Showing posts with label Cuti Sekolah. Show all posts
Showing posts with label Cuti Sekolah. Show all posts

Tuesday, 18 December 2018

Pokok Rotan

Assalam...
Peluang yang baik kali ini pergi hiking dengan budak sekolah tu sebab dapat sekolahkan dia tentang alam.  Kali ini mak-mak dia ambil kesempatan, selalu dia sekolahkan mak dia dengan gadjet kan.  Mak-mak pula orang kampung memang dah biasa pasal pokok kali ini tunjuk handal lah kat anak.  Kebetulan musim rotan berbuah, sebenarnya mak dia sendiri pun baru pertama kali jumpa pokok rotan yang berbuah (tapi kena coverlah depan anak), automatik otak bersambung ingat kuih buah rotan.  Eh eh betul lah buah rotan tu sama dengan kuih buah rotan (kecipo) walaupun yang kami jumpa ini masih muda dan berwarna hijau.


Antara kelopak buah rotan yang masih belum kembang.  Sebenarnya mak-mak pun teruja tengok pokok rotan, dapat banyangkan kesukaran kerja mencari rotan sebab tumbuhan ini berduri dan betapa panjang proses sehingga boleh dijadikan perabot atau perhiasan lainnya.


Buah-buah matang ini yang akan jatuh dan membiak serta menghasilkan benih-benih pokok rotan yang baru.


Alhamdulillah nampak juga si anak tu teruja tengok pokok rotan asli.  Kena lah terangkan sedikit pasal rotan sebelum si anak keliru, sebab anak mungkin hanya kenal rotan kurus melidi yang berwarna kuning, yang cikgu disiplin atau ayah dia guna untuk mengertak.  


Ini antara batang rotan yang menjalar di laluan ke denai tiga puteri, mudah nak jumpa disepanjang laluan.  Species rotan besar yang sesuai untuk dibuat perabot.


Tak tahu apa nama cendawan ini, boleh makan atau tidak?.  Tetapi setiap tumbuhan walau sekecil mana pun pasti ada fungsi dan nilainya yang tersendiri.

Balik dari hiking tu, tanya juga feedback dia best ker tak hiking tadi.  Dia boleh jawap ok jer, motif sebenarnya si emak selama 2 hari tu untuk kurangkan dia mengadap gadjet, tak dapat hasil 100% takpe sekurang-kurangnya terhindar daripada beberapa.
Wassalam.

Monday, 17 December 2018

AKTIVITI CUTI SEKOLAH - Taman Eko Rimba Kota Damansara

Assalam...
Lepas ronda taman di Putrajaya, keesokkan hari kita pergi bawa budak sekolah seorang ini masuk hutan pula.  Pergi KDCFP (Kota Damancara Community Forest Park), hutan sekunder yang mempunyai bebarapa trail (denai), terpulang pada kemampuan stamina pengujung.  Denai yang paling pengunjung suka nak pergi adalah Denai Tiga Puteri, tetapi jika sekadar untuk berjalan-jalan pada waktu singkat boleh pilih laluan denai yang pendek seperti denai petaling, denai scout, atau denai temuan.  Boleh diakses melalui 2 pintu utama daripada seksyen 10 (depan sekolah SMK Seksyen 10) atau masuk melalui seksyen 9 (Taman Rimba Riang).  Dulu dah ada cerita di sini.



Kami masuk melalui seksyen 10, senang sebab pernah lalu dah jadi dah tahu keadaan trail, cuma nak kena faham betul-betul papan tanda tak mau ambil trail panjang macam sebelum ini.  Kami target nak jalan sampai ke Denai Tiga Puteri (hingga tepi highway NKVE) jika mampu, budak sekolah itu memang mampu.  Umi Hariz dah cakap kalau tak larat kita patah balik saja jangan paksa diri. 


Trail tak mencabar sangat dari segi mendaki atau menuruni cerun, tetapi kena jalan jauh pergi balik lebih kurang 10km.  Laluan yang kami ikut adalah denai scouts - denai temuan - denai sahabat - denai unity - denai tiga puteri.  Sampai di denai unity, budak sekolah tu berlari tinggalkan kami, agaknya dah bosan berjalan dengan mak-mak yang lambat dan banyak berhenti.  Piat telinga dia masa jumpa kat puncak, kami berdebar takut dia silap jalan.


Kami bawa bekalan sama macam yang petang semalam, ada yang direcycle di situ.  Sila bawa air yang cukup sekiranya nak berlama-lama di sini, sekadar botol kecil memang tak cukup.


Di peak kami berehat sekejap kemudian turun, tak sanggup berlama-lama sebab takut makin tak larat nak berjalan balik. 


