nuffnang_bid = "6d3fefaa2657f8901dfaPages

Showing posts with label Sambal / Peco'-Peco'. Show all posts
Showing posts with label Sambal / Peco'-Peco'. Show all posts

Tuesday, 5 December 2017

Sambal Udang dan Petai


Assalam...
Sesuatu yang busuk tetapi sedap.  Jika dah suka bau busuk pun boleh layan macam petai.  Bagi yang tak suka tak boleh nak paksa, pi main jauh-jauh.  Bukan sebab busuk saja yang orang suka tetapi khasiat pemakanan yang terkandung dalam petai tu sangat banyak, tu yang menjadikan bau busuknya menjadi rasa antarabangsa. 
 

Sebagai memenuhi hajat orang yang mengidam nak makan sambal petai dengan udang.  Kebetulan pergi kenduri di Keratong kami melalui jalan Ulu Bendul - Kuala Pilah, terdapat banyak gerai menjual petai di sana.  Dalam perjalanan pergi, orang tu dah nak singgah beli tapi kita bagi alasan, petai nanti layu simpan lama dalam kereta.  Nasib masih ada gerai jual petai yang buka ketika perjalanan balik (malam).



Udang berjanggut-janggut tu bukan malas nak gunting, tapi permintaan khas dari orang yang mengidam tu.  Nak rasa nikmat berganda kulit udang tak perlu buang, hatta janggut jangan digunting katanya.  Hasilnya jadilah sambal petai udang berjanggut.


Sambal Udang dan Petai
Sumber: En. Abe


Bahan-bahan
300 gm udang putih
100si petai
8 tangkai cili kering
2 sudu cili giling
6 biji bawang merah
3 biji bawang putih
Sedikit belacan
Minyak untuk menggoreng
Gula secukupnya
Garam secukupnya





Cara penyediaannya
*  Rebus cili kering seketika kemudian blend halus.
*  Blend bawang merah, putih hingga halus.
*  Petai boleh digoreng seketika terlebih dahulu jika tidak suka bau yang kuat.  Kalu suka rasa petai yang crunchy, tak perlu goreng.
*  Goreng udang seketika, ketepikan.  Guna minyak bekas goreng udang untuk tumis sambal.
*  Tumis bawang blend hingga naik wanggi.  Masukkan cili blend dan cili giling.  Tumis hingga cili masak dan naik minyak
*  Tambahkan garam, gula dan serbuk perasa.
*  Masukkan udang yang telah digoreng, gaul seketika.
*  Masukkan petai dan tutup api.



Sesekali dapat makan ini, setengah periuk nasi boleh habis.  Selamat menjamu selera dan membusukkan diri.
Wassalam.

Friday, 29 September 2017

Original Cake


Assalam...
Orang kata, orang Malaysia ini suka sangat nak pergi berbaris berebut-rebut tempat-tempat baru atau yang viral dalam media sosial.  Tak kisah lah tempat makan ker, tempat berkelah ke sampai ke tempat menjual pakaian.  Sanggup, bersemangat waja.  Salah satu tempat orang ramai beratur panjang adalah kedai Original Cake ini, kira saya ini termasuk sekali ker dalam statistik tu? sebab pergi beratur nak dapatkan original kek.


Saya pergi outlet yang berdekatan di One Utama, selepas beberapa bulan dibuka.  Semasa pergi tu memang panjang juga orang beratur. Mengikut pengamatan saya cara penjualan kek yang unik, menyebabkan orang beratur panjang.  Mereka hanya jual kek yang masih panas baru keluar daripada oven.  Sebaik kek keluar daripada oven, petugas tu akan ukur dan potong kemudian dimasukkan ke dalam kotak.  Maksudnya mereka tidak menyimpan stock kecuali kek frozen (original kek perasa coklat).


Kalu tak silap, kek gebu gebas begini asalnya daripada Taiwan.  Hanya peminat tegar kek yang suka akan rasanya, biasalah ada pro and contra (bisik-bisik kata macam makan span, sedap lagi kuih bahulu).  Masing-masing punya citarasa. 


Sebab teringin nak tahu rasanya, kita pun beraturlah nak beli.  Dah rasa tu baru tahu, nak terjatuh cinta atau tidak.  Kalau tanya saya nak ulang beli lagi tak? saya rasa kalau ada pilihan lain, lebih baik saya makan kek-kek jadul.


