Wednesday 2 August 2023

W-W: Rumah Senibina Melayu


Assalammm....
Masya Allah, cantik, cantik sangat senibina melayu pada rumah kayu ini, rumah kepunyaan seorang ustaz yang terletak di kampung MIL Jerantut Pahang.  Dapat tak bayangkan berapa kos nak buat rumah macam ini dengan menggunakan bahan kayu terbaik?


Gambar awal tahun ketika proses pembinaan, masa awal-awal tu tak tertarik nak ambil gambar sebab tak nampak bayang lagi. 

 
Gambar bawah ini ketika raya aidil fitri tahun ini, sudah hampir siap.
 
Wassalam.

Tuesday 1 August 2023

Mee Suah Sup Style Indragiri Riau

Assalamm...

Punya jiran baik satu rezeki lagi nikmat kalau selalu hulurkan makanan pada kita kan.  Orang baik kita pun kena lah berbahasa, hormat dan jika mampu cuba balas kebaikan jiran kita itu.  Pertama kali jiran bagi saya rasa makan mee suah sup begini terus suka, dia kata ini makanan biasa orang kampung dia di Riau Indonesia.  Pernah makan mee suah goreng chinese style sebelum ini, suka juga tapi klau dapat yang sup begini bertambah tambah suka lah.

Mee suah dari gambar google, ada beberapa brand lagi, mudah dapat dekat pasaraya.  Jiran saya kata lebih sedap guna yang mee suah halus.  Bahan-bahan nak buatnya sedikit dan masa penyediaan yang singkat.

Buatkan bawang goreng homemade begini memang sentiasa yang terbaik berbanding menggunakan bawang goreng segera.

Selalu dia hulur semangkuk yang dah siap masak, tapi hari itu kita pesan lain kali nak masak panggil sebab nak tengok cara buatnya.  Senang sangat cik katanya tak perlu resepi lah.

Mee Suah Sup Indragiri Riau Style
Sumber: Sri Wahyuni
 
Bahan-bahan;
1 bungkus mee suah
1 gengam udang geragau
2 sudu cili boh
5 ulas bawang merah - hiris
5 ulas bawang putih - hiris
1 tangkai daun sup - hiris
1 tangkai daun bawang - hiris
Minyak untuk menumis
Garam
Serbuk lada sulah
Serbuk perasa
Air secukupnya (lebih kurang 2 liter)

Cara Penyediaannya;
* Tumis hirisan bawang merah dan bawang putih.
* Jerang 2 liter air dalam periuk.
* Tumis cili boh guna bekas minyak buat bawang gorng tadi, masukkan udang geragau.  Goreng hingga sedikit garing.
* Tuang tumisan ke dalam periuk air mendidih.
* Masukkan garam, serbuk lada sulah dan perasa.
* Masukkan mee suah, daun bawang, daun sup dan bawang goreng.
* Sesuaikan rasanya dan tutup api.
* Hidangkan ketika sup panas.

Makan bersama bakso goreng atau bakwan macamni lagi mantul katanya.

Nyaman, lepas dapat semangkuk mee suah sup begini.  Jiran baik membawa berkat.
Wassalam.

Monday 31 July 2023

Take A Break: Menikmati Senja di Sekitar Waduk Ompo, Soppeng

Assalammm....
Ompo nama tempat yang mengambil nama sempena tempat terbitnya air mataair yang menjadi punca  kehidupan utama di sekitarnya.  Punca air tersebut digunakan untuk aktiviti penduduk samaada kegunaan isirumah dan juga pengairan kawasan pertanian.

 

Petang tu kami memilih untuk berjalan kaki, start dari rumah makcik menuju ke kolam renang Ompo yang sering menjadi tempat riadah penduduk sekitar mahupun dari luar daerah.

Kolam renang utama, juga menjadi tempat latihan kanak-kanak dalam acara renang.  Tempat 3 orang anak sepupu, mengasah bakat renang mereka hingga dapat menjadi wakil sekolah, kabupaten mahupun propensi dalam acara renang.

Kolam utama tempat punca mataair terbit tidak dibuka untuk awam.

 

Ada dipaparkan sejarah asal muasal bagaimana mataair Ompo dijumpai.

