nuffnang_bid = "6d3fefaa2657f8901dfaPages

Showing posts with label Bumi Bertuah Negaraku Berdaulat. Show all posts
Showing posts with label Bumi Bertuah Negaraku Berdaulat. Show all posts

Saturday, 1 April 2017

Lao Mandre: Rojak & Cendol Moden Shah Alam


Assalam...
Cendol dan durian, sapa suka jom kita pergi makan di Medan Selera Delima Seksyen 24 Shah Alam.   Tepatnya di gerai Rojak & Cendol Moden Shah Alam.  Asyik teringat-ingat gambar cendol durian yang kakak ipar hantar dulu, tapi tak pernah kesampaian ke sini.  Kebetulan ada penggemar durian yang asyik mencari bubur durian, jadi kita bawalah dia ke sini.  Order dikaunter, pilih nak cendol yang lagu mana, then settled bayaran dia akan bagi bil dan nombor macam di bawah tu.  Cendol siap mereka hantar kepada kita, cuma kena dengarlah nombor yang dipanggil tu.


Pilihan kami cendol dengan durian D24 dan durian kampung.  Harga mengikut jenis durian dan saiz mangkuk yang di pilih.  Tak pasti pula kalau harga tu boleh turun naik mengikut kebanjiran durian di pasaran.


Harga mangkuk kecil yang guna durian D24 RM18.00, yang durian kampung tu RM12.00.  Nak yang lagi mahal lagi pun ada sehingga RM50.00 semangkuk.  Rasa nak tambah eksessori ke dalam mangkuk Cendol tu pun boleh, nak tambah pulut (pulut warna pink) misalnya.


Kalau tak suka makan durian, jangan risau banyak gerai lain yang menjual makanan selain cendol dan durian.  Macam kami order tambah char koay teow (versi melayu) dari gerai lain.


Jika sampai ke sini lagi, boleh lah try makan rojak dan tahu bakar dia pula.  Buka setiap hari kecuali hari isnin dari jam 12.00 tengahari hingga 12.00 malam.  Hari itu ada baca review orang datang sini kena beratur atau menunggu hampir sejam baru dapat cendol pesanan mereka.  Alhamdulillah rezeki kami hari tu, semuanya lancar saja, tak perlu tunggu lama.  
Wassalam.

Thursday, 3 November 2016

BBQ & Lepak-Lepak Di Morib, Sepang.



Assalam...
Ini dah tak ingat peristiwa bila lepaking di Morib Sepang, tak silap rasanya penghujung tahun lepas (2015).  Lama giler kan ceritanya, yang mengandung pun dah selamat melahirkan.  Alkisah mengikut rakan sekerja en.Abe yang merancang mengadakan bbq di Morib, dapatlah berkenal-kenalan dan memanjangkan silaturRahim.  



Malam tu, kami dapat port yang sesuai dekat dari tempat parkir dan pondok berbumbung.  Tengok gambar atas, berasap kawasan kami kerjakan ketika nak marakkan api yang ditinggalkan oleh pengunjung sebelum tu.  Sebenarnya bara api itu hanya diguna untuk membakar ubi keledek.  BBQ kami guna gas dan grill makanan guna hotplate.



Sos pencicah bbq malam tu adalah seafood sauce extra pedas, black pepper sauce dan bbq sauce.  Sauce adalah lengkap sebab bahan bbq malam tu memang banyak terdiri daripada seafood, daging, ayam, sausage dan burger patties.



Pelbagai jenis makanan telah disediakan oleh tuan/puan ajkk kerana yang janji nak datang lebih daripada 20 orang.  Namun yang mucul hanya 10 orang sahaja.
 



Dah siap bakar-bakar dan grill semua, mari kita makan ramai-ramai bersaksikan sinaran lampu neon di bawah langit terbuka.  Sebenarnya orang perempuan makan terlebih dulu sementara orang lelaki menghabiskan kerja-kerja memanggang makanan lagi.  Baik kan abang-abang tu semua mendahulukan wanita-wanita mereka.
 



Sambil lepak-lepak dan makan-makan, dapatlah menyaksikan bunga api di udara.  Bunga api tersebut dilepaskan dari kawasan Gold Coast Sepang.
 



Sebelum balik kita abadikan kenangan terlebih dahulu, walaupun mata masing-masing sudah rabak.
 


Sesekali outting macam nie layan kan saja... dari duduk di rumah tak buat apa-apa.  Sekurang-kurang boleh ambil angin laut dan melihat gelagat orang.
Wassalam.

Tuesday, 1 November 2016

Terima Sajalah....

