Saturday 30 November 2013

Latest Recipe @ Le Meridien KL.

Assalam...
Final destination, Latest Recipe  @ Le Meridien. No more question, just take the sit and feel free to take your food.  No worries, boss belanja as for your hard work.  

Atractive like the center piece at the entrance.

Nice to see but didn't taste it

Classic the idea is there

I notice many of them took this items, especially men.


Salads Bar, i took 3 of 7

Choise and cut for your self

Shusi & cold cut side, took little bit

Italian counter, took 1 spoon each

Seasoning for Salad

Indian and vegetarian counter

Took 1 spoon of thee Pilau Rice 

Dim Sum...i like and took this food

Noodle counter

Grill counter, the grilled beef look nice but didn't taste also.

 Big plate of pasta with white sauce, couldn't finish it even the taste was great.

Japanese counter, tengok ada sotong kureta.

Try this one...it's good for those who want a son..try jugak tapi bukan sebab alasan itu, just wanna try the taste...2 pieces enough ueekkk..

 In the middle of eating, some still in main dish, some jump to dessert.  I took more on appetizer and dessert. 

I took this one, good

Grab for this one - Pancake aka lempeng nenek aku panggil

Pencinta masakan nenek, Pancake 2 keping ohh...fill with vanilla custard & maple syrup...ermm so great n yummy for the tummy... 

Yang ini apa ntah..look like cheese stick deep in chocolate

Fruits & Chocolate - not my taste, like the fruit but not the chocolate.

Latte'

Cappucino

Tetap menjadi pujaan hatiku....Teh "O" Panas

Yang ini next time ya.  Too much food, sorry can't get all photo because busy eating. 

Boleh pulak i minta ini as souvenir...hehehe
Thank you so much boss for the lunch appreciation to us.  Next time belanja lagi ya and kalau boleh makan tempat ada banyak bintang2 seperti ini, diri pun rasa diraikan seperti bintang.
Wassalam.

Le Meridien, KL sentral


Assalam....
Teruskan perjalanan ikut signboard dekat tangga tu.  Naik tangga, keluar ke luar kawasan entrance dan berjalan sikit jer ke bangunan sebelah.

Bergerak ke sini, tapi yang mana satu ek?

Akan lalu sculpture ini di luar

 Assemble sekali lagi ker...
 
 Naik lift ke aras yang ditunjuk oleh amoi/sumandak penjaga lift tu...hehehe

Lol kena naik tangga, escalator kecik yang muat-muat untuk seorang, nak bahu membahu tak boleh lah...2 escalator tau bukan 1.


Inilah destinasinya....Tapi ada ape di sini, nak buat apeee?...tunggu jalan sket jer jumpalah nanti...tunggu next..... 
Wassalam.

Syok Ramai-ramai naik LRT

Assalam...
Kami semua (kira-kira 27 orang) nak pergi satu tempat.  Keputusan dibuat semua orang naik LRT dan kawasan assemble di Stesen Kelana Jaya.  Ini kira trip company ker? alamak, apelah kena naik LRT pulak, keta company takde ker? tu antara soksek soksek belakang.  Sesekali tak kisah beb..seronok lagi tak perlu nak menempuh jam.


Waktu assamble 11.15 pagi, dah budjet time untuk sampai ke tempat tujuan 12.00 tengahari.  Masa ini tidak ramai penumpang, lagi pun kami stesen pertama.


Sebabkan keadaan lenggang dalam LRT dan hampir 2 gerabak itu kami yang mendominasi.  Mulalah masing2 wat aksi yang menghuru-harakan keadaan tak kisahkan penumpang lain.



Setelah bergelak ketawa tak ingat dunia, macam LRT itu bapak mereka yang empunya.  Kami pun sampai stesen KL sentral. 

Berkumpul sekali lagi, sebab menunggu 2 or 3 orang yang tadi tertinggal LRT sungguh.  Sambung dengan berjalan kaki ke tempat yang di tuju.  Destinasi tujuan ke mana?..tunggu....
Wassalam.

Masak Lemak Ayam Cara Orang Bugis

Assalam...
Masakan tradisi masyarakat Bugis yang ingin dikongsikan pada entri ini adalah Ayam Masak Lemak Bugis atau dalam bahasa Bugisnya dikenali sebagai Manuk Nasu' Sangtang.

Penggunaan rempah dalam masakan masyarakat Bugis amat minima berbanding dengan masyakarat nusantara lainnya. Mereka lebih kepada penggunaan bahan-bahan tumbuhan semulajadi seperti lengkuas, halia, serai, cili hidup dan bawang.  Jom kita intai resepi yang amat mudah ini.

Perap sekejap saja seperti ini.

Ketiadaan blender dan rasa malas, inilah jadinya bahan-bahan yang patut dilumatkan masih berserabut.  Seelok-eloknya semua bahan2 tu diblendkan aje, biar semua lumat dan boleh bergaul mesra. 

Kentang yang telah dipotong perlu direndam dalam air sejuk untuk mengelakkan menjadi hitam akibat proses oksidasi.

Ayam Masak Lemak Bugis.
Resepi: Mak Mulia

Bahan-bahan
1 ekor ayam - potong kecil-kecil dan perapkan sekejap bersama sedikit;
kunyit
garam
air asam jawa
serbuk lada putih

Bahan untuk ditumbuk lumat
1 ketul Lengkuas 
Halia sebesar ibu jari
2 batang Serai
5 ulas Bawang Merah
3 ulas Bawang Putih

1 liter santan
4 biji ubi kentang - potong empat
500ml air
garam
Minyak untuk menumis
Bawang Goreng.

Cara penyediaannya
* Tumiskan bahan yang telah ditumbuk halus hingga naik bau atau kekuningan.
* Masukkan ayam yang telah diperap sekejap tadi.  Gaulkan rata dan tumis sekejap.
* Masukkan air atau santan cair bersama ubi kentang.  Masak dengan api perlahan hingga ubi kentang dan daging ayam empuk.
* Masukkan lebihan santan, garam dan perasakan.  Semasa menunggu santan masak, perlu dikacau untuk mengelakkan santan pecah minyak.
* Dah masak taburkan bawang goreng.
Selamat mencuba.
Wassalam.

Friday 29 November 2013

Masjid Muhammadi, Kota Bharu Kelantan

Assalam...
Masjid Muhammadi sebelum ini (sebelum tahun 1931) dikenali sebagai Masjid Besar Kota Bharu.  Mula didirikan pada tahun 1867 dengan keseluruhan strukturnya diperbuat daripada kayu.  Masjid ini merupakan tempat ulama terkenal Kelantan iaitu Tok Kenali menimba ilmu dan mengajarkan ilmu beliau kepada anak-anak muridnya.
 

Pada tahun 1922, bermula kerja-kerja pengantian binaan masjid daripada kayu kepada binaan baru.

Ditukar nama kepada Masjid Muhammadi ketika pembukaan secara rasmi oleh Almarhum Sultan Ismail pada tahun 1931.  Acara pengajian masih berterusan s bermula jam 7 pagi hingga 8.00pagi dan dilakukan setiap hari mengikut kaedah Tok Kenali.

Seni bina English pada bangunan menara dan hiasan dalaman masjid.

Lokasinya di Jalan Masjid.

Berdekatan dengan...

Memorial Peperangan Dunia Kedua.

Muzium Islam

Apa benda ala ini? di kawasan memorial perang dunia ke-2, agak2 ape yek...alat perhubungan kot, bentuk seperti setelit...

Dekat dari pintu gerbang yang menjadi simbolik negeri Che Siti Wan Kembang.
Wassalam.