nuffnang_bid = "6d3fefaa2657f8901dfaPages

Showing posts with label Daku Teruja Pada. Show all posts
Showing posts with label Daku Teruja Pada. Show all posts

Monday, 23 October 2017

Bakso Sedap (Basso Mbak Yuli)


Assalam....
Jika anda peminat sup, pasti bakso boleh masuk dalam senarai.  Bakso ini tak asing di negara kita, sudah ramai penggemarnya.  Orang tempatan pun dah ramai yang berjualan bakso, cuma kadang-kadang yang tak best bila makan bakso tapi tak rasa bakso, macamana tu?.  Chef cakap masakan pun kena ada jiwa, kena kenal dulu rasa originalnya, jangan main tiru dan claim itu ini kalau tak tahu.  Sebab tu nak menuntut ilmu kena berkorban, pergi jauh hingga ke negeri China.


Ini resepi yang diajar oleh jiran kami (Mbak Yuli), pada bulan puasa lepas dia jamu kami makan bakso waktu moreh.  Ini baru rasa bakso sebenar, lepas tu kita minta dia ajar macamana nak buat bakso (belajar buat kuah, bebola beli yang dia siap).  Bebola besar tu pun minta dia tolong belikan kat Chowkit.  Uenak sekali, dah rasa semangkuk minta tambah berkali-kali lagi. 


Bakso / Basso
Sumber: Mbak Yuli


Bahan-bahan
Bebola (bakso) daging / ayam
Kobis - hiris halus
Suhun / bihun - celur
Daun sup - hiris
Daun bawang - hiris

Taugeh
Bawang goreng

Kicap manis (kicap ABC)
Sambal cili(mentah / tumis)
Tulang gear box / tulang kaki / tulang rusuk
Air secukupnya
Garam

Bahan bumbu
5 biji bawang putih*
2 sudu lada putih*
2 biji Buah keras*
1 inc. halia*
2 biji bawang besar - hiris


Cara Penyediaan
* Rebus tulang dengan air secukupnya untuk mendapatkan stock kuah bakso (kuah keruh).  Sekiranya nak buat bakso daging, gunalah tulang rusuk atau kaki lembu untuk dapatkan stock, sebaliknya jika bakso ayam gunakan tulang ayam.
* Tumbuk halus bahan bumbu bertanda '*'. 
* Tumiskan bawang hiris bersama bahan tumbuk hingga wangi.
*  Tuangkan ke dalam kuah bakso (air rebusan tulang).
*  Masukkan bakso (bebola daging / ayam) ke dalam kuah, kelar sedikit bahagian atas sekiranya menggunakan bebola ping pong (besar).  Rebus hingga bebola masak.
*  Letakkan garam dan sesuaikan rasa.  Masukkan bawang goreng, daun bawang dan daun sup.
* Hidangkan dalam mangkuk ketika panas bersama hirisan kubis, suhun, taugeh dan bebola (bakso).  Tuangkan sup ke atasnya.
*   Hidang bersama kicap manis (kicap ABC) dan sambal cili mentah atau sambal cili tumis.






Sambal Cili Mentah
Cili padi
Garam
Cuka / jus limau
- Tumbuk halus cili bersama garam dan perahkan air asam limau.


Sambal Cili Tumis
Cili padi
Cili merah
Sedikit belacan (jika suka)
Bawang besar
Buah keras
Tomato (optional) 
 - Tumis semua bahan dengan sedikit minyak hingga layu.  Tumbuk hingga lumat dan letakkan garam dan perasa.  Tumis sekali lagi hingga naik minyak.



Jom try sediakan sendiri sup bakso, boleh makan puas-puas.  Bebola yang saya guna ini memang khas untuk bakso, boleh juga guna bebola daging dan ayam yang biasa dijual tapi rasa dia lain, sedikit keras.  Saya lebih suka makan bakso campur suhun,  jika ada yang tak suka, boleh padankan dengan bihun atau guna nasi himpit saja.  Bebola bakso yang baik mesti lembut dan sedikit kenyal-kenyal.
Wassalam.

Sunday, 22 October 2017

Sky Mirror, Sasaran Kuala Selangor.


