nuffnang_bid = "6d3fefaa2657f8901dfaPages

Friday, 22 February 2013

Ulam Raja

nasamulia
Pucuk Ulam Raja
Assalam semua,
Ulam Raja atau dikenali jugak dengan nama kenikir.  Pucuk ulam yang mempunyai aroma, mengikut sejarah bukan berasal dari Malaysia tetapi dari Amerika Selatan.  Siapalah yang telah membawa benih ulam ini ke sini yek?  Pokok yang dalam gambar ini, Mulia temui banyak di kawasan rumah Mak Andak, nun di Kedah nu, klau nak makan baru petik, kena plak dengan sambal belacan orang tua tu, memang terangkat.

Ulam ini sangat berkhasiat kerana mengandungi protein, kalsium dan vitamin A.  Dipercayai baik untuk peredaran darah dan menguatkan tulang disamping kaya dengan antioksida yang baik untuk awet muda gitu.  Pokok ulam raja didapti senang tumbuh secara taburan benih di kawasan teduh dan tidak terlalu terdedah kepada terik matahari.

nasamulia
Pokok Raja

So, jom kawan-kawan makan ulam raja banyak2, nanti tak perlulah nak suntik botok2 tu semua. 

Tuesday, 19 February 2013

Simpan Beras guna Tupperware Rice Dispenser...


nasamulia
Tupperware Rice Dispenser - berkapasiti 10.5kg

Assalamualaikum wbt semua,
Nak simpan beras pun kena sekolah ker? Takdelah macam tu, tapi kalau nak beras sentiasa segar dan tahan terdapat beberapa kaedah dan peraturan yang perlu diambil tahu.  Mak nenek kita dulu pun sentiasa memberikan petua berkenaan hal ini.  Mulia nak share kan penyimpanan beras menggunakan Tupperware Rice Dispenser untuk memastikan kesegaran beras.
Beras kebiasaannya di simpan di dalam kontena atau balang tembikar,  ketika beras dicedok dengan cawan dan sentuhan dengan tangan yang basah akan mencemarkan beras dan mengakibatkan pembiakan bubuk beras.  Berikut adalah ciri-ciri khas yang boleh didapati pada rekaan unik ini.
. Rekabentuk laci yang unik, cara mudah mengeluarkan beras.
. Lebih bersih, mengelakkan sentuhan tangan yang tercemar.
. Sistem FIFO (first in first out), beras lama dikeluarkan dahulu.
. Sekali tarik mengeluarkan anggaran 1 cawan beras (150gm).
. Saiz yang mudah diletakkan di kaunter dapur.
. Boleh menyimpan 10.5kg beras, sesuai untuk kegunaan seisi rumah.
nasamulia
Tarikkan Laci untuk mengeluarkan beras.
nasamulia
Sekali tarikan mengeluarkan tetap secawan beras (150gm)
nasamulia
Kesegaran terkawal; beras lama akan digunakan terlebih dahulu.

Tingkap memudahkan semakan baki beras.
Tip-tips untuk mengelakkan bubuk beras;
. Tarikkan laci sekurang-kurangnya dua kali sehari untuk menggerakkan beras, menggelakkan bubuk beras daripada membiak.
. Tuangkan beras lebihan balik ke dalam bekas dengan serta merta.
. Pastikan beras kering dan tanpa tanda bubuk sebelum dimasukkan ke dalam bekas.
. Jangan gaulkan beras berbubuk dengan beras baru.
Unit ini boleh didapati melalui dealer Tupperware atau berkunjung sendiri ke Distribution centre berdekatan dengan harga RM288.00 (harga untuk Semenanjung sahaja).  Kalau nak diskaun yang menarik kenalah jadi member dengan yuran RM70.00 dan boleh nikmati pelbagai lagi keistimewaan di samping menjana pendapatan.
Wassalam.

The 100......



nasamulia
The 100 A Ranking of The Most Influential Persons In History.

