nuffnang_bid = "6d3fefaa2657f8901dfaPages

Tuesday, 30 April 2013

Selamat Hari Pekerja....

nasamulia
Majikan - Pekerja saling memerlukan, sumber gambar dari Google

Assalamualaikum....
Esok 1hb Mei....hari yang bermakna untuk semua pekerja termasuklah diri Mulia sendiri.  Satu pengiktirafan untuk kita yang berkerja tak kira pangkat dan jawatan yang dipegang, semua ada peranan yang perlu digalas dan perlu dilaksanakan dengan jayanya.  "Pekerja Pemankin Transformasi Negara" begitulah tema Hari Pekerja untuk tahun 2013.  Selamat Hari Pekerja dan wassalam.

Saturday, 27 April 2013

Cendol Pulut bawah pokok....

nasamulia
Warung Cendol - Fasa 4 Tambahan Bandar Baru Bangi
Assalamualaikum,
Cuaca yang panas terik sehingga ke petang sekarang ini, sedap kalau dapat pekena cendol atau ABC.  Kedua-duanya senang di dapati gerai tepi jalan, warung, restoran hingga ke hotel berbintang-bintang, tapi rasa sedap atau tak tu, kenalah cuba sendiri.
Baru-baru ini, Mulia jalan2 area Kajang & Bangi tujuan utama nak hantar barang pada kakak.  Kebetulan tiba dekat kawasan tempat kerja kakak tu ada warung cendol.  Kawan pada kakak kata sedap dan memang terkenal tempat tu sampaikan artis pun datang sini.  Biasalah bila mendengar cerita orang, Mulia dan suami jadi excited nak mencuba, perut yang masih kenyang dengan sate terasa bergelora juga 
Petang tu dah lewat jugak lebih kurang 6.30 petang, bila kami sampai, makanan dah banya habis dan pekerja pun dah mula kemaskan gerai.  Gerai ini buka seawal 1.00 petang hingga jam 6.00 petang.  Oleh kerana dah sampai dan duduk pun, kami minta je ape yang ada, last ini je yang kami dapat, Rojak Kosong, Ais Gula Melaka dan Laksa Utara (portion last).

nasamulia
Cendol dah habis, ABC dah abis.....rezeki orang kemudian ais gula melaka jer

nasamulia
Yang Tinggal cum Rajak Kosong

nasamulia
Laksa Utara, Mangkuk last yang kami dapat.

nasamulia
Nyaman cuaca kat bawah pokok ini

nasamulia
Aksi teruja nak merasa semua yang ada

nasamulia
Abang nie cakap, rasanya biasa2 jer...ialah awak tu dah biasa dengan makanan yang taraf ber ***********
Wassalam.


 

