nuffnang_bid = "6d3fefaa2657f8901dfaPages

Showing posts with label Kota Kinabalu. Show all posts
Showing posts with label Kota Kinabalu. Show all posts

Sunday, 3 December 2017

Senja Pada 30 Oct 2017


Assalam...
Cuaca cantik petang itu, ikutkan hati memang malas dah nak patah balik ke bandar KK bila dah sampai ke Airport.  Tapi nak kena serahkan kunci rumah pada Ann, nak say good bye kat dia sebelum balik ke Tanah Malayu.  Teringat tempat kerja dia perdekatan dengan water front, jadi cepat-cepat berjalan ke luar pagar taham bas mini ke KK.


Sampai terminal, dah dekat senja.  Tangguh pergi jumpa Ann dulu tapi berlari ke sini.  Ann boleh tunggu kita, senja ini tak boleh tunggu.  Kalau ada peluang datang lagi, suasana dah tak sama.


Sebenarnya dah terlalu letih untuk berjalan lagi, sepupu ajak berjalan ke bulatan todak pun, tak dapat dipenuhi.  Terpacak saja lah di sini menikmati senja.


Mulanya cari port di tempat duduk restoran yang ada kat situ, lari kan diri sebab seorang demi seorang pelayan mereka datang bertanyakan kami sekiranya nak minum atau makan.


Inilah yang dapat kami saksikan petang itu, tak pandai nak capture gambar yang cantik.  Jadi begini saja lah.


Jika kedudukan ketika itu berada di pantai tanjung Aru atau perkampungan atas air, mesti lagi cantik.  Begitulah manusia tak pernah puas.








Senja berlabuh, cepat cari uber or grab nak pergi KKIA.  Flight malam itu delay juga dari jadual asal, tapi Allah atur cantik, sempat naik naik last ERL malam itu ke Putrajaya Sentral.
Wassalam.

Wednesday, 4 October 2017

Pasar Malam Kota Kinabalu


Assalam...
Rindu mengamit nak bertandang ke pasar malam Kota Kinabalu.  Pasar malam di dalam bandar Kota Kinabalu terdapat di beberapa tempat dan dibuka pada setiap malam.  Pasar malam yang menjual bahan mentah dan makanan bermasak terutama makanan laut terletak di sebelah kiri, kanan dan belakang Pasar Kraftangan (Pasar Filipina) dan sebelah Pasar Besar (Pasar Gantung) di Todak Waterfront.  Manakala pasar malam Sinsuran dan pasar malam Kampung Air lebih tertumpu kepada jualan barangan perhiasan dan pakaian.  Sila pastikan tidak tersalah pasar malam bila anda berkunjung ya.



Pelbagai pilihan makanan laut yang telah dibakar, sedia untuk anda buat pilihan.  Jika anda bukan jenis yang terlalu cerewet dan malas nak tunggu lama, makanan laut yang dah siap bakar ini boleh menjadi pilihan.  Peniaga akan memanaskan sebelum menghidangkan kepada pelanggan.


Latok atau rumpai laut, sebagai hidangan tambahan pengganti kepada sayur-sayuran.  Tinggi kandungan kalogen, orang perempuan suka lah nie, boleh awet muda.  Tinggal dipilih oleh pengunjung dan peniaga akan buatkan kerabu.


Selain seafood yang sudah dimasak, turut disediakan yang mentah begini.  Pengunjung bebas untuk memilih dan minta mereka masakkan.


Bagi yang pentingkan kualiti dan kesegaran makanan laut boleh pilih yang masih mentah dan masih murah jika dibandingkan dengan harga yang ditawarkan di restoran.  Harga seafood mentah ada di sediakan mengikut jenis dan berat, harganya termasuk kos memasak. 


Untuk take away, snek makanan laut sebegini paling sesuai.  Walaupun gred atau saiz yang kecil, namun rasanya tetap sedap kerana semua yang disediakan itu adalah segar.


Kami suka berkunjung ke pasar malam yang menjual makanan laut ini, walaupun sekadar minum dan makan kudapan yang kami beli daripada gerai berdekatan.  


Kalau pantai timur terkenal dengan keropok lekor, jika berkunjung ke Sabah jangan lupa cuba pisang goreng.  Kudapan yang sangat digemari di Sabah dan boleh didapati di mana-mana.
Wassalam

Saturday, 24 December 2016

Sabah Road Trip: Daya 8 (Last Day - 22/05/2016)


Assalam...
Sebagai mengakhiri kembara kami selama seminggu, hari last hanya bersantai di pulau yang berdekatan dengan Kota Kinabalu.  Check out dari Angkasa Apartment jam 8 pagi, singgah di terminal bas ekspress Inanam sebelum meneruskan ke Jesselton Point untuk mendapatkan pakej ke pulau.  Kami deal dengan boat operator dan memilih untuk pergi 2 pulau sahaja (Pulau Sapi dan Pulau Manukan), sebenarnya masa ini kami hanya mengikut nasihat mereka, memandangkan ketika itu Pulau Mamutik ditutup sementara untuk kerja-kerja pembinaan.  Memadai kerana kami pun sebenarnya nak cepat dan tidak berhasrat untuk bermandi manda lagi.