 

Di luar daripada kawasan kolam renang, terdapat tasik dan kawasan hijau yang dikenali sebagai Hutan Kota Ompo, segala pokok kayu yang ditanam telah mereka kenalpasti dan daftarkan.

Di tengah-tengah waduk itu ada bangunan rumah makan tetapi masih ditutup sejak pendemik sehingga sekarang.

Lenguh juga kaki nak mengelilingi tasik dari hujung ke hujung.  Memang sesaui kalau nak briskwalk atau jogging waktu pagi atau petang.

Selepas mengitari kawasan tasik waduk Ompo, kami berjalan sehingga pusat kajian Universiti Hassanuddin (kampus vokasi).

Ada beberapa bangunan seperti ini di sini, digunakan sebagai bilik kuliah atau pentadbiran, tetapi ketika kami berkunjung tak jumpa seorang pun yang ada di kawasan ini.  mungkin ada hari tertentu saja mereka di tempat ini.

Keluar semula ke jalan utama, akan nampak rumah-rumah penduduk kampung Madello.  Kebanyakkan rumah kayu tinggi (rumah panggung).

Mendekati maghrib, jom lah kita balik ke rumah sebab selepas ini kita nak temankan sepupu ke hospital menjaga orang sakit.

Suasana ini saya dapat ketika kunjungan sekejap ke Soppeng pada bulan Mei lalu melawat ibu saudara yang tenat di hospital.  Alfatihah untuk arwah Hajah Jumriah Hema (Etta Jume) yang kembali kepada penciptaNya pada 12 Julai lalu, semoga rohnya ditempatkan bersama para solihin.Aamiin.

Wassalam. 

Sunday 30 July 2023

Asam Pedas Ikan Parang

Assalamm...
Pertama kali makan yang namanya menu asam pedas ketika berkunjung ke rumah kawan di Melaka, mak dia sediakan asam pedas ikan parang.  Terus jatuh cinta dengan namanya asam pedas, kali kedua ketika ke Johor, kakak kawan masak asam pedas guna ikan selar atau kerisik masa tu.  Kedua-dua versi asam pedas yang saya nikmati ketika itu sangat sedap pada tekak saya, kedua-duanya merah menyala dan cuma ada tambahan bunga kantan.  Selepas itu baru lah jumpa dengan asam pedas yang pelbagai jenis di letak dengan daun kesum, tambah sawi jeruk, lobak asin atau sayur lain.  Tapi lebih suka versi yang saya jumpa mula-mula dengan tiada banyak tambahan bahan selain bunga kantan.


Semenjak itu, bila jumpa saja ikan parang, automatik menu asam pedas yang terlintas.  Selalu pun macam itu, jika tak dimasak asam pedas, ikan parang digoreng garing saja.  Tapi paling best kalau jumpa ikan parang yang ada telur.


Asam Pedas Ikan Parang
Sumber: Cik Aminah 
 
Bahan-bahan;
1 ekor ikan parang - potong dan basuh bersih
10 biji cili kering - rebus dan kisar
1 inc. belacan*
10 ulas bawang merah*
5 ulas bawang putih*
2 batang serai -  ketuk
1 bunga kantan - belah dua
Minyak untuk menumis
Garam secukupnya
Gula secukupnya
Serbuk perasa
Sedikit air asam jawa atau 2 keping asam gelugor
Air secukupnya
 


Cara Penyediaannya;
* Tumbuk bahan bertanda '*'
* Panaskan minyak dan tumbis bahan tumbuk hingga wangi.
* Masukkan cili kisar dan tumis hingga pecah minyak.
* Masukkan serai dan ikan.  Biar seketika hingga jus ikan keluar, baru tambahkan dengan air.
* Tambahkan air mengikut kuah yang dikehendaki, biar mereneh seketika.
* Masukkan bunga kantan, gula, garam, bahan perasa air asam jawa. Didihkan lagi hingga agak pekat sedikit.
* Sesuaikan rasanya dan tutup api.

Tapi itulah, tak boleh masak selalu sebab hanya kita yang suka makan ikan parang.  Tulang banyak mereka tak suka makan, hilang nikmat makan agaknya.  Kita pula lagi banyak tulang lagi suka, lagi trill lagi nikmat rasanya, sebab tu suka semua jenis ikan bertulang halus macam ikan terubuk, ikan susu mahupun ikan selangat.  Walau tercekik tulang beberapa kali tetap tak patah semangat nak meratah.
Wassalam.

