Thursday 28 February 2019

Sekaya Labu

Assalam....
Ada sebiji labu saiz sedang yang dibeli beberapa hari lepas, masa beli ada yang tanya nak masak apa? tak tahu lagi nak buat apa, beli jer lagi pun labu boleh simpan lama dan harganya pun murah saja.  Kalau dah ada stok di rumah senang boleh capai terus untuk dibuat sayur ataupun buat dessert.  Saya teringat bapak saya bertanam labu dulu, buah dia besar-besar sampai ada yang saya tak boleh nak angkat (tenaga anak umur 10-12 tahun masa tu).  Jauh lebih besar jika banding saiz yang di jual di pasaraya tu, masa tu kalau dapat saiz macam dipasaraya tu kira dah saiz buah yang low grade dan tak dipandang dah masa tu.


Selalu bila buat pengat labu takde geng yang nak makan, buat cucur boleh tahan juga ada sambutan.  Tapi fikir nak buat lain sikit lah dan janji senang dan sedap, olah resepi katirisala tapi kali ini tak guna pulut kita tukar dengan labu.


Sekaya Labu
Sumber: Mulia

Bahan-bahan
1/2 biji labu - buang kulit dan potong memanjang
1 ketul (+- 250gm) gula merah (kabung / aren) masak dengan sedikit air hingga hancur, sejukkan dan tapis sebelum guna.
6 biji telur
1 kotal kecil santan
1/2 tin susu cair
sedikit garam

Cara Penyediaannya
* Sediakan kukusan.  Bungkus penutup kukusan dengan kain untuk mengelakkan air wap menitik ke atas kuih.
* Susun buah labu yang telah di potong kedalam mangkuk / loyang.
* Campurkan telur, santan, air gula, garam dan susu cair.  Kacau hingga sebati atau blend sekejap.
* Tuang ke dalam mangkuk/loyang yang telah disusun dengan labu tadi.
*  Kukus hingga masak (mengeras), lebih kurang 30 minit mengikut saiz mangkuk/loyang yang digunakan.
*  Sejukkan terlebih dahulu sebelum dihidangkan.
* Jika suka makan sejuk, boleh simpan dalam peti sejuk terlebih dahulu.

Nampak gaya kena buat lagi sebab tak sempat nak share kat orang lain, habis makan sendiri saja.
Wassalam.

Wednesday 27 February 2019

Take A Break - Berekreasi Di Sungai Tekala

Assalam...
Rekreasi singkat tanpa di rancang, selalu itu lah yang menjadi.  Kalau plan berbulan-bulan selalu jer tak menjadi, jadi benci nak plan sebab sampai hari yang dirancang ada jer alasan kan tak boleh nak pergi.  Malamnya saja-saja tanya jika esok ada yang bercuti kami nak pergi Sungai Tekala, angkat tangan siapa nak join dan kita kumpul di kg putai jaya (Putrajaya) lepas zohor.  Tiba-tiba semua respon, esok mereka pun cuti dan nak join, dan menjadi lah.


Bayaran dan waktu operasi, kami sampai dah lewat dekat waktu asar.  Cukuplah walau sedikit tetapi kualiti masa dapat dirasakan bersama-adik beradik.


Pertama kali saya sampai sini, tak malu nak cakap kali kedua pergi rekreasi (kalau boleh dianggap sebagai rekreasi) sungai di negeri Selangor, hahaha.  Banyak jer sungai yang boleh pergi kat Selangor ni, tapi selalu bila cuti tu kan balik kampung or berjalan ke negeri lain lah pula.  


Kita tak payah jalan jauh-jauh ke dalam, pilih tempat tepi-tepi nie sebab yang nak berseronok mandi-mandi pun budak kecik dua orang tu jer. 


Suka pula tengok pokok-pokok tengah sungai tu, tak tahu pokok apa tu, boleh bertahan hidup di tengah laluan air.  Kuasa Allah tiada yang mustahil, seperti plan kami juga jika diizinkan olehNya maka jadilah.


Mak-mak dara ramai nak melayan mandi-manda dua ketul ini, si abang mandi sampai mengigil tak mau naik, yang adik mengeliat geli nak pijak pasir.  Ish ish macam-macam depa nie. 