Assalam...
Kalau di fikir-fikir kenaikan harga barang mau naik minyak jadinya.  Tapi nak diapakan, terima sajalah.  Kecoh-kecoh pun tak guna, terima sajalah.  Rakyat disaran lebih kreatif untuk menangani kenaikan harga barang.  Ingatnya kreatif, perah minda tu  untuk lebih kreatif.  Jangan banyak mengeluh, mengeluh tak bawa apa-apa.

Harga Baru Minyak Masak

Petang tadi tempat kerja sibuk mencari minyak masak sebelum naik harga.  Sejak minggu lepas lagi sebenarnya isu minyak tak cukup bekalan, nak pergi beli boleh beli 2 paket saja (2 kilo).  Suri rumah bolehlah, kalau untuk industrial boleh buat apa dengan minyak 2 kilo tu, tak cukup nak tampung bontot kuali yang ada.

Ini pula harga baru bagi petrol dan diesel.

Sama-sama kita tunggu, rentetan harga barang yang lainnya yang akan naik.  Sebelum ini baru satu jenis minyak naik, ini kalau dah dua jenis, kesannya mesti lagi kaw kaw.  Kadang benda yang tiada kaitan pun akan naik.  Keep clam, jangan sampai naik minyak ya. 
Wasalam.

Tuesday, 25 October 2016

Naik ETS ke Sungai Petani.

Assalam...
Sekarang ini kalau dengar jer ada saudara atau kawan yang sakit, tak boleh tangguh kena pergi melawat cepat-cepat.  Ambil pengajaran kisah-kisah sebelum ini, sudah ada pengalaman tak sempat melawat, dengar-dengar orang dah takde..... pergi untuk selama-lamanya.  Perasaan terkilan, bersalah dan ralat tu tak perlu nak cakap lagi dah bagaimana rasanya.

Ini perjalanan ke utara Sungai Petani, nak melawat Mak Andak, bermusafir bersendirian jadi fikir kena naik pengangkutan awam saja yang lebih mudah.  Nak naik flight kena turun Penang, jauh pula diorang nak datang ambik.  Bas macam dah selalu sangat.  Nasib teringat yang ETS dah ada sampai ke Padang Besar, boleh lah nak cuba sebab sebelum ini pernah naik dari Ipoh ke KL masa mula-mula dilancarkan dulu (masa tu tak lancar lagi, sekejap-kejap berenti sebab bekalan elektrik terputus).


Saya pilih perjalanan awal pagi dari KL Sentral, harga yang paling murah ke Sungai Petani dengan menaiki ETS Gold, yang lebih mahal lagi pun ada.  Cadangnya memang nak naik ETS pergi dan balik tapi tiket dari SP semua sold out.  Laku keras sebenarnya tiket ETS ini terutama pada hujung minggu. 


Tempat duduk saya dalam gerabak yang terdapat sekali kemudahan cafe dan surau, jadi mudah untuk saya tak perlu jalan jauh atau tercari-cari sarapan di gerabak lain.  Banyak masa saya habiskan lepak di cafe daripada duduk di tempat sendiri. 


Jarang-jarang dapat pengalaman bersarapan sambil menikmati pemandangan di luar seperti ini.  Rasa berbaloi sangat naik train kali ini.


Sambil bersarapan, dapat berkenalan dengan seorang kakak ini, yang datang dari Negeri Sembilan menuju ke Padang Besar.  Satu family melakukan day trip untuk shopping di Padang Besar menaiki ETS.  Wau macam syok jer idea itu, next time boleh  lah try.  


Sebenarnya saya sangat tertunggu-tunggu untuk menyaksikan pemandangan ini.  Pemandangan ketika keretapi melalui tasik Bukit Merah, macam membelah lautan.  Seakan mengimbau kembali kenangan pertama kalinya menaiki kereta api dan dapat menyaksikan pemandangan cantik seperti ini.  Walupun hampir 20 tahun berlalu tapi masih segar dalam ingatan


Ketika itu perjalanan dari KL ke Butterworth menaiki keretapi Senandung Pagi.  Sebab nak sangat merasai pengalaman naik keretapi, maka bertabah lah ketika itu walaupun ada penyesalan dalam hati. Bertolak dari stesen Kuala Lumpur jam 7 pagi dan sampai ke destinasi hanya pada jam 4 petang, faham sajalah keadaan train ketika itu.  


Tak habis melayan perasaan, tak sedar train dah sampai stesen Sungai Petani.  Sampai mengikut waktu yang dijadualkan, rasa macam sekejap sangat lah pula.