Assalamualaikum wbt semua,

Kawan-kawan pernah baca tak buku “The 100 – A Ranking of The Most Influential Persons In History” hasil karangan Michael H. Hart, seorang saintis di Amerika Syarikat.  Penerbitan buku ini bagaimanapun mencetuskan rasa kurang senang di kalangan masyarakat barat.  Hasil karya beliau telah mencetuskan kontoversi di kalangan masyarakat barat kerana beliau telah memilih nabi Muhammad SAW sebagai individu pertama dalam senarai.  Mesej ini secara langsung membawa maksud bahawa Muhammad SAW yang membawa ajaran Islam merupakan individu yang paling berpengaruh dalam sejarah dunia mengatasi semua tokoh2 sanjungan dunia termasuk Juses mahupun Isaac Newtown.
Berikut adalah senarai individu yang telah disenaraikan dalam buku ini dan ringkasan mengenai pengaruh dan peranan mereka dalam sejarah;

No.
Nama
Pengaruh/Peranan
1
Muhammad S.A.W
Pengasas Islam, penakluk Tanah Arab
2
Isaac Newton
Ahli fizik, penemu teori graviti semesta dan hukum gerakan
3
Isa A.S/Jesus
Pembawa asal agama Nasrani (kristian)
4
Siddharta Gautama (Buddha)
Membawa fahaman Buddha
5
Confucius
Pengasas fahaman Konfusianisme
6
St. Paul
Penyebar agama Kristian
7
Ts'ai Lun
Pencipta kertas
8
Johann Gutenberg
Memajukan mesin percetakan; memperkenalkan percetakan Bible
9
Christopher Columbus
Pelayar; Pemula ekspedisi rakyat Eropah ke Amerika
10
Albert Einstein
Ahli fizik, penemu teori relatif dan Fizik Einstein
11
Louis Pasteur
Ahli sains, penemu proses pempasteuran
12
Galileo Galilei
Ahli astronomi, mengembangkan teori sistem suria heliosentrik (berpusatkan matahari)
13
Aristotle
Ahli falsafah Yunani berpengaruh
14
Euclid
Ahli matematik, memperkenalkan geometri Euclid
15
Musa
Nabi bagi penganut Yahudi, Nasrani dan Islam
16
Charles Darwin
Ahli biologi, menerangkan teori evolusi
17
Shih Huang Ti
Maharaja China yang menyatukan wilayah-wilayah China yang telah berpecah
18
Augustus Caesar
Maharaja Empayar Rom
19
Nicolaus Copernicus
Ahli astronomi, mengusulkan sistem suria heliosentik
20
Antoine Laurent Lavoisier
Bapa kimia moden, ahli falsafah dan ekonomi
21
Constantine
Maharaja Rom yang mengiktiraf Kristian sebagai agama rasmi negara
22
James Watt
Memajukan enjin wap
23
Michael Faraday
Ahli fizik, kimia dan penemu aruhan magnet-elektrik
24
James Clerk Maxwell
Ahli fizik, penemu spektrum elektromagnet
25
Martin Luther
Pengasas mazhab Protestan dan Lutheranisme
26
George Washington
Presiden pertama Amerika Syarikat
27
Karl Marx
Pengasas Marxisme, Komunisme Marxisme
28
Orville dan Wilbur Wright
Pencipta kapal terbang
29
Genghis Khan
Penakluk Mongol
30
Adam Smith
Ahli ekonomi, falsafah, menerangkan kapitalisme, pengarang The Thoery of Moral Sentiments
31
Edward de Vere/William Shakespeare
Sasterawan, juga menulis 6 jilid buku falsafah dan keagamaan
32
John Dalton
Ahli kimia, fizik, mengembangkan teori atom dan hukum tekanan separa (Hukum Dalton)
33
Alexander the Great
Penakluk, putera Makedonia
34
Napoleon Bonaparte
Penakluk, maharaja Perancis
35
Thomas Edison
Pencipta mentol lampu, fonografi, dll.
36
Antony van Leeuwenhoek
Memperkembangkan mikroskop, mengkaji hidupan mikroskopik
37
William T.G. Morton
Perintis anestesiologi (pelalian)
38
Guglielmo Marconi
Pereka radio
39
Adolf Hitler
Penakluk, peneraju Kuasa Paksi dalam Perang Dunia Kedua
40
Plato
Pengasas fahaman Platonisme
41
Oliver Cromwell
Ketua politik dan ketenteraan British
42
Alexander Graham Bell
Pencipta telefon
43
Alexander Fleming
Penemu penisilin, ahli bakteriologi, imunologi dan kemoterapi
