nuffnang_bid = "6d3fefaa2657f8901dfaPages

Wednesday, 31 December 2014

Melabuhkan Tirai 2014

Assalam...
Alhamdulillah tungasan akhir tahun sudah terlaksana, antara tugasan wajib yang tidak boleh tidak.  Setiap tahun akan ada debaran untuk menghadapi hari terakhir ini, debarannya seperti sang dara menanti untuk diijabkabulkan.  Bukan debaran menyambut tahun baru, itu jauh sekali.  Tetapi debaran untuk menjayakan year end stock count bersama auditor.  Jadi kalau orang lain boleh berseronok menghabiskan cuti hujung tahun, ianya amat mustahil untuk saya.  Bukan merintih atau minta simpati dan sebagainya, saya enjoy dengan tugas saya cuma kadang-kadang ada yang tidak mengerti.  Seronok dan berdebar untuk melaksanakannya 
Biarlah cerita suka duka tahun 2014 berlalu pergi, sama-sama kita mengharapkan sinar ceria untuk tahun 2015 sebagaimana terbitnya sang pelangi indah selepas hujan.  Marilah kita sama-sama berdoa mudah-mudahan dengan tahun yang baru ini kita mendapat rahmat serta belas kasihan dari Allah jua.  Sama-sama kita melakukan lebih banyak kerja-kerja amal sambil membantu sesama insan serta menjauhi segala larangannya.

"a very happy 2015 to everyone with love always"

Wassalam.

Nostalgia Ubi Rebus

Assalam...
Sebagai penutup cerita alam maya pada tahun ini dan bertepatan sekali dengan kejadian banjir yang melanda.  Sebelum itu saya pohon ribuan kemaafan bagi entry ini, tiada niat untuk menunjuk-nunjuk tambahan lagi saudara-saudara kita yang sedang berduka di pantai timur dengan keadaan banjir yang luar biasa.  Keluarga kami sendiri tidak terkecuali terlibat dalam musibah ini dan rasa risau itu tetap ada sebab tidak dapat berhubung untuk mengetahui keadaan semasa dan keselamatan mereka.  

Pada saya pengalaman banjir ini satu pengalaman yang baru, pengalaman yang menakutkan dan pastinya akan menjadi igauan ngeri.  Sebelum ini hanya dapat menyaksikan kejadian sepertinya dari kaca television, namun kali ini ia nyata berlaku dihadapan mataku sendiri.  Allahu Akhbar, Allahu Akhbar, Allahu Akhbar hanya itu yang mampu diucapkan.  
Di zaman kanak-kanakku, ubi rebus kami makan bila kami berkendak pada makanan itu.  Pasti cerita dan nostalgianya adalah berbeza kepada mereka yang memakan ubi rebus semasa musim banjir kerana ketidak cukupan bekalan makanan.
Bila dah puas makan ubi rebus itu sama ada dimakan bercicahkan sambal tumis, gula pasir atau dimakan begitu sahaja.  Pada keesokkan hari emak akan membuat olahan pada sisa ubi rebus tersebut agar ianya tidak dibazirkan.  Akan terhasillah ubi goreng atau ubi getuk yang kami panggil sebagai terraju'.
Wassalam.

Cerita Banjir....

Assalam...
Kejadian banjir sudah biasa bagi keluarga mertua di Jerantut kerana rumah mereka terletak agak rendah dan berdekatan dengan sungai.  Air naik hingga ke paras 2 anak tangga sudah menjadi perkara biasa, biasanya sekiranya waktu pagi air naik, di sebelah petang air akan surut dan kembali kepada sedia kala.  Rumah agak tinggi, dari tanah ker lantai pun dah lebih kurang 8 kaki.  Namun kali ini menjadi amat luar biasa, air naik dalam rumah hingga separas pinggang orang dewasa dan turut membawa kemusnahan harta benda.  Ini antara gambar-gambar yang dapat diambil ketika air mula surut.





Sangat-sangat bersyukur sebab paras air naik ketika waktu subuh dan mereka dapat berpindah ke tempat selamat.   Alhamdulillah, panjatkan kesyukuran kerana masih ada rumah kebun tempat berteduh manakala penduduk kampung yang lain terpaksa menumpang ke balai raya.  Semoga mereka yang terlibat semua tabah dengan ujian ini dan tak berhenti memanjatkan kesyukuran kehadrat Ilahi, mereka masih beruntung daripada saudara-saudara mereka yang lain.
Wassalam.

Akok Panas Kak Tie.