Sebelum bergerak ke pulau, sebaiknya cari bekalan makanan dan minuman dahulu.  Boleh je kalau malas nak kelek semua tu sebab di pulau ada cafe di resort yang menjual makanan.  Cuma faham-fahamlah harga pun ikut standard pulau dan resort lah.  Terjumpa kuih ini dijual di salah satu gerai di Jesselton Point.  Dah lama tak makan kuih pasung nie, tu yang sambar beberapa ketul.


Masa yang diperuntukan untuk di setiap pulau adalah 2 jam.  Seperti biasa cuti hujung minggu memang ramai pengunjung dari tanah besar ke Taman Laut Tun Abdul Rahman ini.  Sebab kira kami pun dah sampai lewat memang sukar nak dapatkan bangku yang disediakan dan port yang teduh.


Akhirnya bertenggeklah kami berlima pada satu batang kayu hampir reput dan buka bekalan makanan masing-masing.  Angin laut sudah tidak memberi kenyamanan lagi kerana cuaca yang sangat panas pada hari itu.  Bila dah dapat tempat duduk di bangku terus benamkan diri berehat dan sempat tidur.



Mereka berdua ini saja yang masih ligat beraktiviti, main tanam-tanam dalam pasir.  Orang kata bagus ye terapi ini, tapi waktu yang sesuai nak benam diri dalam pasir itu kena tahu juga bila masanya. 



Tiket masuk yang dibayar di Pulau Sapi tadi, masih boleh digunakan untuk masuk ke Pulau Manukan.  So tidak perlu bayar lagi, sebenarnya tiket itu sah digunakan dalam masa sehari untuk memasuki mana-mana taman dalam kumpulan yang sama iaitu Taman-Taman Tun Abdul Rahman.


Di Pulau Manukan, aktiviti kami pun lebih kurang sama je macam sebelum ini.  Nampak sangat tak ghairah nak menjelajah pulau dah semua, mencari tempat lepak pun hanya di hadapan bangunan pendaftaran masuk pulau.  Senang nak pantau boat bila datang nak jemput kami.  Saya dan en.Abe sempat ke belakang untuk mencari tandas dan surau, agak jauh terserok ke belakang resort jadi sempatlah nak melawat kawasan.



Selamat tiba di Jesselton Point semula lebih kurang jam 3 petang.  Di sini kami berpisah dengan Aireen yang akan balik dahulu ke Kota Belud. 


Tinggal kami berempat, sebelum bersurai kami cadang nak ke Pasar Kraftangan (Pasar Pelipin) dan pasar malam untuk mencari sedikit barang cenderahati.  Selepas beli apa yang patut, kami singgah minum sekejap di pasar malam sebelum hantar Fit menaiki bas di Inanam dan Ann ke Menggatal.


Sambil minum-minum petang terakhir tu,  kami sembang-sembanglah pasal kembara yang sudah terlaksana selama seminggu ini.  Tak sangka, dah sampai ke penamatnya.  Hasil dari sembang-sembang kedai kopi.  Bukan gah sangat pun, namun kami puas hati;
 
"The happiest people don't have the best of everything, they just make the best of everything they have".


Sebab penerbangan kami delay sejam malam itu dan dah siap pulangkan kereta awal, sempatlah kami berehat di surau KKIA.  Saya sempat melelapkan mata sekejap.  Nostalgia tempat ini, tempat saya dulu-dulu bergelandangan dengan kawan-kawan sementara menanti connection flight balik ke kampung masing-masing atau untuk ke Semenanjung.  Menjadi student waiting list untuk penerbangan Malaysia Airline sangat best ketika itu, untung sangat dengan tambang separuh harga, silap-silap boleh dapat tempat duduk business class.  Masih ada kah special discount macam ini sekarang untuk student?.
Wasalam.

Friday, 23 December 2016

Senja Di Api-Api (Kota Kinabalu)


Assalam...
Ini ketika bulan Mei lepas, petang hari terakhir perjalanan selama seminggu sebelum balik semula ke semenanjung.  Singgah minum petang di kawasan pasar malam KK, pilih tempat duduk bahagian belakang supaya boleh tengok laut dan pulau-pulau yang dilawati pada sebelah paginya.  



Nak saksikan senja yang cantik petang itu memang tiada sebab hujan renyai-renyai dari awal petang.  Nasib baik kami dah selamat sampai dari pulau sebelum hujan turun.


Syukur diberi nikmat pandangan dan pancaindera yang dapat melihat dan merasa kebesaran Allah, semoga aku tergolong dalam orang-orang yang bersyukur, menjaga dan berhati-hati menggunakan nikmat itu.


Agaknya ini antara kapal-kapal nelayan yang telah siap menjalankan tugasnya pada hari itu atau sedang bersedia untuk kembali semula ke laut lepas.


Antara peniaga makanan yang sedang sibuk untuk menyiapkan hidangan kepada pelanggan yang berkunjung ke gerai mereka.  Di celah-celah gerai itulah akan ada orang sibuk seperti saya yang mengintai untuk menyaksikan matahari terbenam.


Masih ada yang belum habis urusan petang itu, menghantar bekalan dari laut ke darat mahu pun sebaliknya.  Santai jer mereka ini memijak dan memunggah barangan di tebing batu tu, yang memerhati ini yang ngeri asyik terbayang batu licin, dan terjatuh ke laut.  


Sebab cuaca yang mendung dan hujan yang renyai, kami beredar sebelum magrib dan perlu menyelesaikan beberapa hal lagi sebelum balik ke sangkar masing-masing.
Wassalam.