nuffnang_bid = "6d3fefaa2657f8901dfaPages

Showing posts with label Indonesia. Show all posts
Showing posts with label Indonesia. Show all posts

Tuesday, 13 February 2018

Lao Mandre: RM Lamun Ombak, Padang


Assalam...
Pagi hari pertama ketika kami sampai di ranah minang (tanah orang minang), perkara pertama nak buat ialah mengisi perut.  Supir yang ambil kami budak muda, macam malu-malu dan tak banyak cakap.  Part nie, En.Abe suka sebab kalau dapat sopir yang dah berumur banyak cakap tak pasal-pasal ko disekolahkan nanti.  Hentam sajalah labu, nasib lah dah study sikit sebelum datang ke sini klau tak jenuh nak bertanya, satu ditanya satu dijawapnya, last semua diam seribu bahasa hanya layan fanorama sepanjang jalan dan lagu kekinian dari play station.  Satu yang saya tanyakan, orang sini pagi-pagi sarapan makan apa, dia jawap makan nasi, so mari lah kita makan nasi, tanpa kata dia driver dan singgahkan kami di RM Lamun Ombak.


Sudah menjejakkan kaki di bumi Padang, silalah makan nasi padang sepuasnya.  Ini restoran pertama yang kami singgah, lebih kurang dengan restoran nasi padamg yang lain.  Antara resto terkenal kot di Padang ini, nak tanya kat supir, tak tahu dia dah ke mana.  Mula-mula tadi kami ajak dia makan sekali boleh lah borak dengan dia, tapi dia makan tempat lain pula.



Bermula lah acara pilih memilih lauk.  Lebih dari 20 lauk pauk terhidang depan kami, kebanyakkan lauk daging dan ayam.  Kami hanya pilih 5 pinggan kot termasuk sambal.


Mencuba killer menu orang minang yang nie, telur tembusu namanya walaupun bukan terbuat daripada telur.  Kantung tu dari usus lembu dan inti dalamya daripada tepung yang dicampur bumbu.  Sangkaan meleset sama sekali, ingatkan telur yang disumbat ke dalam usus tu.


Sambal ikan masin air tawar kot yang nie, sedap sangat.  Makan yang nie je dengan nasi dah cukup, dua orang lagi tak boleh pisah dengan menu ayamnya.


Jadi pagi pertama dibumi Minang, kami bersarapan mengalahkan king.  Selalu kalau berjalan-jalan, sarapan pagi pilih yang berat dan skip makan tengahari.  Lewat petang pula baru cari makanan berat sebagai makan malam.


Selepas makan dan settlekan bil, kami tak berlengah kat resto tu, cari supir dan ajak teruskan perjalanan.  Perjalanan ke tempat tujuan masih jauh dan akan singgah di beberapa tempat.


Sepanjang jalan mendaki ke Bukit Tinggi pagi itu cuaca redup dan sesekali bersulam gerimis.
Wassalam.

Thursday, 28 December 2017

Pasar Grosir Banto, Bukit Tinggi


Assalam...
Janji hari ini, pak supir datang ambil kami jama 9 pagi.  Masih ada masa untuk kami berjalan-jalan sekitar tempat penginapan, semalam dah lepak-lepak di kawasan Jam Gadang jadi pagi ini kami pilih berjalan ke pasar.  Jalan-jalan ke pasar pagi di Banto Trade Centre, ketika itu Pasar Bawah dan Atas tak buka lagi, masih terlalu pagi.



Makcik jual jambu air di persimpangan Jalan Pemuda dan Jalan Soekarno Hatta.  Jalan Pemuda waktu awal pagi tak sesibuk seperti Jalan Soekarno Hatta, kereta kuda pun masih tak nampak pagi itu.


Jom kita masuk ke bahagian bawah pasar Banto, kedai-kedai di lantai atas masih tertutup.


Bahagian bawah lebih kepada menjual bahan makanan (nama pun pasar grosir kan).  Sayur, rempah dan bahan makanan kering lainnya.  Sang suami tertarik pada ikan masin, jadi beli ikan masin.


Gerai rempah basah, cili, bawang, halia, serai semua dah dikisar.  Mudah bagi mereka yang tiada blender.


Saya sangat tertarik pada yang ini.  Pedis kata mereka.  Cili rawit panjang dan kerinting, beli 5000 rupiah untuk dibawah balik. 


Gerai kuih-muih di tepi bangunan banto trade centre.  Beli juga walaupun di tempat penginapan ada menyediakan kuih-muih untuk sarapan.


Sumber ikan mereka kebanyakkan ikan air tawar daripada danau atau sungai.  Senang nak jumpa belut dalam masakan orang Minang, diorang makan belut goreng ketika makan tengahari di Pondok Flora. 