44
John Locke
Ahli falsafah dan fahaman liberal
45
Ludwig van Beethoven
Ahli muzik dan pengarang lagu
46
Werner Heisenberg
Penemu mekanik kuantum, prinsip ketidakpastian, ketua program nuklear Nazi Jerman
47
Lousi Daguerre
Penemu/pencipta fotografi
48
Simon Bolivar
Wira kebangsaan Venezuela, Colombia, Peru, Equador dan Bolivia
49
Rene Descartes
Ahli matematik dan falsafah rasional
50
Michelangelo
Ahli seni, pelukis, arkitek dan pengukir
51
Paus Urban II
Menyeru Perang Salib pertama
52
Umar ibni Al-Khattab
Khalifah kedua, meluaskan empayar Islam
53
Asoka
Raja India yang menganut dan menyebarkan Buddha
54
St. Augustine
Ahli agama Kristian awal
55
William Harvey
Mengembangkan sistem kitaran darah, menulis asas bagi embriologi moden
56
Ernest Rutherford
Ahli fizik, perintis fizik subatom
57
John Calvin
Pembentuk semula Protestan, pengasasn Calvinisme
58
Gregor Mendel
Memperkenalkan genetik Mendelian
59
Max Planck
Ahli fizik dan pakar termodinamik
60
Joseph Lister
Menemui antiseptik
61
Nikolaus August Otto
Membina enjin pembakaran 4 lejang pertama
62
Francisco Pizarro
Penakluk Sepanyol di Amerika Selatan dan menewaskan kaum Inca
63
Hernando Cortes
Menguasai Mexico untuk Sepanyol, memusnahkan tamadun Aztec
64
Thomas Jefferson
Presiden ketiga Amerika Syarikat
65
Ratu Isabella I
Pemerintah Sepanyol yang mengizinkan Christopher Columbus belayar
66
Joseph Stalin
Pemimpin revolusi Kesatuan Soviet
67
Julius Caesar
Penakluk, diktator Rom
68
William The Conqueror
Penakluk, mengasaskan England moden
69
Sigmund Freud
Mengasaskan sekolah psikologi/psikoanalisis Freudian
70
Edward Jenner
Penemu vaksinasi bagi campak
71
Wilhelm Conrad Roentgen
Penemu sinar X
72
Johann Sebastian Bach
Ahli muzik, penggubah lagu
73
Lao Tzu
Pengasas fahaman Taoisme
74
Voltaire
Penulis dan ahli falsafah, menulis Candide
75
Johannes Kepler
Ahli astronomi, menerangkan pergerakan planet dalam Hukum Kepler
76
Enrico Fermi
Memulakan zaman atom, bapa bom atom
77
Leonhard Euler
Ahli fizik, matematik, kalkulus pengkamiran dan pembezaan
78
Jean-Jacques Rousseau
Pengarang dan ahli falsafah
79
Niccoló Machiavelli
Menulis the Prince, risalah politik berpengaruh
80
Thomas Malthus
Ahli ekonomi, penulis Essay on the Priciple of Population
81
John F. Kennedy
Presiden Amerika Syarikat yang mengetuai usaha manuisa untuk ke "planet" lain.
82
Gregory Pincus
Ahli endokrinologi, meperbaiki pil pencegah kehamilan
83
Mani
Pengasas Manicheanisme
84
Lenin
Pemimpin Rusia
85
Sui Wen Ti
Menyatukan China
86
Vasco Da Gama
Ahli pelayaran, menemui jalan ke India melalui Tanjung Harapan
87
Cyrus the Great
Pengasas empayar Parsi
88
Peter the Great
Memasukkan Rusia ke dalam negara-negara Eropah
89
Mao Zedong
Membentuk fahaman Maoisme, satu bentuk komunisme China
90
Francis Bacon
Ahli falsafah, menerangkan secara induktif akan kaedah ilmiah
91
Henry Ford
Memajukan automobil, pencapaian dalam pengilangan
92
Mencius
Ahli falsafah, menubuhkan sekolah Konfusianisme
93
Zoroaster
Mengasaskan agama Majusi (Zoroastrianisme)
94
Ratu Elizabeth I
Pemerintah England, mengembalikan kuasa Gereja England selepas Ratu Mary
95
Mikhail Gorbachev
Perdana Menteri Rusia yang membantu menamatkan komunisme di Kesatuan Soviet
96
Menes
Menyatukan Mesir Hulu dan Mesir Hilir
97
Charlemagne
Pembaptisannya mendorong kepada terciptanya Empayar Rom Suci pada 800 Masihi
98
Homer
Pemuisi epik
99
Justinian I
Maharaja Rom, menakluk kembali empayar Mediterranean
100
Mahavira
Pengasas fahaman Jainisme

