nuffnang_bid = "6d3fefaa2657f8901dfaPages

Showing posts with label my work. Show all posts
Showing posts with label my work. Show all posts

Sunday, 1 April 2018

Aroma Cafe @ Paum Club House


Assalam...
Lewat petang pergi sini last week sebab ada kerja sikit.  Hari tu macam kena balik lewat jer, mesti tak sempat balik untuk berbuka puasa di rumah petang nie.  Jadi kena guna fikiran yang bijak, order sajalah dari sini (takut kena cop macam si bodoh mati kelaparan dalam kilang roti) hehehe. 


Sebelum mulakan kerja, kita buat order dulu dan minta mereka sediakan dekat-dekat nak masuk waktu nanti.  Order untuk 2 orang dulu, kemudian baru tambah jika tak cukup.  Nak try signature dish Aroma Cafe @ Paum Clubhouse, Damansara.


Royal oxtail asam pedas.


Asam pedas ekor yang pekat dan menyengat.


Balinese grilled chicken, menu nie ala-ala fusion asian dan western.  Mantap rasa saucenya.


Churros with salted caramel, makan yang ini saja pun dah cukup untuk berbuka puasa.  Tapi ada ketika perut lapar semua rasa nak try, jadi order lah yang lain juga.


Oops! putu bambu, takde dijual kat sini.  Ini kawan bagi untuk buka puasa tadi (dah buat silap bawa masuk makanan dari luar nie).  Ampun bosss.


Ini menu dia, banyak yang you all boleh pilih selain menu yang kami try kat atas tu.


Harga pun berpatutan kan, jangalah compare dengan harga makanan yang dijual 10,  20 tahun lalu.


Yang special kat sini sebab ada dim sum.  Chef mereka buat sendiri, tentu lah fresh kan.


Cuma tak dapat nak rasa petang tu sebab waktu hidangan untuk dim sum hanya jam 10 pagi hingga 4.30 petang.  Kena datang sebelah pagi atau siang kalau nak rasa dim sum di Aroma Cafe.



Promo buffet ramadhan mereka pun dah keluar, tu macam kat bawah tu.  Nak murah meriah beli ketika promosi early bird, sebab walaupun harganya murah, kuantiti dan jenis makanan yang dihidangkan tak berkurang.  Bagus untuk group booking atau untuk family yang ramai.


Rezeki saya petang tu, ada orang bayarkan semua makanan yang saya order tu.  So tak tahulah total kerosakan hari tu.  Terima kasih daun keladi, moga tambah murah rejeki orang tu.
Wassalam.

Monday, 12 March 2018

Suntikan Typod (TY2)


Assalam...
Pejam celik, pejam celik bekerja dengan company ini, dah 3 kali buat suntikan typod.  Satu kali suntikan untuk 3 tahun, so dapat bayangkan lama dah kan.  Erm so loyal gitu dalam bekerja, malas lah nak lompat-lompat.



Kali ini suntikan di klinik majlis perbandaran, bukan di klinik kesihatan macam suntikan kali kedua yang lepas.  Yang pertama dulu memang suntikan kat sini juga, lepas tu pindahkan ke klinik kesihatan sebab klinik majlis perbandaran takde vaksin.  Sebenarnya di klinik biasa pun boleh buat suntikan typod jika mereka ada sediakan vaksin typod tu. 



Ada yang tanya penting ke suntikan typod ini, memang penting ya untuk mengelakkan penularan sebarang penyakit bawaaan makanan.  Setiap pengendali makanan wajib ya ada suntikan ini, so hati-hati membeli makanan di luar jika makanan yang mereka jual dikendalikan oleh pekerja yang tiada suntikan typod.
Wassalam.

CNY 2018





Assalam...
Perayaan tahun baru cina dah habis dengan munculnya hari chap goh meh, hari ke-15 dalam kalendar lunar mereka.  Walaupun hanya 2 minggu mereka beraya tetapi kesibukan kami mengejar waktu cukup-cukup memenatkan jika tak tahan boleh demam dibuatnya.  Seperti biasa acara tahunan ketika kami pada CNY adalah gaul yee sang beramai-ramai.  Tahun nie buat "losang" yee sang 2 kali sebelum bercuti CNY dan selepas itu. 


Ini yee sang kami sebelum bercuti CNY, nampak salmon dia banyak kan.


Walaupun dah tua bangka tetap jugak dapat 'ang pau'.   Bagi mereka wang besar tak masuk kalau tak keluarkan wang kecik.  Dapat kecik pun tak apa lah, saja suka-suka katanya.


