Showing posts with label Bubur. Show all posts
Showing posts with label Bubur. Show all posts

Saturday, 9 June 2018

Bubur Gandum


Assalam...
Terpandang entri pasal bubur gandum daripada blog Gee-Hut, pernah makan bubur ini tetapi tidak tahu namanya.  Bubur gandum yang saya kenal tu yang menggunakan biji gandum.  Sekarang dah tahu lah, nama mungkin sebab guna tepung gandum berbanding dengan bubur lain banyak yang guna tepung pulut.


Mencabar sebenarnya menguli adunan tepung gandum berbanding dengan tepung pulut, sebab tahap melekat dia kat tangan tu susah nak dipisahkan.  Saya buat uli panjang-panjang sebelum gunting ke dalam kuah mendidih.  Mula-mula gunting dalam bekas tetapi melekat sesama sendiri, nak pisahkan tu susah, kesudahannya kena gunting terus ke dalam kuah.  Hati-hati ya kuah tu boleh terpercik ke tangan.  Resepi saya share kat bawah ya.


Bubur Gandum
Sumber: GeeHut 

Bahan A(doh):
1/2 cawan tepung gandum 
Air atau air pandan.
Secubit garam

Bahan kuahnya:
2 cawan santan
1/2 cawan air
Gula merah
Gula pasir
Daun pandan

Bahan C
Sagu mata ikan - rendam seketika


Cara Penyediaannya
* Adunkan semua bahan A sehingga menjadi doh yang lembut. Ketepikan
*. Masukkan bahan kuah ke dalam periuk dan masak hingga mendidih. Kacau selalu supaya kuahnya tidak berbintil.  Ambil doh tadi dan cubitkan atau gunting kecil-kecil lalu dimasukkan ke dalam kuah yang mendidih. Buat sehingga doh habis. Biarkan mendidih dan doh gandum masak.
* Akhir sekali masukkan sagu mata ikan. Kacau rata dan sedia dihidangkan.


Alhamdulillah dapat kongsi rezeki dengan geng-geng buka puasa kat surau petang tu.  Tinggal semangkuk jer kat rumah untuk en.Abe makan masa moreh nanti.
Wassalam.

Monday, 21 May 2018

Thai-style Pumpkin Coconut Milk Dessert


Assalam...
Jadi teringin membuat manisan yang gunakan labu ini selepas melihat videonya.  Kalau teliti resepi dan cara buat manisan ini ada persamaan dengan cara menyediakan Butir Nangka (kelantan), Wade Kiping (banjar), Ketiri Mandi (bugis) yang menggunakan tepung pulut.  Cuma versi Thailand ini penggunaan tepung pulut sedikit berbanding labu, manakala penyediaan kuahnya adalah sama. 


Thai-style Pumpkin Coconut Milk Dessert
Sumber: Blogtamsu.com


Bahan-bahan
120gm labu - rebus hingga empuk dan haluskan
120gm tepung pulut
80gm gula merah / nipah
240ml santan pekat
1/2 sudu teh garam


Cara Penyediaannya
*  Campurkan tepung dengan labu yang telah dihaluskan.  Sebatikan adunan hingga tidak melekat pada tangan.
*  Ambil sedikit adunan dan bulat-bulatkan sebesar guli.
*  Didihkan air dalam periuk dan masukkan bebola labu, jerang hingga bebola timbul (macam buat kuih onde-onde buah melaka tu).
*  Angkat bebola labu yang sudah terapung, tos dan ketepikan.
*  Dalam periuk lain, campurkan santan, gula dan sedikit garam.  Masak dengan api sederhana sampai gula larut.  Kuah perlu dikacau selalu untuk mengelakkan santan pecah.
*  Didikan kuah seketika dan masukkan bebola labu, atau boleh juga siramkan kuah ke atas bebola labu yang telah disiapkan dalam mangkuk.  
*  Tapis kuah jika dikuatiri ada benda asing daripada gula sebelum campurkan dengan bebola labu.
*  Hidangkan ketika suam atau sejuk.