Saturday, 13 April 2013

Pisang Goreng tentunya Pisang Sabah

nasamulia
Takde rupa Pisang Goreng dah....Food Presentation seakan-akan menu restaurant fine dining gitu.
Assalamualaikum...
Semoga kita semua dilimpahkan dengan kesihatan dan ketenangan hendaknya.  Hujung2 minggu begini masa untuk beraktiviti bersama keluarga, ada yang pergi beriadah, shopping, balik kampung mahupun saling kunjung mengunjungi sanak saudara mahupun taulan.  Bagi yang bekerja seperti Mulia, hujung minggu waktu untuk membereskan kerja2 rumah yang tertangguh, mendobi, mengemas rumah, berehat, membaca, kalau rajin mengilap skill kat dapur dan macam2 lagi.  Seakan cuti 2 hari atau sehari itu tak cukup untuk melaksanakan semuanya.
Menu minum petang hari, Mulia nakkan yang simple dan dapat mengimbas nostalgia kampung halaman.....taraaaaaaaa Goreng Pisang dengan secawan teh 'O'.  Menu goreng pisang ini bukan hanya sebagai minum petang, masa sarapan pun akan jumpa menu ini masa dahulu.  Ketika itu memang terdetik rasa cuak dan bosan untuk menjamahnya setiap hari pagi dan petang, namun itulah menu yang paling bermakna yang dapat disediakan ketika itu.
Waktu telah merubah segalanya, terutama bagi mereka yang telah berhijrah ke bandar meninggalkan kampung halaman.  Cara makan dan menu harian sudah jauh berbeza, sungguhpun segalanya boleh didapati di bandar, namun suasananya jauh berbeza dan kenangan itu hanya akan tertinggal dibenak untuk dikenang selamanya.
Sejauh mana pun anak kampung itu bisa terbang mengapai impian, bila pulang ke gagang semula, menu zaman kanak2nya yang akan dicari.  Begitulah nostalgia mempengaruhi kehidupan manusia....kerana Mulia jugak tidak terkecuali.
Jom check resepi mudah menyediakan Pisang Goreng ini.   
nasamulia
Walaubagaimana rupa pun atau cara dipersembahkan, Mulia tetap suka dengan Pisang Goreng yang menggunakan Pisang Sabah ini.
nasamulia
Inilah rupa Pisang Sabah, di negeri Sabah orang mengenal pisang ini dengan nama itu. kalau negeri lain di Malaysia menggelarnya dengan nama seperti Pisang Kapok mahupun Pisang Abu.
Goreng Pisang
Pisang yang telah masak - buang kulit dan belah isi menjadi 2 atau 3 keping (kalau tak ada pisang sabah, pisang lain pun boleh seperti pisang raja, pisang tanduk, pisang nangka, pisang awak)
1 cawan Tepung gandum ataupun Tepung Beras
1/2 sudu teh Air kapur makan.
Secubit garam
sedikti serbuk kunyit (opsyenal untuk menghasilkan warna tepung yang kekuningan, kalau tak letak pun boleh)
1/2 cawan air 
Minyak untuk menggoreng.

Cara Menyediakan
1. Gaul tepung bersama kapur, garam dan serbuk kunyit.  Bancuh dengan air sehingga sebati, kelikatan bancuhan seperti kita hendak menyediakan penkek ataupun lempeng.
2. Panaskan minyak. Minyak hendaklah cukup untuk menggoreng secara penuh (deep fry).  
3. Celupkan kepingan pisang kedalam bancuhan tepung (better) dan masukkan ke dalam minyak panas.
4.  Balik2 kan pisang ketika menggoreng agar pisang goreng kita rata masaknya.  Bila dah kekuningan. Angkat dan toskan minyak

* Boleh dihidang begitu sahaja atau di makan bersama sambal kicap ataupun sambal tomato....selamat mencuba  
 
Entri akan datang Mulia akan ceritakan bagaimana negeri Sabah mendapat namanya daripada pokok yang bergelar Pisang Sabah Wassalam.

