Showing posts with label Kundasang. Show all posts
Showing posts with label Kundasang. Show all posts

Tuesday, 5 February 2019

Akinabalu @ Gunung Kinabalu

Assalam...
Awal bulan January balik kampung Sandakan, ambil penerbangan awal pagi.  Seperti biasa kalau dapat tempat duduk tepi tingkap memang seronoklah, tetapi sepanjang perjalanan dari KL sebelum itu memang akan tidur, maklum berjaga dari tengah malam semalam.  Dapat tidur 2 jam lebih dah memadai nak segarkan diri bila sampai nanti.  Selalu naik kapal, jumpa nombor tempat duduk, duduk, fasten seat belt dan start belayar, mendahului pilot  take off. 


Jelik-jelik mata dah nampak bumi Borneo, dapat lihat si sebelah hujung atas kawasan Karambunai, Teluk Sepanggar, UMS, Menggatal dan Inanam.


Lepas beberapa ketika nampak ketulan hitam, besar tu, hati dah berbisik riang itu Gunung Kinabalu.  MasyaAllah dah lama sangat tak nampak pemandangan ini. 


Semakin dekat, memang pasti itulah Akinabalu, pilot pun turut beri announcement, bagi mereka yang sedang tidur sila bangun dan buka mata anda.  Gerak orang sebelah sebab yakin dia mesti tak pernah lihat pemandangan ini walaupun dah pernah sampai di atas puncak itu.


Sebenarnya dah lama sangat nak lihat lagi pemandangan ini, mungkin sebab selalu tersilap pilih tempat duduk kot.


Alhamdulillah hari ini ada rezeki dapat tengok dari dekat.  Lambai-lambai pada pendaki yang ada di atas tu, (perasan macam nampak lah).  Jika dilihat pada jam waktu itu, mana ada pendaki dah kat atas tu, dah dekat jam 9 pagi waktu yang tak sepatutnya ada pendaki di atas puncak.


Ketinggian yang melepasi awan, jika pro photographer pasti lebih cantik gambar Akinabalu yang dapat diambil.  Ni sehabis cantik yang saya dapat ambil dengan camera phone cap ayam saya.


Cuaca sangat baik dan bersahabat pagi itu, Akinabalu menunjukkan dirinya, walhal jika pelawat berada di bahagian bawah (Kundasang) jarang Akinabalu perlihatkan kecantikannya.  Selalu malu-malu bah dia betapuk dibalik awan. 


Gunung Kinabalu semakin jauh tertinggal di belakang.  Selepas itu start pula buka mata mencari kampung dan bumbung rumahku.


Alhamdulillah selamat mendarat, cuaca mendung di Sandakan ketika itu.

Saya kena take note - jika perjalanan menuju Sandakan, nampak pemandangan Gunung Kinabalu di sebelah kiri, memang tak akan nampak bumbung rumahku.  Nak nampak bumbung rumah kena duduk di sebelah kanan. Penerbangan balik selalu sebelah petang atau last flight, jadi dah gelap atau malam memang tak nampak apa, jadi sambung tidur sampai landing di KLIA nanti. 
Wassalam.

Thursday, 27 December 2018

Kundasang War Memorial

Assalam...
Taman peringatan ini didedikasikan untuk memperingati peristiwa Kawat Maut Sandakan - Ranau yang dilakukan oleh tentera Jepun ke atas askar tahanan perang dunia Ke-2 (Australia 1,800 orang dan British 6,00 orang) dan juga orang tempatan yang telah memberi bantuan kepada mereka.  Dalam taman ini terdapat taman-taman yang dikhaskan sebagai mewakili negara asal askar yang terlibat, seperti Taman English, Taman Australia, Taman Borneo dan Taman Renungan.  Kundasang War Memorial adalah sebagai perhentian terakhir dalam siri laluan POW route yang bermula di Sandakan, terdapat beberapa hentian lagi yang telah ditandakan seperti di Nalapak dan Pialugan.  



Ada sedikit bayaran kepada pelawat untuk masuk ke taman ini.  RM10.00 tu bukan untuk seorang tapi untuk kami satu group plus kamera.


Sebelum memasuki taman terdapat ruang yang menempatkan kisah, coretan, sejarah pewujudan dan pentadbiran taman.  Pengurusan taman turut menyediakan tayangan video untuk pengunjung lebih faham akan kisah POW route ini.


Taman Autralia, taman yang kita akan jumpa mula-mula.


Lest we forget, plak gangsa untuk peringatan Kinabalu Kundasang dan Australia, direka oleh artis Ross J Sabastian (1998).  Peta grafik adalah gambaran laluan perjalanan pawai kematian daripada kem tahanan di Sandakan ke Ranau.


Taman English yang bertemakan bunga ros dan pokok pine.


The Contemplation Garden (Renungan) terletak di tingkat atas sekali dilengkapi dengan tiang pagoda dan kolam.  Di dinding taman menempatkan nama-nama tentera yang terlibat.


