Monday 27 May 2019

Lao Mandre: Tamara Restaurant & Cafe, IStanbul

Assalam....
Restoran Tamara & Cafe, tempat tour guide bawa kami untuk makan dan berehat sementara dalam siri lawatan singkat di Istanbul.  Majoriti kami nak makan nasi, maka pihak resto berbesar hati untuk menyediakan nasi menggantikan roti.  Walaupun kami hanya sehari di sini tetapi kami mendapat 3 kali hidangan nasi.


Walaupun hidangan utama berunsur nasi, tetapi mereka tak lupa hidangkan roti juga.  Boleh cicah dengan sup yang diberi.  Setiap hidangan mereka memang sertakan sup panas setiap seorang cuma roti tu dalam bakul kita share lah.


Ini pinggan sarapan pagi kami, nasi dengan ommelete.


Teh turki yang pekat dan sedikit kelat.  Saya letak gula yang banyak tuk hilangkan rasa kelat tu dan dilute dengan air mineral.


Sarapan biasa untuk orang turki cukup dengan sepinggan begini, harus ada jeruk buah zaitun, telur, keju dan potongan sayur-sayuran.  Kita yang dah biasa makan nasi dan gulai memang sekali boleh lah, masuk kali ke-2, mesti nak cari nasi.


Amenities dalam resto memang superb, bilik air paling best, bersih berkilat.  Cuaca sejuk tak membataskan ke bilik air walaupun kena menahan kesejukkan dari air paip semasa bersuci. 


Lokasi Tamara Restoran ini tak jauh dari Blue Mosque dan kawasan Dataran Sultan Ahmet di mana terletaknya tugu-tugu tinggalan sejarah hippodrome.  Kira kawasan tourist, jadi faham-faham saja lah harga barang-barang yang jual di sini.


Galery jualan yang terletak bersebelahan dengan Tamara menjual pelbagai barang hiasan seperti barangan kaca, porceline dan lampu.  Cantik kan ukiran pada pinggan mangkuk tu.


Ok, mari beralih ke hidangan makan tengahari kami.  Sup and salad sayur sebagai appetizer.


Minuman karbonat turut diberikan.


Nasi dan ketulan isi ayam panggang untuk makan tengahari kami. 


Cili flake sebagai penyelamat rasa hidangan yang kurang pada mereka yang memang tekak melayu dan tak boleh diubah.  Sabor jer lah pelayan resto tu layan kerenah group kami, ramai yang minta tambah cili flake tu.  Cepat jer habis semua orang sebab cili tu mereka tabur dan gaul dengan nasi. 


Kurdan (turkish) = toothpicks (english) = pencungkil gigi (malay).


Hidangan ke-3, merangkap makan malam kami dihidangakan awal kerana kami akan bergerak awal ke airport.  Mereka yang tak sempat jama' di blue mosque tadi,  putuskan untuk bersholat di surau airport saja sambil berehat.  Ramai yang dah start demam sebenarnya akibat perubahan cuaca dari panas ke sejuk.


Kali ini rotinya nipis dan lebar.


Pinggan nasi kali ke-3 bersama kebab.  Tak ingat kebab tu ayam atau daging.  Kali ke-3 ini nampak dah ada yang tak makan hidangan dalam pinggan mereka.  Saya tetap jer berselera habiskan semua tu, sebab tak nak kelaparan di airport menunggu flight tengah malam nanti.


Kemal pasa tatlisi (sebutannya kemalpasa tatlise), tour guide Mukmina yang bagi tahu nama dessert ni.  Ramai yang tak makan, mungkin kenyang atau tak suka, tapi saya dan shima sangat suka.  Apa lagi kami pulun kutip kat meja kawan-kawan yang tak makan dan bungkus bawa balik, konon nak makan dalam flight perjalanan balik KL nanti.


Group photo depan Tamara sebelum menaiki bas ke Airport.  Terima kasih sediakan makanan 3 kali dalam masa kurang daripada 24 jam kami singgah jalan-jalan di Istanbul. 