Thursday, 11 April 2013

Projek Butir Nangka

nasamulia
Butir Nangka (Versi Kelantan) / Keciri Mandi (Versi Bugis)
Assalamulaikum...
Petang nie sedap kalau dapat makan bubur ker, pengat ker, basah dan lembut je bila lalu kat tekak.  Erm bayangkan yang lemak2 manis, slurp...slurp...slurp habis semangkuk.  Resepi yang Mulia nak kongsikan ini, klau kenal nama jer, tentu tak terbayang pemanis mulut ini seakan2 bubur.  Orang Kelantan sebut sebagai Butir Nangka, klau orang luar kelantan perkataan butir lebih sinonim dengan sebutan biji. So sama ada nak kenal sebagai butir atau biji terpulanglah, tapi bagi Mulia lebih baik kalau kita kekalkan originaliti sebutannya untuk melambangkan asal usulnya.
Sebenarnya Mulia tak pernah pun buat resepi ini, tapi dessert yang seakan-akan ini ada dalam kuih tradisi Masyarakat Bugis yang dikenali sebagai Keciri Mandi.  Yang membezakan hanya tepung tidak diwarnakan dan kuahnya berwarna perang gelap kerana hanya menggunakan gula kabung. sepenuhnya.  Dulu arwah nenek dan makcik selalu sediakan ketika bulan Ramadhan sebagai menu ketika berbuka.
Berlainan dengan yang ini pulak, suami Mulia (yang berakar umbi dari Kelantan) diminta menyediakan menu tersebut sempena majlis sambutan hari lahir bos besarBerpeluh merecik nak sediakan, bukan sebab susah nak menyediakan tetapi, takut tak jumpa rasa yang bos nak tu.  Alhamdulillah hasilnya mendapat pujian dari bos siap mintak tapau bawa balik.
 nasamulia
Buat bentuk bujur memanjang sebesar jari kelingking.  Bentukkan jangan besar sangat sebab bila nak makan tak perlu nak potong2 lagi dengan sudu....slurpp sekali jer.  Lagi satu bila makan terasa lemak manisnya, takdelah terasa tepungnya.  Mak mertua bagi petua, lepas bulat2kan alas dulang yang nak letak tu dengan kertas untuk mengelakkan dari melekat dan mudah untuk mengeluarkan ketika hendak merebus.
nasamulia
Angkat biji nangka yang terapung (tanda dah masak) menggunakan penapis
nasamulia
Rendam butir nangka ke dalam air sejuk sebaik dikeluarkan dari periuk untuk mengelakkan daripada melekat.
nasamulia
Sediakan Kuah, kena tunggu dan kacau sentiasa untuk mengelakkan pecah minyak

nasamulia
Selamat Mencuba..
Butir Nangka / Keciri Mandi
Sumber Resepi: Mak Mertuaku (Chek Nang Teh)

1 bungkus tepung beras (300gm)
3 sudu tepung beras pulut
sedikit air kapur
Daun pandan - blender untuk jus
Pewarna hijau.
Pewarna merah jambu 
Air secukupnya untuk membuat doh.
2 litre air untuk merebus biji nangka.
 
Cara Menyediakan
1. Gaul tepung, air kapur dan air secukupnya untuk membuat doh seperti hendak membuat kuih Buah Melaka atau Ondeh-Ondeh.  Bahagikan kepada dua bahagian. 
2. Satu diwarnakan dengan pewarna merah jambu dan satu lagi diwarnakan hijau menggunakan jus pandan, boleh tambahkan sedikit pewarna hijau klau nak hasilnya yang lebih hijau. Klau kawan2 nak guna warna lain pun boleh jugak
3.  Bentukkan doh bujur memanjang sebesar jari kelingking sehingga habis. 
4. Didihkan air di dalam periuk lebih kurang 2 litre.  Masukkan doh yang telah dibentuk ke dalam air mendidih.
5.  Angkat doh yang dah timbul dipermukaan mengunakan penapis dan letakkanya ke dalam air sejuk. 

Untuk Kuah
300gm Gula Nipah (orang kelantan panggil manisan, klau takde gula nipah, guna gula merah atau gula melaka ataupun gula kabung) ikut kemanisan masing2.
2 sudu Gula Pasir
1 litre Santan
2 helai daun Pandan - simpulkan
secubit garam
3 sudu tepung beras (cairkan bersama santan untuk memekatkan kuah), yang ini ikut suka,  kalau tak nak pekat pun boleh.

Cara Menyediakan
1. Larutkan gula menggunakan sedikit santan dan masukkan simpulan daun pandan.  Masukkan lebihan santan
2. Masukkan roux perlahan-pelahan sambil kacau kuah untuk mengelakkan  roux berketul dan santan pecah minyak.     
3. Letakkan sedikit dan bila dah menggelegak kecil, tutupkan api.

*Untuk menghidangkannya, ambil beberapa ketul butir nangka dan letakkan kuah.  Boleh dihidangkan secara panas mahupun sejuk.  Sebagai alternatif, boleh meletakkan hirisan buah nangka ke dalam bubur ini.  Wassalam.