Assalam...
Sasaran nak ke Sky Mirror bersama geng karas, Alhamdulillah terlaksana dan memang menepati sasaran kali ini.  Beberapa kali tertunda sebab tidak semua ahli bercuti pada hari yang sama dan sky mirror ini pun wujud hanya pada hari tertentu saja.  Kami mengikut pakej yang naik speed boat daripada Jeram, Kuala Selangor. 


Tempat perlu berkumpul di rumah kedai sebelah, Burger King Jeram sebelum atau pada jam 7.30 pagi, sebab bot yang kami naiki itu akan bertolak tepat jam 8.00 pagi.  So awal pagi tu kena rush ke sana, perjalanan dari rumah pun lebih kurang sejam ke Jeram.  Perjalanan dari jeti ke dataran pasir tu lebih kurang 30 hingga 40 minit, laluan kiri kanan adalah ladang kerang.  Tempat yang berpagar atau ada semacam tiang, tu maksudnya kawasan kepunyaan orang.  Kalau rasa nak pergi mencari kerang sendiri, pergi lah di kawasan yang tidak bertanda .


Kami naik bot di Jeti Kebun Kerang Sungai Buloh.  Dapat tengok orang bersihkan kerang ketika nak pergi, rasanya salah satu tempat pendaratan utama kerang dan benih kerang di Kuala Selangor.  Ketika balik dari tengah laut, hajat nak beli kerang... kerangnya nan hadoo.


Ketika berlepas dari jeti tadi, kami ingatkan bot kami antara yang terawal akan sampai di pulau pasir ini.  MasyaAllah dah banyak bot yang landing (terdapat banyak syarikat pengusaha bot) manusia apatah lagi ramainya.  Memang dah ramai pengunjung ke sini sejak dimasukkan dalam kalender pelancong negeri Selangor.  Terdapat juga pelawat yang naik bot daripada jeti di Kuala Selangor.  


Macam tinggi sangat dia terbangkan?  Budak yang jadi awak-awak bot pelancong tu semua sudah tahu teknik nak ambil gambar yang cantik.  Mereka yang nak ambil gambar cantik-cantik kena  cop budak untuk ambil gambar dan kawasan yang tidak memungkinkan ada bayangan orang lain selain mereka.


Apa-apa aje lah aksi korang.  Kat sini memang bergambar saja lah aktivtinya, jadi guna kesempatan yang ada untuk berselfie, berswafoto dan yang sewaktu dengannya. 


Percubaan membuat aksi ini yang, walaupun mudah pada pandangan mata namun jika semua kayu, payah juga mendapat kordinasi yang sempurna.  Kesian adik yang menjadi photographer menunggu.  Tolong ambil gambar pelawat sudah termasuk dalam pakej berserta prop sekali.  Pelawat tinggal beraksi sahaja, tapi pandai-pandailah nak minta tolong sebab ramai lagi group lain nak guna khidmat yang sama.


Di tengah laut ini, baru jam 9.00 pagi dah terasa panas sangat, tapi mujurlah guide kami ajak balik pada jam 10 lebih macam tu.  Sunblock harus guna ya, pakailah tebal untuk elakkan kulit gosong (terbakar).


Lepas itu kami dibawa ke Pulau Angsa sebelum balik semula ke jeti di Jeram.  Pulau ini menempatkan rumah api yang masih berfungsi sebagai panduan kepada kapal-kapal yang melalui Selat Melaka.  Terdapat juga bekas tinggalan rumah rehat Sultan Selangor yang musnah dalam kebakaran dan pembangunan resort yang terbengkalai.


Kami cuma berehat sebentar di sini sambil menikmati bekalan nasi lemak dan air minuman yang disediakan oleh guide.  Bekal sandwich yang dibawa dari rumah pun layan juga sebab masing-masing dah lapar.  Saya tak sempat nak merasa rehat-rehat di atas bukit di sini sebab beratur nak guna bilik air.  Nak repeat lagi ker?, mungkin jika ada orang nak belanja.
Wassalam.