Sebenarnya boleh lagi nak berlama-lama kalau nak jalan-jalan, tapi semua kepenatan jadi minta di hantar ke airport secepatnya, pilih nak rehat kat airtport sebelum tiba masa penerbangan tengah malam nanti.
Wassalam.

Sunday 26 May 2019

Pokok Kurma

Assalam...
Makan buah kurma/tamar/date dah biasa, kenal jenis-jenis buah kurma yang ada di dunia ini pun dah pernah baca dan rasa.  Lebih-lebih lagi bulan ramadhan sekarang ini, memang banyak dijual dan pelbagai jenis.  Orang Malaysia sinonim makan kurma ketika bulan puasa saja, manakala di negara Arab mereka jadikan kurma sebagai hidangan harian.  Kali ini dapat jumpa pokok kurma sebenar, mestilah gembira, lama nak ambil masa baru dapar jumpa dan berkenalan dengan pokok kurma walaupun buahnya sudah dinikmati puluhan tahun.  Rakaman gambar pokok kurma ada dalam entry ini sebahagiannya yang kami jumpa di ladang kurma di Madinah, pokok kurma di sekitar Masjid Quba dan perkarangan Masjid Bir Ali.

Sekali pandang macam pokok kelapa sawit jer kan, takdelah heran bila ada yang anggap ini pokok sawit sebab yang mereka selalu nampak pokok sawit.  Ladang sawit di Malaysia ini kan merata negeri ada, tapi rasa pokok sawit tak setahan pokok kurma yang boleh hidup di kawasan padang pasir dan hanya perlukan sedikit air.


Pokok kurma mula berbuah selepas 4 ke 7 tahun penanamannya dan boleh mengeluarkan hasil sehingga 10 tahun lamanya.  Itu normal bagi keadaan cuaca yang sesuai, tapi kalau tanam di tempat kita ini belum tahu lagi  bagaimana hasilnya.


Pokok kurma yang terletak di sekitar masjid Quba, Madinah.


Cantik juga jika dibuat sebagai tanaman hiasan landskap halaman rumah.  Mereka yang ada halaman luas tu boleh lah mencuba.


Subhana Allah, daripada pelepah halus hijau begini dapat mengeluarkan buah yang manis dan sangat banyak berkhasiat pemakanan untuk tubuh manusia.  Antara kekuasaan Allah yang tak mungkin kita didustakan. 


Tandan-tandan kurma baru mula mengeluarkan putik bunga dan buah.  Tak jumpa pokok kurma yang ada buah matang, bukan musim dia masa tu.

Sekarang tengah hangat orang cerita pasal tuak (nira) kurma, katanya ada petani di Kelantan yang buat.  Belum pernah rasa lagi selain nira nipah dan kabung, pasti manis dan sedap juga agaknya.
Wassalam.

Saturday 25 May 2019

Istanbul Aku Singgah: Ominonu Misir Carsisi

Assalam...
Sambung lagi cerita kawasan kompleks masjid Yeni dan bazaar Mesir ini.  Di kawasan luar tu ada kawasan lapang yang luas, yang dijadikan kawasan perhimpunan, ada gerai-gerai penjaja dan tempat mendapatkan pengangkutan awam.  Dari sini dekat dengan jeti untuk mereka nak mendapatkan cruise belayar di Selat Bosporus.


Semasa kami sampai memang lengang tak ramai orang lagi, awal pagi kan.  Sampai terus menuju bazaar dan kawasan deretan kedai di belakang bazaar rempah.


Beberapa kawasan di kompleks ini sedang dalam proses membaiki pulih termasuk masjid jamek Yeni.  Kawasan-kawsan itu memang tak boleh nak masuk lah, tetapi selamat jer nak bersiar-siar di sekitarnya.


Teksi kuning yang biasa nampak dalam tv jer.


Diseberang selat adalah kawasan Istanbul baru (new Istanbul) kena lalu jambatan nak menyeberang ke situ, tapi group kami tak pergi pun.  Tengok dari sipi-sipi cukuplah.


Roti simit tu makan yang hangat-hangat topping dengan caremel memang sedap tambah pula dalam suhu yang sejuk.  Setengah tempat kalau nak beli tu diorang tolong hangatkan dulu.