House Warming di Taman Pulai Indah

Assalamualaikum...
Dengan izin dan rezeki Allah swt, Mulia dapat bertemu secara bersemuka dengan kawan baik sejak belajar dulu. Sebenarnya walaupun terpisah ratusan kilometer jauhnya, di zaman canggih ini membolehkan berhubung melalui pelbagai jenis saluran komunikasi yang hanya berada dihujung jari.  terkadang tak terjangkau dek fikiran kita pada masa lalu yang dunia boleh secanggih ini.
Kunjungan kami ke JB baru-baru ini sempat meluangkan masa menghadiri majlis kenduri kesyukuran kawan Mulia yang berpindah ke rumah persinggahannya.  Sebenarnya kawan Mulia ini menetap dan bekerja di Singapura, so weekend jelah diorang akan balik ke rumah ini.  Rumah yang dijadikan kediaman ketika melarikan diri kata yang empunya rumah.hehehe., seronok kan dalam hidup berpelarian ada rumah yang cantik untuk didiami....nasib badan
Walaupun kedatangan kami petang itu agak lewat, makanan penuh lagi..memang disimpan untuk kami agaknya.  Tetamu terakhir (sengaja plan datang lewat, sebab kalau datang awal mesti kawan Mulia sibuk melayan tetamu.....hehehe tak puas nak bersembang nanti).  So apa lagi jom kita melantak...Ada Nasi beriyani, nasi impit, rendang ayam, kari ayam, sate, ikan bakar, bbq seafood & ayam, bistik, sup tulang versi Singapore bersama roti Perancis, buah-buahan, kuih muih dan teh tarik.  Tumbs Up...





Terima Kasih daun keladi, lain hari jumpa lagi....wassalam wbt.

Monday, 1 April 2013

Sambung Makan lagi....

nasamulia
Buah tangan yang kami bawa, Kak Uda hidangkan semula untuk kitaorang....tak buruk siku ek???
Assalamualaikum,
Terasa nak pecah perut minum pelbagai air di karnival Jom Heboh tadi, Mulia tercari-cari jugak kot lah ada gerai yang menjual air katira, tapi tak jumpa. bila dah sampai rumah Kak Uda, angin sepoi2 bahasa plak..mengundang mata nak lelap jer rase...kebetulan rumah Kak Uda tinggal seorang jer hari ini, suaminya (Abg Shariff yang kami panggil Wak Dol pergi kerja), anak menantu dan cucu pun belum sampai agaknya tengah hari itu. 
Ingatkan nak singgah kejap aje sebab selepas ini panjang list tempat nak pergiNampak raut kesedihan di wajah Kak Uda bila kami kata nak balik petang ini jugak..."tidur sinilah, esok jer balik kl".  Mulia jeling en. Hubby biar dia jer yang bagi alasan kenapa kena balik cepat. 
Sekejap2 pun, sempat lagi makan tengahari, walaupun menu simple lemak labu dengan sawi, tempe goreng bersama ikan goreng dan sambal ijo, aduyaii sedap makan sambil bertambah2.  En. Hubby merata lauk jer sebab dia tak makan nasi sekarang.
Kak Uda cakap makan jelah ape yang ada, dah datang pun mengejut.  Sebenarnya sengaja Mulia dan Nanie tak inform awal2, kejap lagi dia tertunggu2 pulak.  Satu lagi, dia akan masak banyak-banyak untuk menunggu kami nanti.  Takpe Kak Uda, rehat jer dapat jumpa dah cukup.
nasamulia
Home made Tapai Ubi oleh Kak Uda.....bila makan tapai ubi ini sering kali terkenangkan seseorang...
nasamulia
Sayur lemak labu bersama sawi, marvelous....
nasamulia
Ikan kembung & ikan bawal goreng
nasamulia
Tempe Goreng, Simple tapi sodap!!!
Ice Cream Malaysia...tak pernah miss kalau datang sini, Kak Uda sediakan untuk kanak-kanak yang datang mengaji - Kak Uda ini ada tauliah dari Majlis Agama Johor untuk mengajar kanak-kanak mengaji Al-Quran.
nasamulia
Khemah kat bawah tu persediaan untuk Bicara Perdana keesokan harinya bersama Tun Mahadir
Sebelum anak2 murid dia datang mengaji, kami chow dulu....ada rezeki, panjang umur jumpa lagi ye Kak Uda, lokasi seterusnya Taman Pulai Indah....Wassalam