Lokasi stesen ETS di SP ini pun sangat strategik sebenarnya sebab berdekatan dengan UTC  Sungai Petani dan Hotel Seri Malaysia.  Jadi kalau selepas itu nak meneruskan perjalanan atau mencari penginapan senang kan, boleh dapatkan bas atau teksi dari sini.

Ketika sampai saya masih berkira-kira nak call diorang datang ambil atau tidak.  Kalau nak merayap di Pekan Sungai Petani pun sempat lagi, tapi rasanya tak perlu kot, sebaliknya nak teruskan adventure lagi.  Cari teksi atau kereta sapu untuk balik ke kampung Sidam Kiri sendiri, buat kejutan pada Mak Andak.
Wassalam.

Segarkan diri Di Sungai Chilling

Assalam...
Tajuk tu macam iklan jual jus buah je rasanya, hari yang kami pergi tu memang cuaca sangat panas lit lit jadi sesuai lah kan tajuk cerita.  Lupa pulak nak cerita pasal pergi tracking ke Air Terjun Sungai Chilling di Kuala Kubu Bahru beberapa bulan lepas.  Ini antara satu daripada persediaan untuk latihan projek Akinabalu kami.  Lama gila kan sebab Akinabalu pun dah selesai.  


Treckking ke air terjun Sungai Chilling memang best lagi-lagi sebab kami bawa diva-diva yang tak biasa main lumpur dan becak ini.  Cabaran dia senang jer, tak cukup diva kalau tak boleh nak pergi tracking masuk hutan.  Nak buktikan betul-betul diva kena ikut masuk hutan.  Lagi pun pergi balik hari bukan kena tidur sana pun. 


Seronok kalau dapat berkhemah macam mereka ini, tinggalkan seketika tilam empuk di rumah dan rasai tidur di dalam khemah.  Untuk berkunjung ke sini, terdapat beberapa peraturan yang perlu di patuhi oleh pengunjung seperti hanya boleh berkunjung pada hari jumaat hingga ahad, perlu daftar nama untuk hiking ke kawasan air terjun, bayar deposit  sebanyak  RM3.00 untuk setiap satu bungkusan makanan dan minuman.



Selesai pendaftaran, buat bayaran dan declare bungkusan makanan yang dibawa baru boleh melintasi jambatan gantung ini (starting point).  Perjalanan bermula dengan melalui denai hingga ke lintasan ke-2.  Ketika di lintasan ke-2 pun sudah sangat teruja dengan ikan kelah yang (jinak-jinak merpati).  Cuma ikan kelah di sini tidak mengigit kaki seperti ikan di Spa Fish Kampung Luanti, Ranau.  Jangan lupa beli makanan ikan di kaunter pendaftaran.


Antara lintasan yang mencabar adalah lintasan ke-3, perlu bergayut pada akar-akar kayu untuk turun dan melintasi sungai yang agak deras alirannya dan batu-batu yang licin.


Kupu-kupu jenis ini banyak berterbangan atas batu pada lintasan ke-3.


Lintasan ke-4 perlu meniti pada batang kayu ini, kalau anda gayat sila tanggalkan selipar atau kasut. 


Kami mengambil masa lebih kurang sejam untuk sampai ke Air Terjun Sungai Chilling.  Sebab ramai sangat manusia di sini, lepas ambil-ambil gambar kami berpatah balik ke kawasan lintasan ke-5 untuk bermandi manda di sana.


Walaupun terdapat deposit dikenakan untuk setiap bungkusan makanan dan minuman, masih ada lagi yang meninggalkan bekas begini di kawasan air terjun.


Ketika kami bermandi manda, terjumpa seekor ikan yang telah mati. Terdapat bekas luka pada bahagian perut ikan seakan ditikam/tercucuk/panah dengan benda tajam.  Siapa lah yang empunya kerja nie. 


Puas berendam lebih kurang sejam, kami pun bergerak balik.  Kemudahan air bersih, tempat salin pakaian, surau dan tandas hanya ada di kawasan entrance.  Kami balik dengan pakaian basah, tetapi sempat kering ketika sampai di kaunter pendaftaran.

Yang paling tak menahan, ada yang pakai sandal heel hiking sampai ke air terjun tu.  Dah nak pergi baru perasaan takde kasut sesuai yang boleh masuk ke dalam air, tu yang terpaksa sarung saja sandal tu.
Wassalam.

Thursday, 22 September 2016

Jalan-jalan sambil Menjamu Mata dan Tekak...


