Friday 28 February 2014

Kuala Melaka Inn, Langkawi

Assalam....
Mula-mula kami plan nak stay di kawasan Pantai Cenang, namun semua yang sepadan dengan budget kami telah penuh ditempah.  Kemudian terfikir pula, kenapa harus mencari yang dekat pantai, sebab kami pun tak plan nak mandi manda?.  So pencarian diteruskan di kawasan pekan Kuah.  Kebanyakkan promo untuk penginapan di pekan Kuah berdekatan tempat shopping. Tujuan kami bukan nak bershopping, so kenapa kena stay di sana?. Lagi pun awal pagi kami kena bersiap untuk island hopping and pick up area di kawasan Pantai Cenang.  

Jadi pilihan kami adalah yang berdekatan dengan airport untuk menyenangkan masa nak balik dan mudah untuk sampai area Pantai Cenang.  Maka kami memilih untuk menginap di Kuala Melaka Inn di kawasan Kuala Melaka, 5 minit masa pemanduan dari/ke airport. 

Hotel ini sebenarnya merupakan hotel-hotel dalam kumpulan yang dibangunkan oleh MK Land, pemaju pusat-pusat peranginan seperti Bukit Merah Lake Resort dan Belum Rainforest Resort.

Bilik simple ini kami dapat dengan harga yang berbaloi bersama sarapan. Sesuailah dengan budget kami, yang penting dapat bilik selesa dan bersih.



Complimentary breakfast for 2....so tak perlu nak tercari2 sarapan kat luar pagi-pagi dan masa untuk merelaxkan diri boleh dilanjutkan lagi.

Orang pertama yang datang bfast pada pagi itu...

Lebih sedap sarapan dengan bubur nasi bersama kondimentnya serta disusuli pula roti bakar.

Yang ini wajib ada..tea for lady.

Cuma yang tak bestnya sebab tiada wifi percuma.  So sesiapa yang suka online dan tiada "beruk-band"  patah sayaplah kan.

Sebelum melangkah pergi, luang sedikit masa untuk isi borang kaji selidik tentang hotel ini.
Wassalam.

Cuti-Cuti Langkawi

Assalam...
Cuti kali ini memang plan dari awal untuk 2 hari 1 malam aje, tak nak berlama-lama.  Sekadar nak melepas batuk ditangga atau singgah minta api kata orang tua2.  Berdesup balik dari kampung melawat mak yang dimasukkan ke hospital sebab demam panas.  Hanya singgah untuk mengambil baju mana yang patut dan terus ke airport.  Sebenarnya dah plan kalau keadaan tidak mengizikan, kami nak batalkan saja.  Namun mak dan ayah tanpa ragu-ragu menyuruh kami teruskan hajat.  
"Takde apa-apa, mak demam aje, lagipun ada kak cik (adik) boleh teman mak di hospital, nanti ada apa-apa diorang call....Pergilah sayang kalau tak pergi, semua dah bayar". Gulp...pergi jugak dengan rasa berat hati.  

Sampai airport Langkawi aje mata dah terarah ke booth ini, sabar-sabar yek banyak lagi dekat luar sana.

Tempat mula-mula kami tuju adalah tempat penginapan di Kuala Melaka.  Check-in hotel dan letak barang-barang dulu kemudian baru kuar berjalan-jalan dan cari makan.

Semasa kapal hendak mendarat petang itu, sempat melihat deretan gerai di tepi pantai di hujung landasan.  Urusan kereta sewa dan bilik yang menyebabkan kami terlewat keluar menyebabkan hari dah hampir gelap.  Gerai-gerai semua dah tutup, hajat hati nak mencari laksa atau bihun sup utara tak kesampaian.

Kami merayau sekitar Pantai Cenang hingga ke Pantai Tengah pada malam itu.  Sekadar mengambil angin di pantai, window shopping dan mencari gerai untuk makan malam.  Akhirnya kami memilih untuk menjamu selera di Telaga Seafood, en.Abe pilih Nasi Goreng Cina then i pilih Chicken Chop, memang citarasa tak sama.

