Showing posts with label TTC Journey. Show all posts
Showing posts with label TTC Journey. Show all posts

Friday, 17 October 2014

TTC Journey 16: CD35 Gerimis Di Hati..

Assalam...
Gerimis di hati....,
Kawan baik datang berkunjung di pagi buta pada CD35.
Selepas sedikit usaha, aku memang redha dengan ketentuan buat aku, tapi...
Tipulah kalau aku kata aku tak sedih, tak menangis dan rasa frustrated... 
Untuk masa ini aku tak nak teruskan lagi rawatan di LPPKN, 
Bukan kurang yakin atau sudah,
Hilang kepercayaan kepada doktor di situ.  
Tidak, mereka jugak seperti aku telah cuba yang terbaik untuk menolong,  
Tetapi aku nak berehat sementara waktu.  
Sekadar untuk berehat dan mungkin akan...
Mencuba cara atau kaedah yang lain pulak... 
Aku kena positif tak baik sedih-sedih, bila sedih akan lebih memburukkan keadaan.
Bayangkan rakan-rakan yang senasib dengan aku, lagi gigih usaha mereka dariku, lagi banyak duit yang mereka belanjakan dariku,
Ada yang dah sampai ke IVF...namun tetap jugak tak kunjung tiba sinar itu, 
Berapa besar kekecewaan mereka banding dengan usaha kecilku ini..
Time was flying with limited sourses,
Tak patahkan semangat, akan terus berusaha hingga penghujung waktu. 
Dan sampai satu saat aku kena akur jika memang aku tidak diberi peluang itu...
Allah beri aku banyak rezeki lain lagi yang perlu aku manfaatkan....
Tiada ada bukan pengakhiran hidup untuk membari manfaat...
Wassalam.

Tuesday, 14 October 2014

TTC Journey 15: Circle Day ke- 32

Assalam...
Pagi ini last pengambilan dupasthon dan berjaya dihabiskan.  Kalau ikut jadual semalam dah habis, tapi kan saya cakap hari itu ada satu malam itu terlupa telan.  Hari ini dah CD32, berharap sangat usaha kami menjadi kenyataan.  Saya seperti wanita lain jugak, kami bukan golongan wali-wali hanya insan biasa, namun tidak pernah berhenti berharap untuk dikurniakan keajaiban.  Ampuni hamba kerdilMu ini Ya Allah. 
Dari pengamatan, tiada perubahan dalam diri ini dari segi fizikal mahupun emosi yang berlaku.  Semua berjalan seperti biasa.  Tiada sebarang tanda seperti orang mengandung pun, macamana tanda pun saya tak tahu sebab saya tidak pernah melaluinya. 
Sehingga ke saat entri ini saya karang, memang tiada sebarang perubahan.  Cuma saya ada sedikit rasa sengal pada bahagian pinggang seperti keadaan bila mana setiap kali kawan baik datang berkunjung.  Perasaan ini saya abaikan, saya tidak mahu terlalu memikir ke arah itu.  Segala ketentuan dariNYA akan saya terima seikhlasnya kerana yakin hanya DIA yang tahu yang terbaik untuk diriku ini.
Wassalam.

Friday, 3 October 2014

TTC Journey 14: Duphaston

Assalam..
Sebanyak 24 biji tablet untuk jangka masa pengambilan 12 hari.  Permulaan pengambilan duphaston adalah pada hari ke-4 selepas proses IUI.  Kena telan sebiji sekali, 2 kali sehari iaitu pagi dan malam.  Perlu diingat waktu pengambilan pagi dan malam perlu sama.  Misal kata kalau telan waktu paggi jam 8 pagi, dan kali ke-2 jam 8 malam.  Begitulah seterusnya hingga habis. 
Duphaston ini mengikut kata doktor ubat untuk menguatkan dinding rahim.  Kira persediaan didnding rahim sebagai platform, biar tebal dan senang untuk telur melekat dan terbenam untuk proses seterusnya.  Alah macam kita bila dapat tilam yang tebal, empuk lembut, kan sedap nak landing dan tak tidur.
So hari pertama pengambilannnya pada 3hb oktober nanti 4 hari selepas proses IUI (29/9/14).  Kena set alarm sebab saya ini kadang2 pelupa, then ubat duphaston tu kena standby dalam beg selalu.  Hari ke-5 sebelah malam lupa nak makan, sebab tertidur, alarm bunyi pun tak sedar.  Skip satu waktu dah.  Hari ke-7 sebelah pagi terlewat 2 jam telan duphaston sebab lupa nak tukar setting kat alarm.
Wassalam.

Monday, 29 September 2014

TTC Journey 13: IUI (Permadian Berhadas)

Assalam...
Alhamdulillah pagi tadi dah selesai IUI dengan Doktor Komathy.  Temujanji jam 7.30 pagi tapi kami sampai LPKKN jam 8.15am sebab jem teruk di Sprint Highway.  So kira saya lah yang last pagi itu buat IUI, yang datang awal dah lepas.  Semoga pilihan kaedah ini dapat menjadikan mimpi-mimpi kami suami isteri menjati kenyataan.  In Sha Allah.  Ini first IUI yang saya lalui, tapi ini dah kira percubaan kali kedua kami untuk merialisasikan mimpi-mimpi kami.  Semoga dipermudah dan diperkenankan Allah SWT.  Kami hanya mampu berusaha dan tawakkal saja, yang selebihnya adalah kehendak dan perencanaanNYA.

Proses sebelum IUI, kena datang awal jam 7.30 di LKPPN daftar, buat bayaran dan naik tingkat 7 husband and wife.  Tapi sebelum itu nurse dah terangkan pada hari berkenaan dinasihatkan pakai pakaian yang sesuai dan mudah, kebersihkan di kawasan ms V (cuci bersih, trim mana yang perlu) & jangan memakai sebarang make up, minyak wangi, deodoran, barangan kemas dan sebagainya yang dikuatiri akan memberi efek pada kualiti sperma nanti.

Masa proses, en.suami kena naik tingkat 7 dulu tuk keluarkan sperm.  Dia mesej tanya yang buat IUI doktor lelaki atau perempuan?.  Saya dah cuak dah, lepas tu saya confirmed dengan nurse sapa yang buat, doktor lain ker atau doktor yang selalu saya jumpa.  Lega bila nurse bagi tahu doktor yang akan buat adalah doktor yang handle kes kita.  Kalau ada sebarang pertukaran akan dimaklumkan.  En. Hubby risau sangat jika yang handle tu doktor lelaki, mungkin awal pagi tadi doktor lelaki yang buat untuk kes orang lain.

Lepas en.suami settle, kami pergi sarapan dulu lepas tu naik tingkat 7 semula untuk IUI, masa menunggu berdebar jugak, perut dah lain macam, senak pun ada cam nak terkucil jer.  Pergi tandas dulu ler settle ape yang patut.  Masuk semula, en.suami kata nama dah kena panggil.  Terus je saya masuk bilik yang macam wad, ada beberapa katil di situ.  Ada 2 nusrse perempuan dan seorang lelaki tak tahu jawatan dia.  Nurse perempuan tu yang handle, suruh baring dan letak kaki macamana.  Sementara lelaki itu, interkom doktor bagi tahu dah standby.

Doktor datang terus jer buat procedure IUI,  baik jer bagi arahan, buka kaki, nak cuci dan nak masuk alat.  Doktor kata try nak cari jalan, memang akan rasa sengal dan sakit sikit.  Pintu rahim ketat sebab itu sakit sikit masa doktor nak cari jalan.  Nurse berdua tu baik jer, suruh rileks, ingatkan untuk baca doa, selawat semua.  paling sweet tu cakap puan rileks ye, fikir nak dapat anak jer, tarik nafas hembus, rileks, tahan sikit.

Terus terang saya cakap kesakitannya sama macam proses HSG hari itu.  Tapi IUI takde kesan sakit melampau selepas itu.   Lepas dah sudah, doktor bagi rehat sambil baring rapatkan kaki dan kepit-kepit punggung kira-kira 30 minit.  Nurse tu tanya sama ada saya dan en.suami nak medical leave (mc) atau tidak.  Tidak perlu sebab kami memang dah ambil cuti untuk hari itu.  So balik tu just lepak-lepak dan rehat kat umah.  Doakan saya ye boleh dapat zuriat...Amin Ya Rabbal Al-Amin....
Wassalam.

Saturday, 27 September 2014

TTC Journey 12: 2nd Time Suntikan Pregnyl

Assalam...
Doktor tetapkan kena suntik pada jam 9 malam, lebih kurang 36 jam sebelum proses IUI dijalankan.  Kaedah suntikan sama dengan foliculin.  Sekarang dah boleh buat sendiri, takut-takut jugak tapi tawakkal jer, nak minta tolong dengan siapa lagi.  Malam ini en.Abe tak balik kerja lagi, so let DIY lah kan.  Malas lah nak pergi buat dekat klinik suruh nurse. 

So start daripada suntikan itu, siapkan diri menunggu 36 jam untuk buat proses IUI (permanian berhadas).  Sekali lagi saya tak tahu proses IUI tu macamana, lebih baik tak tahu daripada tahu awal-awal (untuk hilangkan rasa takut atau perasaan cuak). 

Wassalam.

Friday, 26 September 2014

TTC Journey 11: Ultra Sound Scan

Assalam...
Temujanji dengan doktor lagi setelah selesai pengambilan clomid (5 hari) dan injection Foliculin yang maha power.  Doktor nak scan telur sama ada saiz dah sesuai atau belum untuk proceed ke IUI.  Dapat kesan 3 biji yang melepasi tahap saiz minima yang dikehendaki.

Doktor tetapkan untuk buat IUI pada 29hb sebelah pagi.  Suami kena simpan sperm untuk proses IUI dilarang untuk bersama sehingga hari 29hb itu.  Sebelum itu doktor akan bekalkan dengan pregnyl yang perlu aku suntik sendiri keesokkan malam, 36 jam sebelum proses IUI dibuat.  Pregnyl ini untuk pecahkan telur yang matang.  Biar boleh berenang-renang masuk ke rahim dan bertemu sang juara pada hari IUI nanti.  Sebelum ini nurse LKPPN yang tolong inject, tapi kali ini saya yang akan buat sendiri, kaedah dia sama macam suntikan foliculin juga.
Wassalam.

Thursday, 18 September 2014

TTC Journey 10: Clomid & Foliculin

Assalam....
Banyak perkara sebenarnya nak tanya pada doktor masa kat rumah, dah rangka dalam kepala otak semua.  Silap tak buat catatan.  Tetapi bila dah jumpa doktor, automatik kepala jadi blank.  So persoalan tinggal persoalan.

Minggu ini (18/9/2014) teruskan untuk menelan clomid selama 5 hari (2 biji sehari) dan selang sehari inject kat perut selama 4 kali dengan foliculin (150iu) yang telah ditinggikan dosenya daripada 75 iu sebelum ini.

Kena giatkan usaha untuk berjaya, masa dah suntuk....go go chaiyok, chaiyok.  Di samping itu dah tekad untuk menyelitkan beberapa amalan yang dirasakan baik ke arah tujuan ini.  Doakan saya ya teman-teman.
Wassalam.

TTC Journey 09: Proceed to IUI

Assalam.....
Lepas percubaan pertama kali gagal, tak putus asa untuk berusaha.  Buat appoinment lagi, kitaran haid hari ke-4 (cd4) kena datang jumpa doktor.  Doktor advise untuk terus proceed to IUI.  Doktor kata kalau di hospital swasta dengan umur macam saya ini, doktor mesti terus suruh buat IVF (bayi tabung).  So ikut saja advice doktor, sebab dia yang lebih tahu.

So kali ini dibekalkan dengan clomid untuk 5 hari start ambik malam ini, kemudian injection foluciculin sebanyak 4 set, kali ini disarankan ambik dose 150iu, injection selang sehari start malam esok selepas telan clamid.  Saya pilih ambik sebelah malam sebab masa tu tenang sikit, waktu pagi-pagi selalu rushing, takut terlupa dan melencong waktunya nanti.