Yee sang selepas chap goh meh, tinggal sayur dan keropok, Salmon dah habis.  Bila dah selalu makan, tersuka pulak benda ini, berulang-ulang saya gi top up pinggan.  Rasa masam, manis, masin dengan warna-warni yang pelbagai macam gambaran kehidupan kita yang pelbagai rasa.


Ok sampai jumpa lagi di tahun baru cina akan datang.  Sakit perut dah saya makan yee sang banyak sangat.
Wassalam.

Thursday, 1 March 2018

Dave Deli's Kenangan BJ Kompleks


Assalam...
Dave deli's dan BJ kompleks, dua benda yang pernah jadi nostalgia.  Zaman penghujung remaja beramai-ramai pergi pembukaan kompleks BJ, naik motor merempit dari rumah sewa tak jauh pun, 5 minit boleh sampai.  Masa tu tak ada lagi shopping kompleks yang boleh lepak kawasan di Bayan Lepas - Bayan Baru, selain Sunshine Square.  Dari rumah sewa tingkat 10 tu boleh nampak BJ tu lagi pula tingkap rumah kami mengadap ke sana.  Jika ada sebarang perayaan tak perlu susah nak pergi tengok bunga api, kitaorang parking tepi tingkap jer. 


Dave Deli's ini antara resto yang ada dalam BJ kompleks yang kami suka pergi.  Sahabat saya yang duk JB tu yang suka sangat roasted chicken dave deli's nie.  Bila tanya dia, sampai sekarang dia akan kata ingat kesedapan ayam panggang tu tapi dah tak ingat nama restorannya.  Species lagu nie pun ada jangan tak percaya.  Masa berlalu dan musim berganti selepas itu seorang demi seorang kawan serumah meninggalkan rumah sewa, BJ kompleks pun dah jadi sendu tambah pasal isu halal haram yang melibatkan dave deli's, restoran pun lenyap dari pandangan mata dan terus jadi kenangan. 


Baru-baru ini, nampak balik akan kewujudan dave deli's di mana-mana, macam iklan tora datang lagi.  Nak kata beriya-iya nak pergi makan kat sana tak lah.  Cuma ini cerita minggu lepas, sebab makanan lunch dah habis jadi kami lari ke Atria mencari makan plus nak cari barang.  Rasa ayam panggang dia masih sedap macam dulu-dulu pada saya.  Adik yang ikut cuba chicken pie, rasa dia ok juga, cuma saya lebih suka jika inti daging atau ayam tu ada feel ketika mengunyah. 
Wassalam.

Tuesday, 28 February 2017

Lao Mandre: Steamboat @ Johnny's Restaurants...


Assalam...
Ini kisah bos bawa pergi lunch makan steamboat ramai-ramai sempena ada seorang senior staff yang berhenti. Pelik kan dah berhenti baru nak raihkan, masa ada tak nak hargai, macam suka je orang berenti kerja.  Bukan begitu ya.  Orang datang kita alu-alukan, tapi kalau ada yang nak pergi sebab peluang lebih baik, selalunya bos kita buatlah farewell ajak semua staff pergi makan-makan sebagai mengenang jasa.



Kali ini suka sangat sebab makan steamboat. Di Johnny's steamboat mereka ada set pakej jadi tekde lah melantak sampai nak pecah perut macam kalau kita pergi steamboat cara buffet. Macam main masak-masak kan, dari kecil hingga ke tua kerja dok main masak-masak.  Al-maklum orangnya suka sangat makan.


Ada jugak yang ambil side order macam ini, beef noodle.  Menu ini macam sesuai sangat untuk orang yang diet garam (takde rasa masin langsung) rasanya plain sangat, atau terlupa letak tak tahu lah.  Lagi pun masa kami datang lunch tu kira full house lah restoran tu.  So terima jelah apa yang ada.


Bagi yang ada sweet tooth kata orang, red ruby and jackfruit again and again.


Yang ini pun suka, palm seed (buah kabung) with jackfruit.  Seingat dulu mereka tak guna palm seed tapi guna honey sea coconut.


Tambah dengan ini pula, ini geng budak lelaki punya kerja order banyak-banyak lepas tu tak habis tolak kat meja kita orang.  Abaikan jelah jelingan dari cik puan yang kena settlekan semua bil.


Alhamdulilllah, kenyang, licin dan yang penting jangan membazir.


Geng depa inilah yang order macam-macam.  Tak kenyang beb hanya makan steamboat set begini, kata mereka.  Sebab tu side order mereka panjang berjela.


Selepas ini, tak tahu lagi bila pula ada acara makan ramai-ramai begini.  Tunggu sehingga ada yang berenti kata mereka, baru buat makan-makan lagi.
Wassalam.

