Thursday 29 September 2022

Harga Ikan Murah Gila di Pasar Sandakan


Assalamm...
Hujung bulan Ogos hari tu balik kampung (Sandakan) menghadiri majlis perkaheinan anak buah.  Setiap kali balik, tempat yang suka nak pergi adalah pasar ikan, tak beli tak apa dapat scan harga pun jadilah.  Sakit hati tengok harga ikannya, murah gila.  Pasar pertama singgah adalah pasar ikan Batu 8 (Bandar Sibuga), biarlah gambar saja yang berbicara, orang tawar ketam sebaldi dengan harga RM20 saya tak mahu sebab punya sakit hati..








Sebelum balik, sempat ke pasar awam Sandakan yang terletak di bandar.  Lihatlah harganya yang saya rasa macam tak masuk akal di zaman sekarang yang segalanya serba mahal.  Tak masuk akal bagi harga Lembah Klang, tapi bagi mereka di sana, memang itulah harga makanan laut di pasar walaupun ada ketikanya harga naik juga. 




 




Ikan-ikan untuk golongan kayangan pun ada cuma tak masuk dalam gambar, harga bawah RM20 sekilo.  Sebab teruja sangat dengan ikan-ikan yang biasa rakyat marhain beli tu yang tumpu ambil gambar ikan tu je.  Makanan laut yang mahal, dapat ambil gambar lobter je.  Tiba-tiba rasa nak balik menetap di Sandakan bila tengok harga ikan murah macam tu.

Wassalam.

Giveaway Suka-Suki Mamapipie

 Assalamm...

Sempat blogwaking kejap tadi tengok ramai kawan-kawan join giveaway mamapipie ini.  Tak silap mama pipie ini bloger dari Sabah lama dah follow blog dia tapi kita lama menghilang jadi mungkin dia sudah bertukar lokasi atau apa.  Marilah join giveaway dia ini yang berlangsung sampai 1 oktober, saja support dan raihkan effort kawan-kawan yang rajin macam mama pipie.


GA%20suka2%20mmpp

Syarat penyertaan mudah aje:

  1. Terbuka lepada semua blogger di Malaysia.
  2. Buat blog post bertajuk "Giveaway Suka-Suki Mamapipie". Tepek banner di atas beserta link ke post ini.
  3. Nyatakan 1 blog post mama yang menjadi kesukaan korang beserta link post tu. Saja mama nak tahu post mama yang disukai. Nak bagi semangat mama naik sikit.
  4. Wajib letak blog http://www.mamapipie.com dalam bloglist korang
  5. Jemput Follow Media Social Mama (tak wajib pun)  || Instagram | Youtube | Twitter | FB Page| |
  6. Tinggalkan link pernyertaan korang di post ini..
Sesiapa yang follow mama kat instagram minta tulis nama instagram korang kat komen. Nanti mama follow back.

Atas tu syarat-syarat yang mama pipie tetapkan, mana yang nak join sempat-sempatkanlah ye.  Syarat nombor 3, tu kira unik juga, kreatif idea mama pipie letakkan syarat tu.  Saya pilih post secara random saja tapi post dia pasal keladi seratah/selatah (Keladi Seratah Favourite Pak Mertua) itu menjadi tarikan pada hati saya.  Mencuit hati sebab ada memori indah berkenaan keladi seratah ini.


Kedua arwah mak dan bapak saya dulu berkebun dan hasil kebun lah sebagai punca pendapatan keluarga, antara tanaman yang bapak tanam adalah keladi seratah/selatah.  Sejenis keladi yang keluarkan banyak ubi dari satu pokok, kadang kalau kami nak makan tak perlu korban satu pokok cukup kais dan ambil beberapa biji ubinya.  Ubi tu direbus lalu makan dengan sambal atau dengan gula.  Satu lagi kenangan ubi selatah/seratah menjadi sarapan kegemaran keluarga angkat saya di Johor.  Setiap kali balik Sungai Balang, Semerah mesti ada satu pagi kami akan bersarapan dengan ubi selatah godok.  Kenangan manis yang sangat indah bila dikenang.  Ah sudah ini enrty giveaway yang nak terkenang-kenang itu kenapa, sebelum melalut baik lah stop dulu.

Wassalam.

Wednesday 21 September 2022

W-W: Bawa Harta Karun Balik Kampung

Assalamm...

Sang petualang (maksud bagi penggembara dalam bahasa Indonesia bukan penderhaka atau pengkhianat bangsa) membawa oleh-oleh berupa pelbagai jenis roti gardenia untuk keluarga dan saudara mara di kampung.  Satu troli hanya roti mereka beli di Mydin.