Selepas keluar daripada baazar, sudah banyak gerai-gerai yang menjual roti, jagung bakar dan buah berangan beroperasi di kawasan lapang ini.


Besar-besar buah berangan dia.


Kestane (buah berangan), memang agak mahal kan, di tempat kita pun sama mahal buah berangan panggang.  Tapi sebab nak makan, beli jer dengan diri sendiri jangan lah kedekut, daripada kempunan nanti tak merasa sampai ke sudah.


Orang semakin ramai di kawasan ini, macam nak buat konsert pun ada.  Mereka dengan semangat jerit-jerit guna pembesar suara, dah lah tak faham apa yang diorang cakap, gerun juga lah.  Baik kita blah cepat, tour guide kata mereka tengah buat kempen untuk parti politik, sebab dah dekat nak pilihanraya.


Air laut selat Bosporus warna silver dari biasan cahaya matahari pagi.  Selat Bosporus merupakan selat yang memisahkan laut Hitam dengan laut Marmara dan juga pemisah antara Istandbul (Turki Asia) dan Istanbul (Turki Eropah).


Lepas bersiar-siar di kompleks baazar, kami di bawah balik ke tempat rehat sementara / restoran untuk makan tengah hari pula sebelum lawatan seterusnya.
Wassalam.

Friday 24 May 2019

Kueh Bangkek Tradisi Bugis, Original Resepi

Assalam....
Hari tu, dah buat entry pasal kueh bangkek yang salah satu bahannya menggunakan campuran tepung jagung.  Kali ini nak kongsikan resepi original dalam menghasilkan kueh bangkek hanya menggunakan satu jenis tepung iaitu tepung gandum.  Bagi saya kedua-dua hasilnya tetap sedap, ranggup, rapuh dan masih menggekalkan penggunaan kelapa parut goreng.  Enjoy berbangkek sama ada nak guna resepi yang ini atau yang di sini



Kueh Bangkek Tradisi Bugis
Sumber: Hjh Hayati

Bahan-bahan
10 biji telur
1 cawan minyak
1kg gula pasir
2 biji kelapa parut putih, sangrai keperangan
1 camt soda bikacarbonat 
Tepung gandum secukupnya (+- 2 kg)


Cara Penyediaannya
*  Sediakan kelapa parut, goreng hingga keperangan.  Jangan goreng hingga hitam seperti nak buat kerisik.  Ramas ketika masih panas untuk haluskan kelapa tersebut.  
*  Pukul telur dan gula hingga kembang (putih), tambahkan soda bicarbonat.
*  Masukkan minyak dan kelapa goreng yang telah diramas.  Gaul sebati.
*  Masukkan tepung gandum, uli adunan sehingga tidak melekat di tangan.  
*  Canai atas plastik yang telah di oles minyak masak.  Bahagian atas juga dilapisi dengan plastik.
*  Adunan di canai agak nipis tidak seperti biskut biasa.  Terap menggunakan corak acuan kegemaran dan susun ke dalam loyang pembakar yang telah dioles minyak terlebih dahulu.
*  Tips-sebaiknya jangan campurkan tepung gandum sekali gus ke dalam adunan.  Uli sedikit demi sedikit hingga adunan tidak melekat di tangan dan boleh dicanai.  Bila adunan telah habis di canai dan diterap, baru uli adunan yang selebihnya.  
*  Bakar adunan hingga masak (permukaan kekuningan), gunakan api sederhana lebih kurang 15 - 20 minit.  Sentiasa awasi api agar kueh tidak hangit.
*  Angkat dari loyang dan biarkan sejuk sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.

Sebahagian kecil deretan balang berisi pelbagai jenis kueh kering yang telah sedia untuk diedarkan untuk musim raya tahun ini.  .

Sesiapa yang berminat untuk merasa kueh bangkek bugis, boleh hubungi Puan Mia / Hjh Yati di talian 010- 933 2619.
Wassalam.

