Showing posts with label Penghilang Dahaga. Show all posts
Showing posts with label Penghilang Dahaga. Show all posts

Saturday, 30 June 2018

Rucoh aka Serawa Kuini

Assalam...
Alhamdulillah rezeki tak putus, ada yang orang bagi, yang orang kirimkan, yang dipinta sendiri semua lah.  Macam buah tu, kuini kiriman jiran mertua dari Pahang, manga apple kawan en.Abe bagi dari Melaka dan rambutan rakan sekerja bawa dari Perak.  Itu baru satu jenis rezeki nyata yang Allah sampaikan dari pelbagai hala, yang tak nyata dan disedari lagi banyak sebenarnya, tak terkira, Allahuu...


Terpikat dengan air yang kak Yan buat guna buah kuini, yang dipanggil rucoh, ada juga yag panggil sebagai serawa kuini.  Pertama kali tengok sebenarnya air yang dipanggil rucoh tu, bukan buah kuini yang pertama kali tengok.  Kuini selalu setiap tahun dapat makan, antara buah-buahan kegemaran keluarga, bila musim memang harum semerbak satu rumah.  Selalu saya makan begitu saja atau kalau longgokan buah dah banyak mak bapak saya memang akan sediakan pulut untuk dimakan dengan kuini, macam buat kenduri gitu kalau bergabung dengan jiran tetangga atau sedara terdekat.


Bila terpandang rucoh tu dah azam nak buat bila jumpa kuini, mungkin bila balik kampung kot nanti.  Kebetulan masa raya hari tu, di Pahang dah ada musim, jumpa masa pergi beraya tapi tak banyak.  Sempat bawa balik 2 biji saja, itu pun buah tak berapa elok.  Dua hari lepas tu adik ipar share dalam wassup buah kuini sebaldi jiran bagi dan kalau ada sesiapa yang nak dia sanggup bawa datang KL nanti, ape lagi cepat-cepat lah angkat tangan, sanggup pergi jemput dia kat terminal nak dapatkan buah kuini.


Kuini tu nampak tak berapa fresh kan, sebab racik awal sementara nak cari santan fresh.  Saya racik awal untuk elakkan kuini terlebih masak dan jadi rosak.  Buat dalam 2 biji dapat dalam satu mangkuk sedang dan store dalam peti sejuk sementara kita pergi cari santan.  Kak Yan guna susu buat rucoh kuini tu, tapi saya nak rasa yang guna santan dulu dan resepinya lebih kurang macam kat bawa nie.


Rucoh Kuini / Serawa Kuini
Sumber: Mulia

Bahan-bahan
2 biji buah kuini - racik halus
1 pkt santan segar (beli kat jaya)
Sedikit gula pasir
2 sudu susu pekat
Sedikit Garam
Air sejuk
Ice cube   

Cara Penyediaannya
*  Campurkan santan dengan gula, garam dan susu.  Kacau hingga gula larut.
*  Masukkan kuini dan tambahkan air dan ice cube.  
*  Saya takde ice cube, lepas gaul semua tu saya masukkan dalam peti sejuk seketika sebab nak minum / makan sejuk-sejuk.
*  Hidangkan dalam keadaan sejuk.


Rucoh tu saya buat dapat dalam satu jug sedang, rasanya boleh tambahkan air lebih sebab terlalu pekat atau letak ice cube.  Dapat respon dari sahabat saya dia kata tu air kegemaran arwah bapak dia (al-fatihah untuk arwah wak Samat), bulan puasa lepas pun dia ada buat.  Bila saya cakap rucoh, di katanya saya dah pandi cakap jawa.

Minggu depan balik kampung (Sabah), harap akan jumpa buah kuini boleh kenalkan dengan diorang pula cara lain menikmati kuini dari yang selalu mereka makan.
Wassalam.

Sunday, 24 June 2018

Air Viral - Dragon Mix Fruit


Assalam...
Ini air yang disediakan oleh Naimah (adik ipar) ketika kami berkumpul berbuka puasa di rumah kak long petang puasa keberapa tak ingat, tapi ketika hujung minggu.  Mulanya kami ajak semua berbuka di rumah kami, tetapi ada sebab yang tak dapat dielakkan, kak long minta kami datang berbuka di rumahnya saja.  Sebelum sampai harinya adik-adik sibuk bincang nak bawa juadah apa? saya jawap nak chop bawa buah tembikai jer  paling senang lagi pun itu buah kegemaran, buah wajib bagi family belah sana.  En.Abe sebenarnya dah ada pilihan menu nak masak petang tu.  
 

Nadiah tiada sebarang feedback, senyap saja, tapi kami faham.  Walaupun dia bujang tetapi menu dia banyak pilihan, tepi rumah dia ada bazaar ramadhan.  Petang tu dia bawa sate ayam dan daging beli dari param.  Bila Naimah dah suarakan nak buat air viral ini dan kak long sendiri nak sediakan bubur kacang, rasanya dah cukup tak perlu tambah menu lagi, banyak-banyak membazir nanti.


Air Viral - Dragon Mix Fruits
Sumber: Naimah

Bahan-bahan
1 biji buah naga
1 biji buah mangga
1 tangkai buah anggur.
1 tin buah laici
1 tin susu pekat
ais kiub secukupnya


Cara Penyediaannya
*  Sediakan buah-buahan, potong kuib mangga dan buah naga.
*  Anggur belah dua.
*  Campurkan kesemua buah tersebut bersama air laici sebagai pemanis.
*  Tambahkan susu pekat manis.
*  Masukkan ais kiub ketika hendak dihidangkan.  Campuran buah boleh disejukkan terlebih dahulu di dalam peti sejuk dan hanya tambahkan ais ketika hendak dihidangkan.


