nuffnang_bid = "6d3fefaa2657f8901dfaPages

Sunday, 31 May 2015

Strawberry...

Assalam....
Singgah di ladang dan memetik strawberry, antara aktiviti dalam perjalanan balik dari lawatan ke kawah putih.  Kawasan tanah tinggi di daerah ciwidey dengan cuaca yang sejuk merupakan kawasan penanaman sayur-sayuran dan strawberry.  Terdapat banyak kebun persendirian yang menawarkan aktiviti bebas memetik sendiri strawberry dengan mengenakan bayaran kepada jumlah berat strawberry yang dipetik.  Kebun yang kami singgah mengenakan bayaran 60,000 rupiah untuk sekilo strawberry.
Gambar atas tu sebenarnya kebun orang lain, hanya bersebelahan dengan kebun strawberry tempat kita orang singgah dan petik strawberry.
Bila tengok kebun strawberry dan cara tanaman ini ditanam, mula nak berangan nak buat tanaman macam ini.  Nampak mudah kan? kalau buat kaedah tanaman fertigasi mesti menjadi.  Tetapi yang penting cuaca kena sesuai kan.
Beberapa pokok dalam satu polibag.  Ini masih panggil polibag lagi ker?, besar begnya dan macam guni (karung) tepung ataupun gula.
Bunga strawberry, tempat stigma warna kuning tulah terbentuk buah strawberry.
Kelopak bunga yang mula tertanggal / gugur memberi ruang kepada putik buah membesar dan berkembang.
Putik buah strawberry yang terbentuk dan semakin membesar berwarna hijau pekat.
Hanya sebiji buah yang terbentuk daripada sekuntum bunga strawberry.
Buah yang masih muda, semakin membesar dan warna hijau pekat bertukar kepada hijau keputih-putihan.
Terdapat juga buah strawberry yang terbentuk tidak begitu sempurna dan size yang kecil.
Nak mencari buah yang bersaiz besar dan merah pekat itu, terpaksa kena belek satu-satu pokok strawberry.  Kemungkinan telah dipetik oleh pelawat sebelumnya.
Nah, sudah kedapatan si sumandak makan strawberry.  Orang petik masuk bakul, dia petik terus masuk mulut.
Wassalam.

Jom Main Game!!!

Assalam....
Sebelum itu tarik nafas dalam-dalam dulu 1, 2, 3. 
Ok Jom Mula;
.
.
.
.
1. Assalamualaikum.  
Baca ini.  Lompat ke nombor 5.
.
.
.
.
2. SubhanaAllah Wa Bihamdih! 
Lari ke nombor 8.
.
.
.
.
3. Laa ila ha illa Anta Subhanaka Inni kuntu minaz Dzalimiin.  
Ermmm...dekat nombor 7 lah.
.
.
.
.
4. La ilaaha illallah.
Kejap-kejap, dah dekat dah.  Go to number 9.
.
.
.
.
5. Wa'alaikumussalam.
Pergi kat nombor 2.
.
.
.
.
6. Lahaula Wala Quawata illa Billah Hil Aliyil 'Azim.
Singgah ke 4.
.
.
.
.
7. SubhanAllahal'adzim.
Sabarnye awak. Jap ye.  Pergi nombor 12 dulu.
.
.
.
.
8. Allahuakbar!
Pindah ke nombor 3
.
.
.
.
9. Alhamdulillah'ala Ni'matil Islam.
Dah dekat! Pergi kat nombor 13.
.
.
.
.
10. Astagfirullah al'adzim! Istigfar. Jangan Marah.  Awak tahu jawapannya nanti.
Pergi jumpa nombor 6.
.
.
.
.
11. Alhamdulillah. Awak dah dapat Pahala!
.
.
.
.
12. Salawat lah. Allahumma Solli 'Ala Sayyidina Muhammad, Wa'ala 'Ali Sayyidina Muhammad.
Move to number 10.
.
.
.
.
13. MashaaAllah.  Ni yang Terakhir.
Pergi kat nombor 11.

Wassalam.

Selamat Bertunang Kak Long...