Saturday 29 July 2023

Kuih Kaswi @ kosui

 
Assalamm...
Adakah ini yang gedik? iya ini kawsi gedik cuma tak dimasak dalam acuan viral yang gedik itu.  Biarkan saja kuihnya yang gedik jangan tukang buat gedik sudah.  Kuih tradisi yang nampak simple dengan bahan yang mudah tapi kadang tidak menjadi juga bila membuatnya.
 
Kuih Kasui / Kosui
Sumber: Mulia
 
Bahan-bahan A;
1 cawan gula merah
1 cawan gula pasir
1 helai daun pandan - simpul
2 cawan air
Secubit garam
 
Bahan-Bahan B;
2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung ubi
2 sudu makan air kapur
3 cawan air
 
Bahan-bahan C;
Kelapa parut putih
Secubit garam 

Cara Penyediaannya;
* Masak bahan A, hingga gula larut dan sejukkan.
* Campurkan semua bahan B, kacau sebati hingga tepung tidak bergentel.
* Sediakan acuan, griss dengan sedikit minyak dan panaskan pengukus.
* Campurkan bahan A dan B, gaul sebati dan tapis.
* Masak atas api sederhana hingga naik wap, tak perlu sampai adunan berketul dan kental.
* Tuang ke dalam acuan dan kukus selama 30-40 minit (guna acuan besar).  Sentiasa buka penutup kukusan dan buang air untuk mengelakkan air menitik atas kuih.
* Sejukkan kuih terlebih dahulu sebelum di potong.
* Kukus kelapa parut kira-kira 5 minit.  Gaul dengan sedikit garam.
* Potong kuih dan golek-golekkan atas kelapa parut.
* Siap untuk dihidangkan.


Unsur penting yang menjadikan kaswi anda tetap mengedik adalah penggunaan tepung ubi.  Jadi kalau nak gedik tak boleh skip bahan ini ya. 
Wassalam.

Friday 28 July 2023

Cha Ba Ang

Assalamm..
Pernah viral dulu dessert ini, sesuailah nak sediakan musim panas-panas macam sekarang ini.  Panas berdenting sangat memang tak boleh bawa bincang, jarang sangat buat aktiviti diluar sekarang ini.  Nak pergi pasar beli ikan dan sayur pun rasa lebih suka pergi waktu malam daripada siang hari.

Dessert dari negara jiran, senang nak buat dan bahan pun mudah nak dapat kerana hanya menggunakan beberapa bahan utama saja. 


Cha Ba Ang
Sumber: Pelbagai
 
Bahan-bahan;
1 peket cincau - potong dadu
Ais batu secukupnya
1 sudu biji selasih - rendam hingga kembang dan sejat
1 tin susu cair
200ml susu segar
2 sudu susu pekat
2 sudu gula merah / melaka
Sedikit air panas
 
Cara Penyediaannya;
* Cairkan gula merah dengan air panas dan tapis.
* Sediakan mangkuk besar dan campurkan semua bahan, kacau bagi mesra dan cuba sesuaikan rasa manisnya.  
 
Nota - Jika tak suka guna air batu, boleh sediakan awal dan letak dalam peti sejuk terlebih dahulu, sebab minuman ini sedap dinikmati ketika sejuk.
 
Cincau sekarang, selain yang rasa original sudah ada cincau yang ditambah perisa macam-macam seperti mangga, strawberry.  Boleh juga guna yang berperisa begitu, sesuai bagi mereka yang tak boleh telan rasa cincau asli.
Wassalam.

Thursday 27 July 2023

Kenduri Kawen Anak Jiran.

Assalamm....

Hari minggu lepas mmenyempatkan diri dengan jiran-jiran memeriahkan majlis nikah dan bersanding anak jiran kami (Kak Uci).  Hajat hati nak pergi pagi-pagi beramai-ramai dengan jiran-jiran boleh lah saksikan majlis nikah sekali, tapi ada hal lain pula, kami dapatnya pergi sebelah petang.  Rezeki datang lambat  dapat borak santai dengan tuan rumah dan jumpa dengan ex jiran (Kak Ida dan Abang Lan) yang telah berpindah ke tempat baru.

