nuffnang_bid = "6d3fefaa2657f8901dfaPages

Showing posts with label GIve Away. Show all posts
Showing posts with label GIve Away. Show all posts

Friday, 12 September 2014

Memanjangkan Rezeki....

Assalam...
Saya dapat rezeki secara tumpang melalui sepupu saya.  Sepupu dapat kiriman burasak, sambal cili (saya panggil sambal berhantu) dan seaweed fresh.   Nak kata sidikit banyak jugak sebab kami memang tak daya nak habiskannya.  
Ini salah satu sarapan orang di Sabah, burasak dimakan bersama sambal.  Sambal cili yang menggunakan ramuan cili padi kampung, bawang merah, bawang putih, buah keras, gula dan garam.  Bagi yang suka udang kering, boleh tambah then blend semua.  Tumis ambil masa agak lama juga untuk memastikan sambal tahan lama.  Memang pedas kaw-kaw punya, lepas makan berpeluh satu badan.  Orang yang tak biasa makan pedas dinasihatkan jangan cubo-coba ya, nanti memudaratkan diri...
Ini hasil olahan saya pada seaweed (kalogen) yang saya dapat tu.  Tak tahu nak buat ape sebenarnya, memang tak pernah buat dan makan pun.  Walaupun pasar-pasar kat sabah ada jual benda ini.  Nak harap orang di rumah nak makan, memang tak jalan, saya seorang jer yang boleh itupun makan sikit-sikit.  Bawa ke tempat kerja boleh makan ramai-ramai, ada yang suka dan ada yang tak berani nak try.  Kawan chinese cakap rasa macam kerabu jelly fish.
Last yang hendak disharekan sebalang sambal cili, sebelum ini dah 2 kali bawa ke ofis.  Test market, memang ramai yang suka walaupun pedas tahap dewa.   
Untuk diagihkan pada si pencinta cili....pedas itu sedap katanya.
Semoga sama-sama kita mendapat pahala sedekah di pagi jumaat ini.  Terima kasih pada makcik caya yang bersusah payah sediakan semua ini dan semoga keluarga makcik terus dimurahkan rezeki dan diberkati Allah..Amin.
Wassalam.

Saturday, 19 July 2014

Give Away Sempena Ramadhan & Syawal

Assalam...
Dulu saya ada entri menang tiket percuma dari AirAsia.  Baru belek-belek balik, tiket itu masih ada dalam simpanan.  So berhasrat nak bagi je kat sapa-sape yang nak sebab saya sendiri tak boleh nak pergi.  Tiket untuk seorang jer tapi, penerbangan pergi dan balik dari KL ke Chennai, India.  Apa barang ada kat chennai itu? Silalah dapatkan tiket ini dan pergilah terokai bumi Chennai sendiri.  Serius saya nak bagi kepada yang berminat daripada tak diguna tamat tempoh macam tu saja.  Vaucher ini valid sampai 30 Ogos 2014.  So sapa2 yang berminat boleh tinggalkan komen.  Tapi kalau ramai yang berminat, saya kena buat undian nanti...
Perlu diingatkan, vaucher ini hanya tiket saja yang free tau, lain2 charge macam aiport tax, fuel ker benda fee lagi dikenakan yek oleh AirAsia.  Bebas nak pilih penerbangan pergi balik sebelum 30 Ogos 2014.  So sapa yang rasa boleh guna or nak melawat atau nak pergi beraya dengan sedara mara kat Chennai sana, cepat2 komen kat bawa tu, start dari sekarang hingga tengah malam 22hb Julai ini.
Wassalam.