nuffnang_bid = "6d3fefaa2657f8901dfaPages

Showing posts with label Pahang. Show all posts
Showing posts with label Pahang. Show all posts

Tuesday, 28 February 2017

Kaktus dan kroninya....


Assalam...
Ada siapa yang mahir tentang tumbuhan kaktus tak di sini, cuba share nama-nama setiap jenis kaktus yang ada ini.  Saya tak tahu semua tumbuhan berduri begini semua panggil kaktus saja.  Kadang-kadang confius jugak, sebab ada yang bertangkai kecil dan lembut, takde duri tajam pun orang panggil kaktus.  Ini hasil cerapan semasa berjalan-jalan ke Cameron Highland baru-baru ini.  Mulanya nak cari Cactus Valley yang menempatkan kaktus terbesar dan tertua, tapi sebab tersalah jalan terjumpa tempat ini Cactus Point.



Ada orang cakap tanam kaktus ini senang tak perlukan penjagaan rapi sebab tak perlu penyiraman setiap hari.  Namun jika terbiar saja pun boleh mati juga pokok tu.


Pokok kaktus yang jenis ini agak biasa kita lihat diperkarangan rumah-rumah kampung.  Rumah mak kita pun ada tanam pokok kaktus ini, namun tidak setinggi ini.


Ada yang berduri halus seperti rambut, ada berduri tajam dan kasar.


Duri dari jenis kaktus ini agak menakutkan bagi saya, dah rupa macam cangkuk besi.






Jenis ini pun cantik, renek dan jambulnya berwarna.  Samada jambul berwarna itu dianggap sebagai bunga atau pun batang kaktus tak tahu lah.


Benih-benih kaktus dari pelbagai jenis untuk dijual.  Kami pun tak terkecuali terpikat nak membeli tak silap 6 pasu dengan harga RM10.



Kalau sebelum ini, bila sebut kaktus yang terbayang adalah duri-durinya.  Disebalik duri itu, ada beberapa jenis kaktus yang mengeluarkan bunga yang sangat cantik seperti gambar di bawah ini.





Kepada penggemar kaktus, mesti berkeinginan nak memiliki setiap jenis kan.  Kalau saya gemar tengok saja, tak reti nak jaga.  Yang beli 6 pasu hari itu pun tinggal satu pasu, macam menunggu masa saja.
Wassalam.

Sunday, 25 December 2016

Take a Break: Jalan-Jalan Ke Kelantan


Assalam...
A short vacation kalau boleh dikategorikan sebagai vacation lah.  Perjalanan kami ke sana bermula dari Pahang, tujuan utama nak pergi ambil barang adik yang tamat belajar di kolej di Kota Bahru.  Sambil menyelam sambil minum air, my mak mertua pun ada agenda untuk ke kawasan bebas cukai Pangkalan Kubor membeli kawah, periuk dan segala macam yang menjadi pesanan pelanggan dia di kampung.  Sebenarnya dia selalu pergi sini, tapi kalau pergi naik bas barang kecil-kecil saja yang boleh dibawa balik.  Jadi petang itu jugak kami terus ke Pengkalan Kubor sebelum kawasan bebas cukai tutup jam 5 petang.  Lepas Pengkalan Kubor baru singgah di rumah adik mak mertua di Tumpat, Kedai Buloh dan Jalan Banggol.



Keesokan hari kami ke Kedai Buluh, mencari sarapan nasi berlauk, kuih dan beli keropok di kilang.   Keropok keping pula habis stock beli keropok lekor saja, hanya dapat memandang keropok yang masih berjemur di laman saja.


Tengah hari berjalan-jalan hingga ke Kuala Besar, di penghujung tu ada pengkalan nelayan dan pasar ikan.  Kalau datang awal pagi (waktu subuh) boleh lah tengok aktiviti memunggah ikan dari kapal yang baru balik dari laut.


Sebelum beredar dari Kedai Buloh kami singgah di kawasan medan ikan bakar Kedai Buloh yang terletak di tepi sungai Kelantan.  Siang-siang takde lah nak pekena ikan bakar, tapi kami nak rasa teh madu pokmak yang tersohor tu (Warung Pak Mat Pulau Pisang), yang penuh buih-buih, kalah buih sabun super busa. 


Sebab kami masih kenyang lagi bersarapan nasi berlauk jadi kami hanya minum teh dan makan keropok penyet.  Keropok tu beli kat gerai lain, rupa keropok tu nampak buruk kan tapi rasanya sedap.  Dalam keropok tu ada sayur, tak tahu sayur apa, tapi memang sedap sangat.  Lain kali ada rezeki datang lagi boleh try sup kepala ikan merah di Warong Pak Mat ini, sup kepala ikan merah tu kira signature dish dia kat sini.


Lepas ambil barang Naimah di kem Kijang, dia bawa kami singgah sini dulu.  Isi minyak katanya, kedai makan febret dia masa belajar dulu sebab murah.