Batu peringatan yang terletak di hujung Taman Renungan mengabadikan catatan pilu oleh Nelson Short.  Neslon Short adalah tentera (Australia) yang berjaya melepaskan diri di Ranau ketika Kawad Maut Kedua.


Nama-nama askar tawanan perang (British, Australia dan tempatan) yang terlibat tercatat pada panel marble warna hitam itu.


Di penghujung Taman Renungan ada laluan untuk ke anjung tinjau.  Dari sini boleh nampak pemandangan perkampungan Kundasang dan Gunung Kinabalu. 

Peristiwa POW route merupakan peristiwa terburuk terhadap tahanan perang  dalam sejarah bagi tentera Australia oleh tentera Jepun ketika Perang Dunia ke-2.  Dengan demikian diadakan Dawn Service pada setiap tahun 25 April,   di Sandakan Memorial Park sebagai tempat permulaan POW route.
Wassalam.

Tuesday, 25 December 2018

Desa Dairy Farm, Kundasang

Assalam...
Desa Cattle ini tempat wajib pergi jika sampai Kundasang kata orang, bukan saya yang kata tapi saya pun dan mengikut kata itu.  Tak salah pun kalau tak pergi tapi jom kita ramai-ramai sokong industri pelancongan tempatan, siapa lagi yang nak sokong jika bukan kita sendiri kan.  Tu harga charge masuk, tetapi sekarang rasa harga dah berubah, ini harga zaman gst, now dah zaman sst.


Langit cerah dan panas terik ketika kami sampai waktu tengah hari, tetapi masih nyaman dengan cuaca pergunungan.  Dulu pernah tinggal hampir 2 minggu di kawasan ini, apa yang saya perhatikan cuaca di sini cepat berubah-ubah.  Jika panas pun, awan tu macam pantas jer bergerak bagi redup.


Begitu juga pemandangan gunung Kinabalu dari Desa Cattle sekejap boleh nampak jelas puncaknya sekejap lagi terlindung oleh awan tebal.  Macam main cak-cak gitu.  Tetapi jika musim hujan memang sukar nak lihat puncak Kinabalu.


Daripada entrance tak nampak lagi seekor lembu, so supaya tidak kecewa ambil gambar dulu dengan lembu batu ini.


Di sebelah belakang bangunan rupanya mereka menyorok.  Yang ni baru keluar dari tempat pemerahan susu, penat gamaknya lembu-lembu tu lepas derma susu isi perut dulu untuk pulihkan tenaga.


Pokok hiasan yang cantik, kalau tanam kat tempat panas bagaimana agaknya tumbesarannya.


Tempat perah susu lembu, tak kena timing masa kami sampai.  Penat lembu tunggu rombongan cik kiah tak sampai-sampai, lembu-lembu pun keluar jelah meragut rumput.


Selalu pun memang kat sini jelah tempat last point kami, makan gelato.  Sebenarnya ada lagi tempat yang boleh dilawati, tempat bagi makan anak lembu dan tempat proses susu. 


Kegemaran saya ice cream yogurt tak perlu letak topping.


Jenis-jenis cheese yang dihasilkan oleh Desa Cattle.  Tak berapa gemar makan cheese jadi tengok saja lah.


Pokok rosemary di tepi tiang sebelum masuk ke dalam bangunan Desa Cattle.  Baru-baru ini pergi, pokok itu masih ada di sana memang ditanam sebagai hiasan dan herba.

"Mari bah kita pergi Sabah, maju sudah bah tu tidak juga kami tinggal atas pokok macam kamu urang fikir itu".
Wassalam.

Wednesday, 19 December 2018

Putu Pesse (Putu Palu)

Assalam...
Putu Pesse (pesse maksudnya tekan-tekan) ada juga yang mengenalnya sebagai putu palu, salah satu kuih tradisi suku Bugis.  Kuih paling senang untuk disediakan jika ada stock tepung beras pulut sangrai dan hanya menggunakan bahan asas gula serta kelapa parut.  Kuih ini ada sedikit bau macam hangit sikit tetapi sedap lemak-lemak manis.  Sukatan bahan agak-agak saja mengikut citarasa dan seeloknya guna kelapa muda.


Penyediaan tepung beras pulut putih agak mengambil masa untuk disediakan dan perlu disediakan lebih awal.  Bermula dengan peroses merendam beras pulut putih, menjemur dan sangrai hingga keperangan.  Selepas disangrai perlu dihaluskan (blend) terlebih dahulu sebelum digunakan atau dicampur dengan kelapa dengan gula.  Penggunaan gula boleh pilih gunakan gula merah atau gula pasir, jika orang lama lebih suka menggunakan gula kabung.


