nuffnang_bid = "6d3fefaa2657f8901dfaPages

Showing posts with label Gadjet Dapur. Show all posts
Showing posts with label Gadjet Dapur. Show all posts

Sunday, 16 November 2014

Acuan Buroncong / Dange / Pukis

Assalam....
Terima kasih pada yang belanja acuan ini dan mr. posmen yang bawa ke mari.  Kalau tengok cop memang jauh datangnya dari Yogyakarta you....uh jauh tu.  Tapi yang ini dibeli dan dibawah dari Sandakan.  Hadiah daripada anak buah Atinurul.   Sebenarnya terpandang satu entry di blog MamaFami tengah mencari acuan ini.  Saya pun tanya pada anak buah kalau ada dijual di sana, bolehlah beli bila balik kampung nanti.  Tau-tau anak buah dah beli dan ditumpangkan pada suami kawan baiknya yang kebetulan nak balik bekerja di KL ini.  
Sebelum acuan ini sampai ke tangan, memang jauh perjalanannya sebab nak pergi ambil tu pun beberapa kali tertangguh atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.  Sanggup meredah hujan, ribut petir untuk pergi mengambil dari mr. posmen.  Terima kasih juga pada kawan baik yang diheret sama untuk berhujan ke Serdang.
Entah bilalah acikmu ini nak rasmi guna acuan ini, duduk bandar ini, kadang-kadang nak jumpa kelapa parut muda pun satu hal.  Mungkin kena rasmi dengan menu lain.  Terima kasih pada semuanya dan moga kalian terus dimurahkan rezeki dan diberkati olehNYA.
Wassalam.

Sunday, 14 September 2014

Magic ke Periuk ini?

Assalam...
Saya ada benda magic ini, orang cakaplah magic, tapi saya tak pernah guna benda magic tu, sebaliknya jadikannya sebagai tukun tiruan.  Perap selama 4 tahun.  Beli dari tahun 2010 beli, baru sekarang nak belajar guna.  Membazir betul saya ini.  Ada benda magic tak diguna....erm betul ker magic?  Katalah saya mengidam nak makan pizza kan, shapp keluar pizza, mengidam nak makan pop corn keluar pop corn.  Kalau mengidam nak anak? Opps benda magic ini boleh buat makanan jer, selain dari itu tak boleh...apedahhhhhhhhh mengarut ini.
Punya yang magic, punya yang ajaib tapi hasil masaknya macam tu jugak, takde inprovement.  pantang orang promote, beli jer.  Siap main kutu ko dapatkan periuk Noxxa ini.  Sebenarnya nak menolong mereka penuhkan korum berkutu jer masa tu, saya kan pantang diajak.  Segala benda teruja betulkah begitu orang-orang yang kumpulan darah B.  Jenis susah nak kata NO!.
Sebenarnya beli sebab nak bagi hadiah kat mak hari tu, tapi mak tak pernah guna, biasalah orang tua mana minat yang rumit-rumit ini.  Lebih suka ngan periuk tanahnya.  Tekan sana tekan sini, saya yang muda sikit pun pening nak fikir nak tekan mana.  Cantik lagi dalam kotak, plastik pun tak buang lagi.  Last dia bagi saya balik, bukan saya yang minta, jadi tak buruk siku lah kan?...Oklah nanti kita belajar main masak-masak ye guna periuk ini..  
Wassalam.

Monday, 31 March 2014

Bila Tenaga Tidak Sehebat Dulu...

Assalam...
Last week saya dengan teman pergi jalan-jalan area Jalan TAR dan Sogo.  Dah lama sebenarnya tak mengunjungi tempat itu, setahun lebih tak silap.  Nak kira jauh tu tak jugak, naik lrt dah boleh sampai, banding dulu boleh naik bas dengan perjalanan selama 4 jam semata-mata datang kawasan ini hendak shopping.    Terkadang balik pada hari yang sama menaiki bas paling lewat 12 malam atau menumpang di rumah kawan-kawan sekitar KL, takpun check in mana-mana hotel budget di area ini.  Kerja gila ker tak gila tu.