Saya sampai-sampai cari tempat yang sesuai dan bentang tikar, dah petang banyak jer tempat kosong.  Tikar dah dibentang buka semua bekalan makanan, tak ingat apa dah terus mencekik jah, sementara yang lain nak pergi main air dulu.  Sedap pula product baru kepci nie, habis dua mangkuk kami share 7 orang dewasa bersama 2 orang budak kecik.

Tempat yang lebih adventure nak rekreasi di sini, kena menapak ke dalam lagi, sebab ramai je nampak orang-orang muda dari sebelah sana.  Ini dengan budak kecik cukuplah kat bawah-bawah ni sebab airnya cetek.
Wassalam.

Friday 22 February 2019

Sambal Telur Ikan Masin / Kering

Assalam....
Telur ikan masin atau kering, jumpa secara tak sengaja masa berkunjung di pagi minggu ke tamu Gum-Gum.  Tamu tu adalah pasar mingguan di Sabah, macam di Pahang dikenali sebagai pekan sari.  Sebenarnya saya tak pernah tahu yang ada telur ikan masin begini yang dijual, selalu beli ikan bilis dan udang kering saja.  Saya berjalan-jalan hingga ke gerai yang menjual ikan kering/masin sebab nak mencari ikan bilis pesanan mak mertua, tetapi tak jumpa pula ikan bilis yang dikehendaki.


Masa ternampak benda ini, ingatkan sotong kering atau rumpai laut pada mulanya.  Agaknya jurujual tu perasan dengan kekeliruan saya dia bagi tahu itu telur ikan yang sudah dikeringkan.  Telur ikan gelama atau ikan kepala batu.  Menurut penjual tu bekalan telur ikan begini tidak selalu ada, bermusim dan hanya telur ikan gelama saja yang boleh dikeringkan begini.  Mendengar perkataan telur ikan, memang berminat terus nak beli, tapi was-was juga takut ianya mahal.  Harga untuk sekilo RM10 sahaja dan kita boleh beli kurang daripada tu untuk mencuba.


Sebenarnya tiada idea untuk mengolah menu apa dengan telur ikan ini.  Saya cuba lah goreng untuk buat sambal telur ikan.  Sangat sesuai untuk dijadikan hidangan pembuka selera.  Sebenarnya telur ikan itu selepas digoreng boleh terus dijadikan lauk seperti ikan masin.


Sebab dah janji dengan seseorang nak bagi dia rasa telur ikan masin, jadi kita buat sambal tu lebih sikit.  Harap dia suka dan lepas ini boleh lah beli telur ikan sebagai oleh-oleh untuk mereka pula.


Sambal Telur Ikan Masin
Sumber: Mulia

Bahan-bahan
telur ikan masin - goreng terlebih dahulu
1 gengam cili padi*
5 biji cili besar*
5 ulas bawang besar*
5 ulas bawang putih*
2 batang serai*
1 inc. halia*
1 keping asam keping
minyak untuk menggoreng
gula, garam dan serbuk perasa

Cara Penyediaannya
* Tumbuk halus / blend bahan bertanda '*'.
* Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk hingga naik bau.
* Tambahkan asam keping, gula, garam (sedikit saja sebab telur ikan agak masin) dan serbuk perasa. 
* Masukkan telur ikan yang telah digoreng terlebih dahulu.
* Gaul sebati dan sesuaikan rasanya.
* Hidangkan bersama dengan nasi panas atau bubur nasi.


Masalah bila dapat makan pembuka selera begini, kita yang sentiasa ada selera untuk makan akan lagi makan nasi bertambah-tambah.  Jadi kena lah kontrol tidak boleh selalu ada sambal dalam hidangan.  
Wassalam.

Thursday 21 February 2019

Padle Pop Butter Cake

Assalam...
Tidak pernah kata tidak dengan butter cake / kek mentega, lebih suka yang begini daripada kek hispter yang ada sekarang.  Walaupun dalam kategori kek jadul (jaman dulu), kek mentega sentiasa digemari dan masih releven hingga kini, pelbagai versi resepi yang ada turut menentukan hasil kejadian kek mentega.  Ini saya cuba guna resepi daripada kids baker Danish Harraz dan hasilnya sangat memuaskan hati.