Putu Pesse (Kue Palu)
Sumber:  Kak Soda

Bahan-bahan
Tepung beras pulut sangrai
Gula merah
Kelapa parut
Secubit garam 

Cara Penyediaannya.
* Campurkan ke semua bahan hingga sekata.
* Acu menggunakan acuan kesukaan.  Tekan-tekan (pesse) kuih hingga padat dalam acuan dan keluarkan.
*  Sedia untuk di hidangkan.

Puas rasanya dapat makan kuih ini, sebab memang dah lama sangat tak jumpa orang buat.  Lepaslah geram ngap beberapa biji.
Wassalam.

Wednesday, 26 September 2018

A Day To Remember - Day 5 (26/09/2016)

Assalam.
Waktu untuk kami check out daripada homestay sudah tiba.  Keluar lewat sikit hari itu (dekat tengahari) sebab Rinna dan Aerin akan berpisah dengan kami dah lepas ni.  Mereka akan balik terus ke KB dan KM.  Tinggal kami ber-5 yang nak jalan-jalan lagi di Kundasang sebelum patah balik ke KK petang itu juga.  Kami nak pergi tengok lembu dan singgah di War memorial sebelum balik ke KK.   


Cuaca cerah memberi kami pemandangan indah berlatarbelakangkan Akinabalu dari pintu masuk ke Desa Cattle.  Macam tak percaya dua hari lepas kami berada di atas puncak itu.  Garisan-garisan putih tu adalah bekas kawasan runtuhan ketika gempah bumi.


Sebab tiada lembu yang kelihatan, bergambar sajalah dengan lembu batu tu.  Sebenarnya waktu meragut rumput dan kawasan ada waktu yang telah ditetapkan.  Proses memerah susu lembu pun dah selesai ketika kami sampai, hanya dapat makan ice cream yogurt dan minum susu saja.  Ok jom kita balik jauh lagi perjalanan. 


Kaki yang sakit tidak menghalang semangat kami untuk mendaki anak tangga di Kundasang War Memorial.  Bukan setakat taman sebelah bawah, sampai ke taman renungan/ tinjauan /perhatian (garden of contemplation) paling atas kami daki.


Tree words to success
Just 
do
it - Mr. Seeve Charuruks
Orang yang bertanggunjawap mengelolakan pelestarian Kundasang War Memorial sebagai projek persaraan swasta.


Singgah gerai sayur, beli sedikit buah tangan untuk kak Atik di Petagas.  Terima kasih sudi tumpangkan barang saya di peti sejuk beku di rumah.  Barang kiriman makcik Caya yang dibawa oleh Fit dari Tawau.


Banyak gerai jual durian di sekitar Kundasang dan Ranau.  Memang musim durian kot waktu itu, sampai kami pun dapat makan dari sedekah orang. 


I came, 
I climbed,
I conquered..... 4,095.2M


Bagi lah can diorang nak beli medal tu, sebenarnya medal ini hanya layak dibeli oleh orang yang berjaya sampai ke puncak.  Pihak Taman Kinabalu tidak jual untuk semua pelawat.


Selepas menyelesaikan apa yang wajib di Kinabalu Park petang itu, kami bergerak untuk balik ke Kota Kinabalu.  Malam ini semua stay di Kota Kinabalu sebelum balik ke sarang masing-masing keesokkan hari.  Mereka bergilir bawa kereta sementara saya dan Fit sambung tidur, sedar-sedar dah nak masuk bandar KK.


Kami sampai KK dekat waktu maghrib, terus ke Pasar Kraftangan (Pasar Pelipin) sebab Aiman dan Zaini nak beli sedikit buah tangan untuk orang rumah dan kawan-kawan.  Seperti biasa kami cuma tolong teman dan jadi tukang ttolong tawar harga.


Zaini pula hanya beli makanan, nak pilih yang pack kecil dan paling ringgan katanya.


Nampaknya Aiman sedikit keliru nak pilih hadiah untuk isteri tercinta.  Minta tolong saya carikan barang yang sesuai untuk isteri dan anak perempuannya.  Zaini, awak kena belajar ye untuk hal-hal begini walaupun nampak remeh temeh, lagi satu sebab awak suka travel jadi nak beli jiwa dan hati sebelum ditinggal-tinggalkan kena bagi hadiah setiap kami bali dari berjalan. 


Masing-masing tak beli banyak sebab semua travel dengan bagpacker saja.  Esok saya jugalah yang kena beli luggage sebab nak angkut balik daging payau (uishh pecah rahsia), bukan selalu orang bagi ambil sajalah.  Acara beli-belah siap, kami duduk minum-minum dulu di pasar malam sebelah pasar kraftangan sementara menunggu sepupu aiman datang ambil mereka.


Tinggal kami ber-3 selepas berpisah dengan Zaini dan Aiman.  Sebelum check in, kami pergi klinik dulu hantar Fit buat check up, kerana dia masih mengaduh sakit dada dan nafas laju sejak sesak nafas di atas gunung hari tu.  Harap tiada apa-apa yang serius.
Wassalam.