Buah alpokat @ ovacado, seperti biasa banyak dijual, kurang gemar makan atau minum jus alpokat tapi.  Hanya beli buah mangga harumanis dan jambu bol.  Jambu bol tu yang dicari-cari tapi walaupun di sini harganya agak mahal 30 hingga 60 ribu sekilo.


Tapai ubi, wow bestnya.  Rasa jugaklah sebab orang yang jual tu pujuk suh rasa.  Memang manis, maaf sebab tak beli.


Balik dari pasar pagi, kami ikut laluan lain ke tempat penginapan.  Lalu pasar atas, tetapi masih terlalu awal, pasar atas tak buka lagi.  penghujung jalan, sampai atas, jumpa kedai buku yang baru buka.  Jumpa 3 buku karya pak Pramoedya yang saya cari-cari selama ini.  Tiga buku dengan harga 120 ribu.


Tangan dah penuh menjinjit beg plastik, kaki dah lenguh, perut pun dah keroncong.  Moh lah balik kita sarapan di tempat penginapan sebelum teruskan kembara hari ini.
Wassalam.

Saturday, 25 March 2017

Lao Mandre: Bakso Monster


Assalam..
Niga tau poji mandre bakso? Siapa hantu bakso kita geng.  Jom kita try makan di Bakso Monster (the fatters bakso in town) resto by Jovian Mandagie.  Memang suka makan bakso yang gemuk-gemuk, original orang Indonesia jual bakso mesti ada bebola yang besar macam bola tenis dan beberapa ketul bakso kecil.  Bebola daging yang besar sama ada diperbuat daripada daging cincang sahaja atau yang ada telur rebus sebagai inti di dalamnya.  Selalu-selalu makan kat gerai tepi jalan atau food court je, meh kita up grade sikit gi sini pula.


Deko dalam resto ala-ala retro juga lah.  Sebab tokeh pun designer, toilet pun tak lepas dapat sentuhan kreativiti pemiliknya.  Tapi yang leceh datang sini tu, susah nak cari tempat parkir kosong.  Bangsar tu beb, tempat orang kaya kata kawan saya.   


Buku menu yang paling win walaupun hanya sekeping, paling besar yang pernah saya jumpa setakat ini.  Sebab ko pergi restoran bakso, so menu utamanya mestilah bakso dan sewaktu dengannya.  Jangan pula cari nasi tomato dan ayam masak merah.  Tetapi ada je menu lain bagi yang tak nak makan bakso, ada soto, pecel lele dan nasi goreng.


Ini bakso pilihan saya, pilih yang guna glass noodle (so hoon) dan kuahnya Indonesian Traditional.  Pilihan mee dan kuah terdapat 3 jenis pilihan setiap satu.


Soto ayam untuk en.Abe.


Nasi dan bergedil adalah set untuk soto ayam tadi.


Sambal ada 3 jenis dan kicap ABC yang terlalu Indonesia.


Side order kami, nak cuba mertabak manis (macam apam balik, cuma tak diterbalikkan macam selalu).  Memang sangat manis.


Ada contoh portion makanan yang mereka sajikan, incase ada yang tak biasa dengan makanan indonesia.  Kadang-kadang tak dapat nak gambarkan makanan hanya dengan baca menu, boleh rujuk display dekat kaunter.


Lepas ini boleh lah try pulak makanan Menado (Sulawesi Utara) di resto Jovian yang lain. 
Wassalam.

Friday, 24 February 2017

Lao Mandre: RM Sangkuriang, Bandung


Assalam..
Ini cerita lama punya tapi takdelah sezaman dengan cerita rakyat sangkuriang.  Malam last di Bandung kami cakap dengan pak supir nak makan makanan khas Bandung (Makanan suku Sunda).  Dua hari dua malam sebelumnya dah makan nasi padang, ini tak boleh jadi datang Bandung pergi makan nasi padang (nak makan nasi padang pergi Padang lah, setakat ini makan tepi padang permainan jer mampu), nak juga rasa makanan autentik Sunda kan.  Pak Supir bawa kami ke sini Sangkuriang.  Macam pernah dengar je nama tu, agaknya tipikal nama anak lelaki orang Sunda kot.   Ah, baru teringat cerita Tangkuban Perahu, iya anaknya bernama Sangkuriang yang ingin menikah dengan wanita cantik (wanita itu sebenarnya adalah ibu kandungnya).

Kami sampai tu agak lewat, nasib restoran masih buka.   Resto ada dua bahagian yang hendak berkerusi meja atau nak duduk bersila di pondok yang agak kebelakang sedikit.


Ketuk ini kalau perlu apa-apa atau nak panggil pelayan restoran.


Buku menu, tema menu pilihan malam itu adalah segalanya tentang ikan, ikan air tawar pula tu.  Tapi taklah kejam ikut tekak sendiri saja, pilihan ayam tetap ada.  Kalau semua dah setuju mari kita pilih apa nak di makan.