Temujanji akan datang pada minggu depan hari Jumaat untuk scan telur.  Jika telur okey, saiz cukup besar, dan kuantiti cukup (minimum 3 pcs), IUI akan dibuat pada hari Isnin minggu satu lagi.  Ketika procedure IUI nanti, En.suami kena hadir untuk keluarkan sperm macam procedure pertama kali dulu.
Wassalam.

Sunday, 14 September 2014

TTC Journey 08: Percubaan Pertama....

Assalam...
Berdebar sangat menunggu tarikh 14hb bulan ini, tarikh kawan baik datang berkunjung.  Dalam hati memang mengharap biar si dia tidak datang berkunjung bulan ini dan bulan-bulan seterunya.  Yang aku doa agar usaha kami kali ini akan berhasil, namun dalam hati aku ini semua kerja Allah, aku cuma berusaha ke arah itu. 

14hb telah berlalu, debaran di dada masih kencang untuk menunggu hingga ke minggu depan, walaupun tanda-tanda kawan baik akan datang tetap ada.  Tengahari masuk bilik air.  Sempat toleh air kencing ada tanda seakan darah.  Period ker? or kencing berdarah... selang sejam pergi lagi, tanda kat seluar memang tiada tapi dalam air kencing ada lagi.  Sebab fikir mungkin benda lain.  So teruskan proceed untuk solat zohor. 

Menjelang asar, sekali lagi check tenyata kawan baik sudah tiba.  Pelbagai rasa, kecewa lagi.  Sms en.suami, -ayang period-.  En.Suami reply, -ayang jgn tension, sabar banyak-banyak, In Sha Allah ada rezeki tu nanti-.  Sedang nak reply, en.Suami call, nak pastikan saya tak ade apa-apa sambil ulang nasihat yang sama untuk bersabar dan sarankan untuk buat appointment baru.
Wassalam.

Thursday, 28 August 2014

TTC Journey 07: Suntikan Pregnyl

Assalam...
Hari ini datang untuk scan kali kedua selepas tambahan 2 dos injection.  Hasil scan mendapati telur dah matang dan size sudah besar.  
Saya kepoh nak tengok skrin semasa doktor buat scan dan buat ukur lilit size telur dalam tiub, ada yang dah sampai 24, 22, 16....yang masih kecil pun banyak jgak size 10, 11, 12.  Lepas tu, doktor minta buat injection Pregnyl, nurse di LPPKN yang akan buat procedure tu, so tak perlu lah saya nak jadi doktor sendiri lagi.

Injection ini untuk pecahkan telur, biar boleh berenang-renang masuk ke tiub polofian.  Satu perasaan yang sangat mengujahkan bila dengar doktor cakap macam tu.  Sejuta harapan, semoga Allah memberkati dan memudahkan segalanya.   Suntikan dijalankan oleh nurse di klinik LKPPN.
Time frame amat penting saat ini, kat atas tu ada dicatatkan masa suntikan dilakukan adalah jam 10.30 pagi.  So hanya selepas 36 jam baru boleh bersama yang bermaksud 10.30 malam keesokan hari, sebelum itu tidak boleh...please set alarm takut lupa.  Hari teramat subur yang dijangkakan oleh doktor adalah 3 hari selepas tempoh 36 jam selepas suntikan.  Kos untuk satu sessi ini sebanyak RM75.90.
Selepas sessi, doktor dan nurse ucap good luck, semoga dipermudahkan rezeki untuk dapat baby.
Wassalam.

Monday, 25 August 2014

TTC Journey 06: 1st Ultra Sound Scan

Assalam...
Lepas dah ambil ubat dan injection yang ditetapkan, Ultra sound scan dilakukan untuk melihat perkembangan telur di dalam ovari (kilang telur)....ukuran berdasarkan size telur, bentuk sempurna bulat atau belum, matang atau tidak.