Sabtu lepas kami hanya berjalan-jalan di sekitar pasar malam dan berwindow dalam Sogo, tiada cadangan untuk bershopping.  Menaiki lrt dari Kelana Jaya dan turun stesen Masjid Jamek.  Dari Stesen lrt  Masjid Jamek kami mulakan perjalanan dengan menyusuri gerai dan kedai sepanjang jalan menghala ke Jalan Masjid India dan Jalan TAR.  Terlalu banyak benda yang menarik minat untuk menjamu mata di sini.
Untuk menjamu tekak kami singgah pekena laksa dan apam balik di pasar malam lepas itu teruskan misi berjalan-jalan hingga ke Sogo.  Makaii luar dan dalam Sogo pun penuh dengan orang, lagi pulak tengah ada sales.  Saya cuma meronta di level yang menempatkan pakaian wanita dan terus ke level 5 kerana merasa kurang selesa dan sakit di bahagian belakang dan kaki.  Berlegar lagi di kawasan ini kerana tertarik dengan susunatur pelbagai jenis pinggan mangkuk yang nampak begitu menarik dengan koleksi yang pelbagai.
Akhirnya saya tewas jugak dek kesakitan yang melampau di bahagian kaki, pinggul dan belakang, kepala dah rasa sakit menyucuk-nyucuk serta pening.  Terpaksa mencari tempat duduk sebelum apa-apa berlaku sambil menunggu teman saya yang belum habis shopping.  Selepas itu kami berehat melepaskan lelah sambil menikmati makanan di food court Sogo.  
Sambil makan, teman saya itu asyik bercerita berkenaan benda dia jumpa tadi dan yang menarik minatnya untuk dibeli.  Sebelum kami melangkah keluar, teman saya minta temankan dia membeli barang yang diceritakan tadi yang membuatkan saya jugak tewas dan akhirnya ikut sama membeli barang itu.  Keluar berjalan kali ini, saya rasa sangat perbezaan diri berbanding dahulu (hanya dari jam 2.00petang hingga 9.00malam).  Agaknya beginilah rasa bila umur meningkat, tenaga dah tak sekuat orang muda.  Kesannya terasa hingga keesokkan hari.
Wassalam.

Sunday, 30 March 2014

Kenapa I Suka Tupperware??....

Assalam....
I suka dengan Tupperware sebab boleh simpan apa2 barang secara lebih tersusun dan kemas, walaupun kena keluarkan duit yang lebih sedikit untuk mendapatkan sesuatu unit berbanding yang tipu punya.  Yang penting sekali bahan yang digunakan untuk membuat Tupperware adalah daripada polycarbonate yang selamat untuk menyimpan makanan. 

Seperti bekas Garlic Keeper ini, rekabentuk yang boleh dibuat stake up, senang dan menjimatkan ruang di dapur.  Terutama dapur kecil sekangkang kera saya tu, lagipun lut sinar senang nak kenal pasti barang dan monitor, stock tinggal banyak mana.
Satu hal lagi yang saya suka pada Tupperware, part yang rosak (rosak bukan disengajakan) boleh ditukar secara percuma.  Manakala sekiranya part tersebut sudah tidak dikeluarkan lagi sebab terlalu lama (discontinue) pihak Tupperware akan membayar sama nilai dengan part tersebut.  Warranty sepanjang hayat gitu.

Lihat bekas air saya ini, tangkai dan penutup yang rosak, kan dapat baru....so jadilah colour tu warna warni....hehehe, tapi tiada hal benda ni boleh guna lagi.  Warranty untuk tukaran ini bukan hanya pada mereka yang menjadi ahli Tupperware, bukan ahli pun boleh hanya kunjungi mana-mana centre yang berdekatan dengan membawa part yang rosak. 
Wassalam.

Friday, 14 March 2014

Pembuka Tin Tuperware - Selamat dan Bersih

Assalam...
Gadjet dapur yang dah lama terperuk dalam kotak.  Seingat dulu beli pembuka tin ini sebagai hadiah pada mak untuk beliau gunakan.  Namun bila balik kampung tak nampak pulak kelibat benda alah ini di dapur melainkan pembuka tin yang biasa digunakan oleh kebanyakkan suri rumah.  Rupa-rupanya lepas saya buat demo dan balik tu, mak basuh bersih2 dan simpan dalam kotak semula.  Alasan lebih selesa guna yang old fashion, kalau rosak atau karat terus buang dan beli baru, harga baru seringgit dua. Sayang nak guna katanya dahlah mahal takut rosak atau diambil orang...Pulak dahhh..last2 mak bagi semula untuk Mulia guna.  Yelah nak bagi siapa lagi kan, anak dia bukan ramai... 

Nak guna pun senang benda alah ini, cuma letakkan pembuka tin dibahagian atas tin yang hendak dibuka seperti dalam gambar.  Kejapkan pembuka tin dengan cara merapatkan kedua-dua belah pemegang dan pusing tombol atas mengikut arah jam atau lawan jam. 

Ditepi  sisi pembuka tin terdapat satu bahagian seakan sepit untuk grip tin yang telah dipotong. Cara nak grip hanya kejapkan sepit ke tepi tin yang telah terpisah dan angkat...tarraaaaa. 

