nuffnang_bid = "6d3fefaa2657f8901dfaPages

Showing posts with label Puding. Show all posts
Showing posts with label Puding. Show all posts

Thursday, 7 September 2017

Kek Coklat Karemel


Assalam...
Seorang sahabat saya wassup nak datang rumah hari tu, masih dalam bulan syawal kiranya datang beraya lah kan.  Tapi dia pesan tak perlu masak-masak macam orang buat open house, kita buat aktiviti asa bakat yang tumpul.  Main masak-masak, dia nak tunjuk cara buat kek gula hangus cara dia dan saya kena tunjuk cara buat kuih nona manis.  Saya sentiasa on saja, orang nak bagi ilmu free pulak tu.  Cuba join kursus online pun tetap kena bayar kan.  Tapi saya dapat bonus berganda sebab selain dia tunjuk cara buat kek gula hangus, tambah satu lagi kek petang itu kek coklat karemel.


Jom tengok resepi yang telah diajarkan oleh Melati.  Dapat belajar sambil beliau buatkan kek untuk saya, sangat-sangat beruntung dikelilingi dengan sahabat yang baik hati.



Kek Coklat Karemel
Sumber: Melati


Bahan-bahan Karemel
5 biji telur
1 cawan susu cair
1 cawan susu pekat
1 sudu teh esen vanilla
3 sudu gula untuk buat karemel pada dasar loyang
*guna loyang square 8 x 8


Bahan-bahan Kek
3 biji telur
1 cawan susu cair
1 cawan susu pekat
1 cawan minyak masak
1 cawan gula
1 cawan serbuk koko*
1 cawan tepung gandum*
1 sudu teh baking powder*
1 sudu teh soda bikarbonat*




Cara Penyediaannya
*  Buatkan karemel pada dasar loyang.
*  Siapkan peralatan untuk mengukus.
*  Sediakan bahagian karemel terlebih dahulu, pukul telur hingga kembang bersama esen vanila.
* Masukkan susu cair dan susu pekat.
*  Tuangkan ke dalam loyang yang telah di buat karemel tadi.  
*  Kukus dengan api sederhana hingga lapisan karemel beku.
* Bungkus penutup kukusan dengan kain atau sering lap untuk mengelakkan wap air terjatuh ke atas kek.
* Siapkan untuk lapisan kek coklat pula.  Ayak bahan-bahan bertanda '*' bersama.
* Campur susu cair, susu pekat, minyak dan gula.  Panaskan seketika untuk cairkan gula sambil kacau hingga sebati.
*  Pukul telur hingga kembang.  Campurkan dengan tepung yang telah di ayak tadi, gaul hingga sebati.
* Masukkan pula campuran susu dan gula yang telah cair tadi.
*  Keluarkan karemel dari dalam pengukus.  Buat lorek atau garis guna garfu dipermukaan karemel.
*  Tuangkan adunan kek coklat ke atas karemel tadi.  
*  Kukus lagi hingga kek masak, lebih kurang 40 minit (atau hingga hujung penyucuk kek bersih).
*  Biarkan kek sejuk sebelum dikeluarkan, untuk hasil yang sempurna.




Sebaiknya keluarkan dari loyang setelah betul-betul sejuk.  Saya biarkan dalam suhu bilik, keesokkan baru terbalik kan.  


Sebaiknya store ke dalam peti sejuk dan nikmatinya sejuk.  Suapan demi suapan, tak sedar dah suku loyang habis.  Nanti saya share kan kek gula hangus cara beliau yang masak atas dapur jer, tak perlu guna oven.
Wassalam.

Thursday, 13 October 2016

Agar-agar Kelapa Muda



Assalam...
Hasil ringan mulut (mulut tumpis sebenarnya) bersembang dengan makcik penjual kelapa dekat tempat saya, dapat isi kelapa muda yang sangat banyak.  Sebenarnya lama tak bertanya khabar dengan dia, makcik tu dulu ada kedai runcit, setiap kali singgah beli barang sempatlah bertegur sapa, kadang saya minta pesan beli barang dari pasar borong.  Sekarang kedai runcit dia dah jual pada orang lain dan dia buka gerai jual air kelapa muda setiap petang.  Agaknya jual air kelapa muda lebih masyuk kot dari buat kedai runcit?..
 



Isi kelapa muda ini, adalah lebihan dari pelanggan makcik.  Ada pelanggan tu hanya mahukan air kelapa saja isi mereka tinggalkan.  Ini yang hanya sepetang punya jualan, katanya dah puas dia makan dan buat kuih kadang diberikan kepada jiran-jiran.  Kebetulan saya singgah petang tu, dia offer memang rezeki saya lah kan.  Mula saya tak terfikir nak buat apa dengan isi kelapa yang terlalu muda tu, kalau keras sikit bolehlah parut buat inti kuih.  Makcik tu pula yang tolong fikirkan buatlah jelly kelapa atau agar-agar katanya.  Siap dia offer nak belahkan buah kelapa dan tolong hantarkan ke rumah lagi.
 



