Sunday, 26 May 2019

Pokok Kurma

Assalam...
Makan buah kurma/tamar/date dah biasa, kenal jenis-jenis buah kurma yang ada di dunia ini pun dah pernah baca dan rasa.  Lebih-lebih lagi bulan ramadhan sekarang ini, memang banyak dijual dan pelbagai jenis.  Orang Malaysia sinonim makan kurma ketika bulan puasa saja, manakala di negara Arab mereka jadikan kurma sebagai hidangan harian.  Kali ini dapat jumpa pokok kurma sebenar, mestilah gembira, lama nak ambil masa baru dapar jumpa dan berkenalan dengan pokok kurma walaupun buahnya sudah dinikmati puluhan tahun.  Rakaman gambar pokok kurma ada dalam entry ini sebahagiannya yang kami jumpa di ladang kurma di Madinah, pokok kurma di sekitar Masjid Quba dan perkarangan Masjid Bir Ali.

Sekali pandang macam pokok kelapa sawit jer kan, takdelah heran bila ada yang anggap ini pokok sawit sebab yang mereka selalu nampak pokok sawit.  Ladang sawit di Malaysia ini kan merata negeri ada, tapi rasa pokok sawit tak setahan pokok kurma yang boleh hidup di kawasan padang pasir dan hanya perlukan sedikit air.


Pokok kurma mula berbuah selepas 4 ke 7 tahun penanamannya dan boleh mengeluarkan hasil sehingga 10 tahun lamanya.  Itu normal bagi keadaan cuaca yang sesuai, tapi kalau tanam di tempat kita ini belum tahu lagi  bagaimana hasilnya.


Pokok kurma yang terletak di sekitar masjid Quba, Madinah.


Cantik juga jika dibuat sebagai tanaman hiasan landskap halaman rumah.  Mereka yang ada halaman luas tu boleh lah mencuba.


Subhana Allah, daripada pelepah halus hijau begini dapat mengeluarkan buah yang manis dan sangat banyak berkhasiat pemakanan untuk tubuh manusia.  Antara kekuasaan Allah yang tak mungkin kita didustakan. 


Tandan-tandan kurma baru mula mengeluarkan putik bunga dan buah.  Tak jumpa pokok kurma yang ada buah matang, bukan musim dia masa tu.

Sekarang tengah hangat orang cerita pasal tuak (nira) kurma, katanya ada petani di Kelantan yang buat.  Belum pernah rasa lagi selain nira nipah dan kabung, pasti manis dan sedap juga agaknya.
Wassalam.

2 comments:

  1. Kat Malaysia pun dah banyak pokok kurma

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete