Showing posts with label Kota Belud. Show all posts
Showing posts with label Kota Belud. Show all posts

Wednesday, 20 December 2017

Take A Break: Santai di Melangkap, Kota Belud


Assalam...
Mandi sungai di Melangkap, moment mandi sungai paling best yang pernah dibuat.  Sangat-sangat disarankan datang ke sini kepada mereka yang mencari tempat untuk merehatkan minda dan fikiran.  Sebenarnya ada beberapa aktiviti yang pengunjung boleh lakukan di sini selain mandi sungai antaranya hiking ke air terjun, spa ikan di Melangkap Tiong dan terbaru flying fox.


Aliran air Sungai Melangkap berpunca daripada Gunung Kinabalu dan perkampungan pertama yang dilalui adalah Melangkap.  Melangkap terdiri daripada lima (5) buah kampung iaitu Melangkap Baru, Melangkap Tiong, Melangkap Kapa, Melangkap Tomis dan Melangkap Noriou.  Faktor penentu air Sungai Melangkap sangat jernih dan bersih. 


Sungai Melangkap dahulunya tidak lah sebesar dan seluas ini, aliran sungai juga telah berubah selepas banjir besar.  Jika dahulu aliran sungai dekat dengan homestay yang kami menginap tetapi sekarang telah berubah ke arah kampung Melangkap Baru.


Pemandangan biasa, batu besar dan batang kayu balak di sungai.  Siapa pun tidak dapat menduga, musibah yang menimpa penduduk kampung Melangkap ketika banjir besar bertukar menjadi rahmat selepas itu.  Tempat ini semakin mendapat tempat untuk dikunjungi oleh orang luar, secara tak langsung ekonomi penduduk setempat dapat dijana.  Ketika banjir besar  harta benda penduduk kampung banyak musnah termasuklah kemudahan awam seperti jambatan dan jambatan gantung yang menjadi jalan penghubung utama mereka.


Kami meredah sungai bergerak melawan arus untuk sampai ke tapak perkhemahan di Palumpong (tempat ini berbayar untuk masuk), kiranya kami menceroboh melalui sungai lah ke tempat ini.  Kawasan perkhemahan Polumpong paling banyak diviralkan dalam laman sosial.  Di sini memang kena tidur dalam khemah saja, lebih adventure bagi orang muda.  Sebenarnya ada beberapa lagi tempat perkhemahan atau homestay di Melangkap ini, jadi tidak perlu risau jika satu tempat itu telah penuh.


Seakan lupa segala masalah dapat berendam dalam sungai.  Suhu air tu pun ngam, bila berendam lama takdelah sejuk yang boleh menyebabkan kaki kram kerana sejuk yang melampau.


Sepagi bermain air sungai memang rasa tak puas hati.  Satu lagi kenapa tak puas hati sebab lepas mandi, badan tak gatal langsung.  Sebenarnya saya ini macam ada elergi ke apa namanya sebab setiap kali balik dari mandi sungai ker, air terjun ker, laut ker, badan akan merasa gatal untuk beberapa hari.


Cerita banyak pun tak guna, nak rasai pengalaman tu datang lah sendiri ke sini.  Out of planet sekejap lupakan segala gadget dan mari berinteraksi dengan alam sekitar.


Memang jatuh hati sangat dengan tempat ini, suatu hari pasti nak datang lagi.  Pastikan kunjungan akan datang, boleh buat banyak aktiviti terutama hiking ke air terjun dan flying fox.
Wassalam.

Tuesday, 19 December 2017

Melangkap Homestay


Assalam..
Suasana petang kami sampai di Malangkap Homestay, puncak Gunung Kinabalu terlindung oleh kabus.  Sesekali saje akan menampakkan rupanya, itu pun sipi-sipi.  Betapa untungnya siapa yang pernah menginap di Homestay Melangkap ini, duduk di beranda pandangan memang terarah ke arah Akinabalu.  Penginapan kami di Melangkap pada mulanya merancang nak tidur dalam khemah, tetapi hari yang kami nak pergi tu, musim hujan dan banjir besar baru surut di Kota Belud.  Sebagai langkah berjaga-jaga kami menginap di homestay saja.


Hari pertama, terpaksa tahan hati sebab tak dapat berendam lagi dalam sungai ini.  Setakat bermain di gigi air dan tinjau tempat nak buat bbq malam nanti.  Kawasan sungai bawah jambatan gantung tu, privasi kalau nak mandi sebab jauh daripada tumpuan pengunjung daripada tapak perkhemahan lain yang berada di Polumpong atau yang terletak di sebelah bawah Melangkap Homestay.


Kalau tak sempat nak singgah di jambatan gantung Tamparuli, di depan homestay ini ada jambatan gantung.  Panjangnya boleh tahan, pergilah ulang alik berapa kali yang mampu.  Hari kami sampai tu, kami lihat beberapa peserta Jamboree salah satu acara sempena hari Tamu Besar Kota Belud, yang berkeliaran melalui kawasan Melangkap untuk melengkapkan cabaran sukan tersebut.