Sangat interesting tengok cara pengolahan kek, boleh nampak depan mata kek yang sedang dibakar (half live kitchen lah).  Dalam satu tray tu terdapat 2 perisa, biasa dan cheese.  Kalau setiap orang dah beli  2 atau 3 ketul, orang yang belakang kena lah menunggu kek yang lain masak.


Beli 2 ketul, original kek yang persa ori (biasa) dan yang ada cheese.  Satu lagi flavour coklat tak beli sebab tak suka coklat.


Ini cake yang ada cheese.  Cheese dia rasa mild jer, ada lah rasa masin-masin sikit kek tu.  Pulun lah makan sampai lebam nak habiskan 2 ketul.


Kalau ada yang bertanya halal ke tidak kek ini, iya halal dan sijil halal mereka dikeluarkan oleh Jakim.
Wassalam.

Wednesday, 29 March 2017

Sambal Kulat Sisik Dengan Kacang Panjang


Assalam...
Kalau orang kampung kenal lah apa itu kulat sisik atau cendawan kukur.  Cendawan yang tak tumbuh pada tanah tapi melekat pada batang pokok atau kayu mati.  Batang kayu getah mati tempat febret dia nak hidup, lagi-lagi kalau lepas hujan.  Petik cendawan ini memang kena sabar sebab saiznya yang kecil dan liat, tapi bila dah diolah menjadi lauk sedapnya alahai.  Kulat sisik boleh disimpan lama dalam keadaan kering, bila nak masak hanya perlu rendamkan dalam air sejuk.  Kulat sisik kering ini pemberian Mak Itam ketika balik kampung hari tu.  


Kebiasaan buat sambal kulat sisik ini berkuah, tapi kali ini nak buat yang jenis kering.  Resepi orang kampung main agak-gak saja tiada ukuran metrik.

 
Sambal Kulat Sisik
Sumber: Mulia

Bahan-bahan
Kulat sisik - bersihkan dan rendam 
Ikan bilis - goreng dan tumbuk
Kacang panjang
Kunyit hidup - tumbuk
Cili padi - tumbuk
Cili merah - hiris
Serai - titik
Bawang merah - hiris
Bawang putih - hiris
Minyak untuk menumis
Sedikit santan
Air
garam, gula
 

Cara Penyediaannya
* Tumiskan bawang hingga layu, masukkan bahan tumbuk dan serai.  Tumis hingga naik bau.
*  Masukkan kulat sisik.  Tambahkan air, santan dan ikan bilis tumbuk.
* Masukkan kacang panjang dan cili merah masak hingga layu.
* Perasakan dengan garam dan gula.
* Jika suka berkuah lebihkan air.
 


Note - 
Kulat sisik kena bersihkan betul-betul, rendam dengan air garam.  
Potong pangkal sekiranya ada kulit-kulit kayu mati.
Wassalam.

Sunday, 13 November 2016

Kerabu Mangga


Assalam...
Cerita my cucu yang bawa mangga muda datang rumah hari itu, pada saya amat masam bila hendak di makan begitu saja.  Tak tahu lah sejak dua menjak ini ini tak boleh terima masam yang terlampau, salah satu nikmat dah kena tarik agaknya.  My cucu cakap sedap tak masam, en.Abe pun boleh layan makan mangga tu dengan serbuk asam masin tu.  Hasrat nak buat jeruk mangga asam boi terpaksa dilupakan, sebab nak juga merasa mangga muda, ambil lah 2 biji untuk buat kerabu dengan harapan kuranglah rasa masamnya.


Sebagai penambah lauk makan tengahari kami hari ahad tu.  Ikut petua emak sangat, buatlah apa-apa sambal untuk memenuhkan dulang hidangan.  Menjadilah seperti di bawah ini, lauk penuh satu dulang bukan satu meja ya.  Sebab tetap masam mangga tu, saya pilih makan cili, ikan bilis dan udang kering, mangga tu ambil sikit sahaja.



Kerabu Mangga (Lawak Pao)
Sumber: Mulia


Bahan-bahan
Mangga muda
Udang kering
Ikan bilis
Cili padi
Sedikit garam


Cara Penyediaannya
* Mangga cincang atau guna peeler khas untuk meracik buah.  
*  Jika guna buah mangga jenis yang berair banyak, perah dan buangkan jusnya untuk mengurangkan rasa masam.
* Goreng ikan bilis dan udang kering.
* Campurkan semua bahan dan gaul rata.

Selamat mencuba.
Wassalam.