Jalan Jem punya pasal...boleh sangkut kat tempat ini

nasamulia
Apa agaknya perasaan pertama kali pergi Jom Heboh ini...
Assalamualikum,
Masih lagi siri lawatan ke JB, lepas sarapan soto di Skudai Kiri, kami bercadang singgah ke rumah Kak Uda kat Tampoi Mesra, memandangkan jarak yang dekat dari tempat sarapan tadiNak ke rumah kak Uda, kena lalu Plaza Angsana (teringat dulu2 kami selalu teman kak Uda gi pasar, kawasan ini dahulunya dikenali sebagai Batu 5).  
Terlupa pulak ada Jom Heboh kat kawasan itu, kesesakan lalulintas ler jawapnya.  Hariz dan En. Hubby tak sudah2 mengajak singgah nak tengok apa yang best kt situ.  Erm Mulia dengan Nanie ikutkan sajalah kehendak dua orang ini, yang seorang tak pernah menjejakan kaki ke Jom Heboh dan yang si cilik itu plak, kalau tak ikutkan mau mengaruk dalam kereta nanti.
Kami berdua ikutkan sajalah mereka ini.  Cuaca yang sangat terik dengan bunyi bising yang amat dari booth2 untuk promosikan barang2 cukup menbingitkan telinga, tu yang tak tahan nak balik cepat.
nasamulia
Sempat Singgah di Booth Berita Harian
nasamulia
Booth Cereka, sekadar ambik gambar jer...kena balik cepat
nasamulia
Cuaca terik, Hariz benggang je bila suruh pose ngan umi.
Jom balik cepat, puteri lilin dah tak tahan panas.  Wassalam.

Mee Soto Skudai Kiri....Terbaeek Punya!


nasamulia
Mee Soto Skudai Kiri
Assalamualaikum wbt.
Hari ini dah 1 April, ada sape yang kena april pool ker?...zaman2 jahiliyah dulu ada jugak kawan2 yang suka nak kena-kenakan orang nie...harap2 mereka tu dah berubah lah, tinggalkan benda2 yang tak berfaedah tu...bukan dapat ape pun, menyakitkan hati orang jer nantinya, kan tak elok tu.
Semalam baru balik dari JB, sessi melawat sedara dan kawan-kawan.  Mulia sempat singgah sarapan soto di Skudai KiriWaktu sampai tu jam lebih kurang 9.00 pagi, meja semua penuh di tambah pulak pelanggan yang datang untuk bungkus terpaksalah kami menunggu seketika sambil mengintai meja mana yang kosong.
Akhirnya dapat jugak meja betul-betul depan tokeh soto menyediakan pesanan bungkus untuk pelangganWalaupun kedudukan meja kami tu agak sesak, tapi kami tak lepas peluang dapat borak2 dengan tuan punya gerai. Peramah pakcik ni, sambil berseloroh "tak nak try Soto mangkuk triple?".  Bagaimanalah gamaknye besar mangkuk triple tu, agak2 besar besen ada kot....hehehehe.

Harga Soto mengikut besar mangkuk;
Mangkuk Biasa RM4.00
Mangkuk Double RM6.00

Kalau sesiapa yang tak nak makan soto, gerai lain pun ada yang menjual roti canai, kuih muih, nasi ayam dan lain-lain.

nasamulia
Ligat tangan tuan gerai menyediakan pesanan pelanggan yang nak tapau
nasamulia
Wah Abang nie, baru 1st time nak try terus pesan yang mangkuk double punya...
nasamulia
Makan soto kena ada sambal kicap, tengok aje tongnye cukup besar