Pekena nasi di kedai ini sebelum balik, kedai tepi jalan menuju PCB sebab kami plan perjalanan balik Pahang tak akan singgah lagi kecuali untuk isi minyak.  Nasi itu RM2.00 saja murah kan, sebab tu Naimah namakan kedai ini kedai 2 ringgit.



Perjalanan nak keluar dari kawasan bandar Kota Bahru tu memang hasap lah jugak sebab jalan jem.  Sempat terlelap beberapa kali dalam jem, 4 ke 5 jam baru sampai Gua Musang, nak speed memang tak boleh sebab kenderaan banyak dan jalan sempit.


Petang tu selamat sampai rumah tepat jam 8.00 malam.
Wassalam.

Take a Break: Jom pergi kebun


Assalam..
Hujung-hujung tahun ramai ambil cuti kan sempena cuti sekolah.  Kami yang tak sekolah pun tak lepaskan peluang ambil cuti seminggu balik kampung.  Kali ini balik dengan tujuan hendak berkebun, tanam apa yang patut dari tanah terbiar tidak dikerjakan.  Plan tu macam besar sangat kan, entah macamana kejadiannya nanti. 


Tak banyak yang dapat di tanam pun, sebab pergi ke kebun bukan berhari-hari tapi cuma dapat setengah hari saja.  Baki hari-hari lain kami melencong ke tempat lain, takpe lah asal semua orang happy.  Tanam getah di tapak yang baru dibersihkan oleh jentolak.


Tanam getah tak lah sesukar mana, ambil anak pokok tu dari pada kebun sedia ada.  Nak cabut anak getah tu pun senang saja, tapi orang kena tahu anak pokok yang bagaimana yang dapat menghasilkan susu yang banyak.  Tips tu kena tanya pekebun-pekebun getah berpengalaman. Cara tanam pun kena betul, gunakan tali sebagai penanda, sebab pokok getah yang di tanam kena lurus safnya dan jarak kena sama baru cantik dan senang untuk di toreh kelak. 


Pokok getah tua sedia ada, tua-tua tapi masih menghasilkan susu lagi.  Masa sekarang ini, getah ada harga sikit, tapi kalau harga drop kesian mereka yang bergelar NGO (noreh getah orang) ini.


Kawasan kosong ini sebenarnya dah ditanam getah 4 or 5 tahun lalu.  Tapi takde rezeki, tak menjadi sebab tempat ini dulu di masuki oleh lembu.


Sementara yang lain siapkan tanam satu baris, kita rehat lah dulu bawah pokok.  Nampak tak teh ais yang tergantung tu, nyaman dan nikmatnya menghirup air sejuk tengah-tengah panas.


Semoga tumbuh subur anak pokok-pokok getah yang di tanam tu, dan sampai masa adalah rezekinya nanti.  Lepas ini kita belajar menoreh pula.
Wassalam.

Monday, 24 October 2016

Sup Ekor Restoran Kak Mie, Bentong


Assalam...
Kalau balik kampung Pahang, tak lupa nak singgah isi perut di sini.  Tak kisah lah perjalanan balik kampung atau perjalanan balik ke kl semula.  Kalau tak sempat singgah masa pergi, kita singgah masa balik.  Tahu pun sebab kawan ajak singgah sini untuk berbuka puasa beberapa tahun lepas.  Sejak dari hari tu lah memang singgah sini untuk makan sup ekor.


Ini lah sup ekor power yang kami paling suka setakat ini.  Sering kali jadi umpan pancing yang dipasang oleh en.Abe sebagai ajakan nak balik kampung.  Bukanlah kata tak nak balik kampung bila tak dapat makan sup ekor, tetapi ada ketika saya tak boleh ikut en.Abe selalu tanya tak menyesal ke tak nak ikut, nanti tak dapat makan sup ekor Bentong?  Nampak sangat kecintaan tu tinggi kan.


Dua minggu lepas sempat singgah semasa perjalanan balik kl.  Sambil menunggu kak long dengan abang long join sekali, kami selesaikan magrib dulu di masjid berhampiran.  Selalu memang kami tak order menu lain, tapi hari tu en.abe tak nak makan nasi jadi diordernya bihun kungfu.  Sedap juga, lagi satu saya memang suka sebab banyak sayur dalam bihun tu.


Kalau ada sesiapa yang sampai Bentong boleh lah try makan di Restoran Kak Mie ini.  Lokasi dia di Jalan Bentong Lama sebelum sampai pekan Bentong kalau dari arah KL.  Kalau dari highway keluar ikut susur Bentong Barat selepas tol, akan nampak ada deretan rumah kedai warna warni, Restoran Kak Mie ini terletak di hujung bangunan rumah kedai itu.
Wassalam.

Monday, 15 August 2016

Ketupat Sotong


Assalam...
Sessi main masak-masak dengan mak mertua, kali ini belajar buat ketupat sotong yang merupakan salah satu makanan tradisi orang pantai timur terutama kelantan dan terengganu.  Ketupat sotong ini sebenarnya kena makan sebagai lauk dengan nasi atau dimakan begitu saja?  saya pun tak berapa pasti.  Tetapi kedua-dua cara itu pun boleh mengikut citarasa masing-masing.




