Showing posts with label Bakso. Show all posts
Showing posts with label Bakso. Show all posts

Monday, 23 October 2017

Bakso Sedap (Basso Mbak Yuli)


Assalam....
Jika anda peminat sup, pasti bakso boleh masuk dalam senarai.  Bakso ini tak asing di negara kita, sudah ramai penggemarnya.  Orang tempatan pun dah ramai yang berjualan bakso, cuma kadang-kadang yang tak best bila makan bakso tapi tak rasa bakso, macamana tu?.  Chef cakap masakan pun kena ada jiwa, kena kenal dulu rasa originalnya, jangan main tiru dan claim itu ini kalau tak tahu.  Sebab tu nak menuntut ilmu kena berkorban, pergi jauh hingga ke negeri China.


Ini resepi yang diajar oleh jiran kami (Mbak Yuli), pada bulan puasa lepas dia jamu kami makan bakso waktu moreh.  Ini baru rasa bakso sebenar, lepas tu kita minta dia ajar macamana nak buat bakso (belajar buat kuah, bebola beli yang dia siap).  Bebola besar tu pun minta dia tolong belikan kat Chowkit.  Uenak sekali, dah rasa semangkuk minta tambah berkali-kali lagi. 


Bakso / Basso
Sumber: Mbak Yuli


Bahan-bahan
Bebola (bakso) daging / ayam
Kobis - hiris halus
Suhun / bihun - celur
Daun sup - hiris
Daun bawang - hiris

Taugeh
Bawang goreng

Kicap manis (kicap ABC)
Sambal cili(mentah / tumis)
Tulang gear box / tulang kaki / tulang rusuk
Air secukupnya
Garam

Bahan bumbu
5 biji bawang putih*
2 sudu lada putih*
2 biji Buah keras*
1 inc. halia*
2 biji bawang besar - hiris


Cara Penyediaan
* Rebus tulang dengan air secukupnya untuk mendapatkan stock kuah bakso (kuah keruh).  Sekiranya nak buat bakso daging, gunalah tulang rusuk atau kaki lembu untuk dapatkan stock, sebaliknya jika bakso ayam gunakan tulang ayam.
* Tumbuk halus bahan bumbu bertanda '*'. 
* Tumiskan bawang hiris bersama bahan tumbuk hingga wangi.
*  Tuangkan ke dalam kuah bakso (air rebusan tulang).
*  Masukkan bakso (bebola daging / ayam) ke dalam kuah, kelar sedikit bahagian atas sekiranya menggunakan bebola ping pong (besar).  Rebus hingga bebola masak.
*  Letakkan garam dan sesuaikan rasa.  Masukkan bawang goreng, daun bawang dan daun sup.
* Hidangkan dalam mangkuk ketika panas bersama hirisan kubis, suhun, taugeh dan bebola (bakso).  Tuangkan sup ke atasnya.
*   Hidang bersama kicap manis (kicap ABC) dan sambal cili mentah atau sambal cili tumis.






Sambal Cili Mentah
Cili padi
Garam
Cuka / jus limau
- Tumbuk halus cili bersama garam dan perahkan air asam limau.


Sambal Cili Tumis
Cili padi
Cili merah
Sedikit belacan (jika suka)
Bawang besar
Buah keras
Tomato (optional) 
 - Tumis semua bahan dengan sedikit minyak hingga layu.  Tumbuk hingga lumat dan letakkan garam dan perasa.  Tumis sekali lagi hingga naik minyak.



Jom try sediakan sendiri sup bakso, boleh makan puas-puas.  Bebola yang saya guna ini memang khas untuk bakso, boleh juga guna bebola daging dan ayam yang biasa dijual tapi rasa dia lain, sedikit keras.  Saya lebih suka makan bakso campur suhun,  jika ada yang tak suka, boleh padankan dengan bihun atau guna nasi himpit saja.  Bebola bakso yang baik mesti lembut dan sedikit kenyal-kenyal.
Wassalam.