Thursday, 16 May 2019

Agar-agar Lumut

Assalam...
Sejak bulan puasa sudah 2 kali buat dessert yang ini.  Seisi rumah suka, termasuk orang yang sakit.  Pertama kali buat rasa nak makan lagi tapi dah habis sebab dapat daun pandan sikit dari si abg lah cukup buat satu adunan saja masa tu.  Lagi pun malas buat banyak-banyak nanti buat semak dalam peti ajaib comelku.  Wangi daun pandan yang best tu, selalu guna pewarna memang cantik hasil warnanya tapi kali ini guna air pandan semata, jadi warna hanya pucat-pucat macam saja.


Walaupun hasil lumutnya tak berapa menjadi, tapi ok lah.  Anggaplah percubaan untuk menternak lumut, lumut tumbuh halus-halus.


Agar-agar Lumut
Sumber: Yati

Bahan-bahan
1 sudu serbuk agar-agar (+- 20gm)
1 cawan gula
5 helai daun pandan
7 cawan air
1 kotak santan
2 biji telur 


Cara Penyediaannya
* Daun pandan diblend dengan sedikit air (ambil air dari 7 cawan) untuk mendapatkan patinya.
* Campur serbuk agar-agar, semua air daun pandan dan gula.  Masak hingga mendidih dan gula larut.
* Telur dan santan digaul sebati atau blend sekejap hingga bercampur sekata.
*  Tuang campuran santan dan telur ke dalam agar-agar kacau perlahan-lahan dan kecilkan api.
* Biarkan hingga mendidih dan membentuk lumut.
* Tuang ke dalam acuan / loyang, biarkan set / sejuk dan simpan dalam peti sejuk.

Alhamdulillah sudah dapat lunaskan keinginan dan makan puas-puas, lepas ini lambat lagi lah rasa teringin tu datang dan boleh alihkan kepada benda lain pula.
Wassalam.

2 comments: