Tuesday 12 January 2021

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lagi...


Assalamm....
Nampaknya keadaan pergerakan kita akan berulang-kali lah menjadi ketat-longgar, longgar-ketat selagi pendemik covid-19 masih bermaharajalela dan vaksinasi masih belum dilaksanakan.  Alhamdulillah saya sambut dengan baik keputusan kerajaan melaksanaan PKP semula jika itu jalan yang terbaik untuk keselamatan semua. 
 

Bagi saya yang sudah sedia duduk rumah, tiada banyak beza peraturan itu semua, sebab memang kebanyakkan masa di rumah saja.  Keluar sesekali untuk mendapatkan bekalan makanan sejak pendemik ini.  Tetapi kata orang jika berterusan orang berkurung boleh jadi biul dan tak betul, sesekali kena keluar juga nak ambil angin luar.  Kerana nak bertukar angin tu yang orang bandar balik kampung, orang kampung jalan-jalan ke bandar, keluar makan-makan dan bersosial dengan ahli keluarga atau rakan taulan.  Jika tidak memang tepu lah otak kan.
 

Ketika tulis entry berdesup pula masuk mesej kata PM nak buat pengumuman lagi, pengumuman darurat.  Ya Allah ko teguhkan dan tingkatkanlah imanku dalam menghadapi segala musibah ini.  Jom kita baca doa ini banyak-banyak kali dan serahkan pergantungan kita sepenuhnya kepada Allah azzawajala.

Wassalam.

Wednesday 6 January 2021

Sambut Tahun 2021 dengan Cerita Banjir

Assalamm..

Cuti tahun baru 2021 kami putuskan untuk balik ke kampung saja, walaupun sebelum ini ada plan nak pergi jalan-jalan ke tempat lain.  Sambung kemas dan cat rumah sungai yang tak masih berbaki.  Kali ini kena siapkan mengecat supaya adik boleh sambung mengemas barang-barang yang telah dipunggah sebelum dia habis cuti dan kembali bertugas di bumi kenyalang.  Cuaca redup dan gerimis saja ketika itu, plan asal nak balik PJ hari ahad, tapi entah mengapa bos kata nak balik petang sabtu jadi kena pulun siapkan mengecat rumah pagi sabtu tu.  Bawah ayoh dan chek sekali sebab hari isnin ayoh ada temujanji di PPUM, tinggal lah 3 orang adik di kampung.

Ahad pagi adik call dan hantar gambar keadaan air yang semakin naik di sungai dekat dengan rumah  yang kami kemas-kemas semalam.  Masya Allah melihat pada gambar macam keadaan lebih teruk daripada banjir besar tahun 2014.  Jalan ke kebun juga sudah hampir tenggelam.  Adik bertiga berjaya keluar ke Kuala Lipis petang ahad tu sebab Naimah bekerja pada hari isnin.  Hari isnin lepas appoiment di PPUM, ayoh putuskan untuk balik kampung tengahari itu tapi terpaksa berpatah balik semula ke PJ sebab laluan ke kampung ditutup, nak lalu Raub air di Benta masih belum surut, nak lalu Temerloh air di kawasan Lanchang dan Kuala Krau pula makin naik.
Video yang mereka share pada hari ahad 3hb Januari 2021, air masih naik ketika ini.  Isnin naimah kena tidur di tempat kerja tak boleh balik rumah sewa, sebab jalan utama dari rumah dan tempat kerja tak boleh dilalui.  
 
Gambar dan video terbaru yang dapat pagi ini 6hb, air Sungai Cheka dah surut sikit.  Ayoh dan chek dah gerak balik kampung tengahari tadi dengan Nadiah, moga mudah urusan mereka dalam perjalanan balik kampung.  Mereka lalu Raub ke Benta sebab laluan ke Temerloh masih ditutup sepenuhnya.  Harapnya adik yang stuck di Kuala Lipis juga dapat balik ke kampung petang ini jumpa ayoh dan chek.
 


Lepas ini projek balik kampung cuci rumah bekas banjir.  Insha Allah semua berjalan dengan baik dan mudah.

Wassalam.

Tuesday 5 January 2021

Selamat Tinggal Tahun 2020

Assalamm....

Akhirnya tahun 2020 yang penuh dugaan berakhir juga dan berganti dengan 2021.  Ramai yang mengharapkan semoga kisah pedih di tahun 2020 berlalu cepat dan tahun 2021 ini akan membawa sinar bahagia semula.  Saya antara orang yang paling teruja menunggu kehadiran tahun 2020 sejak dibangku sekolah saya berdoa moga disampaikan usia ke tahun 2020.  Sejak kecil saya menjangkakan ianya tahun yang sangat hebat dengan pelbagai kemajuan dibayangkan di media massa dan setiap hari perkara utama dibahaskan adalah wawasan 2020. 

Bayangan 30 tahun dahulu tidak sama seperti yang diharapkan, dan tahun keramat ini berakhir juah dengan dalam keadaan yang sangat mendukacitakan.  Tetapi apa yang perlu difahami adalah 'bahasa tuhan' pada ummat, tahun yang sangat perlu disyukuri kerana kita semua selesai melalui tahun badai.


Tuhan sedang menyampaikan sesuatu kepada kita dalam bahasa yang sangat keras.  Bahasa ujian, perubahan bukan dari segi material seperti mana yang dibayangkan berpuluh tahun yang lalu.  Tetapi perubahan yang lebih bersifat holistik, melibatkan anjakan paradigma manusia secara besar-besaran.  Anjakan yang mungkin perlu untuk manusia sebagai permulaan menghadapi ancaman yang lebih dasyat selepas ini.  Semoga kita semua sentiasa dalam lindungan Allah daripada ujian-ujian dasyat mendatang.

Wassalam.