Paddle Pop Butter Cake
Sumber: Danish Harraz

Bahan-bahan
1 buku butter (jika guna unsalted, sila tambah secubit garam halus ke dalam bahan kering)
5 biji telur gred B
1 1/4 cawan gula halus
2 cawan tepung naik sendiri
1/4 cawan susu segar
1 sudu teh essen vanilla
Pewarna makanan kegemaran (saya guna - biru, kuning, hijau)



Cara Penyediaannya
* Panaskan oven pada suhu 160'C.  Gris atau alas tray 8x8 dengan parchment paper.
* Jika guna bundt pan, sapu pan dengan butter dan tabur dengan sedikit tepung (ketuk keluar lebihan tepung).
* Pukul butter dan gula halus hingga putih, masukkan telur sebiji demi sebiji (pastikan telur sudah sebati baru masuk sebiji lagi dan seterusnya). 
* Pukul hingga fluffy, masukkan esen vanila dan perlahankan mixer.
* Masukkan tepung berselang seli dengan susu segar.  Mix rata tapi jangan sampai overmix (jika tidak kek tidak jadi moist malahan mengeras).  Tutup mixer.
* Tuangkan ke dalam loyang (untuk buat butter kek plain).  
* Jika ingin yang paddle pop, bahagikan adunan kepada 3 bahagian dan titiskan 1 warna untuk setiap 1 mangkuk dan kacau rata.
* Sendukkan adunan ke dalam loyang berselang seli warna hingga adunan habis.
* Bakar selama 40-50 minit, terpulang pada jenis oven, tapi jangan terlebih bakar.
*Bila sudah cukup masa, cucuk tengah cake untuk pastikan cake masak sepenuhnya dan tiada cecair melekat pada penyucuk kek.
* Sejukkan sebentar dan hidangkan.


Bila dah bermain warna baru perasan kenapa tiada warna merah?  Jadi lah sesuai dengan tema alam sekitar kebetulan sebab kami nak bawa sebagai bekalan ke taman negara.
Wassalam.

Wednesday 20 February 2019

Ubi Kayu Rebus Goreng

Assalam...
Dapat sebekas penuh (container ice cream) ubi kayu rebus pemberian cucu kita. Iya kita dah tua cucu sedara pun dah besar dan sudah berumah tangga.  Mulanya dia kata nak hidangkan ubi kayu rebus goreng, tapi sebab kita nak balik cepat tak sempat lah nak tunggu isteri dia gorengkan dia pun bekalkan yang suda siap rebus.  Panas berwap-wap lagi, nenek goreng sendiri lah bila sampai rumah nanti.  Dapat ubi rebus gebu macam dapat emas, sedapnya lah hai, tengok lah nanti sempat goreng ker atau makan begitu saja.


Sebab tak pernah lagi makan yang sedemikian rupa, selalu ubi kayu terus direbus saja atau ubi goreng yang terus digoreng bukannya direbus terlebih dahulu.  Jadi panasaran juga lah, try lah goreng sedikit dan sempatkan buat sambal penyet sebagai peneman ubi rebus.  Hidang lah kedua-duanya ubi rebus saja dan ubi rebus yang telah digoreng, cuba nak bandingkan rasanya.   Waduhh sedap banget rasanya, lepas tu makan yang bergoreng saja cicah sambal.


Sambal penyet tu saya buat guna lada keriting yang beli dari Indonesia hari tu, kurang pedas banding dengan cili padi.  Bahan-bahan (cili padi, bawang putih, bawang merah, sedikit belacan, tomato) nak sediakan kena goreng dengan sedikit minyak hingga layu kemudian tumbuk-tumbuk manja (ulek).  Selepas itu kita tumis bahan tumbuk tu semula, sesuaikan rasa pedas, manis dan boleh lah dihidangkan dengan ubi kayu rebus goreng.


Menu kampung begini, bila dinikmati akan teringatlah zaman-zaman di kampung dulu.  Ubi kayu sudah menjadi hidang biasa orang kampung masa dahulu.  Di kampung kami ada yang masak nasi yang dicampur dengan ubi kayu cincang (langkah nak jimat beras) sebab ubi kayu senang dapat dan tak payah beli.  Lepas itu nasi tu kemudian dinikmati dengan lauk ikan masin dan sayur lemak pucuk ubi tumbuk dengan jantung pisang (kaju tettu).
 