Telur dalam tiub masih size kecik, tak cukup besar doktor cakap.  Dengar dia cakap size antara 10 ke 12 jer, doktor perlukan size sekurang-kurang 17 dan bentuknya bulat sempurna.

So doktor bagi another 2 dose injection lagi untuk mematangkan telur.   Malam ini sekali dan rabu malam sekali.  Khamis pagi kena datang scan lagi.  Tengok perkembangan telur....erm malam ini saya kena jadi doktor sendiri lagi cucuk tepi pusat, selalu en.hubby yang tolong buat plus cuak ngan jarum halus tu sama, tapi en.hubby kerja petang pulak hari ini

Harap2 lepas inject ini telur-telur dalam kilang tu besar, matang dan aktif bagai juara.  Wish me lucky okey...
Wassalam.

Monday, 18 August 2014

TTC Journey 05: Pil Kesuburan & Injection

Assalam...
Second time jumpa Dr komathy, direct to the point untuk buat rawatan apa.  Atas persetujuan yang lalu di depan doktor, kami ambil keputusan untuk mencuba 1st stage.  Try for the 1st stage dulu...wish me lucky ok.  Dibekalkan dengan 2 jenis ubat Clamid & Foliculin.  

Aturan yang saya perlu ambil mengikut nasihat daripada doktor Komathy.  Mungkin kes orang lain lain pula caranya.
1. Pil kesuburan (clamid)- for 1st stage take 2 biji sehari selama 5 hari.  
- Have to take in same hour, let say if your taken in on 8.00pm on 1st day, the following day must on the same time 8.00pm.  Same goes to the injection also.  I prefer to take in at nite.
2. Injection (foliculin) - dibekalkan sebanyak 3 dose (3 botol kecil), inject untuk selang sehari pada waktu yang sama dengan suntikan hari pertama.
Selepas ambil ubat dan buat bayaran, nurse di LPPKN akan ajar cara-cara bancuh ubat, guna jarum dan inject sendiri di perut.  Scary nak cucuk sendiri.  Nurse nasihat boleh minta tolong hubby, sekali jer kot dia buat untuk saya yang lain tu saya inject sendiri.  Kalau tak confident jugak boleh pergi mana-mana klinik, boleh minta doktor atau nurse klinik tu tolong buatkan.  Yang ini mungkin akan ada charge tambahan.  Tapi alhamdulillah buat sendiri saja semuanya.
Wassalam..

Thursday, 17 July 2014

TTC Journey 04: 1st meet With Dr Komathy.

Assalam..
17/7/2014 - jumpa doktor, suami ok, saya hormon tak seimbang tu sebab kacau hormon subur...lebih kurang camtulah yang saya faham dari penerangan dr Komathy.  Masalah yang biasa bagi mereka yang dah berusia lagi-lagi yang dah nak masuk usia bronze silver medal ini. 
Doktor terangkan ada 3 peringkat rawatan yang boleh dilakukan.  Wich is if the 1st step fail, proceed to the next step, peringkat satu tak berhasil, pergi ke peringkat ke-2.  Jika peringkat ke-2 tak berjaya juga perlu procced untuk peringkata seterusnya iaitu IVF.


Peringkat rawatan lebih kurang begini;-
1. Rawatan hormon - ambil pil dan suntikan
2. Rawatan IUI
3. IVF (bayi tabung uji)


Kami suami isteri pilih untuk buat rawatan pertama dulu.  Ambil ubat dan suntikan.  Rawatan bermula lepas raya sebab takut ada gangguan sebab semua orang nak cuti.  So tunggu period hari pertama lepas raya, baru call untuk set appointment dengan doktor lagi lebih kurang dalam bulan 8 nanti baru jumpa doktor lagi.
Wassalam.

Wednesday, 30 April 2014

TTC Journey 02 : Blood Test & Sperm Test

Assalam..
Hari pertama pendaftaran terus proceed untuk hubby buat blood test.  Hanya hubby yang procees dulu sebab kita kena tunggu ada hari yang perlu ditentukan.  Blood test ini untuk tahu kumpulan darah, penyakit kelamin STD (Sexually Transmitted Disease) dan kena ambil sample air mani untuk test sperma.  Kebanyakkan result test tu boleh dapat dengan cepat dan Alhamdulillah, result dari semua test tu, semua normal.