Friday, 29 July 2016

Asam Pedas Kepala Ikan


Assalam...
Nak kepala ikan tak? Wak butcher tanya tanda pelawa nak bagi free bila dia ada banyak stock kepala ikan.  Mestilah nak, tapi terkadang saya tolak rezeki juga, menolak pelawaan apabila selalu sangat atau jarak waktu tu sangat singkat.  Saya minta dia pelawa dan beri pada orang lain pula, atau bagi alasan peti ais kat rumah penuh takde ruang nak simpan bekalan.  Kalau takde kepala ikan, kepala sotong atau tulang kambing golek, dah rezeki kan, terima saja.




Hari itu, bekalan kepala ikan tenggiri memang terlalu banyak, sehingga mereka pun dah jemu nak makan.  Yang dibekalkan pada saya cukup banyak, dekat 10 ketul rasanya, memang sengaja saya minta extra sebab nak masak untuk bekalan balik kampung tapi tak sangka sebanyak itu.  Si Wak ini bila diberitahu nak buat untuk seseorang, mulalah dia sepenuh jiwa raga simpan bekalan untuk saya.
 



Asam Pedas Kepala Ikan
Sumber: Mulia


Bahan-Bahan
2 ketul kepala ikan tenggiri or jenahak or merah - potong kecil
2 sudu besar cili gilling atau cili boh
2 biji bawang besar*
4 biji bawang merah*
4 biji bawang putih*
Sedikit halia* 
2 batang serai - ketuk
Bunga kantan - belah 4
Daun kesum
Air asam jawa atau asam keping
Air
Garam
Gula
Serbuk perasa
1 biji tomato - belah 4
Sedikit sawi jeruk (jika suka)
Minyak untuk menumis


Cara Penyediaannya.
*  Blend halus bahan-bahan bertanda "*"
*  Panaskan minyak, tumis bahan blend dan serai hingga wangi.
* Masukkan cili boh, tumis lagi hingga chili masak. Masukkan gula, garam dan dan air asam jawa.
*  Masukkan ikan, bunga kantan dan daun kesom.  Biar ikan mesra dengan bahan tumis seketika.
*  Masukkan air (kalau nak kuah banyak, lebihkan air) dan biar mendidih seketika.
*  Masukkan tomato dan sawi jeruk.
*  Sesuaikan rasa dan bila ikan dah masak, tutupkan api dan boleh dihidangkan.

Selamat mencuba.  
Wassalam.

Saturday, 2 July 2016

Hadiah Ramadhan - 1437H

Assalam...

Hari ini dah ramai yang start bercuti panjang dan balik kampung, kami masih bekerja sampai hari isnin, Insha Allah selasa pagi baru mulakan perjalan balik kampung.  Jalan ke pantai timur dah mula sesak sejak kemarin semasa en.Abe balik Pahang.  Tahun ini kami raya kampung yang jauh, kampung sebelah saya, so dia kena balik Pahang dulu hantar apa yang patut.  Pagi tadi dapat berita gembira, dapat hadiah istimewa di penghujung Ramadhan.



Nak tahu hadiah apa yang kita orang dapat, tengoklah gambar bawah tu, hadiah comel yang berbalut selimut biru kat bawah tu.  Lahir awal pada minggu yang 37, bersamaan 27 Ramadhan (02.07.16) pagi tadi.  Takde nama lagi, tak sabar awak nak tengok dunia ye.  Anak lelaki sulung  kak long & abang long dan merupakan cucu pertama dalam keluarga en.Abe. 


Syukur pada Allah SWT, proses bersalin kak long dipermudahkan.  Pagi tadi jam 6.30 pagi dapat wassup kata otw pergi klinik tempat dia nak bersalin untuk final check up.  Tup-tup dapat mesej dari abg long di group wassap family jam 8.00 pagi kata kak long dah ditolak masuk labour room.  Tepat 9.43 pagi telah selamat bersalin anak lelaki seberat 2.95kg.  Boleh bayang muka gembira tok ayah dan tok chek kat kampung mendapat khabar gembira.
Wassalam.

Tuesday, 5 January 2016

Serahkan Pada Yang Pakar

Assalam...
Semata-mata nak mencari tapak kasut membawa saya ke sini.  Tapak yang dibeli dua tahun lalu berserta kasut dah rosak, barai, hancur menurut pemakainya.  Yang rosak tapak saja bukan kasut, kasut masih elok.  Bertahan selama 2 tahun dengan penggunaan yang lasak pada persekiratan lembab, licin dan berminyak.  Jika dibanding dengan pengalaman memakai jenama safety boots yang lain dengan kasut-kasut sekali dah tak nampak rupa, jangka masa penggunaan pun hanya bertahan selama 6 ke 8 bulan.
 