Sampai KLIA, top up lagi sebab katanya, roti perisa jagung belum beli.  Masa mereka bershopping ria di Mydin tiada perisa jagung.  Ini lah gelagat orang Borneo balik kampung, kedai KK dekat pintu pelepasan domestik tu kejap je stok rotinya habis.

Di dalam setiap beg itu ada mengandungi roti, patutlah bawa luggage besar boleh lepas sebab ringan kan,  sedangkan beg saya selalu overweight.

Sepanjang jalan cerita pasal roti dan sebut nama-nama yang bakal akan dapat bingkisan roti itu termasuk perisa apa.  Semangat mereka nak gembirakan hati orang kampung.

Wassalam.

Saturday 17 September 2022

Pasau Utti / Loka (Puding Pisang)

 
Assalamm...
Alternatif jika nak makan burongko tapi kau tak jumpa daun pisang yang cantik nak dijadikan pembungkus burongko.  Buatlah pasau utti (puding pisang) begini.  Lapisan hijau atas tu nak letak ok tak letak pun tiada masalah, tetap je sedap mungkin kurang sedap dipandangan saja kan.  Apa itu burongko boleh rujuk sini



Kuih ini sedap dimakan sejuk-sejuk, dulu orang tua yang tak suka makan kuih lembik-lembik selalu kata ini kuih bagi orang tiada gigi.  Banyak gigi atau tinggal 2 batang gigi tetap sedap bagi penggemar dessert atau makanan yang manis-manis.  Tahap manis tu sebenarnya kita boleh sesuaikan dengan tahap manis yang kita kehendaki.


Pasau Utti / Loka (Puding Pisang)
Sumber: Hajah Timah
 
Bahan-bahan lapisan pisang
1 sikat sederhana besar pisang nipah / kepok masak
1 kotak santan
4- 5 biji telur
100- 200gm gula (tambah jika suka manis)
secubit garam 

Bahan Lapisan atas
3 sudu besar tepung gandum
1 sudu makan tepung jagung
300ml santan
2 sudu gula pasir
Secubit garam
Sedikit pewarna yang disukai



Cara Penyediaannya
* Sediakan pengukus dan loyang, balut tudung pengukus dengan kain.
* Kupas pisang dan hiris bahagian isi luarnya.  Buangkan bahagian dalam yang hitam (biji pisang).
* Campurkan pisang, santan, telur, gula, garam dan kisar dalam blender.  Kisar sekejap saja.
* Tuang adunan ke dalam loyang dan kukus lebih kurang 20-25 minit.
* Sediakan adunan lapisan atas, campur semua bahan, kacau hingga sebati.  Tapis untuk elakkan petung berketul-ketul.
* Tuang atas puding yang telah dikukus tadi.  Kukus lagi hingga lapisan atas masak.
* Sejukkan puding, potong dan hidangkan.  Sebaiknya sejukkan dalam peti ais lebih kurang 2 jam terlebih dahulu sebelum dihidangkan.


Selamat mencuba bestie.
Wassalam.

Friday 16 September 2022

Pertama Kali Perbaharui Cukai Jalan Di JPJ

 

Assalamm...

Benda jarang-jarang dibuat, walau simple macamana tetap gelabah dan kalut.  Macam perbaharui cukai jalan ini lah, biasa buat di pejabat pos tak pun guna ejen bagi detail kenderaan depa bagi sebut harga, nego sikit-sikit kemudian proceed dan bayar.  Tinggal tunggu cukai jalan dan insurans baru sampai ke tangan, mudah kan.  Itu yang selalu buat untuk kereta, tapi motor sebelum-sebelum ini tuan dia urus sendiri.  Selalu tuan motor perbaharui di pejabat pos, rajin dia beratur.

Sampai JPJ UTC Shah Alam, jadi terkedu mula-mula kena buat apa ini.  Ambil nombor dulu kemudian ke kaunter, pegawai terus bawa ke mesin ini, dan tunjuk cara-cara nak buat.  Masukkan kad pengenalan, masuk detail kenderaan, tiba-tiba skrin tunjuk tidak valid pula.  Alamak pegawai tadi dah balik ke kaunter pula, rileks dulu tapi dalam hati macam tak nak buatlah, terus rasa nak balik dan bagi pada tuan dia buat sendiri.  Dalam dok bercakap sendiri tu, toing dalam kepala tak valid tadi tu mungkin sebab tak beli insurans terlebih dahulu.  Cuba bertanya orang yang jaga 2 kios di depan JPJ tu, mesti ada kaitan kenapa ada kios wujud di situ.

