nuffnang_bid = "6d3fefaa2657f8901dfaPages

Showing posts with label Pasar. Show all posts
Showing posts with label Pasar. Show all posts

Thursday, 2 March 2017

Lao Mandre: Sim-Sim Ikan Bakar, Sandakan


Assalam...
Walaupun jati orang sini, tapi ini pertama kali datang makan di Pasar Sim-Sim.  Menjadi sebutan orang ramai jadi nak juga datang rasa keenakan ikan bakar tu.  Selalu bakar ikan di rumah sendiri je, semua dah tersedia, jadi tidak berpeluang nak makan di luar.  Hari yang kami datang tu, adalah hari cuci pasar, ada hari tertentu (sekali dalam sebulan) yang mana semua gerai perlu di tutup untuk membolehkan kerja-kerja pembersihan pasar di lakukan.


Pasar sim-sim ini tidak lah besar mana, kami tawaf dah pasar tu tetapi hanya satu gerai ikan bakar yang beroperasi.  Kedai yang orang ramai cadangkan tu pula tutup.  So kami try saja lah di sini, kira kami pelanggan terakhir sebab ikan yang ada pun tinggal 3 ekor yang tak berpunya, kami hanya order 2 ekor ikan besar (ikan jenahak dan ikan belais).  Sotong, udang dan yang lain-lain memang dah habis di tempah.


Makanlah kami ber 6 dengan 2 ekor ikan bakar ini, ada sedikit sayur lemak labu yang tersisa, sup kosong dan nasi putih.  Nak order menu lebih-lebih memang tak ada, rasanya minuman pun kami hanya minum air masak yang disediakan. Alhamdulillah kenyang, licin semuanya oleh kami, tinggal hanya tulang ikan yang bersih berkilat.  Jin pun nagis tengok sebab tak tinggal sisa untuk dia.


Pemandangan biasa atas meja di kedai-kedai makan di Sabah.  Penambah perisa bersama sambal cili ada disediakan, kalau rasa kurang masin, masam, pedas, kicap, cili, pak aji anda bebas nak bereksperimen di situ.


Kalau tanya saya, tentang rasa makan ikan bakar di sini, bagi saya rasanya biasa-biasa saja.  Ikan bakar yang mak saya selalu sediakan jauh lebih sedap rasanya (air tangan mak kita kan yang terbaik).  Lain orang lain citarasa kan, mungkin juga perlu mencuba di gerai lain, di lain waktu jika ada peluang berkunjung ke sini lagi.
Wassalam.

Saturday, 24 December 2016

Pasar Ikan Di Jeti Nelayan Sempurna, Sabah


Assalam...
Terjumpa pasar ikan nie dengan tak sengaja, gara-gara mencari ais batu dan kotak untuk menyimpan ketam yang kami beli dari penjaja di depan penginapan.  Malam sebelum tu dah beli ketam dari mereka tapi dah habis, kami bawa pergi kedai makan terdekat dan minta pekerja situ masak kan untuk kami.  Kira masa ini beli untuk dibawa balik ke Sandakan, itu pun lepas peniaga tu sarankan kami boleh beli ais dan kotak di bangunan kedai yang terletak di belakang Pejabat Perikanan Semporna.  


Antara jualan hasil laut penjaja yang ada di hadapan Dragon Inn.  Seafood tu semua hidup lagi, udang lipan tu penuh dengan telur.  Kalau nak beli yang kering pun ada macam abalone, scallop, sea cucumber dan macam-macam lagi.


Ikutkan hati nak beli scallop kering tu, sekilo harga murah sangat tak sampai seratus ringgit, wal hal harga di pasaran untuk scallop kering bermula dari RM350 sekilo.  Tapi lupakan lah, ikutkan hati dan perasaan, alamak lagi cepat lah dapat gout nanti, cukuplah dengan alahan yang ada.