Sunday 19 May 2019

Istanbul Aku Singgah: Mesir Baazar (Misir Carsisi)

Assalam...
Kita jalan-jalan jauh sikit sampai ke Baazar Mesir (Misir Carsisi).  Hari ahad waktu Istanbul, Grand Baazar yang sangat terkenal tu tutup.  Bagus juga lah tour guide kami bawa ke sini saja lagi pun waktu persinggahan kami sangat terhad, takut kalau lepas masuk ke Grand Baazar ada yang tak jumpa jalan keluar nanti.  Almaklum lah dalam group kami ramai makcik-makcik yang suka shopping, melontar sana sini banyak sungguh duit depa. 

Baazar ini dibina pada kurun ke-17 dan dikenali sebagai pasar rempah atau pasar orang Mesir, terkenal sebagai pusat perdagangan rempah ratus sejak zaman dahulu.  Kedudukannya berhadapan dengan laut, dan selat yang sibuk menjadikan tempat ini sangat sesuai sebagai pusat perdagangan rempah ketika dahulu.

Tak tahu kami masuk ke baazar melalui pintu mana satu, tapi saya fikir itu adalah pintu utama kerana berdekatan dengan ruang lapang dan Masjid Jamek Yeni yang sedang dalam proses membaikan.  Walaupun jalan masuknya tak semengah mana, namun bila sudah berada di dalam baazar mata dijamu dengan pemandangan yang sangat wow dan cantik.


Kami sampai hari tu awal pagi, kedai baru buka dan sebahagian yang masih tutup atau memang tutup pada hari minggu.  Bahagian yang mula-mula kami masuk ni kebayakkan peniaga menjual manisan, rempah dan barang cenderahati.


Susun atur rempah dan manisan begitu teratur dan menarik.  Peniaga pun peramah sangat bagi penerangan tentang produk yang mereka jual siap bagi kita rasa lagi.  Masa pergi tu RM tengah merosot 1 lira bersamaan rm4, so takdelah nak membeli banyak, cukup beli makanan saja. 


Manisan khas Turki, mengancam semuanya jurujual pula semua baik, panggil-panggil suruh try.  Saya try yang saya suka saja lah yang dibuat daripada buah delima dan bunga rose. 


Memang sangat teruja lah tengok manisan dia, macam-macam bentuk.  Yang display macam ini dijual timbang kira manisan gred premium yang nie.  Bentuk cendawan butang ini pun antara yang menarik.


Bangunan baazar ini bentuk L, setelah berjalan sampai ke hujung patutnya kami belok ke arah kiri tetapi keluar dari situ sebab nampak ada pintu keluar ke belakang.  Di belakang tu lagi meriah dengan restoran, kedai jual pakaian, cenderahati dan pelbagai kelengkapan.  Jumpa brother jual fresh jus, dapatlah saya try jus delima fresh dari sebiji delima besar dengan harga 5 lira.  Syukur dapat rasa jus fresh yang mereka perah depan kita guna alat khas tu.


Kami habiskan waktu berjalan-jalan saja disekitar kedai di belakang baazar sambil minum jus dan makan roti turki yang masih hangat.  Manakala kawan yang lain sibuk bershopping.


Sampai satu kedai yang menjual t-shirt, rupanya geng-geng kami ada juga di situ tengah memborong.  Kami pun beli lah sehelai dua t-shirt buat kenangan, saya tak berapa teruja akan shirt-t tapi teruja melihat segala pinggan yang ada corak dan lukisan tangan.


Masa yang ditetapkan telah sampai, mari kita keluar dari sini dan berkumpul semula di kawasan lapang mula-mula tadi.  Kami mengambil jalan ke arah kanan dan keluar di hujung bazaar.  Di sebelah sini ada taman kecil, ada tempat duduk untuk berehat-rehat dengan air pancut serta hiasan bunga tulip yang baru nak mekar.  Taman ini di sebelah belakang masjid jamik Yeni bersebelahan baazar yang menjual tumbuhan hiasan. 

Tak boleh berlama-lama di taman ini sebab kami kena on time untuk menaiki bas dan balik ke restoran.  Sayang sebab tak jumpa tempat ini awal-awal tadi, walaubagimanapun syukur dapat juga jejak kan kaki ke sini.
Wassalam.