Tiada lekuk atau serpihan tin yang boleh mencederakan tangan anda.  Pembuka tin menggunakan material polycarbonat dan stainless steel membolehkan ianya senang dibersihkan dan tahan karat..so memang selamatlah kan dari cross contamination.

Bahagian penutup tin yang telah dipotong masih boleh digunakan untuk menutup tin itu dengan sempurna.
Wassalam.

Monday, 10 February 2014

Nasi Goreng Cina Rasmi Kuali Besi

Assalam...
Ini kisah en.Abe mengikut geng-geng masak dia ke kedai cookeries, maka terjumpalah kuali yang sekian lama dicarinya..kuali besi atau cast iron wok dan harga murah pulak tu.  Nak masak cara orang lama katanya..berat oh kuali ini..mak-mak kita dulu-dulu memang guna yang kuali macam ini jer, sekarang dah macam-macam kuali ada dipasaran none stick, magic, yang jimat bahan api telah dicipta..yang bagus dan moden ketika ini....tapi layankan ajelah.

Punyalah semangat perwira berkobar-kobar nak beraksi di dapur.  Balik-balik je, terus bakar kuali, goreng minyak kosong dan sental sehingga kilat.. (petua ini perlu dilakukan sebelum menggunakan kuali baru yang dibeli, bagi menghilangkan sebarang wax / varnish / cat yang terlekat di kuali).  Selepas proses ini en.Abe dengan semangatnya menyediakan Nasi Goreng Cina. Kegemaran en.Abe sebenarnya benda-benda bergoreng ini, tak kiralah nasi goreng ke, bihun / mee / maggi goreng ke.  Saya je yang suka sup dan rebus-rebus ini.

Nasi Goreng Cina
Sumber: En. Abe

Bahan-bahan
1 mangkuk nasi (leraikan)
100 gm isi ayam - potong kiub
3 sudu mix vege
1 biji tomato potong (optional)
3 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
1/2 sudu teh serbuk lada putih
1 biji telur pukul sedikit.
sedikit oyster sauce
garam secukupnya
serbuk perisa secukupnya
minyak masak

Cara Penyediaan.
1. Tumiskan bawang putih, bawang merah hingga wangi.  
2. Masukkan isi ayam, tumis sekejap hingga separuh masak.  Masukkan bahan perasa, sos, mix vege dan telur.
3. Masukkan nasi dan gaul rata.  Gorengkan nasi hingga agak kering dan angkat.
4. Hidang bersama sambal belacan dan keropok udang.

Wassalam.

Thursday, 9 January 2014

Kukusan Mudah dengan Tupperware....

Assalam...
Pertama kali diperkenalkan dengan pengukus ini macam tak percaya boleh guna terus atas air seperti di dalam gambar.  Yang ini adalah brand Tupperware bukan yang tipu punya tau.  Harga Mulia tak pasti berapa sebab yang ini dapat free ketika beli Rice Dispenser ketika itu.  Didatangkan dengan dua tingkat, so boleh kukus banyak-banyak.

Mudah sangat untuk menggunakannya, boleh guna untuk mengukus ikan, pau dan sebagainya.  Hanya letakkan atas kuali atau periuk yang lebar, letakkkan air setakat paras garisan pengukus.
Wassalam.

Friday, 13 December 2013

Bila Ke IKEA.....

Assalam....
Suka sangat sebenarnya datang IKEA ini, walaupun hanya untuk window-window atau membeli karipap.  Cuma yang tak best tu sebab tidak dapat menahan diri dari membeli disebabkan teruja dengan barangan yang dipamerkan.  So macam wajiblah nak grab walau satu barang kan?.


Kalau beli barang yang murah-murah pun, tapi ambil banyak dan pelbagai kan kena bayar banyak jugak. 

Inilah hasil yang dapat di bawa balik....Mari tengok sama ada perlu beli ke idak?

Ini untuk menyimpan garam dan kunyit, sebelum ini guna tupperware, yang macam susah nak buka dengan sebelah tangan.  Kira ini percubaan beli 2 unit dulu, kalau efektif kena tambah unit lagi untuk rencah yang lain.  Jar ini bukan yang jenis kedap udara, so sesuailah untuk garam, kunyit kan?

Mug special untuk kegunaan en.Abe seorang, ada penutup, kalau minum tak habis kemudian boleh minum lagi tanpa dicemari.  Ini yang pertama so perlulah. 

Putih suci ini untuk digunakan sebagai tong sampah.  Ini amat perlu untuk mengantikkan tong sampah yang dah uzur sangat dan menunggu masa.  Kain itu untuk kegunaan sebagai kitchen towel atau handkerchief en.Abe, pakai di tempat kerja.