Assalam.....
Cerita awal bulan ini (pada 9 mei lalu), telah berlangsung majlis pertunangan kak sulung kami yang dibuat secara sederhana.  Hanya ahli keluarga dan jiran tetangga terdekat dapat hadir sementara rombongan pihak lelaki lebih kurang 50 orang yang hadir.  Majlis hari itu kira 2 in 1, majlis merisik dan bertunang, adatlah dapat orang jauh katanya.  Pada mulanya diberi cincin merisik kepada pihak perempuan dan seterusnya disarungkan cincin pertunangan.
Tepak sirih jangan dilupa, simbol adat dan budaya orang melayu...bukan bawa sembarangan sebagai hiasan jer tau.
Selepas perbincangan kedua belah pihak, kata sepakat telah dipersetujui, maka cincin tunang disarung ke jari manis.  Tugas menyarung cincin dilaksanakan oleh ibu saudara tertua pihak lelaki  (kedua ibu dan bapak pihak lelaki telah meninggal dunia).
Selepas cincin tunang disarung ke jari manis, wakil yang menyarungkan cincin tadi bersama orang terdekatnya menyediakan simpulan sirih pinang.   Daun sirih dicalit sedikit kapur, diletakkan gambir, cengkih dan pinang dan kemudian disimpulkan.
Sebagai menjunjung adat budaya, wakil pihak lelaki (makcik yang sarung cincin tadi) akan menyuapkan sirih pinang kepada si dara yang telah dipinang untuk teruna mereka.  Sebenarnya ini pertama kali saya tengok adat makan sirih dalam majlis pertunangan, mungkin adat orang perak, sebab si teruna berasal dari teluk intan perak.  Sebelum ini pernah saksikan acara menyuap gula pasir pada perempuan ketika majlis pertunangan di penang, sinonim dengan adat orang melayu pulau pinang (terutama keturunan india muslim).
Muka orang bertunang, kena kunyah sirih pinang...ada macam ayam berak kapur.
Pada hari tersebut kami adik-beradik pakat-pakat masak dengan bantuan jiran tetangga untuk menyediakan nasi arab mendhi ayam dan buah-buahan.  Tapi kalau dah nama orang pahang, tak sah kalau takde ikan patin masak tempoyak untuk tetamu, ini surprised menu dari mak mertua.
Semua berjalan lanjar pada hari tersebut dan kami doakan ikatan yang terpateri hingga ke jinjang pelamin.  Majlis telah dipersetujui akan dilangsungkan pada bulan ogos akan datang.
Wassalam.

Saturday, 23 May 2015

Aku, Melayu?

Assalam...
Saya tercari-cari buku lama saya, yang didalammya adalah himpunan puisi nukilan Sasterawan Negara Usman Awang yang telah digunakan sebagai salah satu buku teks sastera SPTM ketika awal tahun 90-an dahulu.  Saya suka dengan puisi "Melayu" ini.  Puisi ini boleh digunakan sebagai panduan untuk menjustifikasi diri anda itu melayu atau bukan...
 
MELAYU
 
Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.

Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat
Jangan mati anak.
Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu, Minangkabau
memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mua’alaf bertakrif Melayu
(Setelah disunat anunya itu)

Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan

Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara

Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
tanah sebidang mudah terjual

Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba.
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi

Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri.
Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.

Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing

Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan

Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut

Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selagi yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
“Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran”

Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan.

Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka

~ Usman Awang 

Wassalam..

Friday, 22 May 2015

Coffee Talk...

