nuffnang_bid = "6d3fefaa2657f8901dfaPages

Monday, 30 September 2013

Laman Grill by Chef Zubir Zain...

nasamulia

Assalam semua...
Laman Grill jauh tak?...Jom gi makan. Tiba-tiba dapat sms ajak kuar gi makan.  Ini sudah bagus.  Tapi mushkil juga Laman Grill tu kat mane?, mesti restoran ada **** gak ini, tak pernah dengar pun...almaklumlah selalu makan kat kedai mamak ngan gerai je....hehehe.

Rupa-rupanya Cik Puan Ana tergoda nak gi restoran ini, sebab tengok dari rancangan Masterchef.  Erm layankan ajelah, lagi pun dia bukan selalu datang sini.


Ini pilihan Cik Puan Ana, New Version Marble Chicken Chop.
nasamulia

My ex-boss punya pilihan, Australian Baby Lamb Foreshank.

nasamulia

En. Nas pilih yang ini Frutti de Mare
nasamulia
 
Then my choice is from the lava stone, Sirloin Steak Air Flown Australia PS Green Fed.


nasamulia

Dessert - Pandan Creme Brulee

nasamulia
 
Memang terbaiklah makan di Laman Grill ini, service cepat dan yang paling best mestilah sedap...Iyelah sentuhan dari orang yang expect semestinyalah perfect kan.  Kata orang hanya jauhari yang mengenal manikam...eisehmen.


nasamulia

nasamulia


Terima kasih kepada Cik Puan Ana, yang belanja kami makan malam tu.  Semoga bertambah-tambah rezeki dan diberkati dunia dan akhirat.
 
nasamulia

Bagi yang hendak mencuba bolehlah berkunjung ke outlet Laman Grill Shah Alam atau cawangan Kajang.  Ini alamatnya.

Shah Alam
G33, Blok 5, Laman Seri Business Park,
Persiaran Sukan, Seksyen 13,
40100 Shah Alam.
Tel: 03-5523 7386.

Kajang Outlet
38G, Jalan Putra 2,
Taman Putra Kajang,
43000 Kajang.

Wassalam.

Buah Apakah Ini?...Cupu..What Cupu?...

nasamulia


Assalam semua...
Ada sesiapa tahu nama sebenar buah dalam gambar ini?...Mulia dah banyak umur tapi baru pertama kali jumpa buah ini...mula2 ingat buah asam gelugur yang orang buat asam keping tu.

Mulia dapat buah ini daripada adik ipar kesayangan.  Dialah yang membawa buah ini dari kampung.  Sebenarnya buah ini dibawa untuk sepupu yang jugak tinggal di kl dan gemar makan buah ini.  Disebabkan ada perkara yang tak dapat dielakkan, buah ini beralih tangan.  Dapat kat Mulia, rezekilah katakan.  Tapi cam orang jakun gak, sebab tak pernah jumpa kan...

Diorang kata namanya buah ini adalah Buah Cupu.  Mungkin buah cupu adalah antara buah-buahan nadir yang tidak berapa dikenali berbanding buah pulasan mahupun rambutan.

nasamulia


Buah ini jenis yang fragile, kalau jatuh dari pokok terhempas terus lebam dan lembek.  Beginilah isi buahnya, isinya berulas-ulas kecil dan setaip ulas ada biji berwarna hitam.  Isinya lembut dan berjus, rasanya pula sedikit masam.
nasamulia

Wassalam.

Friday, 27 September 2013

Phi Phi Island, Krabi Phuket

nasamulia
Yeah...dah sampai Pulau Phi Phi, Krabi antara 10 pulau terbaik di Asia untuk dilawati. 

Assalamualaikum...
Sambung lagi sikit berkenaan phuket yang tak-tak siap.  Macam tak puas hati kalau tak cover semua.  Sesampai di jeti, feri menurunkan penumpang terlebih dahulu untuk mereka yang hendak menginap.  Kami tidak dibenarkan turun, kerana aktiviti baru start selepas ini..

Dah selesai, feri keluar semua dari jeti ke Monkey Beach di sini kami diberi masa 1 jam untuk aktiviti snorkeling. Singkat sangat tak sempat pun berenang hingga ke pantai di tambah pulak dengan bilangan pengunjung yang ramai di kawasan tersebut.



Selepas itu, kami di bawa untuk hoping island di sekitar Pulau Phi Phi...
Terdapat banyak teluk dan pantai yang memang sesuai sebagai spot snorkeling & diving....



Gua yang satu ketika dahulu dipercayai pernah dijadikan sebuah penempatan orang berketurunan Melayu yang berasal daripada Malaya..
Kini dah kosong, tak selamat untuk didiami.



Selesai hoping island feri membawa kami semula ke jeti.  Semua penumpang kena turun untuk makan tengahari di Pantai Charlie.  Masa diberi 2 jam... 


 


Perut memang dah minta diisi sangat-sangat dari tadi, rasa lapar makin bertambah setelah bersnorkeling.  Bila dah lapar semua makanan terasa sedap untuk dinikmati..
Yang paling best tempat makan ini sedepa jer dari pantai, so angin bukan setakat sepoi-sepoi bahasa lagi....



Sempat menikmati keindahan pantai sekejap sebelum kembali ke feri....



 Antara resort yang terdapat di Phi Phi Island
Kepada mereka yang sukakan aktiviti sukan laut dan menikmati suasana kepulauan.. datanglah ke Pulau Phi Phi, pasti lebih terasa nikmatinya jika anda memilih untuk  menginap di pulau ini..
Wassalam.

Kinnaree Elephant Camp, Phuket


Assalam semua...
Kami singgah di sini untuk merasai pengalaman menunggang gajah.  Betul kah istilah menunggang tu?...

Ini list program dan harga yang dikenakan kepada pengunjung.  Siap ada promotion lagi untuk full package...Loll laga ayam dan laga ikan pun ada,,,,:)






Ibu Gajah ini tak tahu kenapa asyik mundar mandir dengan anak dia.  Tengah melatih anak atau meroyan entah?...



Nak cuba pegang senapang dan menembak, jomlah..
Not badlah point brother tu..


Yang ini pun boleh dicuba....
 Wassalam....

Thursday, 26 September 2013

Seni dan Gaya Persembahan Makanan di FHM 2013


Assalam semua....
Pernah tak terfikir... Kenapa agaknya mereka yang makan di hotel atau restoran fine dining kena bayar lebih sedangkan, makanan yang dihidangkan sejemput aje?..Kenapa yek?. 

Teringat kata2 seorang pakcik kat kampung dulu, "celah gigi aku pun tak cukup" kalau beliau disuahkan dengan makanan yang sedikit.

Pinggan dan cukup besar, pelbagai bentuk pulak...tapi alahai makanannya, ketulnya kecik2 aje.  Itulah dinamakan seni dan kreativiti persembahan makanan.  Nilai dan harga tidak diukur berdasarkan pada kuantiti, tetapi pada kualiti, rasa, kesegaran, gaya dan rupa paras makanan tersebut.

Jom tengok gambar2 yang sempat kami shoot pada FHM yang lepas ini.









Trio of Raspberry Swiss Roll parfait, Millie Faville and raspberry veil....namanya

















Rise of the Sea Dragon...






Wassalam...