Berguna juga sagat aka parut aka pengkeruk kelapa muda (betul ke nama benda tu) yang saya beli di gerai kraftangan R&R Sungai Perak.  Masa jumpa benda ini satu hal, minat tengok tapi tak tahu kegunaan untuk apa sampailah en.Abe yang berdiri kat belakang cakap beli lah ini kan untuk sagat kelapa muda.  Oh iyee ker.
 



Setelah puas menyantap kelapa muda bersama gula merah bakinya saya buat agar-agar.  Nak buat jelly takde bekas kecil-kecil lagipun air kelapanya dah habis, jadinya buatlah agar-agar mengikut citarasa tekak sendiri.
 


Agar-agar Kelapa Muda
Sumber: Mulia


Bahan-bahan
20gm serbuk agar-agar (plain)
1 litre air kelapa muda
1 litre air
Gula pasir secukupnya
Sedikit pewarna hijau / air pandan
Parutan isi kelapa muda secukupnya


Cara Penyediaannya
*  Masak agar-agar bersama gula, air kelapa dan air hingga mendidih dan gula larut.
*  Asingkan suku bahagian agar-agar yang telah dimasak dan campurkan dengan pewarna hijau.  Teruskan memasak dengan api perlahan.
*  Masukkan parutan isi kelapa muda ke dalam agar-agar yang berwarna asal (plain) dan biarkan mendidih seketika.
* Tuangkan lapisan agar-agar plain ke dalam acuan yang telah di basahkan terlebih dahulu.
* Bila dah agak keras sedikit, tuangkan agar-agar yang berwarna hijau di atas bahagian putih tadi.
*  Biarkan sehingga suam dan beku kemudian boleh disejukkan ke dalam peti ais.
*  Sedap dinikmati ketika sejuk.
 


Sebab dapat hasil agar-agar yang banyak, boleh lah dibawa ke tempat kerja dan pula en.Abe boleh je nak makan sama.  Jadi takdelah benda tu menjadi pekasam dalam peti ais kan.  
Wassalam

Thursday, 23 June 2016

AGAR-AGAR SANTAN GULA MERAH


Assalam...
Pemanis mulut agar-agar, puding atau sebarang dessert sejuk atau berkuah amat laris ketika bulan puasa ini.  Agar-agar santan ini buat sebelum bulan puasa lagi hari tu untuk makan-makan dengan kawan-kawan.  Sebab tahun ini bulan puasa kami mengamalkan konsep berjimat cermat, berbuka hanya dengan satu lauk, air dan buah kurma.  Jadi belum ada lagilah juadah penuh meja melainkan satu hari itu berbuka dengan kakak ipar di Shah Alam, itupun beli dari param (pasar ramadhan) jer.   




Agar-agar Santan Gula Merah
Sumber: Mulia

Bahan-bahan
20gm serbuk agar-agar
1 litre air
500ml santan kotak
2 biji telur - pukul sedikit
Gula merah secukup rasa
Sedikit garam


Cara Penyediaannya
* Campurkan serbuk agar-agar, gula, garam dan air.  masak hingga gula hancur.  Jika guna agar-agar strips, pastikan aga-agar betul-betul hancur baru masukkan gula.
*  Masukkan santan, dan biar mendidih seketika.
*  Tuang telur yang telah dipukul hingga kembang perlahan-lahan sambil kacau perlahan di permukaannya.
*  Biar mendidih seketika sambil jangan berhenti mengacau di permukaannya.  Tutupkan api.
*  Tuang dalam acuan yang digemari dan sejukkan.
*  Bila sudah sejuk, boleh masukkan ke dalam peti ais.



Suka dan syukur sangat kita sebenarnya, sebab sekarang ini kerja bersendirian tidak memungkinkan untuk balik awal, cantik aturan Allah.  Jadi tak payah nak terkejar-kejar balik awal, masak beriya2 macam tahun-tahun sebelum ini (dasar pemalas masak) lagi pun.  Oklah, Selamat berbuka puasa kawan-kawan.
Wassalam.

Friday, 25 July 2014

Sagu Gula Melaka

Assalam...
Selamat balik kampung kawan-kawan yang memulakan perjalanan hari ini.  Semoga selamat sampai ke destinasi yang dituju.  Siapa yang tak semangat nak balik kampung beraya kan?  boleh beraya dengan ibu bapa, adik beradik dan sanak saudara, pendek kata beraya satu kampung, tak cukup ngan kampung sendiri, lompat ke kampung sebelah pula dan seterusnya.  Semua orang kampung yang duduk bandar akan teruja, pengalaman manis yang hanya dirasai oleh mereka yang ada kampung halaman.  Kalau memang asal orang bandar tu, lain cerita.
Antara menu wajib setiap kali bulan ramadhan, Sagu Gula Melaka.  Bukan saja senang seumpama petik cari jer dapat tapi sedap (sedap untuk saya lah, bukan pada en.Abe).  Original resepi orang guna santan, tapi saya tukar guna susu cair, lebih nikmat rasanya pada saya, lagi pun senang untuk sediakan berbanding santan fresh yang begitu fragile. 
Wassalam.