Kalau dah jumpa longgokan ikan segar macam ini, dengan harga yang sangat murah, anda rasa nak tengok saja kah?.  Sekadar cium bau dah kenyang, ke nak berumah tangga dekat-dekat kawasan ini supaya senang nak dapatkan bekalan?.


Hasil laut yang pelbagai warna, rasa-rasa nak angkut bawa balik je semua jenis.  Penggemar makanan laut macam kita orang memang meroyan bila tengok benda-benda macam ini. 


Jarang dapat jumpa ikan belanak sebesar macam tu, tengok sisik berkilau-kilau menunjukkan betapa segarnya ikan belanak tu.


Cuba teka berapa ringgit kami beli sotong 3 longgok tu?  Beli sampai tak ingat dunia sebab ada orang tu peminat tegar encik sotong.  Sampai air sotong tumpah kena pada beg baju semua, tak jadi baginya.  Bertabah lah kami yang lain penangan bau air sotong.  Pengajaran sebab tak seal kemas kotak tempat sotong tu.


Memang tak boleh lupa, sampai ada yang berangan nak terbang pergi beli ikan ke Semporna, moga-moga jadi kenyataan.
Wassalam.

Friday, 23 December 2016

Senja Di Api-Api (Kota Kinabalu)


Assalam...
Ini ketika bulan Mei lepas, petang hari terakhir perjalanan selama seminggu sebelum balik semula ke semenanjung.  Singgah minum petang di kawasan pasar malam KK, pilih tempat duduk bahagian belakang supaya boleh tengok laut dan pulau-pulau yang dilawati pada sebelah paginya.  



Nak saksikan senja yang cantik petang itu memang tiada sebab hujan renyai-renyai dari awal petang.  Nasib baik kami dah selamat sampai dari pulau sebelum hujan turun.


Syukur diberi nikmat pandangan dan pancaindera yang dapat melihat dan merasa kebesaran Allah, semoga aku tergolong dalam orang-orang yang bersyukur, menjaga dan berhati-hati menggunakan nikmat itu.


Agaknya ini antara kapal-kapal nelayan yang telah siap menjalankan tugasnya pada hari itu atau sedang bersedia untuk kembali semula ke laut lepas.


Antara peniaga makanan yang sedang sibuk untuk menyiapkan hidangan kepada pelanggan yang berkunjung ke gerai mereka.  Di celah-celah gerai itulah akan ada orang sibuk seperti saya yang mengintai untuk menyaksikan matahari terbenam.


Masih ada yang belum habis urusan petang itu, menghantar bekalan dari laut ke darat mahu pun sebaliknya.  Santai jer mereka ini memijak dan memunggah barangan di tebing batu tu, yang memerhati ini yang ngeri asyik terbayang batu licin, dan terjatuh ke laut.  


Sebab cuaca yang mendung dan hujan yang renyai, kami beredar sebelum magrib dan perlu menyelesaikan beberapa hal lagi sebelum balik ke sangkar masing-masing.
Wassalam.

Sunday, 28 June 2015

Ramadhan Kareem: Bazaar Ramadhan

Assalam...
Hari jumaat ramadhan ke-9, en.Abe cuti, dia kata tak perlu masak kita ke bazaar ramadhan.  Saya mana-mana pun ok.  Dia pesan lagi, kita pergi beli air dan cari nasi ambeng saja.  Tahun ini kita kurangkan gi bazaarlah, makan kat rumah jer...So anggap jer ini peluang yang hanya datang sekali untuk tahun ini ke bazaar ramadhan lepas ini dah tak boleh pergi sebab kena kerja petang.  Kita ikutkan ajer dan kita tengok lah nanti macamana.
Kami ke bazaar ramadhan Kelana Jaya, yang terdekat dari tempat kerja.  Jumpa gerai roti bom, singgah beli.  Jumpa gerai murtabak, beli jugak..makanan kegemaran dia berbuka puasa ini, banyak kali sebut, hint nak suruh belajar ker tu?.
Gerai cendawan corner, turn saya pulak, nak rasa sebab dengar kawan tu cakap sedap jadi teruja jugak nak makan.  Saya ini orang yang tidak mendapat vaksin imunisasi dengan iklan.  Tiga mangkuk RM5.00 boleh campur-campur rasa.
Jalan sampai ke hujung.  Bukan tak jumpa awal tadi dengan gerai nasi ambeng, dah lalu 2 gerai yang sama.  Tapi kami pilih gerai yang hujung sekali.
Tiada antara kami yang orang jawa, tapi suka jer makan nasi ambeng ini.