Mangkuk ini sebab nak suai padankan dengan gelas yang sama design yang dibeli sebelum ini.  Mangkuk lain yang masih belum dibuka dari kotak pun ada lagi.   So yang ini, kalau tak beli pun tak apa. 

Meminjam ungkapan Masa Itu Emas, menjadikan jam ini amat diperlukan.  Ini memandangkan jam yang sebelum ini sudah tidak dapat dibaiki lagi.  Harga jam ini hanya RM2.60 sahaja.  Abaikanlah yang itu sebab tidak semestinya yang murah itu tidak berharga dan bernilai.  Anggaplah jam ini sebagai testimoni.  Testimoni ok, boleh beli banyak2 untuk diletak di setiap sudut rumah even dalam tandas.
Wassalam.

Tuesday, 26 November 2013

Kitchen Gadget


Assalamualaikum...
Membeli sebab betul-betul perlu, terpengaruh dengan iklan, ada harga promosi atau sekadar ikut-ikutan.  Puan2 dalam kategori yang mana yek?..

Mula-mula Mulia tak tahu pun pasal kuali ajaib ini, walaupun dunia surirumah di luar sana sibuk mempromosi dan membahaskannya sehingga ceritanya ditimbulkan oleh mak mertua.  Kemudian ambik tahu macam tu aje...x terfikir pun nak beli satu...cukuplah dengan kuali buntut hitam yang Mulia ada tu..
Bila nampak sendiri orang menggunakan benda ala ini di dapur, baru Mulia tertarik untuk mencuba.  Ada pelbagai jenama dan harga mengikut saiz di pasaran, boleh pesan secara online pun ada.  Yang Mulia beli ini brand cap ayam je kot.  Beli yang sederhana bersaiz 32cm harga pun murah jer dalam RM79.90 ketika berkunjung ke Pengkalan Kubor, Kelantan. Moga-moga lepas ini tambah rajin ke dapur yek....
Wassalam.

Tuesday, 19 February 2013

Simpan Beras guna Tupperware Rice Dispenser...


nasamulia
Tupperware Rice Dispenser - berkapasiti 10.5kg

Assalamualaikum wbt semua,
Nak simpan beras pun kena sekolah ker? Takdelah macam tu, tapi kalau nak beras sentiasa segar dan tahan terdapat beberapa kaedah dan peraturan yang perlu diambil tahu.  Mak nenek kita dulu pun sentiasa memberikan petua berkenaan hal ini.  Mulia nak share kan penyimpanan beras menggunakan Tupperware Rice Dispenser untuk memastikan kesegaran beras.
Beras kebiasaannya di simpan di dalam kontena atau balang tembikar,  ketika beras dicedok dengan cawan dan sentuhan dengan tangan yang basah akan mencemarkan beras dan mengakibatkan pembiakan bubuk beras.  Berikut adalah ciri-ciri khas yang boleh didapati pada rekaan unik ini.
. Rekabentuk laci yang unik, cara mudah mengeluarkan beras.
. Lebih bersih, mengelakkan sentuhan tangan yang tercemar.
. Sistem FIFO (first in first out), beras lama dikeluarkan dahulu.
. Sekali tarik mengeluarkan anggaran 1 cawan beras (150gm).
. Saiz yang mudah diletakkan di kaunter dapur.
. Boleh menyimpan 10.5kg beras, sesuai untuk kegunaan seisi rumah.
nasamulia
Tarikkan Laci untuk mengeluarkan beras.
nasamulia
Sekali tarikan mengeluarkan tetap secawan beras (150gm)
nasamulia
Kesegaran terkawal; beras lama akan digunakan terlebih dahulu.

Tingkap memudahkan semakan baki beras.
Tip-tips untuk mengelakkan bubuk beras;
. Tarikkan laci sekurang-kurangnya dua kali sehari untuk menggerakkan beras, menggelakkan bubuk beras daripada membiak.
. Tuangkan beras lebihan balik ke dalam bekas dengan serta merta.
. Pastikan beras kering dan tanpa tanda bubuk sebelum dimasukkan ke dalam bekas.
. Jangan gaulkan beras berbubuk dengan beras baru.
Unit ini boleh didapati melalui dealer Tupperware atau berkunjung sendiri ke Distribution centre berdekatan dengan harga RM288.00 (harga untuk Semenanjung sahaja).  Kalau nak diskaun yang menarik kenalah jadi member dengan yuran RM70.00 dan boleh nikmati pelbagai lagi keistimewaan di samping menjana pendapatan.
Wassalam.