Assalam....
Dalam perjalanan balik dari kampung, kami singgah ke gerai ini sebab nak beli akok panas.  Setiap kali lalu pasti terlihat signboard Akok Panas Kak Tie (nama nak sama plak), nak singgah tapi tak pernahnya buka.  Kali ini langkah kanan, gerai buka dan ramai orang tengah menunggu pesanan masing-masing.
Kami terus menuju ke tempat buat akok, memang ada tersedia yang panas, adik tu baru keluarkan dari acuan.  Kami beli cukup-cukup untuk kami bertiga dan makan di situ juga ,kerana kami memang suka menikmati kuih akok yang panas-panas.
Semakin lama semakin ramai orang berhenti sama ada untuk membeli kuih akok atau nangka madu.  Memang terdapat banyak gerai yang menjual nangka madu tetapi rasanya hanya satu gerai ini sahaja yang ada menjual kuih akok. 
Bertungkus lumus pakcik dengan anak dia tu menyiapkan tempahan pelanggan, ramai yang nak nangka madu.  Booking plak berpaket-paket, kami yang minta sepeket aje pun kena tunggu.  Tapi tak kisah sebab dapat belajar sesuatu semasa menunggu. 
Sambil menunggu pesanan nangka madu kami siap, kami nikmati dulu kelazatan kuih akok panas ini.  Rasa akok kak tie ini memang sedap, anak-anak pembuat akok kata sama rasa macam yang chek buat masa bulan puasa.
Sambil tu dapatlah kami saksikan proses memasak kuih akok.
Pada yang tak tahu akok tu ape, akok tu sejenis kuih tradisi orang kelantan.  Dibuat daripada telur, gula dan santan sebagai bahan utama dan dibakar dalam acuan akok (seperti acuan bahulu).  Kaedah membakar cara tradisi menggunakan sabut kelapa inilah merupakan ciri istimewa kuih akok. 
Selain akok dan nangka madu, gerai ini juga ada menyediakan jeli kelapa.  Memang kena try semua dah alang-alang singgah kan.
Lokasi gerai akok panas kak tie ini terletak di tepi jalan dalam perjalanan antara pekan Bentong dan Raub.  Kalau perjalanan dari arah Bentong ke Raub, selepas anda melepasi kawasan Felda Lurah Bilut tu dah dekat lah dengan gerai ini.  Nampak ada signboard macam kat bawah ini di tepi jalan, gerai di sebelah kanan.
Kata adik yang membuat kuih akok tu, gerai ini buka setiap hari bermula jam 9 pagi hingga 7 petang.  Pakcik tu pulak bagi tau bekalan nangka madu mereka tak pernah putus, walaupun bukan dari kebun sendiri.  Bekalan nangka diperolehi daripada pengusaha estet nangka dari kawasan Lancang mahupun Lentang.  Pakat-pakat singgahlah beli di sini, pakcik tu pun tak kedekut siap bagi kita rasa lagi nangka madu.  Gerai lain tak buat macam tu tau.
Wassalam.

Tuesday, 30 December 2014

Kenduri Kahwin & Jejak Kasih

Assalam...
Majlis perkahwinan tengah bulan hari itu, pengantin lelaki adalah sepupu pada en.Abe (anak mak teh).  Pengantin cantik dan tampan, bagai pinang dibelah dua.  Gambar tak banyak sebab masa pengantin datang kami pulak keluar ke pekan Jerantut untuk menghantar adik.  Seronok kenduri kali ini sebab dapat berjumpa dengan keluarga semua terutama yang tinggal jauh.  Adik beradik ayah sebenarnya telah berpindah dari kampung ke rancangan tanah (Felda) di Pahang dan Johor, tinggal ayah saja yang berada di kampung asal mereka.  Saya memang suka sangat part-part nak berkenalan dan menjejak kasih ini.
Baju biru mak pengantin lelaki, itulah mak teh dengan anak-anak sedaranya (anak ayah chik).  Hanya 5 orang yang dapat datang, kak long tak dapat cuti, manakala nona masih belajar di Mesir.
Bergambar kenangan dengan ahli keluarga ayah long (ayah long dah meninggal bulan puasa baru ini).

 Pengantin dengan keluarga ayah chik.
Pengantin dengan keluarga ayah su. 
Mari tengok makanan kat buffet, kenduri guna khidmat katering.  So kami memang datang bawa perut dan makan, sesuai dengan kata mak teh, pakat-pakat datang semua, datang berjumpa dan kumpul-kumpul dengan ahli keluarga lain, tak perlu buat kerja (rewang).  Sebelum ini, kenduri kak long memang rewang, pakat ramai-ramai tolong, gotong royong dengan orang kampung. 
Saya pilih lauk yang warna kuning tu jer.  Kiranya tertunailah hasrat hati sebab sebelum datang tu memang dah ada cakap, alangkah bestnya kalau ada lauk tempoyak ikan patin.
Then yang paling rasa nak makan bertambah-tambah tu bila tengok ikan masin, ulam dan sambal.
Additional candy buffet, tak sempat nak merasa yang ini.
Ini pinggan sapo lah ni, lauk ayam dan daging tak pandang dah bila dah jumpa masak tempoyak ikan patin ini.  Makan dengan sayur rebung, ikan masin, ulam serai wangi dan sambal.  Makan berulang pada sebelah petang pun benda yang sama.
Doa kami untuk pasangan pengantin moga mendapat keluarga sakinah, mawahdah, warahmah. Bahagia till jannah dan dikurniakan anak-anak yang soleh dan solehah.
Wassalam.

