Sunday, 19 May 2019

Istanbul Aku Singgah: Mesir Baazar (Misir Carsisi)

Assalam...
Kita jalan-jalan jauh sikit sampai ke Baazar Mesir (Misir Carsisi).  Hari ahad waktu Istanbul, Grand Baazar yang sangat terkenal tu tutup.  Bagus juga lah tour guide kami bawa ke sini saja lagi pun waktu persinggahan kami sangat terhad, takut kalau lepas masuk ke Grand Baazar ada yang tak jumpa jalan keluar nanti.  Almaklum lah dalam group kami ramai makcik-makcik yang suka shopping, melontar sana sini banyak sungguh duit depa. 

Baazar ini dibina pada kurun ke-17 dan dikenali sebagai pasar rempah atau pasar orang Mesir, terkenal sebagai pusat perdagangan rempah ratus sejak zaman dahulu.  Kedudukannya berhadapan dengan laut, dan selat yang sibuk menjadikan tempat ini sangat sesuai sebagai pusat perdagangan rempah ketika dahulu.

Tak tahu kami masuk ke baazar melalui pintu mana satu, tapi saya fikir itu adalah pintu utama kerana berdekatan dengan ruang lapang dan Masjid Jamek Yeni yang sedang dalam proses membaikan.  Walaupun jalan masuknya tak semengah mana, namun bila sudah berada di dalam baazar mata dijamu dengan pemandangan yang sangat wow dan cantik.


Kami sampai hari tu awal pagi, kedai baru buka dan sebahagian yang masih tutup atau memang tutup pada hari minggu.  Bahagian yang mula-mula kami masuk ni kebayakkan peniaga menjual manisan, rempah dan barang cenderahati.


Susun atur rempah dan manisan begitu teratur dan menarik.  Peniaga pun peramah sangat bagi penerangan tentang produk yang mereka jual siap bagi kita rasa lagi.  Masa pergi tu RM tengah merosot 1 lira bersamaan rm4, so takdelah nak membeli banyak, cukup beli makanan saja. 


Manisan khas Turki, mengancam semuanya jurujual pula semua baik, panggil-panggil suruh try.  Saya try yang saya suka saja lah yang dibuat daripada buah delima dan bunga rose. 


Memang sangat teruja lah tengok manisan dia, macam-macam bentuk.  Yang display macam ini dijual timbang kira manisan gred premium yang nie.  Bentuk cendawan butang ini pun antara yang menarik.


Bangunan baazar ini bentuk L, setelah berjalan sampai ke hujung patutnya kami belok ke arah kiri tetapi keluar dari situ sebab nampak ada pintu keluar ke belakang.  Di belakang tu lagi meriah dengan restoran, kedai jual pakaian, cenderahati dan pelbagai kelengkapan.  Jumpa brother jual fresh jus, dapatlah saya try jus delima fresh dari sebiji delima besar dengan harga 5 lira.  Syukur dapat rasa jus fresh yang mereka perah depan kita guna alat khas tu.


Kami habiskan waktu berjalan-jalan saja disekitar kedai di belakang baazar sambil minum jus dan makan roti turki yang masih hangat.  Manakala kawan yang lain sibuk bershopping.


Sampai satu kedai yang menjual t-shirt, rupanya geng-geng kami ada juga di situ tengah memborong.  Kami pun beli lah sehelai dua t-shirt buat kenangan, saya tak berapa teruja akan shirt-t tapi teruja melihat segala pinggan yang ada corak dan lukisan tangan.


Masa yang ditetapkan telah sampai, mari kita keluar dari sini dan berkumpul semula di kawasan lapang mula-mula tadi.  Kami mengambil jalan ke arah kanan dan keluar di hujung bazaar.  Di sebelah sini ada taman kecil, ada tempat duduk untuk berehat-rehat dengan air pancut serta hiasan bunga tulip yang baru nak mekar.  Taman ini di sebelah belakang masjid jamik Yeni bersebelahan baazar yang menjual tumbuhan hiasan. 

Tak boleh berlama-lama di taman ini sebab kami kena on time untuk menaiki bas dan balik ke restoran.  Sayang sebab tak jumpa tempat ini awal-awal tadi, walaubagimanapun syukur dapat juga jejak kan kaki ke sini.
Wassalam.

3 comments:

  1. Huntungnya dapat jenjalan ke tempat orang

    ReplyDelete
  2. Turki sebuah negara yang cantik. Untunglah dapat melamcung kesana.

    ReplyDelete
  3. Mesti banyak perubahan Grand Bazaar di Istanbul sekarang. Dulu masa pergi zaman anak dara hahaha...ya takut tersesat juga kan.

    ReplyDelete