nuffnang_bid = "6d3fefaa2657f8901dfaPages

Showing posts with label Soppeng. Show all posts
Showing posts with label Soppeng. Show all posts

Wednesday, 1 March 2017

Permandian Alam Citta, Soppeng


Assalam..
Tempat permandian alam ini tidak lah besar seperti sungai atau air terjun dalam hutan atau rimba rekreasi.  Uniknya lokasi Permandian Alam Citta terletak di tengah-tengah kawasan perkampungan yang bernama Desa Citta, Kecamatan Citta, Kabupaten Soppeng.



Sumber mata air Citta terdapat di bawah rimbunan pokok-pokok ini.  Pokok asal yang sangat besar tempat terbitnya mata air telah pun mati dan berganti dengan anak-anak pokok daripada pokok yang asal.  Istimewanya sumber mata air ini tidak pernah kering walaupun pada musim kemarau. 


Puas meneropong ke dalam lubang aliran air untuk melihat lokasi tepat mata air tersebut.  Namun hampa sebab terletak jauh ke dalam di sebalik akar kayu.


Sumber air yang sangat jernih dan sejuk.  Kami perhatikan orang yang berada dihulu mandi dengan menggunakan shampo dan sabun, bekas atau buih sabun / shampo tersebut  sangat cepat meneutral semula.   


Kolam pertama yang paling hampir dengan sumber mata air.


Beberapa buah pam air yang diletakkan oleh penduduk kampung untuk menyalurkan bekalan air bersih ke rumah mereka.  Terdapat juga perusahaan yang membekalkan air mineral sumber daripada air Citta untuk pasaran tempatan.


Pondok rehat yang disediakan kepada pengunjung, semasa kunjungan kami hari itu, tiada group pengujung lain (kemungkinan bukan hari cuti) melainkan beberapa orang kampung yang datang untuk mandi dan membasuh pakaian.  Di sebelah bawah belakang pondok disediakan beberapa buah kolam yang lebih besar untuk menampung jumlah pengunjung pada waktu puncak.


Rumah-rumah tradisional penduduk yang terdapat di Desa Citta. 


Salah satu sumber tanaman yang diusahakan oleh penduduk di desa ini adalah penanaman tembakau.  Jika kena pada waktu panen tembakau, pengunjung dapat melihat aktiviti pengolahan tembakau secara tradisional oleh penduduk tempatan.


Di desa ini juga terdapat kawasan perkuburan lama yang menempatkan Makam Ikajao Datu Citta (Raja) dan keturunannya.


Pengurusan dan pengelolaan kawasan dikendalikan sendiri oleh penduduk tempatan dan terdapat sedikit bayaran yang dikenakan kepada pengunjung masuk ke kawasan Permandian Alam Citta.  Bayaran tersebut tidak dikira mengikut per kepala sebaliknya mengikut group atau jumlah kenderaan pengunjung. 
Wassalam.

Tuesday, 21 February 2017

Villa Yuliana, Soppeng


Assalam,
Terletak dia atas bukit di tengah Kota Soppeng di dirikan sebuah Villa oleh pemerintah Hindia Belanda ketika itu sebagai simbol kecintaan mereka kepada ratu mereka iaitu Ratu Wilhelmina.  Dikatakan jugak villa ini didirikan pada tahun 1905 untuk menyambut kedatangan Ratu Belanda (bernama Yuliana, anak kepada Ratu Elmina) ke Sulawesi Selatan tetapi peristiwa itu tak pernah terjadi.
 

Reka bentuk bangunan berpadukan ciri reka bentuk eropah dan tempatan.  Dipercayai juga villa ini merupakan bangunan kembar seperti istana ratu yang terdapat di Belanda, cuma dalam skala yang kecil.  Ketika zaman pemerintahan Belanda, villa ini dijadikan sebagai tempat persinggahan pegawai tertinggi Belanda. 



Villa ini masih mengekalakan struktur asal binaannya sejak seabad yang lalu, kecuali bahagian bumbung yang telah berganti.  Begitu juga dengan warna bangunan yang masih dikekalkan kepada warna asalnya warna putih dan hijau.


Walaupun pernah terbiar dan tak berfunsi selama 35 tahun (selepas kekalahan Hindia Belanda di Indonesia), struktur asal villa ini masih kukuh.  Hanya dilakukan kerja-kerja penambahbaikan terhadap bumbung dan mengecat semula.


Villa ini dibina bersetentang dengan kediaman Arung Soppeng (Raja) di tempat yang lebih rendah berbanding kedudukan Villa Yuliana. Sebagai simboliknya bahawa mereka sentiasa ingin bertindak sebagai penguasa yang sentiasa ingin berada di kedudukan yang tinggi.



Kolam kecil di hadapan villa, khasnya di kawasan taman sebagai salah satu ciri rumah bangsawan dahulu kala.