Suasana di kawasan Pantai Cenang kini, begitu happening.  Jauh berbeza dengan lawatan kami tahun-tahun yang lepas terutama tahun 90-an dan awal 20-an yang masih ada suasana kampung dan sawah padi.  Happening tak kira ketika berada di situ seolah-olah diri berada di tengah-tengah kemeriahan Phuket, Thailand di waktu malam.  Cuma tak pasti apakah keadaan itu berlarutan hingga ke pagi. 

Kedatangan kami kali ini bukan untuk bershopping pinggan mangkuk atau mandi manda seperti sebelum-sebelum ini.  Namun begitu, sempat jugak I intai-intai harga, ternyata agak mahal berbanding dengan dulo2.  Seakan harga dekat2 nak sama dengan harga di tanah besar.  Sebenarnya kami ingin merasa pengalaman Island Hopping kerana tidak pernah merasainya sebelum ini.  Kami hanya membeli coklat dan sedikit barangan sebagai buah tangan untuk adik beradik dan kawan-kawan..

Coklat untuk orang kampung...hehehe

Yang ini pun untuk orang kampung jugak...

Untuk diri sendiri hanya kenangan dan peluang berjalan-jalan sudah lebih dari mencukupi.
Wassalam.

Kesihatan Bermula dari Kaki...Sayangi Kaki anda

Assalam....
Kesihatan kaki sangat penting sebagaimana fungsi kaki yang menjadi tunjang utama yang mengerakkan badan seseorang terutama untuk berjalan dan berlari.  Walau muka secantik model terkenal, kalau tiada kaki atau tidak kuat menyokong beban badan, hilang atau kurang terasa nikmat hidup ini.  Nikmat memiliki sepasang kaki begitu tinggi nilainya, oleh itu kasut atau selipar yang digunakan perlu sesuai untuk memberi kelangsungan kepada kesihatan kaki kita..

Cuba perhatikan point-point yang terdapat dalam gambar dibawah.  Pernah tak anda ketika berjalan-jalan, tiba-tiba tapak kaki anda berasa sakit di tempat-tempat tertentu.  Point-point yang ditandakan dalam rajah adalah mewakili kedudukan point anggota penting dalam badan kita.

Ape benda yang dikatakan sebagai Arch Support tu? 
.. Provides optimum comfort for flat feet, weak or fallen longitudinal arches.  Relieve your feet or stress and strain for more comfort...(memberi keselesaan optimun untuk kaki rata, lemah dan ketika terjatuh secara tergelonsor.  Melegakan kaki dari tekanan dan ketegangan untuk lebih selesa).

Dulu ketika zaman2 jahil, suka juga membeli dan memakai kasut yang kelihatan cantik, tinggi, seksi tetapi tanpa disedari menyiksa kaki dan tubuh badan.  Konon dengan alasan untuk bergaya, stylo-melow bagai.  Mujur tersedar sebelum terlambat.  Kalau anda sayangi diri anda, buatlah langkah seperti saya, hindari memakai kasut yang menyiksa diri hanya kerana nak cantik.  Carilah yang selesa untuk anda bergerak dan bersesuaian dengan budget anda...
Wassalam.

Deman Yang Tak Kebah-Kebah

Assalam....
Alhamdulillah dengar khabar mak mertua dah dibenarkan discharge dari hospital pagi tadi.  Mak dimasukkan ke hospital setelah mengalami demam yang datang berulang-ulang.  Mak telah mengalami demam beberapa hari sebelum itu.  Suhu badan yang tinggi kemudian kembali normal, kemudian rasa seram sejuk, walaupun badan dibalut dengan selimut berlapis-lapis.  Doktor buat keputusan untuk menempatkan mak di hospital untuk rawatan lanjut dan membolehkan mereka buat ujian untuk mengesan penyakit sebenar yang dialami.

