nuffnang_bid = "6d3fefaa2657f8901dfaPages

Showing posts with label Ketam. Show all posts
Showing posts with label Ketam. Show all posts

Wednesday, 4 October 2017

Pasar Malam Kota Kinabalu


Assalam...
Rindu mengamit nak bertandang ke pasar malam Kota Kinabalu.  Pasar malam di dalam bandar Kota Kinabalu terdapat di beberapa tempat dan dibuka pada setiap malam.  Pasar malam yang menjual bahan mentah dan makanan bermasak terutama makanan laut terletak di sebelah kiri, kanan dan belakang Pasar Kraftangan (Pasar Filipina) dan sebelah Pasar Besar (Pasar Gantung) di Todak Waterfront.  Manakala pasar malam Sinsuran dan pasar malam Kampung Air lebih tertumpu kepada jualan barangan perhiasan dan pakaian.  Sila pastikan tidak tersalah pasar malam bila anda berkunjung ya.



Pelbagai pilihan makanan laut yang telah dibakar, sedia untuk anda buat pilihan.  Jika anda bukan jenis yang terlalu cerewet dan malas nak tunggu lama, makanan laut yang dah siap bakar ini boleh menjadi pilihan.  Peniaga akan memanaskan sebelum menghidangkan kepada pelanggan.


Latok atau rumpai laut, sebagai hidangan tambahan pengganti kepada sayur-sayuran.  Tinggi kandungan kalogen, orang perempuan suka lah nie, boleh awet muda.  Tinggal dipilih oleh pengunjung dan peniaga akan buatkan kerabu.


Selain seafood yang sudah dimasak, turut disediakan yang mentah begini.  Pengunjung bebas untuk memilih dan minta mereka masakkan.


Bagi yang pentingkan kualiti dan kesegaran makanan laut boleh pilih yang masih mentah dan masih murah jika dibandingkan dengan harga yang ditawarkan di restoran.  Harga seafood mentah ada di sediakan mengikut jenis dan berat, harganya termasuk kos memasak. 


Untuk take away, snek makanan laut sebegini paling sesuai.  Walaupun gred atau saiz yang kecil, namun rasanya tetap sedap kerana semua yang disediakan itu adalah segar.


Kami suka berkunjung ke pasar malam yang menjual makanan laut ini, walaupun sekadar minum dan makan kudapan yang kami beli daripada gerai berdekatan.  


Kalau pantai timur terkenal dengan keropok lekor, jika berkunjung ke Sabah jangan lupa cuba pisang goreng.  Kudapan yang sangat digemari di Sabah dan boleh didapati di mana-mana.
Wassalam

Wednesday, 1 March 2017

Lao Mandre: Dinner Ketam Di Semporna


Assalam...
Sambung kisah makan lagi, begitulah hidup ini mana boleh dipisahkan dengan makanan "makan untuk hidup".  Ini kisah malam pertama sampai di Semporna, semua pun blur masa sampai tu yang ingat dalam kepala otak nak cepat check in dan berehat di Dragon Inn yang kami tempah secara online sebelah paginya.  Sebelum menapak ke check in kaunter (agak jauh meniti jambatan) kami di sambut dengan penjaja seafood segar di hadapan penginapan.  Tiba-tiba jer mata jadi segar semula tengok ketam, udang lipan dan ikan-ikanan semua.


Lepas uruskan pasal check in, kami keluar semula dari hotel untuk mencari makanan di restoran berdekatan.  Brother yang jual ketam masa masuk tu masih ada di resort dan offer kami 2 ikat ketam segar dengan harga murah.  Sampai di restoran (lupa nama) yang berdekatan, kami meminta orang situ tolong masakkan ketam-ketam tu.  Mereka bagi cadangan 2 menu untuk masak ketam iaitu sup ketam dan ketam goreng.



Menu tambahan yang kami order daripada restoran, sotong goreng tepung.  Maaf terlupa sangat nama restoran tu, tapi tak jauh daripada penginapan kami di floating hotel Dragon Inn.


Sayur pun tak lupa, walau hanya sayur campur char chay simple macam tu tapi rasanya sangat sedap.  Macam sesuai sangat padanan lauk kami malam itu.



Dengan brother ini lah kami beli ketam semalam dengan harga murah.  Brother ini juga yang bagi cadangkan pada kami, untuk kami bawa ketam yang dibeli tu pergi mana-mana restoran dan minta chef restoran masakkan.  Kami beli 2 ikat yang macam kat tangan beliau tu dengan harga yang sangat murah kerana beliau hendak menghabiskan jualannya malam. 



Malam itu memang relakan saja jika sakit allergic datang menyerang akibat memakan ketam, yang penting puas hati.  Geli hati melihat gelagat rakan-rakan malam itu nak merata ketam.  Harus mula dari mana?, ada yang kurang tahu teknik nak keluarkan isi ketam, dan ada yang sekadar mencicipi rasanya.



Next time ada rezeki datang sini lagi boleh lah kita rasa makanan laut yang lain pula.  Yang rare dan ada macam-macam dijual segar oleh penjaja atau di pasar dekat jeti nelayan.
Wassalam.