Contoh portion untuk nasi ambeng special.

Yang ini pun macam sedap jer...ah beli satu yang dalam cup.
Bila jumpa gerai air macam ini...semua rasa sedap, nafsu semata.  Sebungkus RM3.00, dua bungkus RM5.00.
Sebab kata, 1st and last pergi bazaar ramadhan kan, en.Abe kata takpe rasa nak makan beli, toksah kedekut ngan benda makan.  Kadang saya bercerita tentang sesuatu yang orang jual, itupun dia nak beli.  Tapi ada satu gerai air yang tak boleh blah dengan penjualnya, siap marah-marah kat customer sebab takmo beratur.  Hasrat nak beli air jagung terpaksa dilupakan di situ.  Belanja petang itu dekat RM50 jugak nanti kita sambung apa yang dibeli dengan nilai tu di bazaar ramadhan.
Wassalam.

Wednesday, 25 March 2015

Shopping Jeruk & Cenderahati Di Penang Road.

Assalam...
Kalau anda sampai ke Penang, jangan lupa datang ke Penang Road.  Kawasan ini dekat dengan bangunan Komtar (bangunan bulat yang jadi lambang Penang tu), atau lebih tepatnya berhadapan Ibu Pejabat Polis Pulau Pinang.  Sejak dahulu kawasan ini merupakan tempat orang ramai nak shopping, nak makan atau berjalan-jalan.  Kedai-kedai di sini buka seawal jam 9 pagi hingga jam 7 petang, jangan datang diluar waktu ye, memang tak jumpa.  Saya belajar satu tips untuk tawar-menawar kena datang awal pagi, peniaga cina ini pantang kalau 1st customer tawar-tawar tapi tak beli, dapat sueh nanti.
Kedai jeruk bawah tangga bazaar chowrasta yang sejak dahulu kami kunjungi.  Tokeh soh yang dulu cantik menawan tu pun dah makin tua.     
Sebelum beli, boleh cuba, rasa semua jeruk-jeruk yang ada.  Selesai rasa setiap jenis jeruk, perut dah kenyang.  Memang selalu diamalkan dulu lah, bila setiap kali temankan kawan datang sini, rasa jer jeruk tu setiap satu belinya tidak.  Saya kuranglah nak makan jeruk ini, tolong promote jer ngan kawan-kawan.
Kedai jeruk femes Pak Ali ini pun ada di kawasan Penang Road ini.
Harga jeruk lebih kurang sama jer dari satu kedai ke satu kedai yang lain.  Jadi terpulang pada anda untuk membeli dari kedai mana, tepuk dada tanya.....?.  Cuma mungkin jurujual di satu-satu kedai tu ramah terlebih daripada jurujual kedai lain.  Sapa tak terpikat bila disapa ramah sambil suakan jeruk untuk dicoba kan.
Timbang bagi lebih-lebih sikit, air jeruk takmo.
Specialities Penang ini, halwa buah pala...sedap makan sebagai snek, campur dalam abc pun boleh.
Nak pilih jenis jeruk, pilih berapa jenis jeruk nak campur dalam satu bungkus atau tak nak campur pun boleh.  Mereka boleh tolong bungkus ikut kemahuan dan budjet anda.
Inilah biji buah pala yang telah dikeringkan, bukan yang dibuat jeruk tau, yang dibuat jeruk tu isi/kulit luarnya.  Kira ini isi dalam setelah kulitnya dibuang.  Hari tu mencari buah pala fresh untuk dibuat sirap tapi takde pula dijual, agaknya pekebun dari Balik Pulau masih bercuti gong xi fa chai.  Biji buah pala ini banyak digunakan sebagai rempah dalam masakan dan bahan kosmetik.
Produk tempatan dan import yang biasanya turut dijual di kedai-kedai jeruk di Penang Road.
Ini jugak antara hasil daripada buah pala, minyak angin dan balsem.
Tau sar piah atau biskut tambun, juga ramai penggemarnya.  Jangan risau sebab ada jer biskut tambun yang memang halal dan dapat pengesahan oleh Jakim. 
Tak nak shopping makanan, belilah benda lain barangan kraf, FM (fridge magnet) ker untuk kaum kerabat, sahabat handai.
Atau nak beli t-shirt yang ada motip-motip Penang, cantik-cantik belaka design terbaru mereka.  Jangan lupa bargain ya.
Lepas shopping jangan lupa pi pekena nasi kandar kah, cendol kah, laksa kah, mee mamak kah, cucur udang kah...semua ada di kawasan Penang Road ini.
Wassalam.