Mendengar khabar mak perlu masuk ward pagi itu, kami bergegas balik tengah hari, masing-masing kena ambik half day leave walaupun keesokkan hari memang dah apply cuti for holiday.  Memang terlalu rush sangat, en.Abe tekan minyak sedaya boleh...apa2 pun kena sampai hospital dulu.  Dah decide kalau keadaan mak teruk, kami akan berkampung saja di sana...our plan go to holiday perlu dibatalkan...redha je..

Mula-mula suspek denggi, buat ujian darah negetif, lepas itu hipotesis penyakit beralih kepada suspek malaria pulak.  Ujian darah untuk malaria jugak negatif. Then mereka suspek kencing tikus pulak.  Bila dengar ini memang rasa down dan tak sedap hati sangat.  Mungkin sebab kes-kes lepas yang dilaporkan yang pernah berlaku kurang mengembirakan. Apa-apa pun kami redha..

Selama hampir seminggu di buat ujian ke atas penyakit ini, masih tak dapat dikesan.  Dan selama itu juga habis lebam tangan mak dengan kesan jarum suntikan untuk diambil sampel darah dan suntikan ubat.  Deman kala itu juga ada pasang surut dalam masa 24 jam..Bila pagi suhu badan kembali normal, tengah hari tinggi pulak, petang normal balik then malam naik semula.  Aduyaii demam apalah ini?..
Sehingga waktu pagi tadi mak dibenarkan balik rumah, doktor masih belum dapat memastikan apakah jenis penyakit mak ini.  Suspek virus kencing tikus jugak masih belum dapat dibuktikan.  Selepas antibiotik ditukar dari yang diberi sebelum ini, suhu badan mak perlahan-lahan kembali normal dan keadaan stabil hingga melepasi tempoh waktu 24 jam.  Harap-harap antibiotik baru ini adalah jawapan dan berkesan dalam tempoh selanjutnya.
Wassalam.

Delicia- Raspberry Milk & Cranberries, Roti Gardenia Baru?

Assalam...
Petang tadi berkejar ke kedai runcit kesukaan ramai 99 untuk mendapatkan roti wholemeal yang bakal dibuat sandwich keesokan pagi.  Roti kena wholemeal tau tak nak roti biasa, baik bos.  Bos nak jamu rakan bisnes dengan sandwich wholemeal.
I kalau pergi kedai runcit memang suka melilaukan mata, cuci mata walaupun barang yang dibeli tu dah ada bawah hidung.  Dalam dok memilih roti, ternampaklah Roti Gardenia Delicia ini Raspberry Milk & Cranberries.  
"Aik ada pulak perasa ini, yang nie baru ke ape? tak penah tengok pun sebelum ini, ker aku je yang tak perasan?"
Cepat-cepat sambar satu paket sebelum orang lain anggap aku gila cakap sorang-sorang dengan roti.
Sebelum ini ada Butterscotch dan Choco Raisin jer.  Butterscotch tu yang paling sedap  banding dengan coklat, ikut selera I lah, yang suka coklat mesti kata coklat paling sedap kan?.  Ingat masa mula-mula kuar dulu, selang sehari mesti beli sebab terpikat dengan rasa butterscotchnya.  Makan sampai jemu.
Yang baru ini turut menjadi kesukaan I jugak sebab ada buah beri.  I ini memang penggemar segala jenis buah dalam kategori beri.. Strawberry, eldeberry, bilberry, blueberry, blackberry, raspberry, ..rasa cranberries dan raspberry yang masam-masam manis tu memang sedap....I like it...
Wassalam.

Wednesday 26 February 2014

Kapal Terbang Merah @ Cafe Di Udara...

Assalam..
Sejak ianya beroperasi, Mulia sentiasa jadi penumpang setianya dalam perjalanan pergi dan balik kampung.  Almaklumlah nak naik bas atau keretapi takde yang sampai ke tempat Mulia tu.  Untung jadi orang kampung dan orang ulu ini pergi pasar beli ikan naik kapal terbang je,.. kau ada???...tak ade kan??.  Kapal terbang Merah telah menjadi pilihan utama selain kapal terbang Wau yang menjadi sangat istimewa sejak dahulu..