Thursday, 24 July 2014

Puding Sumi Berkuah

Assalam...
Berapa hari jer lagi kita dalam bulan ramadhan ini, kalau ianya rancangan tv yang boleh dipause untuk tunda dan lambat-lambatkan siaran kan bagus.  Yang pasti sekarang masing-masing tengah mood nak sambut raya dah, ada kawan-kawan yang dah start bercuti dan memulakan perjalanan balik kampung hari ini.  Kami kena raya di bandarlah tahun ini nampaknya, mana-mana orang kampung yang nak merasa beraya di bandar silalah datang yek....aduhai hati bertabahlah engkau...sementara ada kudrat iradat nak menyediakan juadah berbuka, buatlah yang mana sempat...
Puding Sumi Berkuah
Sumber: Mulia

Bahan-bahan
20 gram agar-agar
5 cawan air
11/2 cawan gula pasir (tambah/kurangkan ikut manis)
1 tin susu cair
2 pkt sumi / jelly macam-macam perasa - atur dalam loyang.
*  Masak agar-agar dengan air hingga larut.  Masukkan gula, susu cair.  Bila dah mendidih tutup api.  Tunggu sehingga suam2 kuku baru tuang ke dalam acuan yang telah diletakkan sumi / jelly tadi.  Sejukkan hingga betul-betul set dalam peti ais.

Untuk Kuah
1 tin susu cair
1/2 cawan gula pasir
3 sudu tepung jagung
* Campurkan semua bahan dan jerang seketika hingga mendidih (kena kacau sentiasa supaya tepung jagung masak sekata dan tidak berketul-ketul.  Tutup api dan sejukkan sebelum tuangkan ke atas puding.
Sebab en.Abe tak suka dengan benda berkuah-kuah ini, maka kita potong puding tu bagi dia.  Nak makan begitu saja pun dah ok sebab dah cukup rasa, manis semua ada.
Wassalam.

Thursday, 10 April 2014

Puding Karemal @ Beppa Susu.

Assalam...
Salah satu dessert kegemaran keluarga dan seringkali disajikan di rumah-rumah kenduri dikampungku, dan daku pelajari cara membuatnya sedari usia kanak-kanak.  Belajar dari chef2 kampung, gamaknya tak ikhlas bagi ilmu kepada kanak-kanak, asyik tak menjadi jer dan terlalu banyak version dan agak rumit untuk diikuti.  Pernah sekali terjadi puding yang dikukus berjam-jam lamanya tapi masih cair dan tidak menampakkan tanda-tanda untuk beku.  Bayangkan semangat kanak-kanak yang membara untuk explore dunia masak-masak menunggu sesuatu yang tidak menjadi, keciwa sesangat masa itu.  Namun kekeciwaan itu terubat setelah Allah temukan saya dengan sahabat saya ini (Zera) yang telah menunjukkan resepi dan cara menyediakan puding ini.  Sehingga ke hari ini saya memang mengikut resepinya saja dan Alhamdulillah tidak pernah mengecewakan.
Abaikanlah yang tompok-tompok kuning tu sebab tak rajin nak tapis adunan dan nak cepat.  Sila tapis ye kawan2 untuk dapat adunan yang cantik.
Puding Karemel / Beppa Susu
Sumber: Zera & chef2 kampungku

Bahan-bahan
1 tin susu pekat
1 tin susu cair
1/2 tin susu air
6 biji telur
1 sudu teh esen vanila
2/3 gelas gula pasir - masak untuk karemel dan lapiskan pada dasar loyang yang nak digunakan.

Cara Penyediaannya
1. Masakkan gula menjadi karemel dan lanserkan pada loyang atau mangkuk yang hendak digunakan.  Pastikan dasar dan tepi mangkuk tersalut rata.  
2.  Sedia dan jerangkan kukusan.
3. Campurkan susu, telur, air dan esen vanila.  Kacau perlahan-lahan hingga sebati (tips untuk mendapat puding yang tekstur halus tak berlubang-lubang, puding saya tu ada jugak buble kan sebab kadang terloose control masa mengacau).
4. Tuangkan ke dalam acuan yang telah disalut dengan karemel perlahan-lahan dan kukus. 
5. Untuk mengelakkan air kukusan jatuh ke atas puding, penutup pengukus hendaklah dibungkus dengan kain.  Tetapi boleh juga guna foil untuk menutup adunan, macam yang Mulia buat tu.  Kalua dua-dua tak buat, kenalah rajin buka penutup untuk mengeluarkan wap air dari jatuh ke atas puding.
6. Kukus selama lebih kurang 45 minit mengikut saiz mangkuk, kalau guna bekas kecil kurangkan masa atau sehingga puding keras atau beku keseluruhannya.
7. Bila dah masak sejukkan dahulu baru potong, lebih elok kalau letak dalam peti sejuk, makan sejuk-sejuk memang best.
Wassalam.