Jom ikut langkah demi langkah ini, simple dan mudah saja untuk menyediakan menu ketupat sotong ini.



Kulit luar sotong tu boleh dibuang kalau hendakkan sotong yang putih.   Tetapi sebab kami suka ketupat sotong yang asli dan masih nampak kulit yang bintik-bintik jadi biar ajelah.



Ketika proses memasak itu pun, kulit luar sotong akan tertanggal dengan sendirinya.



Ketupat Sotong
Sumber: Nang Teh


Bahn-bahan
1 kg sotong - bersihkan dan asingkan kepala dan badan.
2 cawan beras pulut - rendam sekejap
1 liter santan cair
500ml litre santan pekat 
Garam secukupnya
Gula pasir
Gula nipah (manisan)
Daun pandan


Cara Penyediaannya
*  Campurkan beras pulut yang telah direndam terlebih dahulu dengan sedikit santan cair dan garam.
*  Isikan pulut ke dalam badan sotong sehingga 2/3 penuh.
*  Sumbatkan balik kepala sotong ke badan sotong dan kemaskan dengan lidi.
*  Susun sotong dalam kuali atau periuk, masukkan santan cair dan daun pandan.  Masak hingga menggelegak.
*  Masukkan santan pekat dan gula nipah.
*  Tanak hingga pulut masak dan kuah pekat sedikit.




Wassalam.

Thursday, 16 June 2016

Kuih Akok Che Doh, Limited Edition...


Assalam...
Bulan puasa ini, rugi kalau tak dapat menikmati kuih akok che doh.  Rugi sebab ianya limited edition tau, bulan-bulan lain takde hanya timbul ketika bulan Ramadhan yang mulia ini.  Kat tempat lain memang ada berlambak orang jual kuih akok, sepanjang masa ada kan terutama di pantai timur.  Tetapi ini special sebab kuih akok yang ini merupakan air tangan mak mertua, buat ketika bulan puasa sahaja untuk jualan di kampung.  So apalagi anak-anak dan menantu kalau nak rasa akok che doh mo kita balik kampung.


Kuih Akok Che Doh (saya yang bagi nama) sempena nama gelaran orang kampung pada si tukang buat kuih akok ini.


Tahun ini tak berpeluang lagi balik kampung dan  merasa kuih akok limited edition ini.  Biasanya saya suka jadi tukang kacau di dapur, sambil-sambil tolong boleh intai bagaimana cara pembuatan kuih akok tradisi ini.


Bahan utama, telur, gula, santan dan tepung beras.  Sambil kacau boleh belajar dan dapatkan tips buat kuih akok.  Tukang buat pun tidak lokek bagi resepi, tapi tak berpeluang lagi nak mencuba.


Kuih ini, bagi yang tak suka bau telur, mungkin susah nak terima.  Memang banyak guna telur, tetapi mak mertua selalu buat akok pandan, jadi hanyir telur tu terpotong dek wangi daun pandan.


Beginilah adunan yang telah siap ditapis dan sedia untuk di bakar.


Acuan akok tu mahal juga, kalau kat Pasar Payang Terengganu atau Pasar Siti Khadijah Kelantan, acuan tembaga harga mencecah ratusan ringgit jugak.


Yang tembaga ini, hari tu tengok harga RM250, telan air liur jap.  Tetapi nak yang tradisi dan hasil yang terbaik kenalah guna acuan terbaik juga kan.



Dah jom kita bakar kuih akok.  Mak mertua bakar akok guna kaedah kombinasi baru dan lama, separa tradisional, bahagian bawah bakar guna dapur gas dan bahagian atas guna sabut kelapa.  Jadi bau-bau asap tu tetap ada (teringat pulak Kedai Bau Asap Eh, kat Terengganu).



Acuan kena lenser ngan minyak dan betul-betul panas baru boleh masukkan adunan.   Masa tuang adunan, kalau tak ada bunyi serrrrr tu maksud tak cukup panas lagi ye adik-adik.


Kaedah membakar akok, separa tradisional.  Yang duk bandar tu, bakar dalam oven pun boleh.


Kuih akok yang dah masak memang kembang setaman, tapi bila dah keluarkan dari acuan, akok akan mengecut.


Akok yang dah siap susun elok-elok atas loyang untuk disejukkan terlebih dahulu.  Api kena jaga, untuk mengelakkan tergaring macam dalam gambar bawah ini (tapi saya suka jer makan yang garing macam tu). 


Akok yang sudah sejuk bolehlah susun berdakapan seperti ini.  Ini yang sedia untuk di pack dan dihantar ke kedai.


p/s- mencari waktu nak menyelit balik kampung untuk berbuka puasa dengan keluarga mertua dan makan kuih akok.
Wassalam.