Cuti-Cuti Baik Kampung

Assalam...
Ini cerita seminggu awal sebelum banjir melanda, tanaman ayah semua nampak ok, tumbuh subur sama ada pokok yang lama atau yang baru ditanam.  Cuaca panas dan cerah secerah-cerahnya, langit membiru tak berawan.  Sesekali terlihat ayah tersengguk-sengguk atas kerusi roda ketika melepas lelah dari membersihkan rumput-rumput israel yang tumbuh meliar.  Bila bahagian kiri rumah dah bersih pindah ke bahagian kanan pula, seterusnya hadapan dan belakang rumah. 
Bunga mekar berkuntum-kuntum, si ulam raja pun bukan main tumbuh tinggi meraja.  Dalam belukar pucuk paku bersuka ria melepas pucuk masing-masing.

Koleksi terbaru dalam kebun, benih pokok betik taiwan kata ayah.  Dalam hati dapat tak merasa buah betik ini nanti.  In Sha Allah ada rezeki tak ke mana.
Tak dapat menahan tangan yang gatal mencabut daun nanas ini, sifat nakal zaman kanak-kanak masih ada lagi rupanya. 
Yang ini hanya mampu melihat dari bawa, kalau minta en.abe ambilkan, kejap lagi diajaknya jom kita pergi cari kat kedai.
Ibu mertuaku orang penting bila ada kenduri di kampung...kami kat rumah tak perlu susah nak menanak.  Mereka akan menghantar makanan macam kat bawah ini.  Meriah kan?, paling saya suka gambar sebelah kiri dari atas ke bawah, acar umbut sawit (pertama kali makan, selalu dapat makan umbut kelapa aje), gulai tulang dan gulai daging.  Gulai tu memang sedap sengat, guna daging fresh, daging lembu sembelih bukan yang import dan frozen itu.
Begitulah setiap kali balik kampung, bila musim kenduri.  Kami yang di rumah turut makan lauk kenduri, sangat seronok boleh tambah berulang kali.
Wassalam.

Friday, 26 December 2014

Masjid Tengku Ahmad, Jerantut

Assalam...
Masjid Tengku Ahmad merupakan masjid daerah (lama)  bagi pekan Jerantut sebelum terbinanya masjid baru Tengku Mahkota Abdullah.  Jadi kiranya sebelum memasuki kawasan pekan Jerantut akan terjumpa masjid dari semua arah.  Kalau datang dari arah Termerloh / Jengka akan jumpa masjid Tengku Mahkota dan bila datang dari arah Benta akan jumpa masjid Tengku Ahmad ini.  Uniknya senibina masjid di negeri Pahang adalah sesuatu senibina boleh dilihat di beberapa daerah.  Seperti halnya dengan senibina Masjid Tengku Ahmad ini, turut ditemui di daerah lain seperti di daerah Rompin, Kuala Lipis dan Gambang.
Ketika kami sampai di masjid ini, azan Zohor baru berkumandang.  Dapatlah mereka sholat zohor berjemaah, cik kiah sebab abc menunggu di wakaf sambil itu klik sana sini.
Wakaf tempat berteduh untuk wanita terdapat dibahagian dalam menuju ke tempat ambil wuduk dan bilik air.  Di bahagian luar terdapat 2 buah wakaf lagi disediakan bersebelahan dengan homestay.
Di Sebelah ini ruang berwuduk untuk jemaah lelaki.  Curi-curi ambil gambar takut ada orang, sebab ketika itu mereka tengah menunaikan solat zohor.
Masjid ini ada sediakan homestay, ada kontak nombor, tapi nombor phone yang disediakan tu pulak dah tak jelas.  Langsung tak boleh nampak dengan pandangan mata kasar makcik yang dah start nak rabun ni ha.

Terdapat dewan dan kedai-kedai di sebelah kiri masjid.

Dari segi aktiviti masjid memang banyak dengan jadual kuliah dan ceramah agama.  Punca ekonomi pun dapat dijana dengan menyewakan ruang-ruang niaga dan homestay di kawasan sekitar.


Maaflah sebab kali ini tak dapat nak ambil gambar dalaman masjid.   Tinjau di kawasan luar saja sementara nak hantar adik ke majlis ugama, kerana perlu berkumpul sebelum jam 2 petang dan kami akan bergegas balik ke rumah kenduri di Kampung Gong Halt.

Wassalam.