Showing posts with label Art Street. Show all posts
Showing posts with label Art Street. Show all posts

Saturday, 18 August 2018

Biskut Lidah Kucing Pelangi

Assalam...
Gairahnya tengok orang buat biskut ini dulu, cantik, ceria, kaler-kaler, jadi teringin juga nak buat.  Saya pun beli 2 ketul loyang lidah kucing, tup tup balik rumah loyang tu tak muat masuk ovenku yang cinonet tu. Kesudahannya loyang simpan dulu jadi tukun tiruan dulu alam store untuk beberapa tahun.  Baru-baru ini jer keluarkan loyang tu bukan sebab dah beli oven baru tapi ada orang pinjamkan oven besar dia, tak guna katanya.  Alhamdulliah syukur akhirnya daku boleh main kaler-kaler.


Biskul Lidah Kucing Pelangi
Sumber: Kak Wan

Bahan-bahan
250gm mentega
175gm gula kaster
100ml putih telur
200gm tepung gandum
50gm tepung jagung
1/4 sudu teh empleks
Pewarna - Unggu, biru, hijau, oren, kuning dan merah
Keperluan lain :-
Loyang lidah kucing
Nozzle bulat dan piping bag.

Cara Penyediaannya.
* Ayak tepung gandum, tepung jagung dan empleks. Ketepikan.
* Pukul mentega hingga gebu dan berkrim.  Masukkan putih telur sedikit demi sedikit dan putar hingga sebati.
* Masukkan tepung dan kaup balikkan hingga sekata.
* Bahagikan adunan kepada 6 bahagian dan letakkan warna masing-masing.
* Masukkan adunan ke dalam piping bag yang telah dilettakan nozzle bulat dapa hujungnya.
* Paipkan adunan ke atas loyang lidah kucing mengikut susunan warna pelagi.
* Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terdahulu, selama 15 minit dengan suhu 150'C.  Jangan biarkan sehingga warna atas biskut keperangan kerana akan menenggelamkan warna pelangi.
* Sejukkan dan simpan di dalam bekas kedap udara.  

Note - Biskut ini cepat lemau jika dibiar terdedah di udara.  Biskut yang lemau boleh dipanaskan dalam oven seketika (lebih kurang 5 minit) dan akan ranggup kembali.. 


 

Jangan risau bentuk yang tak cantik tu (pam ikut suka hati), masa bakar dia pandai adjust sendiri bentuk jadi cantik ikut acuan.  Memang cantik hasilnya guna banyak-banyak warna nie, tapi berpeluh juga nak pam satu-satu.


Dapat lah banyak ini biskut pelanginya, masa raya hari tu penggemarnya ramai kanak-kanak.  Sebab warna warni kot tu yang menjadi tarikan bagi mereka.
Akan datang kalau buat mungkin akan sediakan yang satu warna saja dengan menambah perasa keju, coklat atau mocca.
Wassalam.

Wednesday, 3 January 2018

Laman Seni Seksyen 7


Assalam...
Nak gelak erk, sila lah gelak kan ramai-ramai, saya tak marah.  Walaupun duduk tak berapa jauh dengan tempat ini (Laman Seni), tapi saya baru pertama kali menjenguk ke art street ini.  Bukan tak pernah datang seksyen 7, Shah Alam nie, tapi datang tu sekadar melawat depan-depan kedai jer, beli barang dan balik tak sempat nak menjegah ke lorong belakang kedai.


Kalau lihat pada apa yang mereka publish sebelum ini, ada antara gambar tu dah tak ada atau hanya sebahagian saja.  Sekarang makin up grade, ada kerusi, ada pondok dan macam-macam lagi nak menambah-baik kawasan Laman Seni. 


Kenangan, suatu hari orang akan bertanya dan mencar-cari dengan keyword "penjara pudu".  Hanya tinggal kenangan.


Salah satu tempat hilangkan ketegangan.


Tokoh seni negara yang turut dipotretkan di sini, siapa lah yang tak tergelak ketika menonton filem kisah tentang Bujang Lapuk nie?  Rasa-rasa tengah stress, cuba tonton filem P. Ramlee and the gang.


Harapan dan doa sentiasa untuk MH370 supaya ianya boleh ditemui semula.


Sebab saya pun tak pandai mengeja jawi, yang ini sangat bagus sebagai panduan.  Baca sambil hafal.


Jolokan lorong belakang yang selalunya dianggap  tempat kelam, kepam, busyuk dan meloyakan dapat diubah.  Selain itu boleh dapat info dan ilmu bermanfat asal rajin membaca keterangan yang disertakan.


Usaha sebegini harus jadi contoh oleh semua pihak berkuasa tempatan sebagai langkah mewujudkan persekitaran bandar yang bersih.
Wassalam.