Sebelum ngences tak sudah baiklah berenti bercerita pasal kenangan dulu-dulu, bertambah sayu hatiku dan jadi kempunan sebab tak dapat tahu nak cari kat mana.
Wassalam.

Friday 15 February 2019

Masak Kasim Ikan Puyu - Menu Lagenda Orang Utara

Assalam....
Masak kasim ikan puyu, tu nama menu dan siapa pencipta empunya resepi walahualam tak tahulah siapa kan, pak kasim lah kot.  Kalau nak tahu lebih lanjut sila baca perkongsian dari Kak Noor, ada sejarah disebalik nama masakan ini.  Sadis kisah pak kasim ini, tapi yang pasti masakan ini sedap dan menyelerakan.  Menurut kak Noor, tak jumpa ikan puyu boleh ganti dengan ikan air tawar yang lain.  Tak suka ikan air tawar, cari lah ikan dari laut.


Masak Kasim Ikan Puyu
Sumber: Kak Noor


Bahan-bahan
Beberapa ekor ikan puyu - dibersihkan, kena perap dengan garam dan asam jawa untuk hilangkan hanyir ikan, cuci sampai tiada rasa licin di badan ikan.  Perapkan dengan garam kunyit dan goreng.
15 biji cili padi merah dan hijau - tumbuk 
Sedikit belacan bakar - tumbuk
2 keping asam gelugor
Beberapa biji tomato dibelah
Sedikit minyak untuk menumis
Garam dan gula secukupnya. 



Cara Penyediaannya
* Panaskan minyak dan tumis lah bahan tumbuk hingga beraroma.
* Masukkan asam keping, belacan, garam dan gula secukup rasa, kacau rata.
* Kalau perlu tambah sedikit air dan masaklah sehingga cili tu semerbak wangi.
* Bila dah masak tambhakan tomato dan ikan, kacau rata dan sedia untuk dihidangkan.
* Boleh juga ditambah belimbing buluh menggantikan asam keping, mengikut citarasa masing-masing. 


Ada yang tak lalu nak makan sebab ikan puyu siam nie jenis besar, makan seorang seekor memang tak habis, mereka lebih suka jenis puyu bendang yang kecil molek tu. Wassalam.

Thursday 14 February 2019

Kes Jabatan Perhubungan Perusahaan

Assalam...
Belajar benda baru bila ditukarkan ke jabatan lain, satu perkara yang menyeronokkan.  Lucu dan sedih pun ada sebab ada yang jer mulut-mulut longkang yang cuba nak pertikaikan latar belakang, peduli semua tu niat nak cari ilmu dan bekerja cari rezeki yang halal.  Bila diberi tanggunjawab nak pikul satu benda, maksud pengurusan percaya yang kita boleh laksanakan tugas, jadi perlu lakukan dengan sebaik mungkin peluang yang diberi.  Setengah orang memang tak suka bila kena tukar-tukar kerja nie.   

Dulu tugasan perlu sentiasa bersiap sedia terutama menghadapi hari-hari hujung minggu dan cuti hari perayaan.  Dekat-dekat hari cuti orang semua sibuk plan nak pergi bercuti awak pula kena bekerja, lagi-lagi kalau rakan sekerja tiada yang sudi jadi back up.  Sekarang pula kerjanya macam tersepit antara dua pihak atasan dan orang bawah, lebihkan yang atas dikata tak jaga kebajikan orang bawah, lebihkan yang bawah dikata belakangkan polisi syarikat.  Kena seimbangkan antara keduanya, macam orang berpoligami kena adil dan saksama.


Tapi tak apalah itu lah dugaan alam pekerjaan, tiada masalah tiada lah cabaran dan tiada lah pelajaran berguna yang akan ditimba.  Sebenarnya nak cerita pengalaman pertama yang tak berapa nak syok rasanya sejak berpindah ke jabatan baru ini.  Pengalaman yang membawa hingga perlu hadir ke Jabatan Perhubungan Perusahan Selangor.  Ceritanya apabila si polan yang diterima kerja bertindak sesuka hati tetapi tugasan yang pihak syarikat perlukan tak pula dilaksanakan.  Syarikat ambil tindakan pandai pula datang sini buat macam-macam aduan. 