Ini hasil orang yang tak boleh sabar, kuah tak sempat tapis dah masukkan bebola labu tu.  Nampak tak ada dot dot hitam kat tepi mangkuk tu, itulah benda asing daripada gula merah.


Yang masih buntu nak sediakan apa untuk berbuka boleh lah cuba manisan ini sebagai hidangan berbuka puasa petang nie.  Boleh dinikmati suam atau sejukkan terlebih dahulu di dalam peti ais.
Wassalam.

Tuesday, 17 October 2017

Keciri Mandi aka Ketiri mandi


Assalam..
Kadang-kadang disebut sebagai keciri mandi atau ketiri mandi, adalah kuih yang sama.  Kuih orang lama, suku kaum lain memanggilnya dengan nama lain.  Kaedah nak buat lebih kurang biji nangka orang Kelantan, cuma tidak diberi warna, seakan sama juga dengan kuih orang Banjar yang dinamakan wadai kepeng, cuma bentuknya dibuat bulat-bulat dan tekan ditengah.
 


Jom kita semak resepinya,


Keciri Mandi @ Ketiri Mandi
Sumber: Muntaha


Bahan-bahan
tepung pulut
sedikit garam
air
daun pandan simpulkan
gula merah / gula pasir
Santan


Cara Pembuatannya
*   Campurkan tepung dengan air, uli perlahan sehingga menjadi doh yang boleh dibentuk.
*  Bentukkan panjang atau bulat dan tekan sedikit dibahagian tengah.
*  Jerang air dalam periuk hingga mendidih.  Masukkan biji-biji keciri mandi ke dalam air mendidih.  Angkat kuih yang timbul dipermukaan dan rendamkan seketika di dalam air sejuk. Toskan.
*  Dalam periuk yang lain, masak gula merah / gula pasir, daun pandan dan air hingga gula cair.  Masukkan santan dan tambah sedikit garam.
*  Sesuaikan rasanya dan angkat.



Kuih ini boleh dinikmati suam atau sejuk, terpulang pada selera masing-masing.
Wassalam.

Tuesday, 1 November 2016

Bubur Jagung


Assalam...
Bubur jagung jenis manis ini memang jarang sangat buat.  Kalau ada jagung saya lebih suka buat bubur menado (barobbok) atau perkedel.  Hanya bila ada kawan nak makan dan jenis yang tak kisah apa jenis pemanis mulut sekali pun, baru lah buat.  Tapi bubur jagung manis versi kami suka buat yang cair-cair dan kurang manis.


Buat ini ketika anak-anak menakan dan cucu-cucu berkunjung hari tu.  Mereka ini yang jenis kalau hi-tea atau lepas dinner masih ada menu susulan untuk dikunyah-kunyah.  Almaklum mak-mak diorang jenis rajin masak dan melayan tekak ahli keluarga.  Mai berkunjung ke rumah, makcik yang malas kena lah rajinkan diri ke dapur.
 

Bubur Jagung
Sumber: Mulia


Bahan-bahan
3 tongkol jagung muda - hiris halus
1 tin jagung krim
Sedikit sagu mata ikan
1 kotak kecil santan
Air secukupnya
Hirisan gula merah / melaka
Sedikit garam


Cara Penyediaannya
* Rebuskan isi jagung dan sagu hingga sagu kembang.
* Masukkan gula merah dan santan.  Bila gula cair masukkan jagung cream dan sedikit garam.
*  Sesuaikan rasa manis yang diingini dan boleh tutup api.
* Bubur jagung boleh dinikmati ketika suam atau sejuk.
 


Hari itu kami buat ini ketika malam.  Sebab dinner awal sebelum magrib, tengah-tengah malam mulut rasa masih nak kunyah-kunyah lagi.
Wassalam.