Friday, 20 October 2017

Lao Mandre: Big Spoon Steamboat & Grill


Assalam..
Saya suka makan steamboat, dia pula tak suka yang macam ini.  Tapi dia kena ikut juga sesekali kesukaan saya.  Kira fair lah kan, gi mamak tu kegemaran dia saya pula tak suka.  Tapi boleh je gi lepak mamak temankan dia makan.  Tak tau nak habaq dia punya suka bila jumpa kari, macam jumpa sri dewi atau mahima chaudhary kot.  


Pengusaha bumiputera yang mengusahakan kedai makan cara steamboat & grill ini memang banyak macam cendawan tumbuh lepas hujan.  Kali ini kami pergi di Big Spoon, selepas percubaan nak pergi kedai satu lagi tu gagal.  Bila call nak buat tempahan asyik penuh jer, yang ada kosong pun lepas jam 10 malam, erm kirim salam jelah time tu dah nak tidur.


Seleksi bebola makanan laut dan sosej yang disediakan di BigSpoon.


Ini pula bahan-bahan mentah daripda ayam, daging, kambing dan makanan laut segar.


Selain itu, makanan bermasak juga turut disediakan seperti nasi goreng, mee, spaghetti, bubur dan kentang goreng.  Ini kalau yang malas nak tunggu bahan-bahan steamboat dan grill kita masak, boleh makan yang ini terlebih dahulu.


Dah, dah cukup, matikan api grill, habiskan apa yang ada ini dulu.  Nasihat dari orang yang sentiasa pantau supaya tidak membazir.  Sokong sangat ada sesetengah tempat kenakan panalti untuk pelanggan yang didapati membazirkan makanan.  Makanan yang dibazirkan akan ditimbang dan pelanggan perlu membayar denda tersebut.


Pilihan sos yang disediakan.  Istimewanya sebab ada Sos BigSpoon tu, sedap kena dengan citarasa saya.


Semakin larut malam, semakin ramai pengunjung ke sini.  Semasa kami sampai ada lebih kurang 2 meja saja yang ada pelanggan.  Kami datang awal juga lah, selepas magrib je dah terpacak depan kedai.


Alhamdulillah, portion yang kami pilih dan ambil habis licin.  Membazir kawan syoitan kan, tak nak lah kawan dia. 


Sebab ini cerita lama, tapi baru di up kan, tiba-tiba je rasa nak gi makan steamboat & grill lagi, sebab dah lama tak makan.  Dietnya masa bila? esok jelah diet tu.
Wassalam.

Take a Break: Hiking Hutan Pendidikan Bukit Gasing, Petaling Jaya


Assalam...
Mari kita bersenam untuk keluarkan peluh, zumba tak boleh, lari tak boleh, sit-up tak boleh, berbasikal tak pandai, banyak sangat yang tak boleh jadi moh leh kita pergi hiking.  Buat sekadar yang termampu.  Jalan masuk semak, panjat bukit, turun lurah, jumpa parit atau tali air memadai lah, untuk aktiviti keluarkan peluh di hujung minggu.



Pagi ahad, kami pergi berempat terdiri daripada geng yang sihat-sihat belaka memulakan perjalanan.  Trek agak licin dan becak sebab lepas hujan. 


Daripada starting point utama kami bergerak mengambil arah ke sebelah kiri dan sampai satu lorong yang ada pencawang.  Sebenarnya banyak track laluan baru, yang agak mengelirukan terutama bagi yang baru pertama kali hiking di sini.


Selepas mendaki dari area pencawang, pendaki akan sampai ke kawasan kuil hindu dari situ boleh nampak pemandangan PJ new town dan kawasan Pantai Dalam KL.


Tiang-tiang tu banyak mengelilingi kawasan kuil, sama ada untuk pembangunan masa depan atau memang dibuat sedemikian rupa, tak dapat nak pastikan.


Pemandangan ke arah kondo Mexwell Tower, Freser Tower dan Cameron Tower di kawasan Gasing, PJ (Selangor).


Kalau naik sampai atas kawasan kuil, rasanya pemandangan dia lagi jelas untuk kawasan sekitar.  Tapi sebab takut sesat jika tak follow group orang lain, kami tak jadi naik ke atas.


Menuruni cerun dari kawasan kuil untuk masuk ke kawasan hutan semula.