Sesuai dengan moto "Everyone Can Fly" memang telah ramai yang seakan mimpi mereka menjadi nyata, boleh terbang sana sini.  Bawa kaum keluarga, mak ayah, tok nek, makcik pakcik, adik beradik sama ada melancong mauhupun melawat sesama keluarga.  Kalau dulu mungkin makcik pakcik kat kampung hanya boleh merasa naik kapal terbang sekali seumur hidup bila ada peluang menunaikan fardu haji ke baitullah.

Ruang tempat duduk dan ruang penyimpanan bagasi di atas.  Yang pasti setaip kali menaiki kapal terbang Merah, menumpang sentiasa penuh tidak mengira waktu.

Pihak pengurusan jugak sentiasa menambah baik perkhidmatan mereka dari semasa ke semasa.  Jika dahulu, tempat duduk adalah bebas kini telah ditetapkan untuk mengelakkan penumpang berebut2 untuk mendapatkan tempat duduk.

Untuk persediaan awal, penumpang boleh menempah makanan ketika membeli tiket online.  Beli secara online lebih murah sedikit berbanding membeli ketika dalam perjalanan. Namun apa yang selalu terjadi, ketika membeli tiket perasaan nak makan sesuatu tidak timbul, tetapi bila saja sudah di atas udara, selera pulak muncul walaupun perut baru diisi sebelum take off.

Nampak sangat menyelerakan bukan?

3sixty majalah yang mesti dibaca ketika berada dalam perut kapal terbang Merah..  Diterbitkan sebulan sekali dan sarat dengan info tentang destinasi-destinasi yang kapal terbang Merah jelajahi.  Sebenarnya boleh tak penumpang bawa balik majalah ini?...sape boleh jawap...

Selain risalah menu, terdapat leaflet untuk mereka yang berminat untuk membeli cenderahati kapal terbang Merah dan barangan penjagaan diri.  Shopping in the air. 

Antara menu yang menarik, bila di udara harga itu dirasakan murah bagi mereka yang lapar.

Ini situasi biasa yang akan berlaku bila mana kapal terbang telah siap mendatar.  Penumpang akan berebut-rebut untuk mengambil barangan mereka dan bersedia untuk keluar dari perut pesawat.  Kadang-kadang terfikir jugak mengapa mereka begitu teruja hendak keluar? mungkin keterujaan itu adalah sama ketika mereka hendak terbang. 

Kapal terbang Merah kini ada polisi yang tidak membenarkan sesiapa pun mengambil gambar dalam pesawat mahupun di kawasan lapangan terbang....Ops ini gambar curi ker?..minta halalkan ye.  Sebenarnya ada banyak gambar2 lama dalam simpanan yang dikumpul semenjak belasan tahun sebagai menumpang kapal terbang Merah.
Wassalam.

Masjid A'ishah, Langkawi

Assalam...
Selepas menyelesaikan urusan bershopping dan berjalan-jalan di Pekan Kuah, kami singgah sebentar di Masjid ini.  Sengaja Mulia sarankan agar en.Abe singgah sholat di sini dengan menceritakan mengenai kisah kami pernah singgah di sini suatu masa dahulu sekitar tahun 1998 atau 1999.

Ketika itu, masjid ini baru siap dibina dan kami berserta rombongan telah singgah beramai-ramai untuk bersholat.  Menurut seorang sahabat kami yang pernah menetap di Langkawi, Masjid ini adalah yang pertama menggunakan penghawa dingin, namun sejauh mana kebenaran Mulia tak dapat nak pastikan. 

Ruang wuduk dan bilik air wanita terletak di sebelah kanan masjid, manakala untuk lelaki di sebelah kiri.

Bismillahirahmanirahmanirahim.....
Masjid A'ishah, 
Kampung Sungai Menghulu, 
Mukim Kuah, Langkawi
Disempurnakan perasmiannya 
oleh.....




Ruang sholat untuk wanita

Kawasan ruang sholat lelaki

Wassalam.