Menu pilihan malam tu -
Sup ikan nila
Gurame goreng kipas
Ikan mas cobek sunda
Ayam rica-rica
Ayam bakar
Genjer cah
minuman ikut pilihan masing-masing
* Nasi putih tambah satu bakul.

Agak banyak bagi mereka yang berperut kecil, biasa bagi yang kuat makan.  Pak supir kami ajak sekali hanya senyum dan geleng-geleng tengok gelagat kami, agaknya dalam hati dasyat orang malaysia ini makan. 


Ini sebahagian menu yang kami pesan, sesuai dengan tema resto yang lebih kepada masakan berasaskan ikan air tawar.  Namun ayam rica-rica dan ayam bakar order juga untuk kawan yang tak boleh hidup tanpa ayam.


Sup ikan nila (ikan talapia hitam), sedapnya hirup kuah tu.  Nampak cair dan macam air jarang jer kuah tu tapi sedap.  Puas jugak saya dan Ann merata sebab orang lain tak berapa nak terima kot rasa ikan tu.



Ikan gurame goreng (ikan kaloi), tak berapa menjadi kot kepak ikan ini, tak nak terbang asyik nak tergolek je ikan tu.


Ikan bakar ini paling sedap, kalau tak silap kami pilih ikan emas dengan pilihan masak cobek sunda.  Cobek / sambal tu yang sedap. 


Sebab kami customer terakhir, kesian ibu kasir dan bapak kasir yang menunggu group kami selesai makan.  Cepat-cepat lunaskan bayaran.  Maaf banyak-banyak ya ibu, bapak.


Antara eksessori yang dipamirkan dalam Restoran Sangkuriang.  Kalau datang waktu siang cantik agaknya pemandangan taman kat belakang kawasan yang menempatkan pondok-pondok tempat makan kami tadi.


Hatur nuhun (terima kasih dalam bahasa sunda).  Lenggok bahasa orang Bandung (suku sunda) ini lain sikit.  Semasa di pasar baru penjual tu asyik panggil-panggil teh, liat baju-baju teh, teh liat kain renda, mari teh, sini teh.  Saya tertanya-tanya kenapa mereka tak panggil kami "mbak" macam orang indosesia yang lain?.


Last tanya kamus bergerak kami, pak supir lah. "Teteh" itu panggilan untuk kakak dalam sunda, sementara panggilan "mbak" tu lebih kepada orang jawa. So kalau ada yang menyapa teh kesini, bukan mereka minta air teh atau suruh minum teh ya.
Wassalam.

Thursday, 28 April 2016

APAKAH JADAH? JADAH BAKAR


Assalam...
Apakah Jadah? saya tak maksud h**** jadah tu... Jadah bakar ini nama makanan, kudapan.  Saya jumpa masa berjalan-jalan ke bandung hari tu, tengok orang jual, beli dan rasainya sendiri.  Kalau tak silap masa beli tu, ada tanya kat penjual nama makanan ini, tapi sebab dah lama jadi lupa.  Jenuh juga nak nak ingat dan cari nama makanan ini, terpaksalah google.
 


Sekali imbas macam nasi impit kan, tapi jadah diperbuat dari pulut bukan nasi.  Hasil pencarian leceh jugak nak buatnya sebab proses nak kukus pulut dengan santan, lepas tu kena tumbuk pulut nak bagi mampat.  Dah mampat tu baru betukkan segi empat macam dalam gambar atau bulat-bulatkannya.  Dah dapat bentuk yang diingini, kena bakar pulak, bagi garing sikit bahagian luar tu.
 

Jadah bakar dimakan bersama serunding (rasa macam serunding ikan) atau kuah yang seakan kuah kacang.  Kalau nak campur kedua-dua serunding dengan kuah pun boleh atau makan asing-asing.  Memang sedap makan semasa panas-panas, pula ketika kami beli itu hujan lebat.  Sementara menunggu hujan redah kami sempat makan berkeping-keping jadah bakar.



Saya tak ingat harga untuk sekeping jadah bakar ini, murah saja Rp5000 atau Rp10,000 dan sekeping jadah bakar cukup mengenyangkan.



Sos untuk jadah bakar, serunding dan kuah kacang.




Kalau tanya resto mana yang jual, saya pun tidak tahu sebab saya beli jadah bakar dari penjaja jalanan saja.  Perut sendiri tanggunglah kan, kalau jenis yang manja tu, janganlah.  Banyak penjual jadah bakar ini yang mengandar jualan mereka ke sana ke mari.  Kami jumpa yang ini semasa berkeliaran di Jalan Asia Africa


Hujan dah redah, kami perlu berkumpul semula di kereta.  Geng kami semua senyum-senyum sebab perut dah kenyang, satu group lagi kelaparan berteduh kat mana entah.  Nak sarankan pergi beli jadah bakar, mereka tak lalu pula nak makan jajan tepi jalan ni.
Wassalam.