Antara koleksi Birkenstock yang ada di kedai ini, pelbagai range yang sesuai untuk sebarang aktiviti dan peringkat umur.

Saya memang suka jika sesuatu benda disertakan dengan fakta kejuruteraannya.  Dihasilkan oleh mereka yang pakar, melabur lebih sikit takpe, lebih yakin  walaupun bukan saya yang menggunakannya.  Boleh guna hingga jemu dan yang best lepas ini memang aman dah tak dengar orang komplen kasut rosak, licin, koyak dan macam-macam lagi yang membingitkan.
 

Saya ini bukanlah penguna kasut yang terlalu perempuan, tetapi setakat ini tak berminat lagi nak dapatkan sepasang.   Walaupun orang dah offer banyak kali tapi kalau setakat beli tak guna kan membazir.  Biarlah saya pakai yang biasa-biasa saja, lagi pun bukan jenis yang suka mengumpul dan menyimpan koleksi kasut.  Beli sepasang, pakai sampai lunyai baru ganti dan begitulah seterusnya.
 

Best agaknya kalau dapat pakai yang merah merilip ini.

Tak apa kan melabur lebih sikit untuk dapatkan pulangan yang setimpal, maksud saya lebih kepada aspek kesihatan kaki dan keselesaan semasa bekerja dengan memakai kasut yang sesuai.    Membenarkan kata orang kesihatan tubuh kan bermula daripada kaki.
Wassalam.

Thursday, 31 December 2015

Alhamdulillah.....Pengakhiran Tahun Yang Baik

Assalam...
Saya ini bila nak tiba hari-hari terakhir hujung tahun sentiasa berdebar-debar, hari paling gawat, hari paling risau selagi tugasan di penghujung tahun tidak selesai.  Kalau kawan-kawan lain sibuk merancang nak menghabiskan saki baki cuti atau buat gathering bersama keluarga, saya tak boleh...huhuhu.
Hari ini, hujung tahun ini dah tugasan tu dah selesai tanpa sebarang isu, walaupun tak settled sepenuhnya.  Sekurang-kurangnya dapat menarik nafas lega, kerja seterusnya takpe boleh diteruskan.  Jadi petang ini dah free, takde siapa-siapa nak ajak saya pergi count down ker???..:).
Wassalam..

Thursday, 18 June 2015

Makan Besar, Bos Belanja.

Assalam...
Susah-susah bos kita orang nak kumpulkan semua staff agar semua boleh join dalam satu hari.  Tapi bila tiba harinya bos yang tak dapat datang sebab dia ada siri meeting dibeberapa tempat yang perlu dihadiri.  So kami jelah and the gang yang melantak.  Best kan makan di belakang bos, cuba makan depan diorang mesti menikus semua.

Ini pinggan pertama, mulakan dengan starter, salad segala bagai.
Hidangan kedua, sup bakso dengan roti.
Seafood platter pilihan...1st time makan yabis yang disangka kan baby lobster, buat malu orang kampung je.
Intai pinggan orang sebelah., 1st course ajelah, pastu dah tak mampu nak pandang-pandang.
Tengok berjaya menghabiskan seafood platter tadi....tinggal cengkerang aje semua.
Pinggan ke- 4, dari chinese section, selection of dim sum.  Tapi tak tahulah masa tu rasa dim sum so so aje, mungkin dah terlebih banyak makan.
Kami share 2 mangkuk mee dengan wantan kari dengan semua ahli semeja.  Sedap sangat tapi sayang tak dapat nak habiskannya..membazir kan.
Main dish dari western kitchen, hari ini nampaknya lebih banyak makan seafood.  Menu ayam, pasta, nasi, langsung tak sentuh.
Teh o dilupa jangan.
Sekali pusing kaunter dessert, ambil sebiji buah, tengoklah berapa kali dia lalu situ.
Plater of dessert, pilihan dari perpuluh pastri yang ada, buah dan madeleines atas tu jer yang saya makan, selebihnya paksa orang sebelah habiskan.
Last sekali, pilih ice cream mango, strawberry & almond...sangat-sangat sedap.
Ha....inilah dia geng kita orang yang kuat makan tu...datang sebelum buffet bermula, berhenti ketika final call.
Sebenarnya acara makan-makan ini dah lama dirancang tapi tapi asyik tertangguh saja, sampai ada yang dah merajuk-rajuk dah.  Walaupun ahli tak begitu ramai tapi amat susah nak cari satu hari yang semua orang dapat berkumpul bersama.
Wassalam.