Alhamdulillah sampai ke point semula masa tu dah jam 1 tengah hari.  Lama juga lah kami berehat dan bergelas-gelas minuman air buah sejuk dihabiskan di situ.  Hariz yang sign pada nama kami di dalam buku daftar nama pengunjung di pejabat pengurusan.  Dalam masa berehat tu, kenderaan polis datang, masa tu kami dengar ada aduan mengatakan ada orang sesat dan cedera di dalam hutan.  Tiga orang sesat (sepasang suami isteri bersama seorang anak), saya perasan mereka masa kami beriringan turun di kawasan cerun tadi.  Beberapa orang ranjer dan anjing pengesan segera datang untuk mencari mereka.


Sebelum balik JB malam ini, pahatkan lah kenangan dulu di sini.  Mak At mampu bawa masuk hutan jer cuti sekolah ini, wish list Hariz nak pergi yang kena guna ongkos banyak tu kita tangguh lah di lain waktu ye.


Harap Hariz dapat sesuatu yang berguna dengan pengalaman masuk hutan hari ini.  Tunggu tahun depan mak At pergi JB, kita gi hiking kat sana pula.
Wassalam.

Sunday, 16 December 2018

AKTIVITI CUTI SEKOLAH - Taman Saujana Hijau Putrajaya

Assalam...
Aktiviti cuti sekolah, takde kaitan pun dengan saya yang dah tua bangka nie.  Tapi ada kaitan dengan budak kecik yang dah tinggi tu konon nak datang kl hilangkan stress lepas jawap soalan pereksa upsr.  Budak-budak jaman sekarang kan, sebenarnya banyak wish list tempat yang dia pilih nak pergi, tapi semuanya bapak punya mahal kena keluarkan ongkos.  Saya dan umi dia pun tukar plan, kami plan pergi tempat yang murah dan sihat pergi hiking atau ke tempat macam ini.  Pandai umi dia nak buat misi nak pergi cari trail explore race ain edruce kat taman nie.  Lagi satu yang menyumbang misi ini berjaya sebab dia terlupa bawa dompet dia hahaha, punyalah teruk mak-mak ini psiko anak.


Saya tahu Putrajaya ada banyak taman rekriasi, tapi tak satu taman pun yang saya pernah kunjungi lagi.  Satu-satunya taman yang saya pernah pergi adalah taman warisan, itu pun sebab pergi makan kat situ dan nama mengamati erti taman sebenar pun tak.  Kami ke sini sebab misi si umi ini lah nak cari laluan yang dia kata cantik dan redup tu, jenuh google semua taman tapi tak jumpa.  Eermm ikutkan sajalah karenah orang yang suka ikut program tv ni. 


Waktu operasi taman 7pagi hingga 7 petang sahaja. ngeri kot kalau nak datang malam-malam sebab kawasan taman ini luas.  Pondok jaga, jangan cari jaga, dia tengah meronda taman.  Ada beberapa bahagian taman yang dikenali dengan nama-nama dan jenis-jenis pokok yang ditanam juga berbeza mewakili setiap taman seperti taman english dan taman oriental.


Baru melepasi tangga pertama Taman Saujana Hijau, kami dah start buka bekalan, berkelah depan pondok jaga.  Ada yang sudah kelaparan di situ, satu lagi alasan dapat kurangkan berat plastik yang nak dijinjit pusing-pusing taman. 


Petang kami sampai tu agak lewat juga, orang ramai dengan hal masing-masing, ada yang beriadah, ada yang buat event, ada buat photo shoot, tapi sebab kawasan tu luas jadi tak lah sesak dan merimaskan.  Sebenarnya ramai orang berjalan ke sebelah kiri tapi kami ambil haluan ke kanan, jadi tak lah bertembung dengan orang ramai.


Laluan dia memang cantik, yang warna merah tu di rekabentuk agar sesuai untuk pengunjung yang nak berlari.  Terdapat juga laluan kecil berupa anak-anak tangga untuk mendaki bukit-bukit pada setiap taman.  Laluan luas dan selamat, bagi mereka yang anak kecil takde masalah menggunakan stroller.


Kiraan mengikut panjang perjalanan di dalam taman.  Nak tahu kiraan yang betul kenalah ikut laluan yang betul pada peringkat awal.


Antara pondok rehat yang ada dalam taman, kami singgah rehat sementara berkira-kira nak pergi ke puncak di sebelah kanan atau patah balik ke sebelah kiri. 


Takut tak sempat sampai ke puncak dengan waktu ketetapan buka tutup taman.  Lagi satu jari kaki Hariz dah melecet, jadi mari kita balik ke pangkal jalan saja lah.


Cap ibu dan anak, melecet kaki pusing-pusing suku taman, sampai ke sudah spot laluan yang dicari tak dijumpai.

Bertuah orang yang duduk Putrajaya dan yang dekat-dekat tu sebab mereka ada beberapa taman yang best untuk beriadah bersama keluarga.  Lain kali boleh datang sini lagi, jiwa kacau boleh lah datang beinteraksi dengan alam.
Wassalam.