Sumber: Wikipedia
Wassalam.

Monday, 18 February 2013

Kisah si Beras.....

nasamulia
Beras - Gambar Google
Assalamualaikum wbt semua,
Beras makanan ruji sebahagian penduduk dunia terutama orang Asia. Klau tak jumpa nasi mau pengsan atau pening lalat jadinya....hehehe.  Mengikut cerita orang dulu2 ketika perang (zaman Jepun), aktiviti penanaman padi menjadi terbatas kerana dek takutkan askar Jepun mengakibatkan bekalan beras amat terhad dan ramai penduduk yang bertukar kepada ubi kayu, jagung dan pisang sebagai sumber khabohidrat.  Mulia nak sharekan cerita2 lagenda dan mitos berkenaan pokok padi dan beras yang menjadi begitu penting dalam kehidupan manusia.
nasamulia
Aktiviti Penanaman Padi di kawasan Tropika - gambar Google
beras merupakan tanaman tertua yang dituai oleh manusia dan tanaman ini dipercayai bermula di negara Cina.  Kini padi di tanam di serata dunia dengan habitat yang berbeza seperti di kawasan sejuk Himalaya dan kawasan padang pasir yang panas seperti di Pakistan, Iran dan Mesir.  Di Amerika Selatan padi merupakan tanaman di kawasan kering, manakala di Asia Tenggara pula ditanam di kawasan tanah sawah yang lembab dan basah.  Asia merupakan pengeluar sebanyak 93% daripada jumlah hasil beras dunia iaitu lebih kurang separuh daripada bahan makanan utama sedunia.
Padi boleh hidup selama 20 tahun, pokok padi mendapat zat-zat yang diperlukan melalui air sawah tanpa mengurangkan nutrien tanah.  Hidupan lain seperti ikan, katak serta itik yang berkeliaran di sawah akan menolong menghapuskan serangga, alga dan rumput-rumpai yang boleh menjejaskan tumbesaran padi.  Kacau bilau air sawah oleh haiwan-haiwan ini turut membantu penyerapan nutrein yang diperlukan oleh pokok padi.
Di Indonesia, tempat penyimpanan beras  (gudang) dianggap sebagai tempat suci yang dijaga oleh roh-roh.  Hanya kaum wanita yang dibenarkan untukmasuk dan mengambil beras sekali setiap hari agar tidak menganggu roh-roh yang menjaga beras.
Di Jepun pula, beras yang direndam sebelum dimasak dapat membebaskan tenaga yang boleh menguatkan jiwa seseorang.  Dahulu kala, hanya orang kaya yang mampu makan nasi, sementara rakyat biasa hanya menikmati sajian nasi ketika terdapat perayaan tertentu.  Pada agama Shinto, sake, kuih beras dan segala bahan keluaran yang berkaitan dengan beras adalah tawaran yang suci untuk mereka.
Di negara Cina pula, terdapat kisah bahawa peristiwa banjir besar yang melanda telah memusnahkan semua makanan.  Pada suatu hari, seekor anjing berlari-lari melalui ladang yang pada ekornya terlekat benih padi.  Benih padi inilah yang telah tumbuh dan menghasilkan sumber makanan yang mencukupi pada semua.  Beras itu dikenali sebagai "kurniaan haiwan".  ungkapan "Sudah Makan nasi" merupakan ungkapan teguran orang Cina.