Kini giliran saya pula untuk diambil sample darah, juga untuk test STD, ph darah dan hormon.  Saya kena buat 2 peringkat nak ambil sample darah pertama kena ambil pada hari period antara hari kedua hingga hari ke-5 period.  So kena call LPPKN untuk set temujanji datang ambil darah.  Kali ke-2 adalah pada hari ke-21 dalam kitaran haid.

Pada kali ke-2 ambil sampel darah saya juga kena buat temujanji untuk buat scan HSG dan jumpa doktor LPPKN.  HSG kena buat di klinik lain sebab LPPKN tiada perkhidmatan itu, saya pilih pergi Daya X-ray Specialist Centre sebab berdekatan dengan LPPKN di Jalan Raja Laut.  So kena buat temujanji dengan Daya dan bawa surat dari LPKKN masa datang buat HSG nanti.

Sebelum balik nurse LPPKN pesan untuk temujanji seterusnya jumpa dengan doktor kena bawa semua result test iaitu blood test dan HGS tu.  Macam saya, nanti saya cuma bawa result test HGS tu sebab test yang lain buat di LPPKN saja.
Wassalam.

Tuesday, 29 April 2014

TTC Journey 01 : Klinik LPPKN

Assalam...
Tekad nak pergi LPPKN.  Hari pertama temu janji baru registerd jer, buka fail.  Detail adalah nurse tanya, personel background and yang relevent as such time period, masalah pms, pernah bersalin or tak, pernah gugur or tak, ambil ubat or tak.  Ramai rupanya pasangan yang memerlukan bantuan untuk mendapatkan zuriat, yang berusia jangan kira, yang muda belia lagi ramai.  Pada sesiapa yang dah lama mendirikan rumahtangga tapi belum dikurniakan zuriat, datanglah ke klinik kesuburan LKPPN.  Ada cawangan di setiap negeri.  Saya pergi klinik cawangan Kuala Lumpur, di jalan Raja Laut sebab senang dan dekat dari kediaman banding nak pergi cawangan negeri Selangor.
Satu perkara yang nurse tu tanya pasal pernah keluar air susu ke tak?....Erm memang pernah, ada sekali atau dua kali.  Bukanlah keluar air susu banyak macam wanita menyusuhkan baby tu.  Keluar sikit jer, setitik atau dua jer bila picit nipple.  Nurse tu cakap terlebih hormon prolaktin.  Salah satu punca menyebabkan susah nak  pregnant.  Sah-sah saya memang kurang pengetahuan pasal itu.  Ini first time dengar pun.  
Suami kena buat ujian sperm dan darah pada hari ini.  Haru suami i tak tahu golongan darah apa, so buat test skali ler.  Kos pendaftaran termasuk pengambilan sample darah adalah RM123.00. Opps lupa nak mention, yang advise pergi sini adalah doktor yang pernah saya pergi klinik dia buat annual medical check up.  Dia sarankan pergi klinik kesuburan LPKKN, atas sebab faktor usia dan kos.
Wassalam.

Thursday, 17 April 2014

TTC Journey 03: HSG scan

Assalam..
Ya ampun, sakit rupanya kesan buat scan HSG ini, buat kat klinik yang disarankan oleh LPPKN.  Set appointment hari pertama period, sebab scan kena buat pada hari 9-11.  Saya dapat buat pada hari ke-10.  Boleh pergi kat mana-mana klinik atau hospital berdekatan yang ada sediakan scan HSG.  Cuma klinik yang disarankan oleh LKPPN adalah lebih murah berbanding tempat lain.  Saya cuma dikenakan bayaran RM180.00 saja, kalau buat di hospital swasta kos boleh menjangkau RM400.
Masa procedure scan dijalankan, tak lah sakit sangat.  Rasa ngilu jer kat bawah tu, mungkin sebab alat yang dimasukkan tu kot.  Lepas selesai still boleh jalan seperti biasa dari klinik ke stesen lrt.  I pergi sendiri jer buat prosedure ini dengan menaiki lrt awal pagi sebab takut hubby balik lewat, lagi pulak saya hanya apply cuti halfday pada hari itu.  Saya memang tak tahu kesan lepas buat HGS ingat ultrasound scan macam biasa selalu buat, tu yang ingat lepas scan pagi sebelah petang boleh masuk kerja.