Pengajaran hari itu, jangan sia-siakan peluang yang ada sekali terlepas yang akan datang belum tentu yang terbaik.  Awak datang minta kerja, bukan main lagi, janji bulan bintang, nak buat macam-macam itu ini nak naikkan prestasi syarikat.  Sekali diterima buatlah kerja sebaik mungkin dan apabila rasa tak boleh buat atau rasa tempat itu tak sesuai, jalan keluar sentiasa ada dengan cara yang baik.  Tetapi jika masih terus bekerja dan terus memburukan syarikat, bagaimanakah hasil yang dibawa pulang untuk anak isteri? Fikir-fikirkan lah....   
Wassalam.

Wednesday 13 February 2019

Kek Suji / Sugee Cake

Assalam...
Selepas merasa keenakkan kek suji yang dihidangkan oleh isteri bos lama (Eurasian) tak henti mencari-cari resepi kek suji ala Eurasian yang sangat sedap.  Auntie (panggilan kami untuk wife bos) dulu bawa kek suji untuk kami selepas hari krismas, dia cakap buat khas dan halal tak campur alkohol seperti yang selalu mengikut secret recipe keluarganya.  Ikut resepi asal tepung suji (semolina) akan direndam dengan alkohol terlebih dahulu sebelum sediakan kek ini.  Orang Eurasian memang suka hidangkan kek suji ketika menyambut hari kebesaran seperti sambutan krismas, hari ulang tahun, hari perkhawinan atau pun house warming.




Banyak resepi kek suji yang saya jumpa dan ada yang pernah dicuba resepinya lebih kurang menyediakan kek mentega biasa dan rasanya pun biasa-biasa saja.  Sehingga jumpa resepi Kek Suji dari blog Kak Wan (Citarasawa), jika orang pro pasal kek/baking dah claim resepi itu yang terbaik, maka terbaik lah tu.


Kek Suji / Sugee Cake
Sumber: Citrasawan


Bahan-bahan
6 biji telur (asingkan putihnya)
113gm tepung suji
113gm tepung naik sendiri
225gm gula castor
100ml susu sejat
280gm mentega
1 sudu teh esen vanilla
50gm serbuk badam
Hirisan badam untuk hiasan.


Cara Penyediaannya
* Putar mentega dan gula hingga kembang dan putih.  Masukkan tepung suji dan biarkan semalaman atau sekurang-kurangnya 4 jam.
* Pukul putih telur hingga kembang. ketepikan.
* Pukul semula adunan (1), masukkan kuning telur sedikit demi sedikit, diikuti tepung naik sendiri, serbuk badam, susu sejat dan esen vanilla.
* Kaup balikkan dengan putih telur hingga rata.
* Masukkan ke dalam acuan dan tabur hirisan badam di atasnya.  Bakar pada suhu 180'C selama 45 minit. 

Walaupun tersilap step akibat sepintas lalu baca resepi (skip proses perap adunan semalam atau 4 jam), tapi hasil kek sujeenya tetap sedap.  Almond flake pun lupa tabur, padahal dah duk tepi mixing bowl, dah landing dalam oven baru sedar.  Next time buat ikut betul-betul, mesti lagi kebabom hasilnya kan.
Wassalam.

Tuesday 5 February 2019

Akinabalu @ Gunung Kinabalu

Assalam...
Awal bulan January balik kampung Sandakan, ambil penerbangan awal pagi.  Seperti biasa kalau dapat tempat duduk tepi tingkap memang seronoklah, tetapi sepanjang perjalanan dari KL sebelum itu memang akan tidur, maklum berjaga dari tengah malam semalam.  Dapat tidur 2 jam lebih dah memadai nak segarkan diri bila sampai nanti.  Selalu naik kapal, jumpa nombor tempat duduk, duduk, fasten seat belt dan start belayar, mendahului pilot  take off. 


Jelik-jelik mata dah nampak bumi Borneo, dapat lihat si sebelah hujung atas kawasan Karambunai, Teluk Sepanggar, UMS, Menggatal dan Inanam.


Lepas beberapa ketika nampak ketulan hitam, besar tu, hati dah berbisik riang itu Gunung Kinabalu.  MasyaAllah dah lama sangat tak nampak pemandangan ini. 