Assalam...
Semalam menghadiri coffee talk di sebuah cafe di phileo damansara 1, bukan pencinta kopi tapi kena hadirkan diri dan merasainya sendiri.  Terasa sebu perut sampai sekarang dek penangan kopi semalam.
Sebaik melangkah masuk, aroma kopi yang sangat menggoda.  Tak suka minum tapi suka dengan aroma kopi yang dipanggang.  Dekorasi cafe yang simple dan waiter mereka yang ala-ala santai menyediakan kopi pelanggan.
 Menu kopi yang disediakan..
 Menu sampingan selain kopi.
Ada jugak benda seperti ini, tapi makanan lite-lite saja yang ada disediakan.  Ialah pelanggan datang untuk menikmati kopi sambil chit chat bukan nak makan meriah macam kedai mamak kan?.
Biji kopi yang masih mentah (belum dipanggang).  Sumber kopi yang mereka gunakan kebanyakkan datang daripada Indonesia (Tojara-Sulawesi).
Ini mesin pemanggang kopi.  Waktu memanggang lebih kurang 15 ke 20 minit.  Boleh memanggang 5kg biji kopi dalam satu-satu masa.
Ini coffee machine yang mereka gunakan dalam cafe ini.  Ada siapa tahu berapa harga untuk satu mesin seperti ini?.
Saya ingat senang nak buat kopi (latte) yang ada lukis-lukis macam ini.  Tak semudah seperti yang disangka, hanya barrister yang terlatih saja yang mampu menghasilkannya.
Cara nak tuang susu ke dalam kopi, lenggang-lenggang gelas, foam susu yang betul dan ketelitian baru dapat hasil begini.  Nak belajar boleh datang tutorial di sini.
Grinder khas untuk membuat brew coffee yang dipanggil french aeropress.
Nak buat kopi dalam pot kecil tu, kena timbang sukatan serbuk kopi dan air panas yang digunakan.
Terpaksa habiskan juga satu cawan eskpresso tu, sayang kalau tak habis.  Saya punya tambah gulalah tapi.  Rasa pekat, pahit bagi saya, tapi penggemar kopi yang lain cakap tak cukup pekat dan strong lagi.
Sebenarnya cafe ini bukan sekadar menjual kopi yang telah dibancuh siap.  Mereka juga ada menyediakan perkhidmatan untuk menyewa atau membeli mesin membuat kopi, kopi panggang (bagi mereka yang ada pengisar di rumah), serbuk kopi kepada orang perseorangan mahupun yang ingin menjalankan perniagaan.
Wassalam.

Saturday, 16 May 2015

Bihun Carrot.

Assalam...
Hujan lebat turun mencurah waktu ini, hujan rahmat pada semua, mengurangkan bahang, gelisah jiwa, mencuci dan membawa segala daki dan kekotoran dunia.  Biar terbatas aktiviti luar kala hujan, namun perut tidak pernah ada batasan untuk diisi bila tiba masanya.  Hari itu dah up cerita pasal bihun carrot ini yang sangat nostalgia, boleh baca di sini.  Menu nostalgia dengan kawan-kawan zaman bujang dulu, nasib semua hanya menjadi bujang yang tak sempat lapok walaupun ada seorang dua yang hampir menjadi lapok.  Mengambil inspirasi kesedapan bihun singapore yang dibeli di gerai mami/mamu yang berniaga bihun dan putu mayam di pasar malam bayan baru.  Setiap kali berkunjung ke pasar malam ini mesti singgah di gerai mami/mamu, kalau tidak membeli bihun singapore beli putu mayam yang sedap.


Bihun Carrot
Sumber: Ma'ani Abd Samat


Bahan-bahan
1 paket bihun - rendam seketika
2 biji telur 
2 ulas bawang merah - blend
3 ulas bawang putih - blend
secukupnya isi udang / ayam
1 biji carrot - parut kasar
1 sudu lada hitam - tumbuk kasar
Bahan perasa - garam, gula dan serbuk perisa
Minyak untuk menumis


Bahan Pelengkap
Sambal kicap
Hirisan telur dadar, cili & tomato


Penyediaannya
*  Tumis bahan blend hingga kekuningan, masukkan isi ayam / udang dan tumis hingga masak.
*  Masukkan lada hitam dan telur.  
*  Masukkan carrot dan bihun.  Jika bihun masih keras boleh letak sedikit air, tutup dan biar seketika kemudian gaul rata hingga bihun masak.
*  Letakkan garam, gula dan serbuk perasa pilihan.
*  Sesuaikan rasa dan boleh lah di hidangkan.


Wassalam.

Friday, 15 May 2015

Memori Daun Sirih


nasamulia
Pokok Sirih - Piper Betle L belakang rumah mak andak, pokok ini sentiasa terjaga rapi sebagai sumber bekalan sirih untuk mak andak makan dan orang kampung.  Mak Andak makan sirih, cukup risau kami kalau bawa dia berjalan takut nanti dia nak cari sirih pinang kan.  Tapi dia dia tak kisah pun, mak andak tak cari pun sirih pinang tu semua macam kita yang bagai nak putus nyawa bila tak jumpa gadjet...