Di negara kita Malaysia pulau, orang asli percaya dahulu kala, langit adalah sebagai padi yang rembah di muka bumi, sehingga kaum wanita meninggikan langit dengan penyapu padi.  beras yang begitu banyak sekali akan terjatuh ke bumi pada setiap tahun.  Di Sabah dan Sarawak, perayaan pesta Gawai dan Hari Keamataan dirayakan setiap tahun sebagai simbolik bagi menyimpulkan tuaian padi dan menghormati semangat padi.
Buah padi yang telah matang untuk dituai - gambar Google
Walau apapun cerita berkenaan padi dan beras, fakta berkenaan khasiat yang terkandung di dalam beras adalah nyata dan diperlukan dalam fungsi badan seseorang.  Karbohidrat kompleks yang terkandung di dalam beras merupakan sumber tenaga yang diperlukan untuk badan.  Beras mengandungi kandungan lemak dan sodium yang amat rendah dan mudah dihadamkan.  Nasi mengandungi 50-80% daripada sumber kalori harian yang dimakan oleh penduduk Asia yang mengandungi lebih vtamin, zat galian serta fiber berbanding mana-mana karbohidrat ringkas.  selain itu beras juga mengandungi zat potassium, Vitamin B, Thianin serta niacin.  Beras merah mengandungi khasiat yang lebih tinggi, terutamnya fiber serta vitamin B.
Memakan nasi juga mempunyai mitos yang tersendiri seperti berikut;
1) Makan nasi selepad jam 7 malam akan memberatkan badan.
Faktanya - waktu makan tidak harus dipersalahkan, malahan adakah anda mengimbangkan pemakanan dengan senaman yang mencukupi.
2)Karbohidrat akan memberatkan badan.
Faktanya -   karbohidrat yang terdapat pada beras adalah sumber kalori yang teramat rendah dengan lemak.  masalah akan berlaku sekiranya diambil secara berlebihan bersama penambahan sos atau mentega, krim dan santan.
3)Pemakanan berkarbohidrat-rendah dan berprotein-tinggi adalah lebih digalakkan.
Faktanya - Protien yang berlebihan akan mengakibatkan kegagalan fungsi buah pinggang.  Mereka yang cuba untuk melangsingkan badan dengan pemakanan berkarbohidrat rendah, akan menambahkan berat badan dengan lebih cepat selepas mereka mengakhiri pemakanan tersebut.
4)Pemakanan yang menghadkan pengambilan karbohidrat ataupun tanpa karbohidrat bersama pengambilan daging dan lemak adalah lebih sihat.
Faktanya - Vitamin yang terdapat dalam buah-buahan dan sayur-sayuran adalah amat penting untuk badan kita.  Tanpa karbohidrat, zat-zat vitamin tidak dapat berfungsi secara optima.  
Nasi merupakan makanan unggul bagi keperluan pemakanan khasUntuk sajian separuh cawan nasi daripada beras putih memberikan 103 kalori tenaga, manakala nasi kalori daripada beras perang  adalah 108 kalori tenaga.  Beras merupakan karbohidrat kompleks tanpa kolestrol , rendah kandungan lemak dan sodium, bebas daripada gluten, tinggi kandungan fiber, mudah dihadamkan dan tidak menyebabkan elergi.
Wassalam.