Nurse dah sediakan pad untuk dipakai selepas itu, sebab memang akan ada darah yang keluar.  Nurse turut beri antibiotik dan pil tahan sakait, dengan confident saya cakap dengan nurse tak nak makan pil tahan sakit tu dan hanya nak makan antibiotik.
Result scan dapat pada masa tu bersama surat pengesahan, ape makna ayat tu saya pun tak faham, entah bahasa doktor.  Bahagian conclusion Dato' doktor tu tulis
"Normal uterine cavity"
"Bilateral para-fimbrial adhesion"   
* So ini normal lah kot, tiada sebarang masalah pada tiub dan salur follopian.
Result scan dan surat perlu dibawa untuk appointment dengan doktor di LKPPN kelak.
Dalam lrt perjalanan balik saya dah rase semacam, rileks lagi, tarik nafas, perut rasa senak, sebu dan pelbagai rasa, agaknya rama-rama semua tengah mengepak.  Semakin lama semakin sakit.  Dah call hubby standy cepat-cepat untuk jemput di stesen lrt.  Pujuk diri, kalau boleh tido tapi tak boleh, banyak stesen lagi nak sampai.  Dah tak peduli orang kiri kanan dan hadapan, buat muka kerut-kerut, sambil tarik nafas dalam-dalam dan hembus kuat-kuat.  Bila dah sampai, berdiri untuk turun, masyaAllah sakitnya rasa tak terangkat kaki nak melangkah.  Gagahkan juga untuk keluar dari situ, badan memang dah tak boleh berdiri tegak, saya dah membongkok macam udang.
Sambil jalan perlahan-lahan, tarik nafas kuat-kuat.  Perut dah cramp, perut tak tahu macamana nak gambarkan sakitnya.  Rasa macam nak terkeluar semua isi perut pun ada, nak buang air pun ada, memulas tak hinggat.  Seluruh badan dah seram sejuk.  Berhenti berkali-kali, polis kat stesen pandang semacam, agaknya dia nak tolong, tapi tak beri peluang dia tolong, takut kejap lagi dia mesti papah.  Kuatkan semangat jalan perlahan untuk sampai ke kereta yang suami park dekat lift.
Dalam kereta balik rumah, saya lepaskan semuanya, jerit sekuatnya, sakit adoiiii....hubby pujuk-pujuk nasihat, suruh mengucap dan sabar kejap lagi dah nak sampai rumah.  Kaki dan tangan memang dah sejuk gila, kejang semua otot.  Sampai di rumah, terus baring.  Sakit tak hilang malah makin bertambah, mengiring rasa sakit, luruskan badan rasa sakit,  berkerekot lagi lah sakit.  Saya rasa inilah rasa sakit yang paling sakit dan sangat lain dalam hidup yang pernah saya alami.  Kemuncaknya saya memang muntah hijau hari itu, menahan sakit yang teramat.  Ubat tahan sakit (i tak tahu samada itu pain killer atau ponston) terpaksa saya telan untuk rehatkan badan dan tidur.  Call office saya tak boleh masuk petang itu dan minta cuti satu hari lagi.  Kesan paling ketara selama 2 3 hari adalah tidak boleh berjalan cepat, langkah kaki amat perlahan, lagaknya macam orang lepas bersalin, terbongkok-bongkok dan sakit bahagian bawah ari-ari. 
Daripada pengalaman orang lain yang saya baca, ramai yang kata sakit lepas scan HSG adalah seperti sakit hendak melahirkan anak.  Ini baru sedikit, sakit nak bersalin 10 kali ganda lagi dari yang ini.  Allahu Akhbar.  Namun aku tak takut untuk laluinya bila Allah beri peluang.   
Wassalam.