkan keputusan ahli keluarga dan pihak suaminya (orang cina) kena tengok feng sui, hari apa yang bagus.  Dengar kami nak pergi, maka ada juga kawan lain yang nak ikut hingga yang tak kenal pengantin pun nak ikut (peluang nak jalan pergi Sabah) terpaksalah cik kiah datang bersama rombongan. 



Ingatkan ada gotong royong macam kenduri orang melayu, kupas-kupas bawang ke sambil membawang kan, tapi tak ada.  Mereka tempah catering (muslim dan halal) untuk sediakan makanan.  Sebab takde acara malam tu kat rumah pengantin, kami rehat saja di homestay yang Ann tempahkan.  TQ sekali lagi tempah dan belanja homestay untuk kami.


Sebabkan kami antara orang terawal sampai di rumah pengantin pagi itu.  Sementara menunggu tetamu lain dan pengantin kami banyak masa ketuk-ketuk gong.  Gong ini amat penting bagi kaum kadazan dalam setiap majlis keramaian dan selalunya setiap keluarga ada memiliki set gong macam ini.  Nenek Ann dan adik beradik dia yang ajar cara ketuk, tapi bila kamu yang ketuk bunyi yang keluar u sangat-sangat lah sumbang.  Sabar sajalah merek yang mengendarnya.  Mencari irama sumazau tapi yang keluar macam dong dong cheng tarian singa pun ada.

Pengantin bersama kumpulan penari sumazau, rasanya mereka semua tu adalah sepupu pengantin. 


Majlis kahwin ini mengabungkan dua budaya yang berbeza (Kadazan + Cina), mereka diraikan dalam kedua-duanya sekali.  Ada minum acara minum teh dan pemberian angpau dari pihak lelaki.  Pihak pengantin perempuan pula dari segi pakaian, paluan gong dan tarian.


Majlis keraian di rumah pengantin perempuan berlanjutan hingga ke sebelah malam, tapi kami kena beransur balik petang tu.  Sorry Ann tak dapat nak join.  Gembira membawa kepada perasaan sebak, soronok sangat sebenarnya tengok adik bongsu kami dah jumpa pasangan hidup.


Pengantin dengan kedua ibu bapak dan adik-beradiknya.  Tak cukup, seorang tak tak hadir, menurut bapak Ann tak dapat kebenaran keluar dari kolej, apa boleh buatlah.


Persembahan tarian sumazau oleh adik-adik (sepupu pengantin) ini ketika para tetamu menikmati hidangan.  Ada ambil video tapi tak ingat save kat mana.


Menu hari wedding Ann yang pihak catering hidangkan kepada tetamu.  Walaupun mereka bukan beragama Islam, tetapi memilih caterer muslim yang sediakan makanan sebab ramai ahli keluarga, rakan dan kawan sekampung mereka yang hadir adalah Muslim.  Kami memang dah lapar sangat tengahari tu nampak semua sedap saja, memang sedap pun saya makan manyak rebung masak lemak tu.


Congrats to the beautiful couple Ann & Mic, wishing you two nothing but happiness eternally.  Tak sabar mau tunggu anak kamu bah Ann, mesti cute macam mummy dia dan ada lesung pipi ikut dadynya.
Wassalam.

Wednesday, 8 August 2018

Gerai Gantung, Simpang Tiga Langkun, Kota Marudu


Assalam...
Gerai gantung ini terletak berdekatan Simpang Tiga Kota Marudu, tepatnya di kawasan Kampung Tonsom.  Jika datang dari arah kota Belud, kita akan jumpa gerai (terletak sebelah kiri) ini dahulu sebelum jumpa Simpang Tiga Kota Marudu. 


Gerai gantung yang ada kini adalah gerai baru setelah peristiwa kebakaran tahun lalu.  Sebanyak 21 gerai yang dibina daripada kayu musnah dalam kejadian kebakaran tersebut.  Syukur juga gerai peniaga berganti dengan cepat dan dapat gerai baru yang lebih selesa. 


Gerai di sini kebanyakkan menjual produk makanan tempatan yang dipamerkan secara bergantungan.  Produk makanan kebanyakkannya merupakan makanan ringan, jeruk, hasil laut, serta turut menjual benih tanaman, pokok bunga dan tanah bakar. 