Sebelah malam, selepas balik dari Kota Belud melihat pesta Usunan, kami masih teruskan plan nak buat bbq.  Kesian pada en.Joe yang sanggup tunggu kami ketika itu.  Nyalakan unggun api sebagai pelengkap perkhemahan olok-olok kami di halaman homestay.


Minta untuk dipasangkan khemah untuk digunakan lepak-lepak ketika bbq.  Konon-konon esok subuh nak berbaring-baring dalam tu untuk melihat matahari terbit dari sebalik gunung.


Sebelum arang menjadi bara api untuk memanggang makanan kami, makanlah bekalan makanan apa yang ada.  Thanks to Rhina sebab beli keropok tasen.  Nostalgia zaman sekolah terimbas kembali dapat menikmati keropok tasen. Saya ingatkan keropok tu sudah tiada dalam pasaran, rupanya packaging dah up grade, dah cantik patutlah saya tak kenal perasan.


Terima kasih Joe, yang bersusah payah hidupkan api malam tu.  Dia seorang je yang ditugaskan menjaga kami malam tu jadi kami ajak dia join sekali dengan kami.  Tuan homestay (mertua Joe) terpaksa balik ke Kota Kinabalu sebab ada majlis perkhawinan di sana.


Pemandangan pada waktu pagi, waktu ini agak kesiangan (jam 6.00 pagi) nak memotret gunung kinabalu.  Tak dapat menyaksikan pemandangan ketika biasan sinar merah matahari masih berada di balik gunung.   


Batu-batu besar macam tu memang banyak tepi sungai.  Menurut cerita tuan punya homestay batu-batu tu adalah serpihan batuan dari gunung Kinabalu yang dibawah oleh banjir besar selepas gegaran tahun 2015.


Bilik penginapan kami di tingkat atas, amat selesa dengan kos yang tak masuk akal murahnya.  Kami dimaklumkan yang sebelum ini mereka ada satu lagi homestay dekat sungai, tetapi telah dihanyutkan air ketika banjir besar ekoran gegeran tahun 2015. 


Pada sesiapa yang ada plan nak datang bercuti ke Melangkap dan ingin mencari penginapan boleh hubungi Melangkap Homestay di sini.  Kalau tak nak menginap di rumah sytle kampung ini, sekarang mereka dah ada bilik yang lebih selesa dengan harga yang sangat-sangat berbaloi.  
Wassalam.

Tuesday, 5 December 2017

Lao Mandre - Ice Kerim Gula Apong Kota Belud


Assalam...
Selalu saya dengar istilah gula apong, dituturkan oleh orang Sarawak bila merujuk kepada gula merah yang diperbuat daripada air nira pokok nipah.  Lebih mesra dengan panggilan nise bagi orang Kelantan.  Keluarga sebelah saya pula lebih banyak menggunakan gula merah daripada nira pokok kabung.  Tak sangka di Kota Belud Sabah pun femes dengan gula apong.  Aishh buat malu saja orang Sabah tidak tahu hal ini.



Thanks to Rinna yang cadang dan bawa kami makan ais krim di sini, selera dia memang boleh dipercayai.  Kedai ini tak menawarkan banyak pilihan menu, tapi semua menu yang kami order petang itu memang terbaik.  Sesuai dengan selera kami terutama soto ayam dan ais krim.  Dah balik tu baru rasa nyesal tak order cendol yang juga menggunakan gula apong.


Menu utama adalah dessert, namun bagi yang nak sesuatu yang berat beberapa menu berasaskan nasi, me dan sup disediakan.  Tak ingat siapa yang order ini, nasi ayam penyet, sedap juga.

Terbaik dengan soto ayam ni, ada kelainan sikit dengan soto ayam Johor style yang biasa kita makan.  Boleh kot kita cakap yang ini soto ayam Sabah style.


Dessert Buko Pandan, memang femes rupanya dessert ini, dan memang orang kenal Sabah ada makanan ini  walaupun ia dikatakan dessert yang berasal dari Filipina.  Suku kaum bajau Kota Belud yang popularkan, mungkin jika dibuat kajian susur galur mereka ada persamaan dari suku kaum yang berada di Filipina.


Kedudukan kedai berada di tepi jalan, jalan utama Kota Belud - Kota Marudu, memudahkan pelanggan untuk singgah menikmati ais krim mahu pun cendol di sini.  Jika ada rezeki lalu sini lagi, mesti kena singgah menikmati ais krim. 


Sesiapa yang terjejak kaki ke daerah Kota Belud, Sabah, boleh masukan dalam whishlist ko orang.  Tak cuba mana nak tahu.
Wassalam.