Thursday, 2 May 2019

Futry Bakery, Maros

Assalam...
Bakery Futry kami jumpa secara tak sengaja, tapi yang ini antara yang terpopular di sini.  Kakak yang kami ikut dari bandara yang bawa ke sini, katanya lebih selesa nak tunggu kenderaan di sini dan terletak berhadapan dengan Grand Mall maros.  Mula-mula kami hanya mengiyakan saja, asal boleh keluar cepat dari kawasan bandara untuk mencari kenderaan ke destinasi seterusnya ke Polman.  Kami setuju untuk ikut kakak tu dari menaiki teksi atau grab dari Bandara Sultan Hassanudin supaya lebih selamat dan terhindar daripada muslihat dan tipu daya ulat.

Toko kuih ini lebih banyak pilihan kek, roti dan kudapan, lebih selesa berbelanja dan bersih berbanding dengan bakery lain yang pernah kami singgah di daerah Maros.  Kami membeli serba sedikit untuk dijadikan buah tangan untuk orang Polman nanti.


Jagung Goreng merupakan kudapan khas Kota Makassar, ramai yang menyangka ianya kacang, dah makan baru tahu rasanya lain.


Sebahagian roti yang dipamerkan, agak terlalu awal lagi ketika itu nampak pekerja tengah sibuk buat packing di bahagian belakang.


Deretan pelbagai jenis brownies dan swiss roll.


Mencari kek yang dinamakan bruder / brudel, kek yang dibuat menggunakan tapai ubi.  Bruder / brudel adalah kek dengan kombinasi roti yang memang terkenal di Sulawesi terutama di Menado, Sulawesi Utara


Donut Futry Bakery & Cake Maros.


Kuih kering, seperti biskut juga ada.  Di sini kuih kering macam biskut ini bukan hanya dihidangkan ketika musim perayaan hari raya tetapi bila-bila masa seperti pesta perkhawinan atau acara keramaian lainnya.


Kuih duri-durian, kueh ini macam tart berintikan kelapa yang dicampurkan dengan isi durian.  Nak kata duri-durian sebagai kuih kering bukan, kuih basah pun bukan.  Boleh didapati dalam kuih tradisi harian.


Roti bantal atau paun seperti ini lah yang menjadi trade mark sebagai roti maros.


Mengancam betul cili padi yang tertanam dalam risoles tu, selain jalangkote kami beli juga beberapa ketul risoles untuk dimakan dalam perjalanan.


Bakwan udang, macam cucur udang lah klau kat sini.


Di seberang jalan sana adalah Grand Mall Maros, mall baru dan besar di kawasan Maros.  Jika tak rush boleh juga nak jalan-jalan ke sana, mereka kata mall tu keren.

Tak berapa lama kereta yang kami nantikan tiba untuk membawa kami ke Polman.  Bye bye Futry, harap dapat singgah lagi sebelum kami balik KL nanti.
Wassalam.

No comments:

Post a Comment