Rasa dah sangat jauh kami berjalan, daripada kawasan hutan, keluar ke jalan bertar, masuk hutan semula.  Kena rajin bertanya kepada hikers yang lain. Berjalan jauh tak kisah yang takut jika sesat, tapi nak takut apa kan, coverage phone 4G ya semua kawasan.  Ramai jer orang yang boleh tunjukkan jalan, jangan malu nak bertanya.


Jalan punya jalan sampai ke Taman Rimba Bukit Kerinchi (Wilayah Persekutuan KL).  Jauh kan jalan dapat cover 2 negeri.  Di taman rimba ini, sesuai untuk bawa keluarga beraktiviti terutama kanak-kanak, ada kemudahan di sediakan seperti pondok, bilik air, kolam, tempat memasak dan sebagainya.


Hajat hati nak cover juga kawasan ini, tapi nampaknya tenaga tak mengizinkan tambah lagi 2 orang tu dah pancit awal lagi.  Macamana lah nak ikut cabaran mendaki Kinabalu jika di Gasing pun ko dah nak putus nyawa dek oi?.  Kita pula rasa tersangat lapar dan telah kehabisan bekalan air.  Next time boleh lah ke sini pula dan cover di sebelah kanan Hutan Pendidikan Bukit Gasing tu.


Selepas berjalan lebih kurang sejam setengah, dalam pusingan 4.7km, keluar masuk Selangor dan Wilayah KL akhirnya kembali semula ke pangkal jalan, di Jalan Tanjung 5/4.
Wassalam.

Friday, 13 October 2017

Lao Mandre: Lancelot Tea-Guild, A Splendidly Sensory Experience


Assalam..
Restoran ini terletak di Nadayu Sunway menyajikan menu western fine dining.  Setiap plating menu yang disajikan membuat mata sangat terpesona, anak tekak pun tak sabar-sabar untuk merasa bagaimana nikmatnya setiap menu yang dihidangkan.  Semasa melangkah kaki memasuki restoran pun dah terpesona dengan dekorasi dalaman yang cantik.  Biasa kan kita layan warung dan mamak je, tapi kali ini dapat rezeki  harimau (orang belanja) mesti tak lepaskan peluang.
 

Sebab peluang sesekali je dapat makan di fine dining restoran begini, jadi setiap inci restoran perlu dihayati terutama dekorasinya.  Kurang lah segannya sebab tak ramai orang masa tu.  Restoran ini selalunya buat private fanction untuk group kecil yang kurang daripada 50 orang.  Kalau ada function macam tu memang restoran ditutup untuk walk in customer.


Terapi untuk mata dah cantik, untuk teliga dimainkan lagu atau muzik yang menenang sudah tentunya


Buku menu, untuk western menu harga itu dianggap sederhana.  Pemilihan bahan dan quality serta kebanyakan bahan yang digunakan adalah bahan import.   


Kami dihidangan dengan semua yang kat bawah tu.  Shhh (sakai pergi fine dining buat perangai cam kat mamak, tukar-tukar pinggan, makan share).
 
Organic Pumpkin Ginger And Carrot Soup.


Creamy Prawn Bisque, suka sangat yang ini.


Wild Mushroom Cream.


Californian Cobb, 
Salad tu ada bunga-bunga yang boleh dimakan, boleh awet muda ke jika makan bunga tu?.


Tempura Prawns, Sriracha Spicy Dip


Grilled Norwegian Salmon


Spahegetti Aglio E Olio, Pepperoncino.


Roasted Duck Breast.


Pan Seared Ikejime Snapper


Grass Fed Australian Sirloin Steak


Coffee - Latte or Cappuccino?


Ini complimentary daripada chef Chris, kudapan sambil menikmati kopi katanya.

Deep Fried Cheese.


Ada kejutan birthday untuk dua beradik nie (Dot & Racheal).  Memang niat asal nak sambut hari tu, tapi macamana boleh terlupa lepas jumpa makanan.


Agak-agak berapa kerabakan poket orang yang belanja tu.  Kami pun tak tahu, sebab dia tak nak bagi tahu, tapi rasanya sebelah tangan ada tak lari kot.  Terima kasih banyak Ann, lepas ini ko dapat bonus belanja lagi ya, sannaaa KK makan seafood.
Wassalam.