Assalam..
Ini pandangan biasa atas meja di rumah mak andak, daun sirih dan kacip pinang tu sebagai center piece tau.  Sape nak try makan sirih dan pinang dipersilahkan.  Takde pulak gambar gobek sirih, mak ndak sekarang dah guna gobek nak hancurkan sirih sebab gigi dah tak kuat nak mengunyah.

Arwah nenek saya, mak kepada bapak dikurniakan umur yang panjang dekat 100 tahun atau lebih (orang dulu takde merekodkan data kelahiran). Kalau ambil kira zaman jepun (zaman perang dunia ke-2), zaman itu agaknya arwah nenak dah 40 tahun atau lebih dan dah bercucu pun ketika itu, anak bungsunya (bapak saya) lahir kira-kira 10 tahun lebih awal sebelum pendudukan tentera Nippon di Asia Tenggara.  Bapak boleh ingat bagaimana dia berlari-lari bila melihat pesawat perang jepun terbang di udara. 

Dulu arwah nenek pun makan sirih, guna gobek jugak.  Kami cucu-cicitnya suka sangat nak menyibuk konon-konon nak tolong buatkan sirih.  Hanya yang besar sikit dibenarkan pegang gobek tu, sebab hujung gobek tu tajam, boleh luka tangan bila tak tahu skill nak guna gobek.  Kadang kami cuba buat formula sendiri daun sirih letakkan gambir, pinang dan colekkan kapur kemudian tumbuk hingga lumat lepas tu bagi kat nenek suruh makan.  Nanti nenek cakap rasa dia kurang sedap atau pahit sebab terlebih itu ini, nenek tak suka cucunya bazirkan sirih dan pinang jadi nenek cakap siapa yang buat tak tanya dia dulu, nenek suruh makan sendiri sirih itu nanti.  Uekk jelah kami semua, kalau ada antara cucu yang degil cara nenek nak stopkan mereka, nenek acah-acah nak ludahkan (pora' bahasa ibundanya) mereka dengan sirih, nanti semua bertempiran lari.  Tetapi amalan makan sirih arwah nenek ini tidak ada seorang pun yang mengikutinya terutama anak-anak arwah.

Itulah antara cebisan kenangan dengan arwah nenek yang masih saya ingat.  Al-fatihah untuk arwah nendaku yang telah kembali kerahmatullah lebih 20 tahun yang lalu, semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman 

Wassalam.

Wednesday, 13 May 2015

Suka - Suki Di PBKL..

Assalam...
Ini kisah di pesta buku hari itu, suka-suki nak orang potretkan wajah sendiri. Sebenarnya dah keluar pintu nak balik, boleh pulak nampak satu pintu lain yang tak dimasuki lagi.  Kami pun masuk, then jumpa booth yang boleh lukis-lukis wajah, pelukisnya oleh kartunis-kartunis majalah ujang.
Sebab tak ramai sangat yang Q ketika itu, jadi terjerat jugaklah nak mencuba.  Lagi satu sebab murah.
Mereka lukis secara life atau pun berpandukan gambar yang diberi.  Saya tengok ramai yang suahkan phone suruh guna gambar terbaik yang mereka ada dalam phone.  Kami takde gambar cantik jadi lukislah wajah kusam dan masam tu secara life sambil buat-buat baca buku.  
Kalau memang dah tangan seni dan kreatif, sekejap saja dah nampak hasilnya....
Walaupun masih dalam bentuk rangka lukisan.
 Mereka gunakan pen-pen jenis ini termasuklah marker.
Nampak sayu sangat, penat kot mengukur lantai PWTC dari tingkat paling atas hingga tingkat bawah.
Saya rasa saya lebih suka lukisan yang masih dalam bentuk rangka begini.
Patut saya minta buatkan dua salinan, satu yang dalam bentuk rangka begini dan satu yang diberikan warna.
 Hasil dari kartunis uchot, masih tak siap dengan final touch up.
 Complete.  Ini hasil karya kartunis manzar.
Wassalam.