Wednesday, 9 November 2016

Makanan Dalam Seminggu

Assalam...
Berapa kalori dalam setiap makanan yang diambil sepanjang minggu lepas berdasarkan dalam rajah-rajah di berikut.  Sebenarnya ada lagi makanan lain sebab sarapan dan makan tengahhari setiap hari bekerja itu tidak termasuk.  Jadi klau sukat yang ini belum tepat kan.

Kita mulakan pada sabtu malam ahad, dinner dan supper dengan ini, setelah mengukur jalan di NU Sentral. 


Ini sarapan ketika pagi Ahad, Sanggar Peppek (pisang muda goreng dengan sambal tomato).
 

Patutnya hari ahad hari itu ada program membakar lemak, hendak hiking tetapi tempat hiking ditutup. Cancelled, mo ke Mak Jah Corner di Ampang brunch cum lunch dengan nasi lemak complete set ayam goreng, telur goreng, sambal paru, telur rebus dan sedikit timun serta kacang goreng.


Ini pula, makan tengahari yang lewat cum makan malam  pada hari yang sama.  Aktiviti in between makan yang atas dengan ini adalah meronda dalam jakel mall KL.
 

Sebelah malam, makan churros (kalau boleh lah dipanggil sebagai chuross).


Hari bekerja dinner dengan Bihun kungfu di Syed Ali Bistro, seingatnya adalah dalam 2 malam makan benda yang sama berturut-turut.


Kuih ketika minum petang, beberapa petang dalam minggu itu.  Pulun habiskan sebelum rosak, Weni tolong belikan dari Medan, Indonesia.  Bika Ambon dan Lapis Legit.
 

Sampai ke petang sabtu semula, makan ayam penyet combo.  Sekali lagi petang itu ke KL sentral dan terasa amat lapar, rupanya skip lunch sebab nak cepat.  Setelah puas mencongak nak makan apa, tak tahu nak makan di mana, singgah sajalah di Penyet Ekspress. 
 

Malamnya jiran bagi yang ini, tak tahu nama tapi sedap.  Panggill apa ya, hari tu dia ada bagi tahu tapi dah lupa pecel atau gudeg, tapi kalau mak saya panggil lawa' kot.  Makan ini saja tanpa nasi.


Hari ahad makan yang di bawah ini, dari lunch hingga ke dinner.  Konon-konon "home cook is the best food".


Nampak kan pola pemakanan yang terlalu banyak kabohidrat, lemak dan gula.  Macamana lah nak turun berat badan, senaman pun kurang.
Wassalam.

Saturday, 29 October 2016

Manggarai' (Sambal Ikan Tamban Kering)


Assalamm...
Sambal tradisi bagi masyarakat yang mendiami Kabupaten Soppeng di Sulawesi Selatan.  Ketika mula-mula mereka tanya sama ada ingin mencuba sambal manggarai, dalam kepala otak adalah sambal mangga kot, sebab bunyi dekat-dekat sama dipendengaran.  Ternyata jauh panggang dari api manggarai itu adalah ikan tamban kering.  Ikan tamban tu pula kering dan keras tetapi tidak masin.



Ini adalah bahan asas untuk menyediakan sambal manggarai.  Perlu dibakar di dalam bara api.


Setelah dibakar,  buangkan semua kulit luar ikan tamban, bawang dan buah keras.



Sambal Manggarai (Sambal Ikan Tamban Kering)
Sumber: Petta Jume / Kak Soda


Bahan-bahan
5 ekor ikan manggarai (ikan tamban kering)
4 biji buah keras
4 biji bawang merah
cili padi
sedikit garam
sedikit minyak


Cara Penyediaannya
*  Bakar ikan tamban kering, bawang merah dan buah keras di dalam bara api (buah keras dan bawang tidak dibuang kulit luarnya).
* Setelah dibakar, kupas dan buang kulit bawang, buah keras dan (sisik) ikan.
*  Tumbuk ke semuanya bersama cili dan sedikit garam sehingga lumat.
*  Tuangkan sedikit minyak (paling sedap guna minyak kelapa yang baru masak) dan kacau rata.
*  Hidangkan bersama nasi atau pulut.




Sambal ini sangat sedap di makan bersama dengan nasi panas.  Kalau jadi bekal pergi ke sawah sangat enak, tidak perlukan lauk lain kata mereka.
Wassalam.