Peminat jajan memang sukalah tempat ini macam-macam boleh dibeli kuih cincin, amplang, sagun, kacang tanah panggang, biskut kelapa, kacang telur, kerepek, rempeyek, jeruk dan macam-macam lagi.  Saya cuma memilih beberapa jenis jajan yang tak pernah dicuba sebelum ini, yang paling sedap adalah kacang grabel menyesal cuma beli sepeket kecil saja.


Kacang tanah panggang ini yang merupakan produk lokal dan memang terkenal di kawasan Kota Marudu.


Kuih Lada-lada, jajan yang beloh dibeli dengan harga serendah RM1.50 di sini.
 

Makanan ringan yang dijual bukan hanya hasil yang diusahakan oleh penduduk tempatan Kota Marudu dan sekitarnya tetapi juga produk dari seluruh negeri Sabah.
 

Jika tak minat beli makanan ringan, orang yang suka bercucuk tanam boleh beli pokok bunga, biji benih atau tanah bakar.

Jangan lupa singgah sini ya kalau berkunjung ke Kota Marudu atau melalui kawasan ini.  Harga jajan dia lebih murah berbanding yang dijual di Kota Kinabalu.
Wassalam.

Monday, 30 July 2018

Jalan Marak Parak, Jalan Kota Marudu - Ranau


Assalam...
Salah satu hobi suka ukur jalan, jadi kita nak cerita pasal jalan lah pula kali ini.  Cerita jalan yang kami lalui dari pada Kota Marudu ke Ranau, selepas menghadiri majlis resepsi Ann.  Kira pertama kali juga saya lalu jalan ini, boleh dikategorikan sebagai jalan baru untuk menghubungkan Kota Marudu ke Ranau, lebih cepat daripada ikut jalan lama melalui Kota Belud.


Starting Jalan Marak Parak, keadaan jalan selepas round about di Kota Marudu.  Sebenarnya untuk sampai ke Ranau, Jalan Marak Parak ini bersambung dengan Jalan Kota Marudu - Ranau selepas kawasan perkampungan Marak Parak.


Jalan Marak Parak antara jalan yang hanya melalui sedikit perkampungan yang terletak di pendalaman Sabah, seperti juga jalan Sepulut - Kalabakan, jadi pemandu dan kenderaan perlu persediaan yang cukup seperti minyak petrol.  Sesetengah kawasan juga masih tiada jaringan telefon.


Bila dah start mendaki, akan nampak pemandangan jalan berliku dan background gunung ganang di belakang.  Sebenarnya kita semakin mendekati kawasan kaki Gunung Kinabalu.


Kebanyakkan jalan raya utama di Sabah beginilah keadaannya, ini lah highway mereka.  Tapi syukur saja, jalan sudah agak bagus (walaupun belum sampai stardard yang diharapkan) sekarang boleh berkereta sana sini tak macam dulu, setengah tempat hanya boleh dihubungi melalui jalan udara atau laut.  Generasi Z mungkin tak dapatlah merasa pengalaman adventure generasi X dan Y dahulu ketika melalui jalan-jalan di Sabah.


Tak lupa untuk mengabadiakan kenangan di puncak Jalan Marak Parak, sementara nak rehatkan kenderaan dan pemandu.  Rasa macam berat dan susah payah sangat mendaki tadi, almaklumlah kenaikan kami bukan pacuan 4 roda.


Syukur juga kami sampai awal seperti yang dijangkakan di pekan Ranau.  Singgah pekena teh tarik dan roti canai telur di salah sebuah restoran mamak.  Pemandangan langit menghala ke Gunung Kinabalu ketika senja petang itu, sanagat mengujakan semua orang nak snap fenomena langit sebab mungkin keesokkan harinya pemandangan sudah tidak sama.

Selesai urusan di pekan Ranau kami teruskan perjalan ke Kundasang, mereka menempah penginapan di sana.  Nak lebih dekat dengan Akinabalu, dengan harapan esok pagi buka mata, buka jendela boleh tertentangan mata dengan Akibalu yang cantik. 
Wassalam.