Monday, 27 May 2019

Lao Mandre: Tamara Restaurant & Cafe, IStanbul

Assalam....
Restoran Tamara & Cafe, tempat tour guide bawa kami untuk makan dan berehat sementara dalam siri lawatan singkat di Istanbul.  Majoriti kami nak makan nasi, maka pihak resto berbesar hati untuk menyediakan nasi menggantikan roti.  Walaupun kami hanya sehari di sini tetapi kami mendapat 3 kali hidangan nasi.


Walaupun hidangan utama berunsur nasi, tetapi mereka tak lupa hidangkan roti juga.  Boleh cicah dengan sup yang diberi.  Setiap hidangan mereka memang sertakan sup panas setiap seorang cuma roti tu dalam bakul kita share lah.


Ini pinggan sarapan pagi kami, nasi dengan ommelete.


Teh turki yang pekat dan sedikit kelat.  Saya letak gula yang banyak tuk hilangkan rasa kelat tu dan dilute dengan air mineral.


Sarapan biasa untuk orang turki cukup dengan sepinggan begini, harus ada jeruk buah zaitun, telur, keju dan potongan sayur-sayuran.  Kita yang dah biasa makan nasi dan gulai memang sekali boleh lah, masuk kali ke-2, mesti nak cari nasi.


Amenities dalam resto memang superb, bilik air paling best, bersih berkilat.  Cuaca sejuk tak membataskan ke bilik air walaupun kena menahan kesejukkan dari air paip semasa bersuci. 


Lokasi Tamara Restoran ini tak jauh dari Blue Mosque dan kawasan Dataran Sultan Ahmet di mana terletaknya tugu-tugu tinggalan sejarah hippodrome.  Kira kawasan tourist, jadi faham-faham saja lah harga barang-barang yang jual di sini.


Galery jualan yang terletak bersebelahan dengan Tamara menjual pelbagai barang hiasan seperti barangan kaca, porceline dan lampu.  Cantik kan ukiran pada pinggan mangkuk tu.


Ok, mari beralih ke hidangan makan tengahari kami.  Sup and salad sayur sebagai appetizer.


Minuman karbonat turut diberikan.


Nasi dan ketulan isi ayam panggang untuk makan tengahari kami. 


Cili flake sebagai penyelamat rasa hidangan yang kurang pada mereka yang memang tekak melayu dan tak boleh diubah.  Sabor jer lah pelayan resto tu layan kerenah group kami, ramai yang minta tambah cili flake tu.  Cepat jer habis semua orang sebab cili tu mereka tabur dan gaul dengan nasi. 


Kurdan (turkish) = toothpicks (english) = pencungkil gigi (malay).


Hidangan ke-3, merangkap makan malam kami dihidangakan awal kerana kami akan bergerak awal ke airport.  Mereka yang tak sempat jama' di blue mosque tadi,  putuskan untuk bersholat di surau airport saja sambil berehat.  Ramai yang dah start demam sebenarnya akibat perubahan cuaca dari panas ke sejuk.


Kali ini rotinya nipis dan lebar.


Pinggan nasi kali ke-3 bersama kebab.  Tak ingat kebab tu ayam atau daging.  Kali ke-3 ini nampak dah ada yang tak makan hidangan dalam pinggan mereka.  Saya tetap jer berselera habiskan semua tu, sebab tak nak kelaparan di airport menunggu flight tengah malam nanti.


Kemal pasa tatlisi (sebutannya kemalpasa tatlise), tour guide Mukmina yang bagi tahu nama dessert ni.  Ramai yang tak makan, mungkin kenyang atau tak suka, tapi saya dan shima sangat suka.  Apa lagi kami pulun kutip kat meja kawan-kawan yang tak makan dan bungkus bawa balik, konon nak makan dalam flight perjalanan balik KL nanti.


Group photo depan Tamara sebelum menaiki bas ke Airport.  Terima kasih sediakan makanan 3 kali dalam masa kurang daripada 24 jam kami singgah jalan-jalan di Istanbul. 

Sebenarnya boleh lagi nak berlama-lama kalau nak jalan-jalan, tapi semua kepenatan jadi minta di hantar ke airport secepatnya, pilih nak rehat kat airtport sebelum tiba masa penerbangan tengah malam nanti.
Wassalam.

2 comments:

  1. Memanglah tekak melayu ni nak kena cari sambal juga kan. Baru puas makan.

    ReplyDelete
  2. Artikel Yang Bagus Gan Mohon izin Comment nya ^_^

    BOLA PELANGI - BANDAR MIX PARLAY TERBESAR DI INDONESIA HANYA DENGAN 1 USER ID SUDAH BISA BERMAIN SEMUA GAME.
    Join US ! klik link di bawah ini ☟

    Prediksi Bola dan Togel.
    Bola Online
    Mix Parlay
    Bola Jalan
    Bandar Bola

    ReplyDelete