Majlis berlangsung di Tian Nara Event Space, Elmina East.  Tempat baru bagi kami sebab pertama kali sampai sana dan tempat tu agak tersorok sikit, nasib pergi tu berempat dengan jiran-jiran.  Walaupun tersorok tapi best tempatnya, parking senang, dekorasi dewan pun cantik.


Selamat mendapat menantu Kak Uci, dan untuk pasangan pengantin baru Ferra dan Taufiq semoga mahligai yang dibina menjadi sakinah, mawahdah dan dalam rahmah Allaah Taala sentiasa..aamiin.

Wassalam.

Wednesday 26 July 2023

W-W: Makcik Kantan

Assalamm...

Suatu hari masuk ke dalam semak kawasan Ulu Dong (kawasan air terjun Lubok Semak), terjumpa satu group tengah membereskan bunga kantan, katanya mereka tengah siapkan untuk peraih dari Kuala Lumpur nak datang ambil.  Makcik pun teruja nak ambil gambar, mereka bagi takde masalah nak selfie dengan bunga kantan tu, tapi bila makcik cakap nak beli mereka takmo jual.

Kawasan kampung tu memang banyak sungguh pokok kantan.  Kalau dah banyak begini, bukan sekadar buat laksa atau kerabu nak mandi bunga kantan pun boleh.

Mereka tak jual, cukuplah abadi kenangan dengan cik kantan.  Cantik juga hand bouquet guna bunga kantan kan?

Wassalam.

Take a Break: Piknik Di Lata Lembik Raub


Assalamm...
Langit cantik, cerah, matahari bersinar dan sungguh panas ceng petang itu.  Ambil keputusan datang piknik di Lata Lembik Raub.  Perjalanan dari rumah MIL lebih kurang sejam juga lah.  Bukan takde tempat piknik terdekat, tapi sebab kata nak air dalam baru puas berendam.  En. Abe pula nak cuba nasib nak memancing kot-kot dapat anak kelah ke anak tengas ke seekor buat penambah koleksi dalam aquarium.  Ketika sampai adalah beberapa orang pengunjung mungkin sebab bukan hari hujung minggu, sebab tu sunyi.  Anak-anak muda naik motor, mungkin dari kampung sekitar sini.  Mereka mandi, selam-selam dan balik.
 
 
Tempat ini dulu (sebelum PKP) ramai pengunjung dan terjaga tempatnya.  Ada bayaran dikenakan untuk masuk dan adalah petugas yang menjaga kawasan.  Kini sunyi sepi dan fasiliti yang tersedia terbiar begitu saja, ada beberapa buah chalet yang sudah mengalami kerosakan, gerai menjual makanan yang sudah tutup, bangunan tandas dan ruang ganti lagi menyedihkan keadaannya.

Jambatan gantung juga terbiar walaupun masih boleh dilalui oleh pengunjung.  Piknik tanpa makan mana nak sah kan, masak beriya orang tu dari rumah dengan masak lemak cili apinya, bihun goreng dan makanan ringan.  Kalau datang awal dan nak berlama-lama boleh lah nak buat bakar-bakar.

Kawasan batu-batu ini dulu, laluan air deras di sini, memang macam air terjun.  Biras kami cakap tempat budak-budak main terjun tiruk suatu waktu dulu, tempat itu pun menyimpan kisah juga bila ada yang  menjadi korban di celah batu besar itu.  Cerita tu dia kisahkan ketika kami sudah balik dari mandi air lata.  Ko rasa klau dia cerita awal sebelum pergi, semesti lah aku tak panjat batu-batu sampai ke atas sana wehh..
 
Ada satu group anak muda yang berkhemah di seberang tempat kami.  Agaknya mereka datang sejak pagi di sini.
Bila up status mandi lata, berdesup orang mesej hati-hati dengan kepala air.  Memang musim berita kejadian kepala air kan masa tu.  Mestilah kita pun sudah mewanti-wanti sebelum ambil keputusan datang ke sini, terima kasih kerana prihatin pada kami.
 
 
 
Lain kali nak datang lagi tak? semestinya nak sebab utama badan saya tak gatal-gatal selepas mandi di sini.  Maksud punca air bersih lah sebab atas tu kawasan hutan simpan bukan kawasan kebun orang.
Wassalam.