Sunday, 30 November 2014

Selera Timur Di Pagi Ahad

Assalam....
Seawal pagi kami ke sini tadi (Pasar Tani Kota Damansara).  Awal-awal pagi dah tanya kalau en.Abe larat nak bawa, almaklum semalam dia mc sebab batuk teruk dan demam. Alhamdulillah hari ini dah sihat sikit katanya.  Seusai solat subuh dan melapik perut kami keluar.  Sebenarnya saya yang nak cari barang di pasar tani ini, nak pergi pasar tani kat stadium Shah Alam tu jauh sangat, silap-silap dalam masa 2 jam tak boleh settled.
Pasar tani Kota Damansara ini, takdelah besar macam kat stadium tu.  Tapi kalau sekadar nak cari bahan-bahan dapur sayur, daging, ikan segar ada aje di sini.  Lepas beli semua barang-barang di kehendaki, kami usha-usha benda makan untuk sarapan pulak.
Nampak panjang barisan kat sini, satu-satunya gerai yang menjual juadah pantai timur.  Kami pun baris jugaklah nak pekena nasi kerabu.  Ada seorang pakcik tu beratur sampai isteri dia dah siap shopping dia tak settled lagi beli nasi dagang di gerai ini.  Sanggup beratur sebab nak makan katanya.
 Tu harga makanan di selera timur ini.
Yang ini pun beli juga, makan di perjalanan balik rumah.
Kegemaran en.Abe, nasi dagang dengan gulai ayam.
Untuk saya mesti nak yang ini, nasi kerabu lauk daging bakar & solok lada.  Telur masin tak beli sebab stock lauk semalam ada lebih lagi.
Kalau yang ini dua-dua suka, jadi semangkuk ini makan rebut-rebut baru best.  Menu yang kami beli di gerai selera timur ini adalah nasi dagang, laksam dan nasi kerabu.  Rasanya kira sedaplah jugak, lain kali boleh beli lagi. 
 Dessertnya, apam balik.
Buah delima yang beli minggu lepas kat MAHA, warna merah delima tu tak mengancam sangat...tapi manis.
Sebenarnya makanan itu semua kami makan ketika makan tengahari sebab masih terasa kenyang ketika sampai rumah...kan dah makan sebelum pergi tadi.  Dapat bayangkan kalau pergi masa perut kosong mesti rambang mata semua nampak sedap jer.  Lain kali tips ini kena diguna pakai bila kuar membeli belah walaupun sekadar ke pasar aje supaya tak teroverrrrrrrr.
Wassalam.