Alhamdulillah dapat rasa air viral campuran buah naga dan manggo ini, sebelum tu memang berhajat nak buatnya.  Manisnya air pass pada saya petang itu, hanya manis daripada buah dan susu.  Ada kesilapan teknik petang tu, orang yang buka tin laici telah membuang air laici dan hanya mengambil buahnya sahaja.  So lain kali kali kalau saya nak buat dalam jumlah yang sikit, saya kena buangkan juga air laici tu agar tidak terlalu manis.
Wassalam.

Wednesday, 6 June 2018

Air Sarbat


Assalam...
Tiba-tiba teringin nak minum air sarbat macam kat penang dulu, maka saya minta lah kawan yang kat sana carikan akar sarbat.  Akar sarbat banyak jual kat kedai-kedai mamak, yang ini kawan beli di Meera Shahib di Little India Penang. 


Dulu minum air sarbat dah bancuh siap, mamu tu jual mana nak tahu rupa akar sarbat tu begini.  Bila ternampak gambar ada seorang nie, rebus air sarbat ingat kot segala rempah tu buh sendiri sebagai penyedap rasa.  Rupanya dah tersedia segala ramuan dalam tu.


Inilah antara ramuan untuk menyediakan air sarbat.  Sementara dalam campuran akar sarbat tu pula ada ramuan yang saya kenalpasti (pelaga, biji jintan manis, jintan putih, kelopak bunga ros, kayu manis) dan ada yang kurang tahu macam akar tu. 


Jom Kita buat ibu sirap sarbat dulu, jadi lepas ini dah senang kalau nak bancuh atau nak campur dengan bahan-bahan lain.  Resepi lebih kurang kat bawah nie.


Air Sarbat
Sumber: Kak Ita / Abg Mad


Bahan-bahan
1 bungkus akar sarbat
1 kg gula pasir
Sedikit Pencelup merah (rose syrup)
2 helai daun pandan - simpulkan


Cara Penyediaannya
*  Panaskan air hingga mendidih.
* Masukkan akar sarbat, gula, pencelup dan daun pandan.
* Masak hingga gula larut dah mendidih.
* Sejukkan sebelum disimpan dalam bekas bertutup. 
*  Untuk sediakan minuman sarbat hanya campurkan dengan air dan bahan-bahan yang digemari seperti kelapa muda, biji selasih, kembang semangkuk, agar-agar, susu cair mahupun cincau.
*  Untuk simpan lama, boleh masukkan dalam botol bertutup dan simpan dalam peti ais. 


Air sarbat nie nak minum boleh buat macam-macam guna ibu tu.  Kalau takde bahan sangat bancuh macmm air sirap biasa hanya campur air masak.  Macam kawan saya buat dia minum campur air masak saja pun dia kata dah sedap, suka dengan bau harum rempah sarbat.


Hari pertama hanya campurkan dengan biji selasih, kembang semangkuk dan air kelapa muda berserta isi kelapanya sekali.
Wassalam.

Saturday, 2 December 2017

Minuman Fanta Hijau..


Assalam...
Mula-mula dengar nama minuman, memang reject terus sebab kedengarannya jenis macam minuman bergas.  Lepas baca-baca dan tengok feedback orang yang buat teringin pulak.  Saya lebih suka sediakan minuman panas, atau kalau ada acara makan-makan pun air biasa-biasa saja, air sirap atau memang buat air teh o saja.  Tapi kalau dengan si en.Abe nie, minuman dia suka buat experiment campur-campur, kadang dia tak minum pun tapi dia suka buat sesuatu yang pelik dari teste yang biasa-biasa nie.


Hari itu jumpa resepi ini, kita simpan dulu, kemudia kita buat senyap-senyap bagi dia rasa pulak.  Salah satu bahan nak buat tu, esen pisang memang kita suka sangat dengan esen tu, mungkin sebab mak dulu suka guna.  Satu-satunya esen yang selalu ada dalam dapur beliau sebab dia suka buat kuih pisang (talam pisang mahupun burongko).


Air Fanta Hijau
Sumber: MAHN group


Bahan-Bahan
3 kg gula pasir
2 liter air
1 botol kecil oren sunquick
1/2 botol esen pisang
1/4 botol pewarna hijau


Cara Penyediaannya.
*  Masak gula dengan air hingga gula hancur.
*  Masukkan sunquick dan pewarna hijau.  Masak lagi hingga mendidih.
*  Tutupkan api dan masukkan esen pisang.  Kacau hingga sebati, sejukkan dan siman di dalam botol.
*  Bila nak guna, bancuh pati fanta hijau dengan air sejuk, simpan dalam peti sejuk atau tambahkan  air batu.
 


Kalau nak banding rasa fanta hijau dengan minuman macam gambar bawa ini, bagi saya fanta hijau ini lagi sedap.  Air hijau ini pun pernah rasa, beli kat sempadan (Betong) ada rasa macam licin-licin sikit.

Lepas minum orang tu sibuk tanya, macam mana buat air fanta hijau tu.  Yang best sebab rasanya sama tapi yang ini versi tiada gas.  Nak kata minum yang ini lebih sihat, tak boleh juga sebab apa-apa pun ia tetap dibuat dari gula.  Kalau ambil terlebih boleh memudaratkan kesihatan kan. 
Wassalam.