Assalam..
Ekoran tidak dapat makan nasi ambeng masa bulan puasa lepas.  Tekak tu kiranya belum redah mengidamnya, mulut pun asyiklah sebut nasi ambeng warisan yang jual kat bazar ramadhan.  Ini cerita dalam perjalanan ke Teluk Intan, kami sengaja mengikut jalan lama Kuala Selangor - Sabak Bernam - Teluk Intan.  Alasannya kalau lalu highway bosan, ikut jalan lama banyak benda boleh menjamu mata dan tekak lagi pun kami bawa orang yang pertama kali lalu sini.  Bila terpandang resto ini di kawasan Tanjung Karang, bagai pucuk dicita ulam mendatang, haruslah singgah.



Kat sini jumpa tapai ubi, murah je satu bekas tu kalau nak banding harga KL.  Bila sampai Selabak saya bagi tahu  orang sana harga tapai ubi yang dibeli di Tanjung Karang.  Boleh diorang cakap mahal, sebab harga Selabak lagi murah.  



Nasi ambeng pilihan saya set dengan ayam masak kicap.


Adik pula pilih set nasi ambeng ayam masak merah.  Sebaliknya orang yang asyik cerita nak makan nasi ambeng hari itu boleh pilih menu lain pula.  Di pilihnya makan soto ayam, sabar jelah.


Lepas menjamu selera, kami teruskan perjalanan hajatnya nak singgah tengok hamparan sawah padi di Sungai Besar.  Tapi timing tak betul, masa itu orang dah lepas menuai padi, kalau singgah boleh tengok jerami sajalah.


Kawasan sempadan Selangor dan Perak, kami jumpa pula gerai yang menjual nira nipah.  Satu benda lagi yang tak akan dilepaskan untuk dinikmati, beli 3 botol terus.  Sebenarnya kami berdua je yang makan semua benda-benda ala ini, yang lain sebagai pemerhati saja.  Diorang tak suka tak kan nak paksa kan.  Dalam hati orang yang tamak, bestnya, boleh aku makan banyak-banyak seorang hahaha.  Malam dan keesokkan harinya kedua-dua tangan kebas, baru padan muka.  Tapi betul ker gara-gara minum nira tu buat tangan jadi kebas dan sengal-sengal tulang?.. 


Dalam perjalanan tu, banyak juga gerai menjual siput dan mentaram yang beroperasi.  Agaknya sekarang ini ada musim, tapi tak singgah pun sebab dah kenyang lagi pun kalau beli yang mentah takut tak tahan untuk di bawah balik nanti.  Beberapa bulan lepas kami ada ke kawasan ini untuk mencari mentaram tapi sekor pun tak jumpa.  Penjual tu kata selepas gerhana besar hari itu, mentaram tak muncul.
Wassalam.

Tuesday, 2 August 2016

Shelloutku yang Pertama...


Assalam...
Cara makan hidangan sebegini di panggil shell out ya?  Kaedah menghidang makanan yang menjadi trend terkini.  Lauk yang terdiri daripada campuran makanan laut dan yang bercengkerang dihidang secara dilonggok di tengah-tengah meja.  Ada orang kata, shell out tu nama restoran yang mula-mula buat hidangan cara ini kemudian melekat nama tu, walaupun restoran tu nama lain dan di tempat lain.  Kira macam mee segeralah, makan jenama lain tapi still orang sebut makan maggi.  Lebih kurang gitulah mengikut pemahaman saya.  Konsep makan cara begini kalau fikir-fikir macam konsep hidangan nasi ambeng atau makan dalam dulang pun ada.  Trend ini pun cepat tersebar kalau nak tahu dah sampai ke kampung saya pun. Cuma balik hari itu tak sempat pergi mencuba.
 

Ini kami makan di restoran Periuk Belanga Kelana Jaya, mulanya kami datang nak makan soto ayam yang best di sini.  Bila belek-belek buku menu, aik kat sini pun ada buat shell out, itu yang kami cuba tu.  Menu shell outnya dimasak sambal.  Agaknya mengikut konsep restoran itu sendiri yang terkenal dengan hidangan melayu Johor terutama asam pedas.   


En.Abe makan laju lepas itu terus berhenti makan dan order air lagi.  Ingat dia malas nak perisi segala kerang-kerangan tu, tapi sebab dia kepedasan.  Dia memang jenis tak tahan makan makanan pedas, dah cuba banyak kali tapi tak boleh.  Disebabkan tak mahu membazir saya pulun habiskan juga, walaupun air hidung dah meleleh.



Lepas ini, kalau nak merasai nikmat shell out sebenar kena try di tempat lain kot.  Style masak yang lain, western style atau chinese style ker. 

Wassalam.