Semakin dekat, memang pasti itulah Akinabalu, pilot pun turut beri announcement, bagi mereka yang sedang tidur sila bangun dan buka mata anda.  Gerak orang sebelah sebab yakin dia mesti tak pernah lihat pemandangan ini walaupun dah pernah sampai di atas puncak itu.


Sebenarnya dah lama sangat nak lihat lagi pemandangan ini, mungkin sebab selalu tersilap pilih tempat duduk kot.


Alhamdulillah hari ini ada rezeki dapat tengok dari dekat.  Lambai-lambai pada pendaki yang ada di atas tu, (perasan macam nampak lah).  Jika dilihat pada jam waktu itu, mana ada pendaki dah kat atas tu, dah dekat jam 9 pagi waktu yang tak sepatutnya ada pendaki di atas puncak.


Ketinggian yang melepasi awan, jika pro photographer pasti lebih cantik gambar Akinabalu yang dapat diambil.  Ni sehabis cantik yang saya dapat ambil dengan camera phone cap ayam saya.


Cuaca sangat baik dan bersahabat pagi itu, Akinabalu menunjukkan dirinya, walhal jika pelawat berada di bahagian bawah (Kundasang) jarang Akinabalu perlihatkan kecantikannya.  Selalu malu-malu bah dia betapuk dibalik awan. 


Gunung Kinabalu semakin jauh tertinggal di belakang.  Selepas itu start pula buka mata mencari kampung dan bumbung rumahku.


Alhamdulillah selamat mendarat, cuaca mendung di Sandakan ketika itu.

Saya kena take note - jika perjalanan menuju Sandakan, nampak pemandangan Gunung Kinabalu di sebelah kiri, memang tak akan nampak bumbung rumahku.  Nak nampak bumbung rumah kena duduk di sebelah kanan. Penerbangan balik selalu sebelah petang atau last flight, jadi dah gelap atau malam memang tak nampak apa, jadi sambung tidur sampai landing di KLIA nanti. 
Wassalam.

Monday 4 February 2019

Nostalgia: Keropok Tasen

Assalam...
Snek zaman kanak-kanak dulu, tak pernah tak ingat akan snek ini sebab suka sangat zaman sekolah dulu.  Poket baju sekolah sentiasa kembung dengan keropok ini, boleh kata pagi petang duk makan jajan yang satu ini berbanding yang lain kurang.  Hari sabtu ahad kedai runcit kampung lah tempat tujuan nak beli keropok tasen, tak cukup duit dalam kocek, senyap-senyap panjat dinding naik ke siling rumah cari tabung emak.  Perangai sangat kan waktu tu.  Dulu harga sepeket dua puloh sen jer, peket dia kecik sikit, jernih boleh nampak isi keropok dalam tu.  Sekarang dah cantik cara pembukusannya, patutlah saya tak perasan keropok ikan kegemaranku ini.


Harga dia tak lah semahal tu kalau beli di kedai luar, ini harga dalam balai perlepasan airport Sandakan.  Biasalah harga airport, harga sembelih orang kan, tapi sebab terlupa beli masa kat luar, jadi beli juga lah di sini.


Mak bapak saya dulu jarang beli makanan segera terutama snek macam ini, mungkin waktu tu kurang mampu dari segi kewangan kot, memang makanan sehari-hari semuanya disediakan dan dimasak sendiri oleh mak.  Kadang-kadang jer dapat makan mee segera dan biskut kelapa atau gula-gula.  So masa yang paling merdeka makan keropok ini adalah ketika hari persekolahan, kalau beli banyak pun kena lah habiskan sebelum balik ke rumah sebab takut kena marah kan.  Kalau nak menunjuk pun ko makan keropok tasen cukup lah hanya sepeket ada dalam beg sekolah.

Satu benda yang saya dapat tahu daripada orang kampung yang mak bapak saya duk beli keropok tasen setelah saya tiada di rumah.  Masa tu dah remaja, dah keluar merantau ceritanya.  Cish, masa aku ada mereka tak nak beli pula, ada antara orang kampung yang tanya buat apa beli keropok banyak-banyak anak engkau bukan ada kat rumah.  Jawapan dia ada lah, anak aku ada seekor lagi kat rumah, rupanya dia bagi si pontong (nama kucing kami yang sangat baik walaupun cacat sebalah kakinya) makan keropok tasen. 
Wassalam.