Monday, 19 September 2016

Sambal Tahun Kulit Lembu


Assalam...
Sebagai cacatan dan sumber rujukan masa hadapan, moh kita tengok step by step penyediaan sambal tahun kulit lembu.  Sukatan bahan-bahan untuk resepi ini memang tiada dalam sukatan metrik, main agak-agak saja.  Wak yang masak tu pun, senyum-senyum je bila di tanya pasal resepi.  Sebab tidak mahu terlepas pandang, mari duduk tepi dapur kita lihat sendiri cara nak memasak sambal ini. 


Ini rupa kulit lembu yang digunakan.  Ini yang sudah siap di rebus dan ready untuk digunakan atau dimasak.  Maaf tiada dibekalkan dengan gambar kulit lembu yang kering.  Kalau dapat yang kering tu kena rendam dan rebus dulu baru dapat rupa yang macam ini. 


Bahan rencah tu hiris halus macam dalam gambar atas, tips dari mbah lagi banyak lengkuas lagi sedap sambal tahun ni.  Pilih lengkuas yang muda agar senang dihiris.


Kalau tak suka atau susah nak cari kulit lembu kering, boleh gantikan dengan isi kerang atau isi kupang.


Sambal ini kalau rata macam tu saja pun ok, bagi yang tak nak makan dengan nasi.  Perlu balance rasa masin, pedas, lemak dan sedikit masam.



Sambal Tahun Kulit Lembu
sumber: Wak


Bahan-bahan
Kulit Lembu Kering (telah direndam dan direbus)
Halia*
Lengkuas*
Bawang putih*
Bawang merah*
Cili padi*
Santan
Garam
Gula
Serbuk perasa 
Asam Keping



Cara Penyediaannya
* Semua bahan-bahan bertanda '*', di hiris halus.
* Panaskan minyak, tumis bahan hiris kecuali cili padi hingga layu.  Sudah layu masukkan cili padi dan tumis lagi.
* Masukkan kulit lembu, dan asam keping kacau hingga sebati.
* Masukkan santan, ikut kepekatan dan lemak kuah yang di ingini.  Tapi biasa sambal ini cair @ ceroi, rasa santan tu light saja.
* Masukkan garam, gula dan serbuk perasa.  Bila dah dapat rasa masam yang sesuai, keluarkan asam keping yang dimasukkan tadi.
*  Biar mendidih seketika dan sesuaikan rasanya.  Tutup api dan hidang.




Mungkin tempat lain, lain cara nak sediakan sambal ini.  Nanti boleh lah share di sini ya.
Wassalam.

Sunday, 31 July 2016

Sambal Habanero...Bedengung Pedasnya.


Assalam...
Minggu lepas, ada tugasan untuk membeli barangan untuk syarikat sambil mencari barang mata melilau melihat apa yang ada dalam rak.  Mata terbekenan dengan bentuk dan warna cili ini.  Dalam hati tunggu siapkan tugasan baru fikir untuk cari barang sendiri walaupun sebelum tu kata tak nak beli apa-apa.
 

Nama cili pada pembalut, harga boleh tahan jugak kalau nak banding dengan harga cili padi biasa kita beli atau mungkin jugak yang ini cili import.


Mula ingat nak buat sambal terasi mentah saja, tapi ketika memotong cili habanero ini untuk diletak ke dalam sayur tumis, dah terasa pedas yang lain macam.  Jadi tukar plan buat sambal terasi tumis lah.  Blend jer semua bahan-bahan kecuali tomato tu separuh blend dan separuh lagi saya hanya belah 2.
 


Panaskan minyak dan tumislah bahan blend tu hingga masak, tomato letak bila sambal dah pekat.


Sambal sudah siap, masih panas-panas lagi, jom kita makan...tak sabar nak rasa pedas cili habanero ini lagu mana.  Iya lauk saya macam tu saja tak reti makan lauk macam-macam jenis, tak boleh nak rasa nikmat makanan kalau macam-macam sangat.
 




Cantik bentuknya sebagai hiasan, tapi sebalik kecantikkan tu ada sesuatu yang tersembunyi...
 


Kedudukan habanero dalam carta spesis cili-cili di dunia, kalau perhatikan tempat ke-5, kira cili padi kampung yang kita selalu makan tu yang juaranya (pure capsaician).
 

Tapi walaupun tempat ke-5, jenis pedas dia tu tak tau nak habaq, pedas lain macam mungkin sebab kita selalu dan sudah terbiasa dengan pedas cili padi, dah immune.  Pedas cili habanero ini, masa potong pun dah berdegung, menyucuk ke hidung.  Kalau yang suka bersin tu memang tak berenti hang cium sana hang cium sini.  
Wassalam.