Villa ini telah ditukarkan menjadi muzium pada tahun 2008.  Disebabkan kami datang ketika itu terlalu awal pagi untuk melihat kelawar yang bergantungan di pokok, tak dapatlah nak masuk ke dalam itu. 




Pemandangan dari arah hadapan Villa Yuliana, jika cuaca baik, akan nampak kawasan pergunungan dan perkampungan di sekitarnya.



Sinar mentari pagi, ketika itu musim kemarau dan cuaca yang sangat panas.


Jika ada rezeki berkunjung lagi, boleh lah masuk usha bahan sejarah apa yang tersimpan dalam muzium itu.
Wassalam.

Saturday, 29 October 2016

Manggarai' (Sambal Ikan Tamban Kering)


Assalamm...
Sambal tradisi bagi masyarakat yang mendiami Kabupaten Soppeng di Sulawesi Selatan.  Ketika mula-mula mereka tanya sama ada ingin mencuba sambal manggarai, dalam kepala otak adalah sambal mangga kot, sebab bunyi dekat-dekat sama dipendengaran.  Ternyata jauh panggang dari api manggarai itu adalah ikan tamban kering.  Ikan tamban tu pula kering dan keras tetapi tidak masin.



Ini adalah bahan asas untuk menyediakan sambal manggarai.  Perlu dibakar di dalam bara api.


Setelah dibakar,  buangkan semua kulit luar ikan tamban, bawang dan buah keras.



Sambal Manggarai (Sambal Ikan Tamban Kering)
Sumber: Petta Jume / Kak Soda


Bahan-bahan
5 ekor ikan manggarai (ikan tamban kering)
4 biji buah keras
4 biji bawang merah
cili padi
sedikit garam
sedikit minyak


Cara Penyediaannya
*  Bakar ikan tamban kering, bawang merah dan buah keras di dalam bara api (buah keras dan bawang tidak dibuang kulit luarnya).
* Setelah dibakar, kupas dan buang kulit bawang, buah keras dan (sisik) ikan.
*  Tumbuk ke semuanya bersama cili dan sedikit garam sehingga lumat.
*  Tuangkan sedikit minyak (paling sedap guna minyak kelapa yang baru masak) dan kacau rata.
*  Hidangkan bersama nasi atau pulut.




Sambal ini sangat sedap di makan bersama dengan nasi panas.  Kalau jadi bekal pergi ke sawah sangat enak, tidak perlukan lauk lain kata mereka.
Wassalam.

Saturday, 24 September 2016

Soppeng, Kota Kelawar..



Assalam...
Soppeng merupakan kabupaten di provinsi Sulawesi Selatan, lokasinya terletak lebih kurang 180 km dari Kota Makassar.  Kedudukannya di kawasan berbukit dan berada pada ketinggian 200 meter dari paras laut serta tidak memiliki pantai, namun sumber mata air semulajadinya di Lejja, Citta dan Ompo yang menjadi tarikan pelawat untuk datang berekreasi di daerah ini.  Burung kakak tua merupakkan sebagai simbol rasmi untuk Kabupaten Soppeng.  Namun itu tidak menarik minat kami untuk mengetahui lebih lanjut.  Yang menjadi minat kami adalah kehadiran mahkluk kecil yang bergayutan pada pokok asam di dalam kota (Watansoppeng). 



Kehadiran kelawar yang bergayutan di pokok asam di dalam kota bukan merupakan fenomena baru.  Ia telah wujud sejak berzaman lamanya dan mahluk ini mendapat perhatian daripada pihak berkuasa dan terdapat akta khas yang diperuntukan untuk melindungi kelestarian kelawar.  Pokok yang menjadi tempat habitat (terutama pokok asam jawa) turut dijaga dengan baik.


So jangan ada sesiapa yang berani untuk menganggu habitat kelawar di sini, akibatnya anda mungkin akan merengkok di dalam penjara.


Yang menariknya ketika waktu menjelang senja, koloni kelawar ini akan berterbangan di ruang udara Wattansoppeng dan menjelang pagi esok mahluk ini akan kembali bergayutan di dahan pokok semula.


Masyarakat tempatan menganggap kehadiran kelawar ini sebagai penjaga kota.  Mahluk kecil ini juga dianggap sebagai pembawa maksud tersirat tentang sesuatu yang bakal berlaku di daerah itu, sekiranya koloni ini meninggalkan kota dalam jangka waktu yang lama.  Menurut ceritanya koloni kelawar pernah meninggalkan Watansoppeng dan tidak lama selepas itu terjadi kebakaran besar dan serangan musuh (ketika zaman perang). 


Deretan pokok-pokok asam jawa di kawasan kota yang menjadi tempat habitat kelawar yang dikenali sebagai panning oleh masyarakat tempatan.


Bertambah unik, koloni kelawar lebih memilih untuk bergayutan di pokok asam sekitar kediaman rasmi Datu Soppeng (Raja).



Mari dengar suara kelawar pada waktu pagi di Kota Soppeng, Sulawesi Selatan.


Wassalam.