Showing posts with label Putrajaya. Show all posts
Showing posts with label Putrajaya. Show all posts

Thursday, 20 December 2018

MASJID BESI (Masjid Sultan Mizan) Putrajaya

Assalam...
Cerita masih dalam kerangka edisi cuti sekolah, pergi bawa si ibu dan anak ronda-ronda putrajaya dan apabila tiba panggilan keramat itu kami menuju ke masjid ini.  Kali ini giliran untuk tunaikan wish list si ibu pula nak singgah bersholat di sini.  Kesempatan sebab kami pun tak pernah lagi singgah di Masjid Besi, jom sama-sama untuk pertama kalinya singgah tunai kewajipan.


Suka sangat tengok kerangka besi pada setiap tiang masjid ini.  Tak pandai nak rungkai bentuk tu serperti apa, tapi bagi saya ianya sangat cantik.


Ruang tepi di tingkat 3, yang selalu digunakan sebagai ruang untuk program-program perkongsian ilmu.


Salah satu ukiran daripada besi yang menghiasi lelangit (bumbung) masjid.


Kubah masjid besi tiada ukiran-ukiran seperti yang kita jumpa pada masjid biasa.


Ruang sholat utama dan kawasan mimbar (level L1), sebahagian ruang di bahagian tengah dewan sholat utama ditutup kerana sedang dilakukan pengubahsuaian.


Ruang sholat wanita di tingkat 3.   Di tingkat ini turut disediakan ruang wudhuk untuk wanita, tetapi jika hendak ke bilik air sila gunakan ruang wudhuk di tingkat bawah C1.


Pili air tempat wudhuk walaupun jenis manual dan bukan sensor, tetaplah menawan dipandangan mata.


Jumpa tabung cantik ini, jangan lupa sisipkan selembar dua ke dalam tu.


Penunjuk arah, jika tak faham sila rujuk kepada pegawai yang bertugas.  Ada meja dan stesen untuk dikunjungi jika perlukan apa-apa maklumat berkenaan masjid.


Simbolik pada pintu gerbang masjid, selari kedudukannya dengan gerbang perbadanan purtajaya dan dihujung sana tepat pada kubah dan pintu palace of justice.  Jika tinjauan dibuat daripada arah palace of justice pula, penghujungnya adalah mimbar masjid besi dan arah kiblat.  Mungkin ada maksud tersirat yang hendak disampaikan dengan susunan seperti itu.


Memang mendamaikan, saya lihat ramai yang datang bukan hanya untuk bersholat tetapi mereka melakukan aktiviti bersama keluarga terutama yang ada anak kecil.  Kami turut berehat seketika di salah satu sudut dekat dengan kolam, memang rasa nyaman untuk terus berada di situ.


Rezeki kami hari tu, sebab minggu sebelumnya mak dan ayah mertua hanya singgah tetapi tak dapat bersholat kerana ada ganguan bekalan air.
Wassalam.

Sunday, 16 December 2018

AKTIVITI CUTI SEKOLAH - Taman Saujana Hijau Putrajaya

Assalam...
Aktiviti cuti sekolah, takde kaitan pun dengan saya yang dah tua bangka nie.  Tapi ada kaitan dengan budak kecik yang dah tinggi tu konon nak datang kl hilangkan stress lepas jawap soalan pereksa upsr.  Budak-budak jaman sekarang kan, sebenarnya banyak wish list tempat yang dia pilih nak pergi, tapi semuanya bapak punya mahal kena keluarkan ongkos.  Saya dan umi dia pun tukar plan, kami plan pergi tempat yang murah dan sihat pergi hiking atau ke tempat macam ini.  Pandai umi dia nak buat misi nak pergi cari trail explore race ain edruce kat taman nie.  Lagi satu yang menyumbang misi ini berjaya sebab dia terlupa bawa dompet dia hahaha, punyalah teruk mak-mak ini psiko anak.


Saya tahu Putrajaya ada banyak taman rekriasi, tapi tak satu taman pun yang saya pernah kunjungi lagi.  Satu-satunya taman yang saya pernah pergi adalah taman warisan, itu pun sebab pergi makan kat situ dan nama mengamati erti taman sebenar pun tak.  Kami ke sini sebab misi si umi ini lah nak cari laluan yang dia kata cantik dan redup tu, jenuh google semua taman tapi tak jumpa.  Eermm ikutkan sajalah karenah orang yang suka ikut program tv ni. 


Waktu operasi taman 7pagi hingga 7 petang sahaja. ngeri kot kalau nak datang malam-malam sebab kawasan taman ini luas.  Pondok jaga, jangan cari jaga, dia tengah meronda taman.  Ada beberapa bahagian taman yang dikenali dengan nama-nama dan jenis-jenis pokok yang ditanam juga berbeza mewakili setiap taman seperti taman english dan taman oriental.


Baru melepasi tangga pertama Taman Saujana Hijau, kami dah start buka bekalan, berkelah depan pondok jaga.  Ada yang sudah kelaparan di situ, satu lagi alasan dapat kurangkan berat plastik yang nak dijinjit pusing-pusing taman. 


Petang kami sampai tu agak lewat juga, orang ramai dengan hal masing-masing, ada yang beriadah, ada yang buat event, ada buat photo shoot, tapi sebab kawasan tu luas jadi tak lah sesak dan merimaskan.  Sebenarnya ramai orang berjalan ke sebelah kiri tapi kami ambil haluan ke kanan, jadi tak lah bertembung dengan orang ramai.


Laluan dia memang cantik, yang warna merah tu di rekabentuk agar sesuai untuk pengunjung yang nak berlari.  Terdapat juga laluan kecil berupa anak-anak tangga untuk mendaki bukit-bukit pada setiap taman.  Laluan luas dan selamat, bagi mereka yang anak kecil takde masalah menggunakan stroller.


Kiraan mengikut panjang perjalanan di dalam taman.  Nak tahu kiraan yang betul kenalah ikut laluan yang betul pada peringkat awal.


Antara pondok rehat yang ada dalam taman, kami singgah rehat sementara berkira-kira nak pergi ke puncak di sebelah kanan atau patah balik ke sebelah kiri. 


Takut tak sempat sampai ke puncak dengan waktu ketetapan buka tutup taman.  Lagi satu jari kaki Hariz dah melecet, jadi mari kita balik ke pangkal jalan saja lah.


Cap ibu dan anak, melecet kaki pusing-pusing suku taman, sampai ke sudah spot laluan yang dicari tak dijumpai.

Bertuah orang yang duduk Putrajaya dan yang dekat-dekat tu sebab mereka ada beberapa taman yang best untuk beriadah bersama keluarga.  Lain kali boleh datang sini lagi, jiwa kacau boleh lah datang beinteraksi dengan alam.
Wassalam.