Saturday, 4 May 2019

Take a Break: Jalan-Jalan Kuantan

Assalam...
Selalu asyik tertangguh dan terganggu ketika plan nak pergi ke Kuantan, sebab tu kali ini tak cakap kat siapa-siapa terus jer pergi, balik kerja setengah hari sabtu kemas barang dan pergi.  Dalam perjalanan baru inform pada yang berkenaan kata outstation eh, itu pun ada jer yang tanya buat ape pergi sana? Eh suka hati orang lah kan nak pergi mana.  Tak tahu kenapa saya elergik sangat dengar soalan macam tu.

Tempat pertama yang dituju adalah TC (teluk Cempedak), katanya orang kat sini best, ramai orang.  Memang ramai orang dan padat, monyet pun boleh tahan juga terpaksa korbankan bekalan buka puasaku untuk sang monyet.


Tak berlama-lama di TC sebab nak pergi dinner ikan bakar terlebih dahulu di Tanjung Lumpur sebelum check in hotel yang kami dah tempah siap-siap.  Buka puasa tadi dengan air masak serta buah potong.  Sandwich dan tortilla wrappedku telah dikebas si monyet ketika berjalan dijambatan.


Walaupun terlambat ikut berjemaah subuh di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah pagi tu, sekurang-kurangnya dapatlah sesuatu untuk halwa telinga.  Terdapat 6 perkara yang mengalahkan dunia antaranya adalah makanan yang lazat, anak yang sholeh, isteri sholehah, perkataan yang baik, akal yang sempurna dan badan yang sihat.


Sedang elok balik dari masjid, sarapan dah terhidang di hotel.  Sarapan dia taklah segah mana hotel bukan yang banyak bintang pun, tapi nasi lemak dia sedap.  Alhamdulillah, cukuplah nak lapik perut pada waktu pagi tengah hari nanti kan nak ke Tanjung Lumpur mentekedarah lagi.


Lepas breakfast dapatlah rehat sekejap sebelum sambung jalan-jalan lagi.  Dekat tengah hari baru kami check out, lagi pun keluar awal-awal pagi sangat kedai tak buka lagi.


Pit stop pertama untuk hari ini adalah mencari kedai kek, tawaf 2 kali juga di sini sebelum jumpa kedai yang dimaksudkan.  Jadikan menara itu sebagai panduan, betul-betul berdepan dengan menara yang dalam pembinaan di kawasan Esplanade Kuantan.

Waktu dekat tengahari ketika berada di kawasan Esplanade, memang panas lit lit lah.  Sekadar scan tempat dan beredar dari sini, jika ada plan nak menyusur sungai Kuantan kena book dengan bot nelayan tetapi lebih baik dalam group yang ramai boleh tong-tong harganya.  Ada gerai-gerai tapi semua tutup, tak beroperasi pada hari ahad atau memang dah tutup, tak tahu lah.


Dari semalam berkira-kira nak berkunjung ke satu lagi pantai, rasa tak puas hanya berkunjung ke TC.  Berkira-kira nak ke pantai sebelah utara, di Beserah, dalam masa yang sama nak pergi ke Tanjung Lumpur lagi.  Keputusan muktamad, ada pit stop utara yang kami kena gugurkan sebab nak sampai KL sebelum magrib lagi pun petang ahad selalu jem di highway Karak.


Jadi kita pergi ke Pantai Sepat saja ambil angin, kedudukan pantai ini bawah sedikit dari kawasan Tanjung Lumpur tu.  Ambil angin tapi jangan sampai kembung sebab selepas ini nak pergi makan, kita nak cari pais ikan patin. 

Ikut carian pak google, nak rasa pais ikan patin (sebutan mereka paeh - jangan bunyikan hurus 'S' dibelakang) dia rekemen ke restoran Mabiq yang terletak dibeberapa tempat di Kuantan, Pantai Sepat dan Tanjung Lumpur.  Mabiq ini sebenarnya singkatan untuk Mahaad Bahasa dan Ilmu Al-quran dan salah satu kaedah mereka nak kumpul dana pembiayaan pengajian anak-anak mahaad tu dengan membuka restoran. 


Kami makan di Mabiq 2, berdepan dengan hospital KPJ Pahang.  Waktu tu memang ramai sangat orang tengah makan tengahari, tapi takdelah sampai tak dapat meja kan.  Semoga dengan makan di sini dapat membantu sedikit sebanyak pihak pengurusan Mabiq, makan sambil beramal gitu.  Jika ada yang nak beli pais frozen, ada di jual di sini.  Sebenarnya lauk di Mabiq banyak jenis lagi selain pais ikan patin, tapi kami hanya nak cari yang ini jadi fokus dengan pais sahaja.

Ok Kuantan, sampai jumpa lagi, banyak lagi tempat tak pergi dan banyak benda nak dicuba.  Insha Allah akan kembali lagi.
Wassalam.

No comments:

Post a Comment