Hahaha, memang betul lah kena beli insurans dulu baru boleh pergi perbaharui cukai jalan di mesin ini.  Adoii benda simple pun saya tak tahu prosesnya, itulah akibatnya kalau asyik suruh orang lain yang buatkan.  Agaknya pegawai tadi terlupa nak bertanya pada saya sama ada dah beli insurans ke belum, terus je bawa ke mesin ini.  Mesti dia ingat saya tahu dah proses macamana kan.  Muka konfiden tu penting walau kau tak tahu sebenarnya....hahaha

Adik yang jaga kios innsurans tu, pelawa nak tunjuk ajar saya guna mesin ini, walaupun saya cakap tadi pegawai dah bagi tunjuk ajar.  Ada rasa ek di situ, mungkin juga sebab dia rasa bersalah buat saya menunggu lama masa buat insurans tadi atau dia dapat detect yang saya ini jenis buat-buat tahu tapi tak tahu..urph.

Senang sangat sebenarnya guna mesin ini, hanya ikut arahan dalam skrin.  Tapi kena ingat walaupun anda adalah wakil untuk buat tugasan ini, kad pengenalan dan kad bank yang valid kena ada untuk slot in ke dalam mesin.  Kes saya tertinggal kad pengenalan dalam kereta sebab guna sebagai kad touch&go nak lalu toll dan parking tadi, terpaksa tunggu adik datang hantarkan.
Wassalam.

Thursday 15 September 2022

GULAI AYAM BETIK MUDA

Assalamm...

Sedang elok jer apabila ada orang jual betik muda dalam group dan ada stok ayam baru beli.  Selalu ada ayam, betik tiada atau betik ada ayam pula lupa beli.  Sampai kesudah mengidam tak habis.  Menu yang lama diidamkan, kebelakangan ini asyik teringat dulu-dulu makan gulai ayam betik muda jika ada kenduri di Sidam.  Selalu mak andak guna ayam kampung atau ayam biru ataupun itik serati, masa untuk masak gulai tu kena lama sikit nak bagi daging ayam lembut.  Lagi lama masak lagi sebati lah rempah tu, gulai pun jadi lagi sedap tambah pula masak guna kayu api, erm perggh nikmatnya.  

Nak tambah nikmat lagi, sisahkan sedikit betik muda tu, rebus dan buat ulam makan dengan sambal belacan.  Berganda-ganda nikmatnya.  Hari tu lepas je kupas dan potong betik, saya terus rebus kesemuanya setengah masak je sebab tak sabar nak makan dengan sambal belacan.  Lebihan betik saya masukkan ke dalam gulai dan masak sekejap saja.

Gulai Ayam Dengan Betik Muda
 
Bahan-bahan
1/2 (700gm) ekor ayam - potong kecil
300gm betik muda/ mengkal - potong
2 sudu besar rempah kari - bancuh dengan sedikit air
2 sudu besar cili kisar
2 keping asam gelugor
1 sudu besar kerisik
300ml pati santan
800ml santan cair
minyak untuk menumis
garam dan gula secukup rasa

Bahan Untuk kisar halus
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit hidup
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
3 biji buah keras
1/2 inci belacan

Bahan Tumis
4 ulas bawang kecil - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
2 pelepah daun kari
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga

Cara Penyediaannya;
* Panaskan minyak dalam periuk, masukkan bahan-bahan tumis.  Tumis hingga wangi dan bawang layu.
* Masukkan bahan kisar dan cili kisar, tumis lagi hingga garing.  Masukkan bancuhan rempah kari dan tumis hingga terbit minyak. Tumis guna api perlahan.
* Masukkan ayam, gaul rata dan biar kecut sebentar. Tuang santan cair, kacau rata dan biar hingga mendidih dan ayam separuh masak.
* Masukkan asam gelugor, kerisik dan pati santan, biar mendidih dan tambahkan garam serta gula.
* Masukkan betik muda, kacau rata dan msak hingga betik sedikit lembut.
* Sesuaikan rasanya dan angkat untuk dihidangkan.

Alhamdulillah sedap kejadiaan yang ini, takpe lah masuk bakul angkat sendiri.  Sendiri masak sendiri puji sebab lama mengidam nak makan kot, adalah bagi ke jiran diorang pun cakap sedap.  Walaupun rasanya tak sesedap hasil air tangan mak andak, at least dah cuba buat sendiri.  Cuma belum dapat dipastikan jika buat kedua kali rasa dia masih sedap atau macamana.

Wassalam.

Buat Passport Untuk Pertama Kali

Assalamm....

Minggu lepas mak mertua minta temankan buat passport, beliau cadangkan ke Imigresen Putrajaya selepas gagal mendapatkan nombor giliran di Temerloh.  Setelah dicongak dengan keadaan sekarang yang katanya setiap cawangan imigresen menjadi tumpuan orang ramai, nombor giliran tu lebih panas daripada goreng pisang, maka kami ke cawangan yang paling dekat iaitu Kelana Jaya. En. Abe pesan pergi awal selepas subuh kalau boleh sebab di situ sentiasa ramai orang. 

Tu dia punya ramainya orang, beratur panjang dan tak keterlaluan kalau nak cakap, jika beratur lurus memang boleh sampai ke plaza tol Subang barisan tu.  Memang ahzab kalau tak sabar, rasanya sekarang semua yang nak renew kena buat online, hanya yang pertama kali, kanak-kanak dan warga emas yang perlu walk-in, tetapi masih sesak.  Baru pertengahan jalan, dikhabarkan nombor giliran untuk hari itu sudah habis (selepas 30 minit pejabat beroperasi).

Tak dapat di sini, kami ke UTC Shah Alam pula, cuba nasib di sana sebab UTC shah Alam buka sampai malam, jam 10 malam.  Sampai sana dekat jam 10 pagi, barisan dah 3 penjuru ke kaunter nombor.  Sikit lagi nak jadi satu pusingan sampai eskalator tu.  Baru 10 minit beratur, dimaklumkan nombor dah habis untuk yang nak buat passport, mereka hanya keluarkan kepada indidvidu yang nak ambil passport yang sudah siap.  Aduhai, memang ramai yang mengeluh kata dah 2 hari datang tak dapat buat juga, samalah kes dengan mak ini.  Dari kampung datang ke bandar, ingatkan senang buat di kotaraya, rupanya indah khabar dari rupa.  Jadi untuk hari itu, kami noktahkan memburu nombor giliran tu, sebab kalau pergi UTC lain pun hanya beroperasi hingga jam 5 petang.  Jom balik jangan buang masa di sini brother yang beratur sama tu cakap, jom kita cari makan perut dan berdendang ria minta diisi.

Keesokkan harinya, mencuba nasib sekali lagi di pejabat Kelana Jaya.  Hari Sabtu buka separuh hari, pergi selepas sholat subuh, sampai sana dalam 6.30 pagi, que dah panjang setengah deret bangunan.  Ada yang tidur situ agaknya. Selang beberapa orang dihadapan untuk sampai ke kaunter nombor giliran (lebih kurang jam 8.15 pagi) pegawai maklumkan nombor habis.  Boleh pegawai tu cakap kenapa datang hari sabtu datanglah hari bekerja lain, abis semalam tu hari apa?.  Malas nak bertekak jomlah balik. 

Adik dan mak balik kampung petang tu try buat minggu depannya di pejabat cawangan lain di Pahang (Raub atau ke Temerloh sekali lagi).  Cuba tanya pejabat Gua Musang, hari Ahad mereka kerja, tapi dimaklumkan memang mereka terima permohonan untuk buat passport, tetapi perlu menunggu 2 minggu untuk dapatkan passport, mesin untuk buat passport tiada di pejabat.  Bertanya pada pejabat Kuala Lipis, dimaklumkan hanya mula menerima permohonan pada bulan november akan datang kerena ketiadaan pegawai di pejabat tersebut dan mereka nasihatkan ke pejabat imigresen Raub atau Cameron Highland.  Hari isnin tu adik dan mak ke Imigresen Raub, Alhamdulillah dapat buat di sini.  Tengahari tu, mak dah dapat dah passport.

Akhirnya dokumen yang dikendaki berjaya di dapatkan setelah beberapa hari percubaan dan dibeberapa lokasi pejabat Imigresen.

Semoga segala urusan dan perjalanan mak mertua dipermudahkan nantinya.  Bakal bermusafir ke bumi anbiya (Mesir) dan ke Tanah Haram melaksanakan ibadah umra.

Wassalam.

Wednesday 14 September 2022

W-W: Bagea Kenari

 


Assalamm...

Bagea ini nama sejenis kuih, beli sebab nampak unik sikit dari yang biasa dijual di luar lagipun yang ini ada diletakkan buah kenari (kekacang yang rasanya seakan-akan kacang badam).  Walaupun dah beli yang dibungkus dengan kemasan biasa dan hanya bagea perasa gula merah.

Keluarkan dari kotak, beginilah isinya dibungkus dengan sejenis daun.  Daun macam daun nipah (daun rokok)  atau boleh jadi daun daripada pokok rumbia (pokok sagu).

Lihat dari rupanya memang tak menarik macam ketulan kayu pun ada.  Tetapi sedap sebenarnya, ada rasa macam kuih bangkit sagu.  Memang ngam dengan secangkir teh atau kopi.

Bagea ini sebenarnya kuih kering tradisi orang minahasa (Menado, Sulawesi Utara) atau Ternate (Maluku Utara).

Menyesal pula beli satu bungkus jer, sebab nak lagi dah habis.  Belinya pula jauh, entah bila boleh pergi sana lagi (shoppee ada jual kot).

Wassalam.